Masih Ingat Kenapa Kita Tak Boleh Makan Kentang Sudah Keluar Tunas.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita kan apabila ke pasar untuk membeli keperluan dapur, kita akan membeli barang-barang ini dalam kuantiti yang banyak, biasanya untuk simpanan dalam tempoh masa tertentu.

Tak ksahlah apa yang dibeli, sama ada gula, garam ataupun sayur-sayuran seperti ubi kentang dan bawang merah.

Kadang-kadang bahan mentah yang dibeli macam ubi kenyang dan bawang ini dibiarkan dan tidak digunakan untuk satu jangka masa hingga mengeluarkan tunas.

Nak buang sayang, jadi apa yang anda buat? Buang atau guna dalam masakan jika kelihatan elok dari luar. Pasti ada yang kata, guna mcam selalu lah kan.

Tapi tahukah anda, sayuran seperti ubi kentang yang sudah bertunas jika di makan sebenarnya mempunyai mudarat yang sangat besar kepada tubuh badan.

Ini 5 sebab untuk anda berhenti guna ubi kentang yang sudah bertunas dan sayuran-sayuran bertunas lain :

Ubi Kentang Bertunas Boleh Menyebabkan Sakit Perut

Jika anda seorang yang teliti, anda pasti dapat mengesan perubahan warna pada ubi kentang yang sudah mengeluarkan tunas. Ini kerana, kebiasaannya akan bertukar warna daripada warna asal kepada warna sedikit hijau.

Malah, jika anda perasan kentang yang sudah berubah warna ini jika di makan rasanya sedikit pahit dan ia merupakan tanda-tanda bahawa kentang tersebut sudah mengandungi racuun terutamnya pada bahagian batang tunas.

Kentang ini jika di makan ia akan memberi masalah kepada sistem pencernaan dan lebih teruk, anda akan mengalami sakit perut.

Ia Juga Boleh Menyebabkan Anda Berasa Sakit Kepala.

Baahayanya bukan sahaja setakat sakit perut, jika anda makan dalam kuanti yang banyak ia juga boleh mendatangkan mudarat kesihatan yang lain.

Makan ubi kentang bertunas dalam kuantiti yang banyak sebenarnya boleh menyebabkan anda mendapatkan masalah kesihatan yang lain seperti mual, pening, muntah, perut menjadi kejang dan sakit kepala.

Kulit Ubi Kentang Berwarna Hijau Mengandungi Racuun

Seperti yang dijelaskan di atas, ubi kentang yang sudah bertunas biasanya akan menunjukkan tanda-tanda perubahan warna kepada warna hijau dan ia beracuun.

Manakala pada bahagian tunas yang terdapat pada ubi kentang tersebut, ia mengandungi bahan kimia solanin dan alkaliod jahat. Malah dalam indsutri penanaman kentang, bahan solanin ini wujud dan ia memberi rasa pahit pada kentang.

Selain pada tunas, solanin juga boleh ditemui pada batang dan daun hijau selain pada kulit kentang yang sudah berubah kepada warna hijau.

Ubi Kentang Bertunas Mungkin Sudah Kehilangan Khasiat

Menurut pakar, ketika kentang mengeluarkan tunas pati yang terdapat di dalam kentang telah bertukar menjadi gula.

Namun, sekiranya ubi kentang masih lagi dalam keadaan baik, maka masih terdapat khasiat di dalamnya. Jika kentang sudah lembut dan mengecut, ia tidak boleh di makan lerana khasiatnya sudah hilang.

Undang Risiko Kannser

Selain itu di dalam ubi kentang sendiri terdapat kandungan akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan pakar terhadap haiwan, mereka menmui kaitan antara akrilamida dengan penyakit kannser namun tidak jelas kaitannya ke atas manusia.

Namun mereka tidak menolak bahawa akrilamida juga mungkin boleh menjadi punca penyakit kannser kepada manusia seperti kannser ovaari dan sebagainya.

Jadi anda bukan sahaja perlu berhenti makan kentang yang sudah bertunas, malah anda juga perlu mengurangkan pengambilan ubi kentang dalam masakan harian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *