Dekatkan diri dengan tuhan, hargai isteri Aeril ZafreI kongsi tips murah rezeki

Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pasangan bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya berjaya memiliki rumah pertama mereka.

Berkongsi momen mengujakan itu, Wawa turut berterima kasih kepada Aeril atas usaha dan kerja keras bersama untuk memiliki mahligai idaman itu.

“Selepas enam tahun kahwin dan setahun pengubahsuaian, kami akhirnya masuk ke rumah pertama kami. Susah senang bersama,” kongsi Wawa menerusi sepotong video di Instagram.

Aeril juga sempat berseloroh dengan isterinya, selain membahagiakan mereka sekeluarga kediaman itu juga dianggap rahsia untuk isterinya ada bersamanya.

“Tips nak bagi perempuan duduk kat rumah, kita hiaskan rumah cantik-cantik. Betul ke?” tulis Aeril sambil berkongsi dekorasi dalaman kediaman tiga tingkat itu.

Perkongsian Wawa dan Aeril itu mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan kediaman mewah itu ganjaran atas titik peluh mereka bersama.

Kediaman Aeril dan Wawa diubah suai oleh pereka hiasan dalaman popular, Lentera Creative Home.

PELAKON Aeril Zafrel percaya bahawa amalan yang baik adalah kunci kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Kata Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, selain amal ibadat, hubungan baik dengan isteri dan orang sekeliling juga menjadi faktor seseorang itu murah rezeki.

Keluarga bahagia Aeril

“Jangan kita berputus asa, rezeki semua orang sudah tertulis cuma cara nak jemput rezeki itu sahaja yang berbeza.

“Saya amat berpegang pada pendirian bahawa kita perlu menjaga amalan dan hubungan dengan tuhan.

“Guru saya juga ada berpesan bahawa kunci kejayaan itu adalah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan isteri dan anak,” ujar Aeril kepada mStar Online.

Aeril hadiahkan kereta mewah buat Wawa

Pelakon filem Tujuh ini ditemui pada malam gala filem tersebut yang bakal menemui penonton pada 8 November ini.

Kisah manis suami isteri antara Aeril dan Wawa mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila masing-masing saling berbalas hadiah berupa kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 dan Toyota Alphard.

Rumah baru Aeril dan Wawa akhirnya sedia diduduki

“Apa yang saya dapat hari ini bukanlah hasil usaha sekarang kerana ia adalah proses yang mengambil masa.

“Semua orang tahu kami hadapi kesukaran ketika baru berkahwin, tapi itu juga yang membuat kami kuat untuk menghadapi hari mendatang,” katanya.

Tonton video di bawah ini.

sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *