Terkejut bila timbul 2 line ni. Tak kira aku nekad bila bayi ni lahir. Patut la selama ni loya je..

Hi kepada semua permbaca dan selamat menyambut hari raya aidilfitri . Nama aku Aya umur 20+. Selalu aku baca je luahan, tapi kali ni aku menulis, mungkin boleh jadi pengajaran.

Aku sudah berkahwin tapi tiada siapa tahu. Cuma ahli keluarga sahaja tau. Kenapa boleh jadi macam tu? Dari kecik aku ni agak memberontak, hubungan aku dengan adik beradik tak berapa baik dari dulu sebab aku rasa macam aku ni outcast.

Tak reti berbual, kalau jumpa saudara mara pun, kalau mereka tanya soalan baru aku jawab. Aku tak pandai beramah mesra macam akak dan abang aku.

Masa 2012, aku kerja part time kat satu cafe ni dan kenal dengan seorang lelaki. FYI aku ni agak susah nak suka orang, dan this guy (lets just name him Arif), mirip dengan crush aku masa belajar dulu so aku macam cari resemblance crush aku dekat dia, jadi tersuka.

Dia suka aku balik, kami mula berkawan. Dia lelaki pertama dalam hidup aku. Mula-mula kami pegang tangan, kemudian pluk, sampailah satu malam, dia balik cuti sem, kami check in hotel, aku serahkan diri aku pada dia.

Bdoh kan, konon sayang. I was soo young at that time, tak fikir panjang. Kemudian aku menyesal sebab turns out dia bukan seperti yang aku jangkakan. Aku benci diri sendiri, kami berpisah dalam sebulan kemudian. Masa tu sebab aku dah bekerja lepas diploma, dia pulak sambung belajar, aku tinggalkan je dia.

Aku stay single, aku susah nak suka lelaki kan, dan aku rasa rendah diri juga. Aku tak bukak hati aku pada sesiapa walaupun environment kerja aku masa tu agak bebas. Guests cakap aku cantik, dan dari kerja situ aku start jadi peramah disebabkan tuntutan kerja.

Tapi aku masih suka bersendiri, balik kerja singgah tempat kerja adik aku lepak sana sampai dia balik kerja. Ataupun kalau cuti, aku keluar dengan adik adik kecik aku. Macam tu rutin aku sampai la 2013, aku jumpa semula Arif di tempat kerja aku part time dulu.

Bila jumpa balik, hati aku berdebar, jatuh suka semula, dia pun rupanya masih tunggu aku selama ini dan dia sengaja kerja part time sana semula sebab tau aku selalu singgah sana. Jadi kami sambung semula relationship kami, kali ni mungkin sebab aku dah berusia sikit, jadi semua kekurangan dia aku boleh terima.

He comes from a broken family, parents dia complicated, dan dia banyak tinggal dengan keluarga angkat. Kekurangan dia banyak sangat compared dengan aku yang family sentiasa support dari dulu, pendek kata aku tak pernah hidup susah.

Duit hasil kerja aku cuma guna untuk aku, parents dan adik adik. Bila jumpa semula, kami pun sambung semula perbuatan itu, kononnya tak boleh terima lelaki lain dan lelaki lain pun mesti tak boleh terima aku . Hidup macam suami isteri sehinggalah 2015, aku mula rasa loya dan muntah muntah.

Hati aku rasa tak sedap, aku beli pregnancy test murah, result, 2 lines. Tak puas hati, aku beli Clearblu mahal, hasilnya (+) siap mention dah 12 minggu. Masa dapat tau tu, aku menangis sangat sangat, satu sebab aku tau parents aku akan kecewa, tak pernah jadi lagi. Dua sebab aku tak bersedia.

Tapi Arif masih setia disebelah, sebab dia sayang aku. Memang betul pun sebab kalau kami bergduh dan aku nak tinggalkan dia, dia sering merayu menangis. Gaji dia pun dia banyak bagi aku. Tapi dia lagilah tiada pengalaman langsung dengan budak kecik.

Sebabkan kami berdua tak bersedia, kami mula cari parents angkat untuk bakal bayi kami masuk usia kandungan aku 5 bulan. Tawaran banyak datang, ada nak bagi duit, ada nak jaga sampai habis pantang, bersalin dekat hospital swasta.

Tawaran pertama, kami pergi ke KL, jumpa keluarga yang berminat, scan semua, buat buku pink di hospital swasta. Malam tu aku teringin nak tengok movie Pilot Cafe, siapa yang baca novel dan tengok movie tu mesti tau cerita tu mengenai anak luar nikah jugak.

Tak sampai habis tengok movie tu, aku keluar, menangis lagi. Hati aku hancur. Aku balik semula rumah aku, cancel bagi orang, buat lupa pasal hal ni. Ada jugak lepas tu cari orang lagi, tapi setiap kali aku rasa aku nak bagi orang mesti aku cancel.

Dalam 4 orang jugak aku nak bagi lepas tu reject. Orang yang terakhir, aku reject sebab aku baru sedar aku sayangkan bayi dalam ni. Aku nekad nak anak ni, kena keluar rumah pun aku redha masa tu.

Btw parents aku tak perasan tentang perut aku sebab aku memang kecik berat 44 kilo, naik 10 kilo sahaja waktu pregnant. Aku sering pakai baju besar dan sering kurung diri dalam bilik, keluar bilik bila semua dah tidur.

Check up di klinik swasta. Ada jugak kawan sekerja perasan perut aku macam besar, aku tau mereka ada cakap belakang aku, tapi aku buat pekak buat tuli, sebab bagi aku mereka tak penting yang penting aku nak bayi ni.

Sampai time aku bersalin, aku ingat lagi, pertengahan puasa 2015, aku macam pelik kenapa sakit perut tak reda. Aku ingatkan false contraction sebab baru semalam check up, doctor cakap bayi masih belum enganged. Sampai drah keluar, aku rushing pergi hospital kerajaan (adik aku bawak).

Doctor check cakap jalan da bukak 4cm, terus kena tolak masuk dewan bersalin. Aku bersalin sorang sebab hanya suami dan mak dibenarkan masuk dewan pembedahan (whereas I have none at that time). Rasa macam nak mti, dengan pengalaman teran semua tiada haha terjah je.

Alhamdulillah dipermudahkan, bersalin normal dan ambil masa 3 jam. Pertama kali tengok bayi sendiri, terus jatuh cinta, lupa semua skit. Dan alhamdulillah walaupun nurse nurse hospital dan klinik tau status aku, aku tak pernah terima layan buruk sepanjang bersalin dan sepanjang check up kemudian.

Mereka cuma nasihat jangan buat lagi. Sejak bersalin, aku pindah keluar dari rumah parents aku, sewa rumah, sebab aku nekad kalau aku nak simpan bayi ni, aku taknak malukan family aku. Aku kena pilih satu sahaja. Yang tau semua ni cuma sorang adik aku sebab aku dan dia rapat sangat.

Hari pertama, susu tak keluar, anak menangis lapar, aku pun sama menangis sebab tak tau nak buat apa. Lari lari pergi AEON, beli pam susu, baru susu keluar. Aku tak pantang, tak tangas semua tak sebab aku hukum diri sendiri, aku cakap pada diri, ni lah balasan kau.

Buat dosa lagi. Anak nangis aku google, masuk angin sapu minyak telon. Belajar urutan bayi I LOVE YOU, belajar sedawakan bayi dekat youtube. Arif masih disisi, hulur duit, datang rumah masakkan makanan, jaga anak, sebab aku lemah lagi.

Sampai la suatu malam, adik aku datang, aku jemput dia masuk, tiba tiba di belakang dia, satu keluarga aku datang, Masa tu memang tak boleh lari lagi, kantoi semuanya. Yang aku terkejut, parents aku tak marah, mereka cuma tengok anak aku, cakap, pandai kau jaga anak.

Rupanya kakak aku macam dapat hidu sesuatu pelik sebab tak pernah pernah aku tinggalkan rumah jadi dia paksa adik aku cerita. Mereka bincang untuk kahwinkan aku dan Arif, tiada bantahan dari Arif. Esoknya aku berhijrah tinggal dengan kakak aku di negeri lain, Arif datang seminggu sebelum kahwin.

Kami selamat bernikah masa usia anak aku 3 bulan. Aku restart hidup aku di negeri baru dengan sokongan kewangan dari family, mula cari kerja stabil, ada kawan kawan, mula rasa hidup berkeluarga. Masih tinggal dengan akak aku sebab dia sayang sangat dengan anak aku dan dia masih bujang.

Kami sayang sangat dengan anak kami ni. Kami bagi semua kat dia, belikan mainan baju baru tiap bulan. Tak pernah bagi dia lapar, jaga malam kalau dia skit, like all mothers do. Dalam kalangan kawan kawan rapat aku, aku cakap anak angkat.

Tapi, tu lah, tiap kali raya, aku sebak. Sebak, sedih sebab, walaupun kami balik kampung, aku tak boleh beraya dengan anak aku. Aku tak boleh bawak dia jalan jalan raya ke rumah saudara mara, mintak duit raya.

Aku pun memang la tak raya, takkan la aku nak beraya sedangkan anak tak boleh. Tak boleh bergambar dengan satu family aku. Dah dua kali raya, aku bawak budak ni jalan jalan dekat shopping mall, atau lepak mana mana. Pakai baju raya minum iceblended haha.

Aku tau aku patut bersyukur, sebab sesetengah keluarga langsung buang terus anak yang malukan mereka. Aku tau aku patut bersyukur sebab sesetengah orang lagi susah lagi teruk hidupnya. tapi tu lah mungkin sebab tiap tahun pada aku raya sangat bermakna, aku sangat sedih untuk anak aku sebab dia tak dapat beraya macam kanak kanak lain.

Itu sahaja penyesalan terbesar aku. Maaf kalau cerita panjang sangat, aku tak reti menulis, cakap harian pun berterabur. Aku harap cerita aku dapat dijadikan pengajaran dan sempadan buat kita semua. Salam aidilfitri buat semua..