Kerana suara terlampau merdu ketika solat, aku sanggup terima lamaran dia. Tp bila kawin ini pula yang jadi.

Hai.. Nama aku Wani. Seorang ibu kepada dua cahaya mata. Usia perkahwinan baru sahaja memasuki tahun yang ke empat. Ya aku masih lagi baru di dalam alam perkahwinan ini.

Suamiku, lebih tua 2 tahun daripadaku. Aku terjatuh hati kerana selalu mendengar suaranya menjadi imam di surau tempat kerja kami suatu masa dulu. Kami bekerja di tempat kerja dan bahagian yang sama. Apabila kami sudah mulai rapat, dia membawa aku ke kampong berjumpa dengan ibu bapanya. Aku hanya menurut, meskipun masa itu hubungan kami masih lagi kawan – tidak pernah meluah rasa.

Beberapa hari selepas pulang daripada kampungnya, suamiku mengajak aku keluar makan,Dia meluahkan isi hatinya untuk mengajak aku lebih serius dalam hubungan ini. Lagipun ibu bapanya berkenan dengan aku sejak berjumpa dengan aku hari itu. Aku tersenyum, tidak menganngguk dan tidak juga menggeleng. Dia faham senyumanku. Kami berkahwin dan dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup kami.

4 tahun bergelar isteri, aku akui dia baik. Cumanya, dia tidak dibiasakan dengan kerja rumah. Dia tidak dibiasakan dengan tanggungjawab. Dia tidak dibiasakan dengan selesanya duduk di rumah yang bersih. Penat aku tegur, dilabelnya aku sebagai membebel.

Semua urusan pembayaran bil aku yang akan uruskan tetapi memang duit bayarannya aku minta daripada dia. Tapi, itupun maknya akan Tanya bagaimana dia uruskan gajinya. Semua wangnya harus diterangkan satu persatu pada ibunya kemana dihabiskan. Kadang kala aku jadi rimas tengok bapa orang bergayut terlalu lama di telefon dengan ibunya hanya untuk bagitau perkara remeh seperti itu.

Dan ternyata selepas 4 tahun juga suamiku pengotor. Ya, sangat pengotor. Penat aku train dia untuk tahu bezakan kotor dan bersih. Supaya dia dapat bersihkan apa yang kotor bila aku tiada kesempatan. Dia tidak pandai menguruskan masa. Hidupnya tiada peraturan masa.

Hiduplah sebagaiman dia mahu hidup. Dia kata aku terlalu cerewat. Semua mahu diatur. Ya, bagiku hiduo memang perlukan peraturan. Bangun pagi aku akan kemas rumah sebelum anak aku bangun. Tiada istilah bangun lambat semasa hari cuti. Suamiku tidak dapat menerima gaya hidupku. Sampah penuh sampai melilpah pun dia masih boleh rasa tiada apa yang perlu dibuat.

Kali pertama aku pergi ke rumahnya memang bersih. Semua tersusun cantik. Sehinggalah aku menjadi menantu, aku betul betul tertekan. Beli barang basah untuk masak seperti ikan atau ayam, hanya akan terletak di depan pintu. Hanya akan ambil bila nak masak nanti. Kalau petang nak masak, petanglah akan diambilnya. Kalau esok pagi nak masak, esok pagilah ayam tu duduk di pintu.

Keluarga suamiku ini jenis yang makan beramai-ramai di lantai. Itu aku boleh terima. Yang aku tak boleh terima lepas makan semua bangun. Baki lauk, nasi semua ditinggalkan tak bertutup. Pinggan letak dekat sinki. Tak muat di sinki, letaklah bawah sinki. Jika masih tak muat, sebelah sinki.

Semua penuh dengan pinggan mangkuk kotor. Dapur masak tak pernah berlap. Bila daki dah menebal, beli sahaja baru. Bukan aku tidak pernah menolong, tetapi apalah dayaku kalau aku sorang yang berkemas dan yang beramai-ramai tidak menjaganya.

Aku kemas, korang sepah. Adik beradik suamiku ramai lelaki. Mereka semua tidur di depan tv. Alas tidur, bantal selimut tidak pernah berkemas. Dengan alasan, malam nanti kan mahu ditidurkan disitu lagi. Mengapa mahu dikemaskan?

Aku bukanlah terlalu cerewet. Tapi tak seharusnya kita hidup dalam keadaan kotor macam ni. Pernah ibu mertua aku nak bersihkan najis anak aku. Die hanya siram di lantai dapur. Lantai yang menjadi tempat lalu lalang. Aku naik angin sebab itu najis! Aku suruh suamiku tegur kelakuan ibunya. Tetapi suamiku hanya diam, tidah tahu bagaimana harus menegur orang tuanya sendiri.

Masuk tahun keempat perkahwinanku ini, aku Nampak suamiku ada perubahan. Walaupun tak banyak, tetapi masih ada. Itupun setelah berapa banyak kali aku menjadi hantu sebab melihat perangai dia. Mungkin dia jadi begitu sebab acuannya memang sebegitu.

Aku ada cuba kemas rumah mertuaku setiap kali balik kampong, tetapi ibu mertuaku tidak berapa suka aku mengubah cara mereka. Aku pernah dengar sendiri dia cakap ‘best boleh lempar-lempar sampah dari pintu’ Sedangkan aku, sampah mestilah dikumpulkan dalam satu plastik dan dibuang di suatu tempat. Lagi satu, mertuaku tidak pernah menyapu rumahnya. Aku cari penyapu tak pernah jumpa.

Sebab mereka jenis yang pakai selipar dalam rumah, jadi kenapa nak susahkan diri untuk menyapu. Kalau nak duduk, dia ada sediakan bangku-bangku kecil yang cukup-cukup untuk punggung. Kalau diikutkan aku memang tak selesa bila berada di kampungnya. Aku selalu mengelak untuk pulang ke kampong. Ini juga punca pergaduhan sering terjadi.

Tapi ini realiti setelah 4 tahun berkahwin,untuk suara yang sedap dan aku puja ketika solat di pejabat aku bukanlah berlandaskan itu semata-mata. Aku memilih jodohku pada suatu masa dahulu yang utama adalah yang menjaga solatnya. Menjaga tutur katanya dan tidak merkok.

Ya, semua ciri ada padanya. Tetapi setelah aku berkahwin aku tak menyangka, bila azan berkumandang dia masih lagi duduk sehingga tunggu habis azan baru pergi mandi. Mandinya lama, mengalahkan aku. Kalau waktu maghrib, dipenghujung waktu baru dia solat.

Dan pakaian solatnya tidak harus tercemar dengan apa sekalipun. Dia tak akan duduk di lantai dengan pakaian solatnya. Makanya, pakaian solatnya itu seolah alas an untuk dia tidak melakukan sebarang kerja kerana takut tercemar. Aku tahu kepentingan kita menjaga kebersihan pakaian solat tapi takkan sampai ke tahap itu sekali.

Awal perkahwinan yang sangat mencabar. Bagaimana aku harus membentuk dia menjadi seorang yang pembersih, tahu buat kerja rumah dan tahu mengurus masa. Banyak kali kami bergaduh. Belum lagi campurtangan mertua yang selalu kasihan melihat anak lelakinya tidak dimanjakan sebagaimana dia memanjakan anaknya. Banyak kali kami hampir bercerai.

Untuk para pembaca yang masih bujang atau ingin memasuki kea lam perkahwinan, ini nasihat daripada aku :-Perkahwinan memang susah. Sebab itu perlunya kerjasama. Jangan diharapkan sabar daripada sebelah pihak sahaja. Kerjasamalah dalam apa jua hal sekalipun

Ibu mertua, tolonglah jangan terlalu memanjakan anak lelaki. Kebanyakan anak lelaki dimanjakan, anak peremouan disuruh berdikari. Bila dah kahwin, rasa beban besar atas kepalaSuami, bantulah isterimu kerja menguruskan rumahtangga. Jika alasanmu penat bekerja, isterimu juga bekerja. Adakah dia robot yang tidah tahu penat dan lelah

Wanita usahlah berharap pada kisah cinta seperti novel. Realiti tak seindah fantasi. Andai kamu dapat apa yang kamu harapkan bersyukurlah. Andai tidak, bersabarlah. Cubalah berusaha mengubah pasangan. Carilah cara untuk menghiburkan dirimu agar tidak terperangkap dengan stress dan dispress. (tapi jangan meluah pada orang lain ya).Terima kasih.