“Kalau abang betul nak perempuan tu Biar Zara masuk minang.” Tapi Abg kena adil lah.

Sementara tunggu kereta siap repair dekat workshop ni, abang nak share kat korang semua pasal kisah bini abang, Zara. Panjang sikit harap bersabar.

-1992

Abang umur 16 tahun masa tu, muda belia. Abang ikut bapak abang pergi ke rumah kawan bapak dekat satu pekan ni untuk tonton siaran langsung piala thomas.

Harap maklum abang dulu bukan orang senang, bapak abang tak bayar lesen tv waktu tu jadi tv disorok bawah rumah sebab takut kantoi dengan pegawai yang datang check rumah ke rumah dan abang tak boleh tengok tv.

Sampai kat sana, abang duduk bersila dekat tepi dinding ruang tengok tv sambil tunggu siaran langsung start. Mata abang tertatap dekat seorang budak perempuan umur 12 tahun masa tu tengah ratah ayam goreng kat tangga dapur.

Badan montel, comel berkulit putih dan berambut perang. Sekali tengok macam anak kacukan pun ada. Dia makan, makan dan makan tulang ayam sampai tak sedar orang sekeliling. Agak agak dalam 6 ketul juga budak ni mentekedarah ayam goreng.

Abang tak fokus dah badminton time tu, abang fokus budak ni. Rupanya budak tu anak tuan rumah iaitu anak kawan bapak. Lepas malaysia menang lawan badminton, bapak abang ajak balik.

Abang perhati je budak tu masa nak bangun. Budak perempuan tu akhirnya pandang abang balik. Dia buat muka toye je. Tak sangka tu pertama kali abang jumpa Zara, bini abang.

-1996

Bapak abang buat kenduri kahwin kakak abang dekat rumah. Abang masa tu cuti semester, abang baru umur 20. Badan abang tinggi 184cm dan kurus jadi segala urusan panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir tu semua abang buat masa pagi sebelum nikah.

Tengah abang berkemas, abang nampak budak perempuan yang sama abang nampak pada yahun 1992 tu tengah makan dekat beranda rumah abang. Ye, si montel tu makan lagi dab kali ni dia makan ayam lagi. Confirm dia rembat ayam yang siap digoreng untuk buat ayam masak merah kat dapur ni.

Mak dia datang untuk merewang, budak ni datang sekali. Makin cantik muka dia.. Tapi berat badan macam dah bertambah. Hahaha.

Dia ni semakin tinggi, agak agak macam 170cm lebih macam tu la tapi berbadan besar. Dari belakang abang nampak rambut perang dia yang sekerat bahu tu terurai jatuh. Abang rasa berbunga bunga tengok dia dan tiba tiba dia menoleh ke arah abang.

Rasa macam nak tercabut nyawa waktu tu. Indahnya ciptaan allah.Gadis comel muka putih rambut perang. Masa tu dia umur 16 tahun. Tapi dia jeling je tengok muka buruk abang. Abang jadi segan. Ini kali kedua abang tengok dia.

-1999

Kenduri kahwin kakak no 2 abang. Kali ini abang ternanti nanti budak tu kot kot dia datang lagi. Hampa abang, masa rewang kali ni mak dia tak datang pula. Abang nak tanya mak bapak abang tapi abang segan. Sudahnya diamkan je. Kenduri kali ni busy sikit.

Masa muka abang berminyak minyak sebab kena ulang alik ambil lauk dan nasi letak atas dulang untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, abang terjumpa dia. Dia cantik sangat pakai baju kurung. Badan maintain montel begitu.

Tak apalah nak buat macam mana kan kalau dah suka tu tak kira la montel ke kurus ke, dia tetap pujaan abang. Abang pula segan sebab muka abang hodoh, berpeluh masa jumpa dia. Dia tengok abang, dia sengih. Dalam betul lesung pipit dia.

Masa abang tengah kemas kemas meja, budak tu datang, tanya nama dan umur. Abang cakap nama abang Zarul, umur 23. Dia cakap nama dia Zara, umur 19. Dia kenyit mata. Comel sungguh.. Abang nak kenyit mata, abang tak berani pula takut lari anak orang ni nanti jadi abang angguk je.

Zara bagi no telefon rumah dan alamat, tulis dekat tisu yang ditulis guna celak mekah yang Zara letak dalam purse dia. Senang nak utus surat katanya. Berani sungguh budak ni, lain perangai dengan abang yang penyegan.

-2001

Abang dapat offer pergi overseas sambung master. Abang dari tahun 1999 memang berutus surat dengan Zara masa masing masing belajar dekat universiti. Abang suka tulis ‘ke hadapan Zara, abang senantiasa merindui Zara’ di kepala surat sambil tabur bedak dalam surat. Hehehe.

Masa abang dah nak fly, Zara hantar abang dekat klia. Zara duduk di shah alam waktu tu, Zara tengah buat degree ke diploma entah.

Zara menangis sambil bagi surat dekat abang di klia. Zara cakap, baca masa dalam flight. Abang angguk je. Bapak Zara pun ada, siap bagi duit dekat abang, minta abang study betul betul dan berpesan bila balik nanti terus masuk meminang Zara.

Masa abang scan badan dekat airport, pegawai polis datang iringi abang masuk dalam bilik siasatan. Gabra abang.. Rupanya abang disyaki bawa v1rus antr4x, sebab Zara tabur bedak dalam surat. Adoi kesayanganku Zara. Nasib baik takde apa apa berlaku. Abang dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.

-2005

Abang baru dua bulan berkahwin dengan Zara. Abang dah naik berat 3kg. Zara punya misi nak jadikan abang gemuk macam dia. Abang dah risau dah, cukuplah seorang je montel, patah katil nanti. Tapi Zara masak sedap sangatlah, lagi sedap dari restoran.

Sambil Zara masak, abang lipat baju sebab Zara tak suka urus kain baju. Lagipun ini memang denda yang Zara bagi kat abang sebab abang pernah cakap kat dia, kalau tak suka urus kain baju, Zara tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu. Terus abang kena denda lipat baju sehingga ke akhir hayat.

-08.10.2006

Hari ini ulangtahun hari jadi Zara yang ke – 26 dan ulangtahun perkahwinan abang dan Zara yang pertama. Macam biasa, abang lupa tarikh ni semua. Kek apa semua langsung tak prepare. Engineer macam abang ni seluar dalam pun lupa tukar apatah lagi tarikh. Zara marah abang dan abang kena tidur depan tv.. Hehehe.

Tapi tarikh ni sangat bermakna untuk abang sebab esoknya Zara buat surprise lepas keluar bilik. Zara first time pakai tudung. Alhamdulillah cantik isteri abang pakai tudung.. Tudung bawal warna pink cair ada manik manik dekat sekeliling hujung tudung. Bila tengok muka bulat Zara pakai tudung tu, abang jatuh cinta makin jatuh makin hanyut aww..

-2008

Zara suka kerja sampai lewat malam. Satu hari tu, abang balik awal. Abang landing atas katil kemudian abang ambil laptop. Abang pasang cerita terlarang, pinjam cd kawan abang. Hehehe. Perempuan dalam cerita terlarang ni kurus, so abang fikir dia tak macam Zara.

Syok betul abang layan cerita sambil terbayang perempuan kurus. Kemudian abang tengok cerita sampai tak sedar Zara dah balik and dia ada kat belakang abang. Eh balik awal pulak harini. Abang malu sangat tak tahu nak letak muka kat mana. Kantoi. Tertangkap dengan bini sendiri tengok cerita terlarang perempuan kurus. Abang takut kalau Zara marah..

Tiba tiba Zara cakap, jom tengok sekali. Alamak terkejut abang. Abang pun tengok sambil malu malu. Abang tengok muka Zara, Zara tengok muka abang. Abang rasa macam dah tak ada muka bila Zara cakap, “besar jugak timun dia bang.” abang dah start gigit kuku bila Zara tengok timun lelaki tu macam nak terkeluar biji mata Zara.

Masa abang tutup laptop, Zara tanya kenapa abang tutup, dah taknak tengok ke? Abang jawab abang segan.. Zara cakap, ooo tahu segan rupanya. Ketar lutut abang, sayang.. Mampus abang kalau Zara minta timun abang pun besar macam mat salleh tu.. Sejak dari tu abang insaf tak tengok cerita terlarang sampai sekarang..

-2009

Mak abang selalu minta abang nasihatkan Zara untuk kurus supaya senang nak mengandung. Tapi abang tak sampai hati nak bagitahu Zara. Bagi abang, Zara dah sihat walafiat.

Memanglah gemuk sikit tapi bukanlah gemuk takde shape pun. Abang suka Zara macam ni, lagipun Zara tak pernah kurus sejak abang kenal Zara dari umur 12 tahun. Abang dah selesa tengok Zara berbadan montel.

Abang terdengar Zara menangis sambil call mak Zara. Dia cakap dia ada masalah dengan 0vari. Abang berdebar debar dan terus pluk Zara lepas Zara call mak. Zara bagitahu abang yang Zara ada buat check up di hospital untuk tujuan insurans dan terbukti Zara ada masalah untuk mengandung.

Zara menangis macam orang hilang akal dan abang pun turut menangis. Abang rasa celaru sebab orang yang abang cinta tak dapat mengandung, tak dapat melahirkan zuriat abang. Tapi abang janji dengan Zara yang abang tak kisah pun keadaan Zara macam mana janji abang boleh bersama Zara sampai akhir masa.

-2012

Hubungan abang dengan Zara berantakan sebab abang kantoi bermain cinta dengan budak praktikal dekat company abang. Abang dah bergaji lima angka, abang dah selesa jadi abang rasa abang hebat dan bagus. Abang lupa abang ni masih suami Zara.

Abang buta. Abang tak nampak kecantikan Zara, Zara yang putih bersih, Zara yang berambut perang, Zara yang sedap dipluk, Zara yang pandai, Zara yang rajin masak, Zara yang cakap english macam air, Zara yang manja, Zara yang nakal. Abang terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. Abang jahat.

Zara dapat tahu abang curang tak lama lepas abang ada girlfriend baru tu sebab Zara nampak abang tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu. Abang pluk perempuan tu depan mata Zara. Abang rasa macam nak gugur jantung saat Zara nampak aksi abang.

Zara tengok abang, Zara angkat ibu jari tunjuk simbol bagus sambil sengih sengih. Zara relax jalan turun eskalator dekat sunway pyramid tu. Abang rasa celaru, tapi abang bodoh jugak. Abang teruskan je tengok movie dengan perempuan tu.

Balik tu abang tengok kain baju abang kena humban luar rumah. Abang minta maaf merayu tapi Zara tak buka pintu. Abang tidur kat atas buaian luar rumah. Esoknya, Zara keluar dan Zara tanya abang, ‘abang nak kahwin tak dengan perempuan tu? Biar Zara pinangkan.’

Abang pluk Zara abang cakap abang menyesal. Zara tak balas plukan abang. Zara cuma minta maaf kerana tak dapat bagi anak untuk abang. Abang menyesal sangat sangat dan abang rasa berdosa. Abang dah sakitkan hati Zara. Zara menangis tak henti henti. Sakit dada abang bila abang teringat balik kisah ni.

-08.10.2013

Hari ini ulangtahun perkahwinan abang dan Zara yang ke – 8 dan ulang tahun kelahiran Zara yang ke – 33. Zara masih Zara yang sama, yang sudi memaafkan kesalahan abang. Abang dah tinggalkan perempuan tu empat bulan selepas kejadian kantoi tu. Abang slow slow tinggalkan dia.

Zara tahu dan Zara bagi kata kata perangsang. Zara cakap kalau abang serious, baik abang kahwin je tapi kalau abang tak mampu berlaku adil, abang tinggalkan. Zara yang bagi semangat dan nasihat kat abang hari hari sampai abang ada keberanian untuk tolak cinta perempuan tu.

Abang dan Zara sambut anniversary dekat satu homestay tepi pantai. Pada hari anniversary abang dan Zara sekitar pukul 11 – 5 petang lebih, Zara pluk abang dan ciium abang bertubi tubi. Zara minta ampun dekat abang banyak banyak.

Zara manja manja dengan abang. Lepas tu, Zara minta izin pergi mandi tepi pantai. Abang bagi je sebab abang tahu Zara suka main air. Abang pula just rehat rehat tepi pantai tu. Abang tak sangka itu kali terakhir abang melihat Zara dalam keadaan bernyaawa. Zara dijumpai leemas selepas setengah jam Zara mandi pantai. Berat hati nak mengatakan bahawa Zara yang abang sayang dah tak ada..

-2018

Dah 5 tahun Zara pergi. Abang masih disini, sendiri. Menunggu kedatangan Zara. Zara yang manja, Zara yang montel, Zara yang cute, Zara yang suka makan ayam. Zara, kerajaan kita dah bertukar sekarang, malaysia menang sukan sea 2017, abang dah buat ibadah haji tahun lepas. Banyak abang nak cerita kat Zara ni.

Rindunya abang kat Zara, macam tak tertanggung rasanya. Sampai sekarang abang menduda, kerana abang tak boleh nak move on lagi. Gambar Zara di fb pun abang print semua dan letak dalam album untuk hilangkan rindu abang.

Ya allah, aku mohon kau hadiahkan syurga buat bidadariku kerana sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepadaku dan dialah seindah indah manusia yang pernah berada di sisiku. Zara, abang redha dengan pemergian Zara. Andai Zara sudi, datanglah dalam mimpi abang. Dirimu tiada pengganti. I love you, happy anniversary and happy birthday my lovely Zara.

– Foto Hiasan
– abang Zarul via iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *