Sangsi tiba-tiba Mak tanya aku, “Pad yang dah pakai tu basuh ke tak”. Aku jawab lah tak. Bila Mak dengar aku jawab teruss aku kena sembur dengan mak.

Salam. First sekali aku nak ucapkan terima kasih kat fiksyen fasha sebab publish cerita aku. Aku jugak nak mintak maaf kalau cerita aku tak mencapai tahap seram korang. Tapi aku rasa aku patut share sebab benda ni penting untuk korang yang ada anak, adik, kakak, sedara, sepupu perempuan. Nama aku NS. Ok. Cerita yang korang akan baca nanti memang kisah benar jadi kat diri aku sendiri.

Benda ni jadi tahun 1997 masa tu aku darjah 6. Banyak cerita seram jadi kat aku sepanjang hidup aku yang dah nak mencecah 32 tahun ni. Nanti ada masa aku karang lagi, tapi kenapa aku pilih cerita ni dulu untuk share sebab aku rasa segala perkara pelik yang jadi kat aku sampai sekarang. Semuanya bermula atau puncanya dari cerita aku yang ni.

Kire lepas kisah ni aku macam diminati benda benda seram ni. Ok jom mula. Kisahnya masa aku darjah 6 aku duduk kat Tanjung malim pasal mak aku sambung belajar buat ijazah kat UPSI. So kitorang sewa rumah kat Taman Orked tak silap aku. Rumah teres setingkat ada 3 bilik. Rumah ni takde pintu rumah pasal die terus pakai sliding door je untuk keluar.

Taman ni masa aku duduk dia macam perumahan paling hujung sekali kat Tanjung Malim. Memang takde rumah dah lepas tu (Sekarang dah maju dah). Kat kawasan perumahan aku ni, depan belakang hutan tebal penuh pokok getah. Kat belah tepi taman perumahan pulak ada kbur yang penuh sal1b tu. Kira kalau nak balik rumah aku ni, memang ko tak boleh elak.

Tetap kene lalu sebelah kbur. Sebelum kbur ada sungai kecik. Ada la budak budak yang kadang2 mandi kat sungai tu. Pasal tepi sungai ada pokok rambutan pulasan yang lebat berbuah walaupun takde orang jaga buah dia tak pernah stop. Aku kalau balik sekolah naik basikal, terliur je tengok buah buah yang masak ranum tu.. Tapi disebabkan dia betul betul sebelah kubur aku tak berani lah makan.

Tak pasal pasal kang aku melekat lak kat pokok tu. Ok pasal cerita seram yang jadi kat aku ni. Aku kan darjah 6 masa tu, baru dekat setahun datang per1od. Aku tak tau pulak cara cara yang betul nak buang pad daarah per1od ni. Kira setiap kali per1od aku just buang je pad yang berdaarah tu dalam tong sampah. Selama dekat setahun tu la cara aku buang pad daarah per1od aku.

Sampailah 1 hari ni aku per1od dalam hari ke 3 kot kire memang daarah ha1dnya tengah banyaklah dalam pad. Macam biasa aku buang je dalam plastik sampah. Takde balut ke apa. Just buang macam tu. Then malam tu mak aku ada kelas malam kat UPSI buat projek seni dia sampai tengah malam. Kira tinggal lah kitorang 4 beradik. Ayah aku masa tu ada kem ke kursus tak silap.

Sebab yang aku tau masa benda ni jadi memang kitorang adik beradik je kat rumah. Mak aku ni sebelum pegi mana mana dia akan pesan macam macam kerja rumah untuk kitorang settlekan. Kira bila dia balik semua siap. Malam tu abang aku ditugaskan buang sampah kat tong sampah luar. Maka abang aku ni ambiklah sampah bungkus nak buang.

Tapi malam tu abang aku tak masukkan dalam tong sampah sebab dia malas buka pagar plus dia nak kejar buat benda lain. Dia letak je sampah tu kat depan sliding door. Tinggal macam tu je. kitorang ni kalau time mak ayah takde biasalah masing masing buat bende yang dilarang buat. Mak ayah kitorang ni Straight gila peraturan dalam rumah. Hehehe.

Time malam tu, semua cepat cepat settlekan keje yang mak aku pesan, lepas tu masing2 gerak. Ada yang pegi baca komik. Ada yang dok menyalin lagu kat radio. Dok rakam permintaan lagu kat radio tu pakai tape. Ada yang dok mengadap TV. Kira semua busy dengan hal masing-masing. Korang pon sama kan buat camni. Hahaha. Ok. So bila kita buat bende yg dilarang buat ni. Of course lah kita macam terhendap hendap bila dengar bunyi apa apa.

Takut mak ayah tetibe balik kan. So masa tu aku dengar bunyi pagar terbukak camtu. Macam bunyi orang balik nak masuk rumah la.. Pastu menggelabah kitorang semua pegi berlakon study. Tunggu punya tunggu takdak siapa yang masuk. Aduii. Kena game. Tak tau pasal apa kitorang sorang pon takde yang nak bukak pegi tengok sapa kat luar. So lepas takde sape balik masing2 sambung buat hal masing2.

Sampailah dalam 15 minit camtu tiba tiba dengar mak aku memekik kat luar panggil kitorang. Masing masing berpisat lari keluar bukak sliding door. Masa tu lah.. Aku nampak plastik sampah kat luar yg abang aku buang tadi da terburai sampah sampahnya. Dan yang elok terletak tengah tengah porch rumah aku tu pad per1od aku! Yang dah kering! Takde langsung kesan daarah! Pad tu keadaan koyak dia macam kene cakar kucing. Tapi hakikatnya? Aduhh.

Pont1anak ke j3mbalang aku pun tak tau. Mak aku bising gila. Soalan pertama mak aku. Buang pad basuh tak? Aku cakaplah tak. Apa lagi kena tunjal tunjal la kepala aku.. Mak aku bising la kenapa buang pad tak basuh. Tu daarah kotor. Makluk halus suka macam macamla mak aku cakap tak berhenti. Mak aku suruh ambik pad tu sekarang. Pegi basuh. Selawat bungkus elok elok buang.

Aku pon menggigil gigil la tengok pad aku sendiri. Dah kering kontang macam kene vacuum. Habis semua daarah. Padahal aku baru je buang sebelum abang aku buang sampah. Dah 2 hari macam tu lepas dah reda sikit marah mak aku. Aku tanyalah apa sebenarnya mak aku nampak tengah malam tu. Mak aku cakap masa dia balik. Dia nampak ada 2 ekor yang warna putih rambut panjang tu.

Sorang baru terbang. Sorang dok mengadap lagi pad aku. Tapi mak aku tutup mata baca baca ayat al quran buka mata hilang dah benda tu. Mak aku cakap menggigil gigil dia malam tu. Plus dia marah sangat dan risau sangat apa akan jadi kat aku pasal daarah ha1d aku yang dah kering kena hisap tu. So. Lepas kejadian ni lah, aku ni macam banyak kena ganggu. Macam macam benda. Sampailah sekarang. Aku masih kena gangguan. Masih lagi berubat.

Cuma aku macam dah lali dgn benda benda ni. Selalu kalau masa aku kene kacau aku takleh nak bagitau sesiapa. Lepas benda ni hilang baru aku boleh cerita. So korang yang perempuan perempuan. Ada anak perempuan. Ajarlah anak anak perempuan ni dari masa mula mula datang per1od tu macam mana nak uruskan pad yang penuh ha1d tu.

Aku masa kena.. memang aku tak tau caranya. Sadiss betul. Oklah. Nanti kalau aku free aku cerita kisah basikal seram, kisah 2 orang budak yang follow aku balik dari kem kat hulu langat tu. Tq u olls sudi baca cerita aku. Ambillah iktibar dan teladan dari cerita aku ni. via lagendakami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *