Satu keajaiban masa sy ditinggalkan tunang bila dia dapat tahu sy penghidap knser

salam sejahtera kepada semua pembaca.Tujuan luahan ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang penghidap cncer stage 4 juga. Bagaimana saya mengetahui saya mempunyai cncer stage 4? Saya mengetahui ketika saya mengalami luka kemlangan kecil. Kesan daripada luka itu sel cncer menjadi aggresif dan aktif, doktor mengatakan luka kemlangan itu umpama mengejut sel cncer untuk bangun. Tmor cncer membesar dengan cepat.

Berbagai procedur dilakukan untuk mengesan tmor yang semakin membesar itu. Hari yang ditunggu telah tiba, result biopsy dan ct scan akan diberitahu. Dari riak wajah doktor saya dapat mengagak seperti ada yang tidak kena. Ya, tepat tekaan saya, doktor mengatakan saya mempunyai cncer stage 4, sel cncer aktif dan aggresif dimana telah merebak ke seluruh badan.

Doktor juga mengatakan hayat saya sudah tidak lama. Gelap rasa dunia, rasa tersungkur jatuh rebah ke bumi, xdak daya untuk bangun menghadap dunia. Air mata umpama empangan pecah yang tidak henti2 mengalir.

Saya didagnose cncer seminggu sebelum majlis pertunangan dan 3 bulan sebelum majlis pernikahan. Saya memaklumkan kepada bakal tunang saya mempunyai cncer, bakal tunang terkejut dan masing2 diam didalam talian. Hanya air mata yang sedang berkomunikasi.

Dalam sedih menerima hakikat diri menghidap cncer, bakal tunang diam seribu bahasa, diblock semua sosial media saya dan ditinggalkan diwaktu saya perlukan sokongan daripada dia. Ya saya lemah. saya sering bermonolog didalam hati kenapa aku ya allah, kenapa aku?

Sampailah waktu maghrib hari kejdian, saya menunaikan solat seperti biasa, membaca yassin, berdoa dengan linangan air mata yang tanpa henti, mengadu bercakap dan luahkan apa yang terbuku kepada allah dan ianya berkesan. Saya berasa sangat tenang, rasa terlepas satu bebanan. Saya mula muhasabah, terlalu banyak nikmat allah bagi kepada saya, tak kan dengan sedikit ujian saya hendak menyalahkan DIA.

Benarlah allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuannya. Saya mula redha dengan ketentuan allah, bila saya redha saya berhenti mempersoalkan allah. Saya terima ujian ini dengan lapang dada. Saya meneruskan hidup seperti biasa bersama dengan procedur rawatan yang diberikan oleh doktor.

Doktor menyarankan saya untuk menjalani kimoterapi. Kesan daripada kimo Doktor mengatakan saya tidak akan period untuk selamanya dan tidak boleh mengandung, tumpah lagi air mata membanjiri bantal yang sedang dipeluk. Perempuan mana yang tidak inginkan anak? Selepas beberapa cycle tumor semakin mengecut, alhamdulillah doktor mengatakan badan saya respond dengan ubaat kimo tu.

Kesan daripada kimo saya berasa seperti inilah penghujung nyawa saya kerana saya rasa lemah yang tersangat lemah, x berdaya untuk bergerak, tidak bernafsu untuk makan, mulut dipenuhi ulser, muntah setiap masa, deria rasa sudah tidak berfungsi, tapak kaki terasa skit. Dan yang paling menyedihkan rambut gugur umpama daun yang ditiup angin. Tiada seurat pon yang ditinggalkan.

Semua gugur ke bumi. Sekali lagi air mata mengiringi perjuangan saya untuk kembali sihat. Setelah selesai kimo yang bercycle cycle. PET SCAN dilakukan, result dari scan tersebut menunjukkn sel cncer sudah tidak aktif lagi. Dari seorang penghidap cncer stage 4 yang tiada harapan untuk sembuh kepada seorang yang sihat menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan. Mahasuci allah yang jika di berkehendaki sesuatu terjadi maka terjadi lah. Walaupun sel cncer sudah tidak aktif, saya perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup bagi mengelakkan sel cncer kembali aktif.

Semasa saya sedang skit dan melalui proses rawatan yang complcated, saya ada post di fb minta doa daripada semua, semoga allah permudahkan urusan saya untuk sembuh. Mungkin ada salah seorang yang doanya Allah angkat. Selain itu, apabila di dagnose cncer, dan doctor menjangka hayat dah tak lama, automaatik timbul kesedaran dalam diri kemtian semakin hampir, “aku dah nak mti”.

Menggigil tubuh bila ingat kemtian. Apa solusinya, saya kerap melakukan solat taubat dan sentiasa mengingati allah. Berdoa sungguh sungguh minta keampunan dan mti dalam keadaan husnul khotimah.

Selain itu, antara usaha yang dilakukan untuk kesembuhan saya adalah memberi makan kepada orang (kenduri). Ibu saya kerap membuat kenduri. Setiap hujung minggu hantar makanan ke rumah anak yatim, atau ke pusat tahfiz. Usaha ibu saya membuat kenduri Allah beri nikmat yang tidak putus2. Selain mendapat kesembuhan rezeki keluarga saya melimpah ruah. Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.

Ada pembaca yang bertanya, siapa tulang belakang yang sentiasa support saya untuk terus berdiri, jawapannya keluarga. Ya keluarga saya. Adik beradik saya berkerja jauh, di negeri yang lain, yang memakan masa berjam jam untuk sampai ke kampung halaman.

Tetapi atas faktor kesihatan saya, mereka sanggup k0rbankan masa dan wang untuk pulang melawat dan menjaga saya. Saya tak akan lupa jasa-jasa mereka. Mereka sentiasa berada diteratas dalam doa saya. Moga Allah kurniakan syurga tertinggi untuk mereka. Aaminn.

Semoga dengan luahan ini dapat memberi semangat untuk mereka yang sedang berjuang untuk sihat dan untuk mereka yang sudah berputus asa untuk kembali sihat. (Saya pun pernah putus asa. Terfikir untuk lari dari hospital kerana x tahan skit sangat masa rawatan).

Saya baru menamatkan pengajian degree, mohon doakan saya mendapat pekerjaan yang saya mampu untuk galas dan doakan saya mendapat jodoh yang baik, yang dapat menerima kekurangan saya. Akhir kata, marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk pengantin yang mennggal selepas sehari akad nikah itu. Moga allah tempatkannya dikalangan orang2 yang soleh dan solehah.

Akhir kata,lakukan setiap usaha yang telah saya kongsikan dengan istiqamah. Jangan kerana allah dah kurniakan kesembuhan, kita berhenti memohon doa, berhenti lakukan solat taubat, berhenti membuat kebaikan. Minta maaf dan memberi maaf kepada semua orang walaupun orang yang pernah menyakiti hati kita.

Memang mudah untuk berkata kata tapi sukar untuk menzahirkan kemaafan itu lebih-lebih lagi untuk orang yang dah menyakiti kita. Simpan saja semua kesalahan mereka sebagai pengajaran dalam hidup kita supaya kita tidak buat kepada orang lain.