Habis je eddah mak. Tiba2 beratur pakcik2 suruh mak pergi pejabat tanah tukar nama mereka dan inilah balasan yg mereka terima atas perbuatan mereka.

“Be scared of the silence of someone you’ve have hurt. Because if she/he didn’t say or do anything in return, Allah will”- Unknown. yang bermaksud “berhati-hati dengan diamnya orang yang kamu sakiti, jika dia tidak berkata/melakukan apa-apa, Allah yang akan melakukannya”

Selamat kepada semua yang membaca cerita aku ini. Setelah terbaca ayat ni aku terdetik nak berkongsi cerita tentang keluarga aku yang ada kena mengena tentang ungkapan diatas. Hal yang terjadi ialah perebutan harta yang terjadi dalam kalangan adik-adik ayah aku.

Ayah aku anak sulong dan dia antara orang pertama yang buka kawasan kampung aku sekarang ni. Jadi masa dulu siapa yang kuat kudratnya menebas hutan untuk dijadikan hak maka banyak la tanah yang diperolehi sebagai harta.Semua tanah yang diperoleh diletakkan atas nama Tok Wan aku (Datuk).

Adik-adik ayah aku masih kecil. Dari hal rumah sampai la membesarkan dan belanja perkahwinan adik-adik dia ayah aku tanggung. Jadi disini ayah aku banyak berjasa tetapi bila tiba pembahagian harta ayah aku mengalah dan langsung tak ambil tanah yang dia usakan.

Diberi semua kepada adik-adik dia. Ayah aku cuma ambil tanah di kampung jiran yang telah disewa kepada kerajaan dan dapat duit bulanan yang tak seberapa. Di atas geran sah-sah atas nama ayah aku dan mak aku sebagai penama. Tapi cerita bermula bila ayah aku meningggal 9 tahun yang lepas. Adik-adik ayah aku paksa mak aku yang masih dalam edah untuk ke pejabat kerajaan dan menyerah satu-satunya tanah hak milik ayah aku.

Macam-macam yang diperkatakan dan diperlakukan. Jadi selepas edah mak aku pergi ke pejabat kerajaan tu dan sign serah hak milik kepada mereka. Disini kami mengalah asalkan ayah aku aman disana.

2 tahun kemudian, mereka rebutkan pulak tanah yang kami duduki yang sah-sah diatas geran ada nama mak aku. Tanah tu pemberian Tok aku (Mak kepada mak aku) kepada mak aku. Macam-macam dicaciinya kami. Tapi mereka tak berjaya sebab orang-orang kampung dan saudara-mara jauh menyebelahi kami.

Masa tu mak aku dengan abang aku yang keempat hampir nak mengalah dan beri tanah tu kepada mereka. Nasib ada abang aku yang ke tiga tegas dan berjaya mempertahankan tanah yang kami duduki. Sekali lagi disini kami hampir mengalah dan tidak berkata apa.

Kami langsung tidak mendoakan keburukan kepada mereka walaupun kami tahu doa orang teraniaya tu makbul. Kami sentiasa bermanis muka walaupun mereka sudah buang kami sebagai sebahagian dari mereka. Tapi Allah tu Maha Melihat dan Maha Mengetahui, macam ayat diatas, “berhati-hati dengan diamnya orang yang kamu sakiti, jika dia tidak berkata atau melakukan apa-apa, Allah yang akan melakukannya”.

Selepas bertahun-tahun mereka bahagia menikmati harta yang bukan milik mereka malah milik anak yatim sebab masa tu aku masih lagi bawah 18 tahun, akhirnya Allah turunkan ujian pada mereka sejak tahun lepas. Allah tarik nikmat makan mereka.

Kesemua adik-adik ayah aku jatuh sakit bermula dengan tiada naffsu untuk makan. Kemudian jika mereka jamah sedikit makanan, mereka akan sakit sehingga masuk hospital. Tahun ni ada antara anak-anak mereka pun dapat ujian yang sama.

Mereka berhabis duit pergi berubat jumpa bo0moh sana sini, jumpa ustaaz minta penawar tapi hasilnya mereka tetap sakit dan tiada naffsu untuk makan seperti dulu. Mereka rampas hak kami, Allah pula rampas kembali dengan memberi ujian kesihatan kepada mereka.

Bagi aku penawarnya hanya satu iaitu bertaubat dari makan harta anak yatim dan kembali harmoni dengan kami seperti dulu. Kami yang dirampas haknya, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau masih memberi nikmat kesihatan yang baik walaupun hidup tidak berharta.

Tujuan aku menulis bukan untuk membuka aib atau membangga diri, tujuan aku cuma untuk menasihati pembaca sekalian, ingatlah jika ada yang menyakiti anda, redhalah kerana Allah Maha Melihat dan Maha Berkuasa. Tidak perlulah kita berdendam kerana Allah tahu “melakukan kerjaNya”.

Nota: Kaitan ujian yang Allah turunkan pada mereka dengan perbuatan mereka kepada kami hanyalah pada pemerhatian aku. Mungkin ujian yang Allah beri ada asbabnya yang lain. Sekian

Apa kata anda. Jika bermanfaat kongsikan lah cerita ini agar ia menjadi nasihat dan ilmu kepada kita semua bahawa dunia hanyalah sementara dan akhirat adalah selama-lamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *