Saya lelaki, saya sakit bila dengar. Apalah salah isteri tu kalau pun bebel dia cemburu dia tu dia tak layak dihentak.

Saya sekadar nak meluahkan pendapat saya berdasarkan segala kisah yang sahabat saya lalui dan juga kisah-kisah lain. Mana yang tak bersetuju, tak perlulah terlalu emosi komen sebab ini sekadar pendapat.

Saya lelaki, tapi sebab selalu menjadi tempat sahabat wanita meluah masalah mereka jadi saya terpanggil nak menasihatkan kaum adam di luar sana.

Isteri adalah isteri. Jangan samakan/bandingkan isteri dengan emak anda, adik beradik perempuan anda, apatah lagi perempuan lain.

Isteri ni ada kedudukan istimewa dan tersendiri diri. Kalau kau tengok ya, isteri memang takde pertalian darrah tau dengan suami, memang sampai kiamat pun takkan ada, jadi janganlah dek kerana isteri tu bukan darrah daging, bukan pertalian darrah, dihalalkan dengan akad nikah tu sahaja, suami boleh buat suka hati.

Pepatah emak takkan terganti, adik beradik takkan terputus, tapi bini boleh cari lain. Ni salah ni brader. Isteri tu amanah.

Jangan jugak kau banding kasih sayang cinta kau dengan emak dan adik beradik perempuan kau tu, dengan kasih sayang cinta kau kat isteri kau. Tak sama.. Takkan sama. Faham betul-betul apa maksud ‘isteri’.

Saya perasan banyak kes, suami terlalu melebihkan dan terlalu menjaga hati ibu sendiri dan adik beradik perempuan sendiri hingga si isteri tu makan hati. Jaga hati kedua-dua pihak… saya baca kes yang tak boleh nak hadam, macam kes mak mertua cemburu bila anak lelakinya mesra dengan menantu perempuan.

Dah kenapa? Takkan bernaafsu dengan anak lelaki sendiri kot? Sama juga dengan adik beradik perempuan, kenapa nak cemburu melampau pada isteri adik beradik lelaki awak tu? Masing-masing ada suami sendiri kan?

Ingat brader, nafkah wajib pertama adalah isteri. Bukan ibu bapa mahupun adik beradik.

Saya baca banyak kes ni, suami bab nafkah isteri memang culas. Ada yang tak pernah hulur langsung. Tapi, beri pada mak bapak dia dan adik beradik dia. Sedangkan ikut turutan, isteri tu paling utama kemudiannya anak-anak. Ini bukan saya dari saya, tapi dari allah swt.

Ingat, isteri tu amanah. Ibu bapa dan adik beradik kau tu, anugerah. Anugerah, diberikan kepada kau. Amanah, kau sendiri yang pilih dan kau yang kena tanggungjawab.

Brader… fikirlah elok-elok. Isteri tu kau yang pilih nak nikah dengan dia, kau janji macam-macam kat dia, kau janji pada wali dia, mak ayah dan keluarga dia, kau ingat satu benda mudah ke serahkan anak darra pada lelaki? Berat dosa kau tanggung bila kau lupa janji-janji ni semua.

Nafkah zahir dan nafkah batin tau. Jangan ambil mudah. Batin bukan pasal se*ks sahaja, tapi batin hati jiwa perasaan isteri tu. Nafkah zahir, apasal kau kedekut sangat brader kat isteri kau? Tahu tak lagi kau buat baik pada isteri lagi murah dan luas rezeki kau.

Isteri bukan bukan tempat caci maaki

Bab ni saya paling sedih sekali. Sebab sahabat saya sendiri trauma hidup kerana dizalimi dan banyak kali dipuukul suaminya, dicaci maaki kata-kata kesat. Pedih dengar. Saya lelaki, tapi saya sakit mendengar apalah salah isteri tu kalau pun bebel dia cemburu dia tu dia tak layak dipuukul.

Brader… cuba pandang wajah isteri tu lepas kau puukul, kau pandang masa dia tidur. Itulah isteri, orang yang tak penat urus rumahtangga, masak untuk kau, jaga kau sakit, hulur duit masa kau sesak, lahirkan anak-anak kau. Kau takde simpati ke brader puukul beelasah maaki hamun isteri kau?

Saya nampak ramai ni kalangan member-member jenis dengan perempuan lain bukan main lembut lentok, dengan isteri, macam iblis. Isteri tu brader… isteri!

Islam ajar kalau nak ‘puukul’ isteri atas sebab mengajar, yang dibolehkan hanya dengan hujung kain sahaja. Tapi kau brader? Penampar penumbuk penendang kau kasik. Ingat brader, dosa memukul isteri menzalimi isteri menganiaya melukai hati isteri.

Tak tertanggung brader kat akhirat nanti. Kau jangan buat main peranan isteri dalam kehidupan kau. Ingat jugak brader, doa orang teraniaya tiada hijab. Dan allah balas ‘cash’ atas muka bumi ni jugak.

Isteri mulia kedudukannya. Isteri bukan perempuan simpanan mahupun orang gaji.

Benda paling bodoh suami buat adalah bila kau melebihkan perempuan lain dari isteri kau. Apa bodoh sangat kau ni brader?

Isteri tu isteri!

Kau layan isteri macam sampah, lebihkan perempuan lain. Kau jaga hati perempuan lain, tapi kau pijak pecah baraikan hati isteri kau berkecai kecai. Kau ringan tangan tolong perempuan lain, tapi isteri kau buat segalanya sendiri. Apa bdoh sangat kau ni brader?

Isteri kau tu, brader!!!

Paling saya pantang, lelaki siap main dengan perempuan lain. Jijik sungguh apa kau buat, brader. Isteri kau, kau layan macam perempuan simpanan. Balik rumah ibarat singgah-singgah. Sampai rumah, kau sibuk dengan handphone melayan perempuan lain.

Isteri kau? Makan hati? Bila isteri, pandai pula kau keluar segala hadis segala dosa isteri pada suami, tapi kau lupa bimbing isteri kau sendiri.

Isteri adalah cerminan suami. Macamana kau layan dia, macamtu juga dia akan layan kau balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *