Bila Suami Terkantoi Projek Brsama Rakan Sepejabat, Isteri Tenang Je. Tp Pada Suatu Malam Tindakan Si Isteri Mmbuatkan Suami Rasa Sgt Bersalah.

Salam min. Saya ada satu benda yang saya nak luahkan. Dah lama saya nak luah. Tapi saya tak tahu nak luah kpd siapa. Jd saya guna page krt utk luahkan perasaan saya. Semua yang berlaku ni ada lah dari silap saya sendiri. Saya kenal isteri saya semasa kami belajar sama2 dulu.

Perkenalan dekat atas jambatan cinta waktu dia ambil gambar convo. Dia minta saya tolong ambil kan gambar dia dan kawan2 dia. Saya ambil kan, then saya edit gambar tu. Lama betul saya edit. Dia fikir saya ambil gambar dia lama.

Dia pun dtg dekat saya. Saya tunjuk gambar yang saya edit. Saya cuma edit letak tulisan je. Sudi tak jd isteri saya. Saya minat dia dari kami first year. Dia sgt aktif kolej. Sdgkn saya cuma pelajar biasa. Tapi tu lah. Saya kumpulkan keberanian saya melamar dia. Dan tak sangka. Dia pun menaruh hati juga dekat saya. Dan kami berkahwin. Alhamdulillah. Urusan semua dipermudahkan.

Sekarang kami dah hampir 6 tahun berkahwin. Anak masih tak ada. Mula2 saya okay je. Tapi lama2 saya jadi tertekan. Mak selalu push saya soal anak. Dia ckp dia nak cucu. Hari2 dia ckp dia teringin nak main dgn cucu.

Saya kesian kan isteri saya. Selalu kena sindir dgn mak saya. Jd saya pun buat keputusan utk pindah rumah. Ye lah. Sepanjang duduk sekali dgn mak. Pergerakan isteri saya agak terbatas. Nak bermanja dengan saya cuma waktu malam dlm bilik. Tu pun slow2. Sbb bilik kami bersebelah dgn bilik mak. Sbb mak ni jenis tidur ayam.

Bunyi bising sikit je dah terjaga. Lepas tu nak tidur balik pun susah. Awal pindah mmg mak tak bagi. Merajuk lah juga dia. Jenuh saya pujuk dia. Tapi tak jalan juga. Saya bodek dia dgn mcm2. Baru lah dia boleh terima. Tapi rajin juga dia bertandang rumah setiap hujung minggu.

Saya dan isteri tak kisah pun. Isteri lagi suka. Katanya tak boring. Isteri saya pandai semua benda. Serba serbi dia boleh buat. Memasak, menjahit, menukang. Barang2 perabot dekat rumah semua hasil tangan dia. Mmg kreatif. Kdg2 saya bangga pun ada. Bila kwn2 dtg rumah, puji hasil kerja isteri. Namun, manusia tu tak sempurna. Walaupun dia pandai dlm serba serbi.

Dia masih kurang pandai melayan naffsu saya. Dia agak lurus dalam bab2 ni. Mungkin sbb tu saya jadi tak bernaffsu dengan dia. Sbb saya jenis cepat hilang mood kalau tengah bersama. Saya ada juga tanya kwn2 saya, berapa kali dlm seminggu diorg bersama. Ramai yang ckp 2 atau 3 kali seminggu. Saya cuma sentuh isteri saya sebulan sekali atau dua kali. Itu pun bukan kerana naffsu. Tapi kerana nafkah.

Kalau ikutkan, saya terseeksa juga utk bersama dgn dia. Mcm saya paksa diri saya utk bersama dgn dia. Isteri saya tak pernah merungut atau merajuk kalau saya tak bersama dgn dia. Konflik saya dan isteri bermula bila isteri saya terbaca whatsapp saya. Kebetulan waktu tu, saya tertinggal fon waktu nak ke office. Entah mcm mana saya terlupa sangat hari tu.

Selalunya, fon tu lah yang saya tak akan tinggal. Bila saya balik waktu lunch untk ambil fon. Saya nampak dia duduk atas sofa sambil pegang fon saya. Muka dia tenang. Tenang sgt2. Saya ingat dia buka fb ke main game kat fon saya. Sbb dia bukan jenis cek hp saya mcm isteri kwn2 saya yang lain. Dia ckp dulu waktu mula2 kawin, fon tu privacy kita sendiri. Jd dia mmg tak akan cek. Saya minta fon dekat dia, and dia pun beri dekat saya.

Saya tengok fon saya, rupa2 nya dia tengah baca whatsapp saya dgn sorg perempuan (officemate) dekat whatsapp saya. Saya jd speechless. Saya tak tahu nak buat mcm mana. Saya nak explain dari mana pun saya tak tahu.Saya cuma ckp dkt dia. Saya kenal officemate sbb dia budak intern. Junior kita. Saya yang incharge bahagian intern. Saya mengaku dgn isteri yang saya dah terlanjur dengan dia beberapa kali. Hampir setiap hari di office saya bersama dgn dia. Dia pandai layan saya.

Tak mcm isteri saya. Dia buat saya rasa puas sgt. (part ni saya tak cerita dekat isteri). Sambil saya explain tu, saya pandang muka isteri. Tenang sgt2 muka dia. Saya yang jadi resah dan gelisah. Saya janji dengan isteri. Saya tak kan buat lagi apa semua. Tapi isteri tetap diam. Muka dia mmg tenang. Tenang sgt2.

Saya tanya dia, sayang okay ke? Dia diam. Lama dia diam. Saya tengok muka dia. Takde tanda2 nak marah atau sedih. Mmg tenang betul. Tiba2 dia ckp dekat saya. Setiap kali lepas asar. Dlm pkul 5 lebih. Dia rasa resah dan gelisah. Rasa mcm ada yang tak kena. Setiap kali tu lah dia doakan saya balik kerja dgn selamat, dia doakan saya diampunkan dosa saya. Dia risau takut saya acciident atau apa2 sepanjang perjalanan balik office ke rumah.

Saya terkejut bila dia ckp mcm tu. Sedangkan waktu tu, saya tengah sedap berprojek dgn officemate saya. Mmg kami projek selalunya lepas asar. Waktu yang lain2 habis waktu kerja. Lepas isteri ckp mcm tu, isteri senyum kat saya. Dia tanya saya nak makan apa utk lunch. Saya ckp saya tak nak makan apa2. Ye lah. Mcm mana nak makan. Tengok muka dia pun saya dah kenyang. Saya tengok dia lagi. Dia okay atau tak. Tapi dia masih lagi tenang. Saya betul2 gelisah sampai saya ambil cuti emergency. Saya tak dtg office lepas lunch. Sbb saya nak tengok gelagat dia.

Dia masih lagi masak di dapur. Saya ikut je belakang dia. Lepas masak, kami makan. Then solat zohor. Lepas tu dia angkat baju dan lipat. Sepanjang hari tu, saya mmg membontoti je dia. Kadang2 dia tengok saya dia senyum balik dekat saya. Saya mmg gelisah betul hari tu. Terseeksa saya rasa. Saya langsung tak boleh agak hati dia mcm mana. Sampai lah ke asar dan maghrib. Dia masih lagi teruskan rutin harian dia. Siap tanya saya lagi. Nak makan apa untuk dinner.

Lepas dinner kami sama2 solat jemaah. Then tengok tv. Dia ajak saya layan movie. Dia minat sgt cerita harry potter. Jadi malam tu saya pasang lah. Dari episode satu sampai episode 3. Dah nak dekat pkul 1 lebih. Saya dah mula mengantuk. Tapi isteri tak mengantuk lagi. Saya ckp dekat dia saya nak tidur. Sbb saya kerja pagi. Dia senyum kat saya then dia angguk.

Saya pun masuk bilik tidur.Tapi tah mcm mana. Saya terjaga pkul 3 lebih. Saya pandang kiri isteri tak ada. Saya risau. Saya turun bawah. Saya nampak dia dekat ruang tamu. Tengah sujud. Saya pun berdiri kat tepi tangga. Tunggu dia habis solat.

Tapi lama dia sujud. Lama sgt2. Hampir 20 minit dia sujud. Kemudian baru saya nampak dia bg salam. Saya nak tegur, tapi saya dengar dia menangis sambil berdoa.Dlm doa dia. Dia mohon dekat Allah supaya Allah ampun kan dosa saya yang berziina. 3 kali dia ulang ayat tu. Dan dia juga doa, mohon Allah ampun kan dosa officemate saya yang berziina tu juga.

Waktu tu, saya terduduk kat tangga. Dengar doa dia. Air mata saya menitik dgn sendiri. Dia doa lagi supaya Allah lembut kan hati saya utk maafkan dia. Sbb dia tak pandai melayani saya. Lama dia doa. Menangis2 dia atas sejadah.

Saya bangun pergi dekat dia. Dia menangis dekat saya. Dia pula yang minta ampun dekat saya. Sbb saya makan luar kerana dia tak pandai layan naffsu saya. Dia minta maaf banyak kali dekat saya sebab kekurangan dia.

Saya jadi serba salah. Sedangkan saya yang sepatutnya minta maaf dengan dia. Saya curang dgn dia. Saya makan luar. Saya tak peduli kan dia. Saya jarang sentuh dia. Tapi masih lagi dia menyalahkan diri dia atas sikap saya.

Lepas malam tu. Dia mcm biasa balik. Layan saya mcm sebelum2 ni. Tanya saya nak breakfast apa, nak lunch apa, nak dinner apa. Cuma saya yang gelisah tengok dia perangai mcm tu. Sbb saya expect saya kene marah ke. Kene maki ke. Koman2 kene baling pinggan mangkuk ke. Kene halau ke. Tapi dia diam je. Saya nak minta tolong kaum hawa dalam ni. Apa yang saya perlu lakukan. Saya minta maaf dengan isteri. Dan isteri maafkan saya.

Tapi kenapa saya masih rasa bersalah dengan sikap isteri walaupun dia dah maafkan saya? Apa yang saya perlu lakukan? Saya buntu. Dah nak 3 minggu rasa bersalah tu tak hilang. Terseeksanya saya. via kisahjalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *