“Adam, Along nak sgt tengok kau jadi imam dekat surau malam ni”. Itulah permintaan terakhir dan malam terakhir aku bersama along sebelum along pergi pada 8.45pagi jumaat.

Nama aku adam 27. Tapi bukan ustaz adam dalam cerita nur tu ye. Aku nak cerita pasal permintaan terakhir along aku sendiri. Aku ada 4 adik beradik, 2 laki 2 perempuan. Aku and along anak lelaki. Along aku ni seorang yang sangat sayangkan adik-adik dia, and dia ni selalu gantikan ayah aku untuk jadi imam kat surau kampung kami.

Aku and along, pernah masuk tahfiz tapi darjah 6 berhenti. Along aku jenis yang, setiap 5 waktu dia akan pergi jema’ah kat surau, manakala aku pulak memang jarang sebab kerja. Selalu aku pergi subuh maghrib and isyak je. Dia memang ada sakit dari kecik, sakit yang melibatkan genetik dan berkaitan darrah. 3 months sebelum dia pergi, memang kesihatan dia agak menurun sikit.

5 minit hidung tak berhenti berdarrah, badan jadi kurus, masuk darrah dpi hb tak naik. Walaupun kesihatan dia merudum, dia still happy. Bawak adik2 aku pergi jalan. Sampai lah 1 hari tu, 2 weeks before dia pergi. Hidung dia berdarrah banyak, sampai kan 2 kotak tisu habis, even dah letak ais pun still keluar. Dia masuk bilik, dia panggil aku. Masa ni memang pelik sebenarnya, nape dia panggil aku.

Tak pernah-pernah nak borak dalam bilik. So dalam bilik tu dia cakap. “adam, aku nak sangat tengok kau jadi imam kat surau. Tolong lah, sekali je.” aku balas, aku taknak. Sebab segan laa, dah laa muncul kat surau 3 waktu je, tiba-tiba nak jadi imam. Dia cakap, “tolong laa. Sekali ni je, long tau angah jadi imam time isyak ya”.

Aku pun just diam je, malam tu aku pergi laa surau. And jadi imam. Memang nampak along aku happy, senyuman yang aku tak pernah tengok selama ni. Malam tu jugak, pukul 3 pagi along mengadu sakit perut, sebab dia ciriit biriit. Along aku tiba-tiba cakap along dah tak tahan ni, tolong panggil ambuulans. So aku pun kejutkan ibu ayah, semua.

Call ambuulans, and 45min lepastu ambuulans sampai. Diorang check, suhu along 39. Kencing manis 11.9, bp low. Along memang dah betul-betul lemah. Cepat-cepat bawak ke h0spital, along still sedar tapi lemah. Sementara tunggu register tu, along pesan. “am, ni aku nak pesan. Jaga adik-adik, pantau dia mana diorang pergi, jangan bagi pergi keluar sorang.

Luangkan masa sesekali, jangan bagi dia lupa yang dia ada abang. Biar diorang tau yang dia ada abang, jaga ibu ayah. Ni je pesan aku yang terakhir” lepas tu nama along pun dipanggil, aku pun pergi buat bayaran. Balik dari buat pembayaran tu, aku masuk bilik tengok-tengok along dah intubate dan dah tak sedar.

Aku menangis kat situ jugak. Masa ni aku memang rasa nak panggil dia, nak suruh dia sedar. 3 hari along masuk wad, sampailah hari ketiga. Dalam pukul 4 macam tu, doctor call bagitahu. “tekanan darrah dia dah makin menurun, boleh datang dengan segera dan suruh ahli keluarga berkumpul”.

Kami bergegas ke h0spital, sampai je kat h0spital memang nampak kaki along dah puucat. Bacaan yassin yang bergema dalam bilik tu. Aku tengok mesin bacaan.

55 . 40 . 38 . 32 . 27 . 23 . 19 . 12 . 9 . . . Tettt…

Dan akhirnya pukul 8.45 pagi, hari jumaat. Pergi lah seorang anak dan abang yang baik. Allah mempermudahkan segala urusannya, jnazah disembahyangkan selepas solat jumaat, hampir 200 orang budak tahfiz sahaja. Kalau dikira keseluruhan jemaah yang sembahyang, ada dalam 1500 jemaah yang sembahyangkan jnazah along.

Betapa hebatnya kau long, masa penggali kuubur buka ikatan kepala kau untuk ahli keluarga menatap buat kali terakhir, muka along seolah-olah senyum. Macam dia tidur. 2 minggu lepastu, aku ajak adik aku jalan-jalan. Ye lah, nak hilangkan sedih diorang. Dalam borak-borak tu, adik aku tanya.

Ngah, tau tak apa makanan favourite kakak ? Aku cakap aku taktau. Tapi adik aku cakap, kalau along ngah, semua benda pasal adik dengan kakak, along tahu. Makanan favourite, tudung apa, baju macam mana. Semua dia tau, sebab dia selalu temankan kitorang cari semua benda tu.

Masa ni memang rasa macam kena tembak kat dada, sebab aku memang jarang luangkan masa dengan adik-adik aku kat luar. Just luangkan masa kat rumah je. Along pun tak kedekut spend duit untuk adik-adik aku. Dah 5 bulan along pergi, alhamdulillah.

Aku makin rapat dengan adik-adik aku, aku banyak spend time dengan family sendiri, berbanding sebelm ni. Banyak spend dengan kawan. To readers, kalau ada abang or ayah or sesape saja dalam family kau, minta buat sesuatu.

Tolong laa tunaikan permintaan dia, sebab itu mungkin permintaan terakhir dia. Aku rasa, kalau aku tak ikut permintaan terakhir along aku, untuk aku jadi imam. Mungkin seumur hidup aku akan menyesal. Al-fatihah untuk abang aku.– adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *