Lepas tahajud, Aku doa sungguh-sungguh tapi air mata tak keluar dan akhirnya ada juga air mata. Makin teresak-esak bila Allah bagi jawapan on the spot.

Okaylah, first of all, korang boleh panggil aku Nis. Mungkin agak panjang, jangan kata tak warning.

Aku ni student lagi. Biasalah jadi student, busy dia tak boleh bawak bincang lelagi nak dekat final. Tapi, aku tak taulah kenapa hati aku rasa kosong yang amat. ZERO. Buat benda semua entahlah macam takde semangat. Aku solat macam biasa tapi tak tau rasa kosong dia tu lain macam.

Sampailah satu malam tu, sambil layan mata nak tido lepas study, aku termenung dalam gelap then terdetik dalam hati, “Ya Allah, kenapa aku rasa kosong ni? Kenapa aku rasa Engkau jauh daripada aku? Kenapa?”. Aku tanya tapi aku sendiri takde jawapan. Cuba cari tapi tak jumpa.

Aku penat masetu then terus tido. Tapi aku tersedar daripada tido, “Pukul berapa ni?”, aku cari phone aku tengok baru pukul 2 pagi. Tetiba terlintas dekat dalam kepala otak, “Mungkin Allah nak bagi jawapan kot?”, aku terus celik mata, ambil wuduk apa semua buat tahajud.

Lepas tahajud, aku doa sungguh-sungguh. Aku tanya macam-macam dekat Allah. Kenapa aku rasa kosong? Mase tu aku rasa aku takde orang nak luah, yang aku rasa aku hanya ada Allah je yang aku nak ngadu apa semua. Tapi aku takde rasa nak nangis.

Aku tak kira aku paksa jugak diri aku nangis sebab ni jelah masanya yang aku rasa untuk aku tunjuk yang aku ni lemah bukan macam apa yang aku tunjuk dekat orang yang aku ni kuat. Alhamdulillah masih ada iman, aku nangis.

Aku terus doa tanya kenapa aku rasa kosong? Kenapa aku rasa Allah jauh daripada aku? . Tetiba aku terpandang alquran tepi meja belajar. Ya Allah masetu, makin teresak-esak aku nangis sebab aku rasa Allah bagi jawapan on the spot. Aku rasa kosong sebab jujur aku cakap aku dah lama tak pegang alquran. Lepastu, aku tersedar bukan Allah yang jauhkan diri daripada aku tapi aku yang jauhkan diri daripada Dia.

Terus aku ambil alquran, aku dakap. Rindu gila rasa ni. Serious, dah macam orang apa nangis. Aku aamiinkan doa. Aku nak baca kalam Allah ni yg dah lama aku tak baca sebab kejar dunia, surat cinta daripadaNya. Sebelum baca aku niat dalam hati, aku mintak Allah bagi sesuatu yang boleh tenangkan aku. Aku terbukak dekat ms Surah Al-Ahzab ayat 51. Aku baca ayat tu dengan tafsirnya.

Ada satu part ayat tu yang betul2 buat aku tersentak which is; “…dan sesiapa yang Engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang Engkau jauhi itu maka tidaklah ia menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, menjadikan mereka tidak berduka cita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang Engkau lakukan kepada mereka semuanya…” (QS. Al Ahzab 33: Ayat 15).

Aku rasa macam terkesima baca tafsir tu. Allah bagi apa yang aku nak. Ketenangan. Entahlah nak describe macam mana pon tak taulah. Yang penting feling dia best. Mungkin salah satu cara untuk tarik aku balik. Aku bersyukur sangat Allah masih bagi aku peluang. Walaupun aku tau aku tak baik, tapi aku tau Allah sentiasa baik dengan aku. Dia sentiasa ada dengan aku. I can depend on Him always.

Walaupun selama ni aku cari Dia bila aku susah tapi aku tinggalkan bila senang, masih Dia tetap ada dekat sisi aku. Ampunkan aku Ya Allah. Dan aku bangun daripada sejadah dengan hati yang lapang bukan kosong. Apa yang aku rasa hanya tenang. Terima kasih Allah!

Aku cerita ni bukan untuk apa, just share apa yang aku rasa dan aku harap korang semua yang baca ni hopefully dapat manfaat. Aku doakan kita semua terus istiqomah berada di atas jalanNya. Maaf agak panjang. Terima kasih sudi baca.

– Nis via iiumc.com