Ayah ni, saje je gunakan aku. Klu cari kerja dia kata aku anak derhaka. Bila tlg ayah niaga, upah pun xdapat.

Ayah guna2 kan aku, bila aku nak cari kerja dikatanya anak derhaka tapi bila aku tlng ayah berniaga hasil kt aku takde
Salam semua. Nama aku Sha. Seorang perempuan. Adik beradik aku ada yang dah kahwin ada yang masih belajar. Tahun ni aku dah masuk 30 an. Aku adalah seorang penganggur.

Tahun ni dah masuk tahun ke 6 aku jadi penganggur berjaya. Pendidikan tertinggi aku hanya SPM. Aku pernah sambung belajar di Politeknik, tapi tak dapat habiskan sehingga ke akhirnya. Dan semestinya aku ada hutang PTPTN.

Bukan ape, kos yang aku ambil tu mmg agak susah dibawa. So selama beberapa semester disana aku buat pinjaman PTPTN. Yela time tu fikir nak senang dan cepat dapat wang hnya ambil PTPTN. Apa aku nak cerita hari ni lebih kepada pendapat para pembaca semua.

Sekarang, aku hidup dengan Mak Ayah aku. Aku rasa aku tak ada sebab pun untuk tinggal sendiri memandangkan ekonomi diri aku ni yang ‘tidak membenarkan’ aku menyewa rumah sendiri. Semua makan minum pakaian mak ayah aku tanggung, jgn salah faham, korang baca sampai habis dulu ok.

Aku pernah bekerja sekejap pada tahun 2013. Selepas beberapa bulan aku bekerja, ayah suruh aku berhenti kerja. Ayah nak aku berniaga. Tolong beliau berniaga. Fisrt nya aku ingat ayah nak bagi modal aku berniaga. Kira macam ayah backup aku dan didik aku la selok belok perniagaan ni. Tapi aku silap! Silap Besar Sangat!

Mula dari 2013 tu lah aku ikut ayah aku. Kejap jual itu, kejap jual ini. Dalam tempoh 5 tahun aku rasa dah banyak produk kami jual. Lebih kepada online. Tapi ada masa kami buat offline jugak.

Offline ni lebih kepada sedara mara je sebenarnya. Dyrng pon paham adik beradik berniaga mestilah kena support sikit kan, takkan nak tgk sedara mara susah. Produk yang kami jual pon tak mahal mana pon. Below RM100 je. So, semua orang mampu beli.

Untuk pengetahuan korang semua sepanjang aku ikut Ayah berniaga, aku tak pernah dapat satu sen pun gaji. Semua untung bisnes Ayah aku ambil, kata beliau duit tu semua nak pakai untuk bayar kereta 2 biji, bayar bil letrik, bil air, sewa rumah, nak bagi belanja adik-adik aku yang masih belajar.

Pernah sesekali aku merungut sebab kenapa aku tidak diberi upah untuk semua kerja aku. Aku bukan berkira. Tapi aku malu meminta. Kalau Ayah aku bagi aku tak payah minta pun. Aku ni dah besar kot. Dengan umur aku sekarang ni aku yang patut sara Mak Ayah aku.

Bila aku minta izin untuk bekerja, Ayah aku tak benarkan. Pernah aku melawan aku kata aku ikut Ayah bisnes tapi tak dapat apa pun. Lepas tu Ayah marah kata aku anak yang tak reti bersyukur. Makan pakai aku semua Mak Ayah belikan, rumah pun duduk percuma. Tak payah fikir bayar bil apa semua.

Kalau boleh semua benda tu aku nak aku yang bayarkan. Aku nak kerja untuk senangkan Mak Ayah aku. Dan untuk aku jugak semestinya. PTPTN aku tu satu sen pun aku tak bayar lagi. Sebenarnya Mak Ayah aku ni masih bekerja. Kerajaan.

Tapi nak jugak berniaga.

Kalau untung niaga tak banyak duit gaji Mak Ayah aku masih ada. Masalahnya aku ni nak dapat duit dari mana? Aku ada jugak buat dropship. Jual baju jual tudung. Untung adalah dalam RM4-RM10 per item.

Tapi untung dropship tu cukup-cukup je untuk aku beli topup selalunya. Aku beli topup sebulan sekali je asalkan line aku tak maati dan ada jugaklah internet aku untuk lepas boring. Rumah kami tak ada tv. Jadi aku tengok telefon aku je lah.

Itu pun sebenarnya Ayah aku tak bagi aku jual barang orang lain. Dropship semua tu. Tapi aku degil jugak buat dropship (aku buat dalam diam) sebab aku desperate sangat dah.

Aku jual dekat IG je. Sebab Mak Ayah aku ada fcebook. Umur aku dah masuk 30 an ni, duit simpanan 1 sen tu tak ada. Sedangkan hutang PTPTN pun belum mula bayar apa lagi nak simpan.

Aku dah plan untuk tak kahwin selagi aku tak mula bayar PTPTN aku. Kalau ikut aku nak je kahwin cepat-cepat. Supaya aku tak payah nak ikut cakap Mak Ayah aku lagi. Supaya aku boleh kerja dan dapat gaji.

Tapi aku rasa kalau aku kahwin sekarang, aku tak rasa aku akan menyenangkan bakal suami aku. Sebab aku nak duit belanja kahwin sebelah aku biar aku tanggung sendiri. Itu aku memang dah fikir sejak dulu lagi.

Sebab tu aku nak kerja. Nak bagi duit kat Mak Ayah aku. Aku nak bayar hutang PTPTN aku. Aku nak simpan untuk masa depan aku. Tapi tu lah, Mak Ayah aku tak izinkan aku kerja. Suruh aku teruskan bisnes dorang sebab dorang bekerja.

Aku ni kalau ikut hati rasa nak degil jugak, nak degil jugak cari kerja. Mak Ayah aku dah ugut awal-awal dah. Dorang doa yang bukan-bukan. Hidup tak berkat lah apa lah kalau aku nak kerja jugak.

Aku tak kisah kalau Mak Ayah aku nak aku buat bisnes asalkan aku dapat hasil. Ni dah bertahun aku tak dapat apa-apa. Kalau betul-betul perlu baru aku minta. Aku malu meminta dengan umur aku sekarang ni. Ya Allah. Serius aku malu.

Kadang-kadang aku rasa nak lari je dari rumah. Biarlah aku bersusah payah. Asalkan aku boleh tanggung diri aku sendiri. Tapi aku kesian kat Mak Ayah aku. Kalau aku tak ada, siapa nak tolong dorang? Tapi siapa pulak nak tolong aku? Aku rasa aku kena tolong diri aku sendiri jugak. Allahuakbar. Aku buntu.

Untuk pengetahuan semua, aku dah bincang dah baik-baik dengan Mak Ayah aku pasal nak kerja. Dah banyak kali aku cakap dah. Sampai aku nangis tersujud pun Mak Ayah aku boleh cakap

“Takde guna ko nangis kalau tak nak dengar cakap mak bapak ko sendiri. Ko memang nak jadi anak derhaka kan? Ko ikut lah hati ko tu. Tapi kalau Mak Ayah tak redha tak berkat jugak hidup ko”. Dan akhirnya aku mengalah lagi sebab tak nak asyik digelar anak derhaka.

Kawan2 ckp aku depress, tapi alhamdulillah aku masih waras. Aku dah jumpa pakar pun. Dah beberapa bulan aku terima rawatan. Aku ingat lagi first time aku jumpa doktor tu aku nangis tak henti. Sampai sedu-sedu macam nak terduduk dah dalam bilik doktor tu.

Korang tau sebab apa? Doktor tu keluar satu soalan je. “Are you ok? Ceritalah apa masalah. Saya dengar”. First time dalam hidup aku ada orang nak dengar aku. Sampai 2 jam aku bercerita dengan doktor dengan air mata hingus aku semua.

Aku bersyukur sangat aku ada otak jugak nak paksa diri aku jumpa doktor. Sebab sebelum tu aku dah asyik fikir pasal maati je sebab aku rasa hidup aku dalam keluarga Mak Ayah aku macam menyusahkan.

Aku rasa aku ada atau tak kat rumah tu macam sama je. Mak Ayah aku tak pernah naik tangan pun kat aku, tapi didera secara emosi ni lagi sakit dan aku end up with mentally ill.

Aku nak rawat diri aku dari fikir pasal mti ni, sebab aku tak nak mti pun sebenarnya. Tapi aku asyik fikir nak mti sebab aku dah tak tahan. Sebab aku rasa mti tu boleh tamatkan segala benda yang menyakitkan aku. Korang faham tak?

Korang jangan hairan pulak mana aku dapat duit jumpa doktor pakar selalu. Aku jumpa doktor tu percuma je. Sebab aku ni penderma drah.

Dapat rawatan peskit luar percuma untuk beberapa tahun. Aku ni nak bayar rm5 kat bahagian pakar ni pun aku tak mampu. Nasib baik tambang bas murah, aku masih mampu bayar.

InsyaaAllah aku dah plan dah pun nak cari kerja dari dulu. Aku tak duduk diam je kat rumah sekarang. Aku cari jugak kerja dalam diam.

Aku dah hantar resume dah banyak tempat. Dan akhirnya aku dah dapat panggilan untuk temuduga, mesej temuduga tu aku lepas raya ni. Doakan aku. Selamat hari raya.