Ramai yang pakai seluar jeans tapi tak tahu fungsi sebenar butang tembaga ini.

Perasan tak pada seluar jeans yang anda pakai sekarang ni tak kiralah apa jenama sekalipun pastu terdapat butang besi yang kita kenali senbagai rivet. Namun pernah tak anda terfikir apakah fungsi sebenar rivet ini ada seluar jeans anda ?

Rivet pada setiap hujung

Untuk pengetahuan anda fungsi sebenar rivet ini adalah untuk menguatkan lagi ikatan kain antara satu dengan yang lain, Menajdikan mereka menjadi satu ikatan yang sah dan membuatkan jeans anda lebih tahan lama.

Akan tetapi apa yang menariknya, rivet inilah menjadi salah satu sebab utama terciptanya apa yang kita panggil sebagai ‘jeans’ hari ini.

Kisahnya bermula pada 1870-an yang mana pada ketika itu kebanyakan pekerja buruh mengalami masalah yang sama apabila seluar mereka kerap sangat terkoyak akibat pekerjaan yang terlampau berat.

Disebabkan itu, isteri-isteri bagi pekerja-pekerja buruh ini mencari Jacob Davis, seorang tukang jahit dan bertanyakan mungkinkah beliau boleh membuat satu jenis seluar denim kerja yang mampu bertahan lama dan dalam masa yang sama tak mudah terlerai jahitannya.

Jacob Davis

Beliau akhirnya ‘come out’ dengan idea untuk meletakkan rivet pada bahagian-bahagian yang memerlukan lebih pengukuhan seperti di bahagian penjuru poket dan pada penjuru-penjuru yang lain. Rivet inilah akhirnya menjadikan fabrik tersebut bercamtum bersama yang mana akan menyebabkan risiko cepat koyak berkurangan.

Sekelip mata sahaja kain yang di ‘rivet’ ini menjadi pilihan buat pekerja buruh. Untuk mengembangkan lagi bisness ini Davis memerlukan bisness partner lalau menghubungi Levis Strauss yang pada ketika itu pembekal barangan fabrik.

Nampak tak koyak sikit pun kat ikatan tu

Mereka berdua inilah memulakan perkembangan jeans ini dan akhirnya dipatternkan pada 1873 .Jeans ber’rivet’ terus menjadi fenomena ketika itu dan sehinggalah ke hari ini apa yang kita pakai dan berrivet kita gelarkan sebagai jeans

Terdapat pelbagai barang keperluan yang kita semua gunakan dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya pakaian, alatan, gajet dan sebagainya. Kebanyakannya memainkan peranan penting dalam membantu apa sahaja yang kita lakukan dan kita hanya menggunakan barang-barang ini seperti biasa. Jarang sekali kita mengambil tahu tentang adanya keistimewaan lain pada barang-barang tersebut.

Jadi kita semua patut membuka mata dan minda untuk mengenal pasti kebanyakan daripada barang-barang ini adalah lebih unik dan berguna.

Mari kita lihat beberapa barang yang mungkin kita semua langsung tidak pernah tahu kelebihannya sebelum ini.

Cebisan kain pada pakaian baru

Fungsi cebisan kain ini adalah anda boleh membasuhnya terlebih dahulu untuk melihat samada warnanya akan berubah sebelum anda membasuh keseluruhan pakaian tersebut.

Lubang di tepi kasut Converse

Tujuan utama lubang pada kasut Chuck Taylor-All Stars ini dibuat adalah untuk pengudaraan. Kedua, ia digunakan untuk mengikat tali kasut supaya lebih kemas.

Lubang pada pita ukur

Dengan adanya lubang ini, kerja mengukur menjadi lebih mudah dengan memaku ataupun menggunakan skru di lubang tersebut supaya lebih kemas.

Hujung bergerigi pada pita ukur

Fungsinya mudah. Untuk membuat tanda ketika mengukur.

Lubang pada pemegang periuk

Selain digunakan untuk menggantung periuk, anda boleh juga meletakkan senduk di lubang ini ketika memasak.

Anak panah pada panel minyak kereta

Ia sangat berguna kepada sesiapa yang menggunakan kereta sewa. Ia menunjukkan di sebelah sisi mana letaknya ruang isian minyak.

Lubang di bawah kunci mangga

Lubang ini mempunyai beberapa fungsi. Pertama, sebagai ruang untuk air mengalir jika digunakan di kawasan terbuka. Kedua, sebagai ruang untuk pelinciran bagi memastikan mekanisma di dalamnya sentiasa dalam keadaan terbaik.

Kekunci F dan J

kekunci f dan jTanda kecil pada huruf F dan J di keyboard komputer menandakan kedudukan ‘home’ di mana jari-jemari sepatutnya ‘berehat’ di dalam posisi menaip yang betul.

‘Sayap’ pada kabel kuasa Apple

Digunakan untuk membalut kabel dan menghalangnya dari berselirat ketika di bawa kemana-mana.

Bintik kecil pada kamera IPhone

Ia sebenarnya adalah mikrofon jika anda menggunakan kamera di bahagian belakang.
Kredit : iluminasi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *