“Dah halal ke ni?” Selamber soal Aisyah pada lelaki yg sedang pegang tangan. Aku tersenyum, tengok dia tegur orang.

Tekun aku menghadap laptop di atas meja belajar sambil menaip ayat untuk membalas perbualan rakanku di Fcebook. Mataku tertarik pada satu article di dalam Fcebook.

Tajuk besarnya “Artis Lelaki Dikeccam Kerana Berpakaian Tidak Sopan Sewaktu Majlis Makan Malam”. Muka ku berkerut. “Hermm apa nak jadi dunia sekarang ni” Keluh aku. “Apa dia Nisa’ kenapa dengan dunia sekarang ni?” Soal rakanku Aisyah yang sedang ralit membaca buku diarinya di atas katil.

Aku menoleh ke arah rakanku. Sedikit keluhan aku lepaskan. “Aku tak faham betul dengan pemikiran masyarakat sekarang. Ada artis ni pergi majlis makan malam, pastu kena kutuk gila-gila beb. Sebab dia pakai seluar pendek. Tapi aku tengok seluar tu bawah lutut.

Katanya tak hormat majlis. Habis yang perempuan dok tayang rambut dengan balut badan tu tak kena kutuk pulak” Aku mendengus geram. Segala keluhan aku lepaskan. Aisyah hanya tersenyum mendengar leteranku. Kepalanya digelengkan. Aku membuat muka. Boleh pulak dia senyum.

“Dunia akhir zaman…” Balas Aisyah. Aku bangun dari meja belajar dan menuju ke arah almari. Malam ni ada study group dekat gazebo Kolej Melati. Opss lupa! Aku dengan Aisyah satu bilik dekat Kolej Melati UiTM Shah Alam. Aisyah ni kira best friend aku sebab dah dekat 4 sem aku mintak sebilik dengan dia.

Aku membuka almari dan memilih baju untuk di pakai. Setelah itu aku mengambil fail-fail yang berselerak di atas katil. “Aku keluar dulu beb.” Ucapku sekadar berbasa basi. Aisyah menoleh ke arahku.

“Baju kau jarang. Nak usya sapa kat luar tu?” Soal Aisyah bersahaja. Matanya di arah semula ke arah diari di tangan. Aku melihat bajuku. Ha’ah sedikit jarang.

“Alah… Bukan nak pergi jauh pun! Lagipun jarang sikit je. Aku just duduk dekat bawah tu je. Lagipun kolej perempuan. Mana ada lelaki masuk” Aku mempertahankan diriku. Aisyah tersenyum lagi. Matanya di halakan kepadaku.

“Kau boleh lihat masa depan ke? Kau yakin yang tak kan ada lelaki lalu dekat kawasan tu? Kau tahu apa yang akan jadi seminit lepas ni? Kalau tiba-tiba ada lelaki yang ternampak tubuh kau dan dia mula berfikiran yang bukan-bukan macam mana?” Asiyah sudah mula berceramah.

Aku memuncungkan bibir. Tarbiah sentap yang sering aku dengar. Bukan dengan aku je dia ceramah sentap macam ni. Tak kisahlah dengan sesapa pun kalau Aisyah rasa dia perlu cegah kemungkaran tu. “Yelah aku tukar baju. Hmm” Keluh ku sedikit.

“Kurangkan keluh tu. Kalau betul ada lelaki nanti, sekurang – kurangnya kau terselamat. Kalau esok kau maati, pastu malaikat tanya dekat kau‘Kenapa kau biarkan tubuh badanmu dipandang oleh lelaki ajnabi’Tak kan kau nak balas ‘alah jarang sikit je’…”

Lagi sekali tarbiah perli pulak yang dituturkan Aisyah. Aku hanya memutarkan bola mataku ke atas dan memandang baju yang tidak jarang di dalam almari. Setelah memberikan ucapan salam pada Aisyah, aku keluar dari bilik. Tepat sangkaan Aisyah.

Macam Aisyah pula yang boleh melihat masa depan. Memang ada lelaki yang lalu di kawasan gazebo. Kecoh sedikit pelajar perempuan yang tidak bertudung bila ada lelaki masuk ke kawasan itu. Katanya ada pelajar yang pengsan. Ada ustaz tiba-tiba datang. Hati terus teringat pada Aisyah.

‘Terima kasih Aisyah” Ucapku lantas mengukir senyum. Aku mengerling jam di tangan. 4 pagi. Mata sudah tidak berdaya lagi. Mata rakanku yang lain juga sudah kuyu. Aku mengambil keputusan untuk naik bilik. Aku menguak pintu bilik.

Aisyah pula sedang khusyuk melakukan tahajud. Sejuk hatiku sekejap. Tapi kenapa hatiku tak terbuka sepertinya? Aku menghempaskan tubuhku di atas katil. Sekejap sahaja lenaku sudah sampai ke London.

Aisyah tegur lelaki berpegangan tangan dengan perempuan

Meriah. Sangat meriah suasana di Dataran Cendikia di UiTM Shah Alam. Setiap hari ada sahaja khemah yang terpasang di situ. Sebagai pelajar siswi pasti mata menjadi rambang untuk memiliki semuanya. Tapi tak bagi Aisyah. Aku kadang-kadang pelik dengan Aisyah. Dia tidak seperti gadis yang lain. “Kejap eh Nisa”

Aisyah memberhentikan langkah. Aku dah agak. Mesti dia nak jumpa budak lelaki yang tengah berpegangan tangan tu. Aku memerhati dari jarak dua meter. Laju langkah Aisyah menuju ke arah budak lelaki yang sedang duduk sambil berpegangan tangan.

“Assalamualaikum. Dah halal ke ni?” Soal Aisyah. Soalan yang biasa aku dengar. Aku hanya tersenyum. Kadang-kadang malu kerana Aisyah selamba badak je nak tegur orang. “Waalaikumsalam. Err. Kau sibuk kenapa?” Soal budak lelaki itu. Aku hanya mampu menghela nafas panjang. ‘Dah lah Aisyah’ Bisik hatiku.

“Oh… Belum halal. Kalau esok maati dah sedia nak jawab dengan malaikat dekat kubuur?” Tarbiah sentap dari Aisyah. Aku nampak muka lelaki tu berang je. Budak perempuan sebelah dia dah serbasalah. Aisyah boleh rileks je.

“Asal kau nak sibuk? Lagipun aku muda lagi. Pergilah sana. Semak tengok muka kau!” Marah lelaki itu. Aku takut je si Aisyah ni kena hempuk. Tapi Aisyah boleh tersenyum pulak. “Kalau awak berdua ni boleh jamin yang esok awak boleh bernafas dalam dunia ni, awak pegang lah tangan tu. Maafkan saya, sebab saya tak boleh jamin hidup saya walaupun sesaat.

Allah boleh tarik ny4wa saya bila-bila masa yang Dia nak. Kalau esok saya maati, saya harap di akhirat nanti awak tak akan cari saya sebab tak tegur awak masa dekat dunia ni. Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri. InsyaAllah. Assalamualaikum” Aisyah beredar dari situ lantas memberikan senyuman padaku. Aku perasaan wajah lelaki itu masih tidak berpuas hati. Aku hanya menggelengkan kepala.

Aisyah…Aisyah…

Kami meneruskan perjalanan. Kali ini mata Aisyah ternampak pulak seorang pelajar yang tidak memakai tudung. Aku dah agak. Mesti Aisyah pergi ke tempat budak tu. “Assalamualaikum.” Tegur Aisyah bersama senyuman.

Aku nampak budak perempuan yang pakai tudung warna kuning tu menjawab salam. Aisyah menarik tangan budak perempuan itu jauh sedikit dari rakannya. Takut malu kalau ditegur secara berdepan.

“Awak Islam kan?” Soal Aisyah. Terpinga-pinga budak perempuan tersebut lantas mengangguk. Aisyah memberikan senyuman lagi. “Mungkin awak tak tahu, setiap perempuan Islam yang baligh dan berakal, dia wajib menutup aurat. Awak islam? Baligh? Dan Berakal? Boleh tahu kenapa awak tak tutup aurat?”

Soal Aisyah bersahaja. Nampak wajah perempuan itu merah padam. Sentap lah tu. Fikirku. “Belum sampai seru. Lagipun aku tak puas lagi enjoy. Nanti aku bertaubatlah.” Balas perempuan itu bersahaja. Aku nampak Aisyah masih lagi tersenyum. Murah betul Aisyah dengan senyuman. Aisyah menepuk bahu budak perempuan itu.

“Kalau esok maati, awak rasa awak boleh enjoy ke dalam kubuur tu? Awak boleh jamin hidup awak seminit lepas ni. Awak nampak air dekat atas meja yang awak minum tu. Maati itu tak mengenal tempat. Pernah dengar orang meningggal tersedak air? Sama-sama kita muhasabah diri. InsyaAllah.

Kalau esok saya maati, sekurang-kurangnya saya ada jawapan untuk menjawab di hadapan malaikat. Assalamualaikum.” Balas Aisyah serta mengajak aku menyambung perjalanan. Aku nampak ada reaksi yang berbeza di wajah perempuan itu. Semoga dia sedar. Doaku.

Saat Aisyah Sujud lama tidak bergerak

Aku seperti tersedar dari mimpi. SubhanAllah. Aku melihat Aisyah bersujud pada pukuul 5 pagi. Sejuk hatiku memandang Aisyah. Entah kenapa hatiku terpanggil untuk mengambil whuduk. Setelah itu, aku mengambil telekung yang tersangkut di tepi almari.

Solat sunat tahajjud aku lakukan untuk kesekian lamanya aku tinggal. Aku mengerling Aisyah yang masih bersujud. Lamanya. Entah kenapa, hatiku tidak sedap. Aku melihat burung-burung penuh di tingkap bilikku. Dan burung itu berkicauan seperti memberitahu sesuatu. Aku bergerak ke arah Aisyah. Perlahan tubuh itu aku gerakkan.

Aisyah terjelopok. Aku cemas. Aku memeriksa nafas Aisyah. Aisyah kaku. Nafasnya tiada. Tapi kenapa aku melihat Aisyah seolah-olah dirinya sedang tidur. Ada segaris senyuman hambar di mukanya. Aku menangis sekuat hati memanggil nama Aisyah sehingga membangunkan rakan-rakan bilik yang lain.

Aisyah… benar-benar meningggalkan duniia ini. Suasana syahdu. Sungguh Syahdu. Tidak pernah aku melihat orang yang datang ke kubuur Aisyah sebegitu banyak sekali. Sehingga jalan terpaksa di tutup. Dan kebanyakan semuanya adalah pelajar siswi. Tidak ada satu pun perkara buruk yang keluar dari mulut semua siswi. Semuanya perkara yang baik sahaja.

Padahal Aisyah selalu mengeluarkan tarbiah sentap. Ye! Sangat sentap. “Akak ni dulu, tiba-tiba datang dekat aku. Tak guna kalau adik belajar siang malam. Adik kejar pointer yang hanya berakhir di dunia. Cuba adik seimbangkan. Kejar pointer akhirat yang sememangnya bawak adik ke syurga” Aku terdengar seorang siswi mengulangkembali nasihat dari mulut Aisyah aku tersenyum.

Aku melihat jenaazah Aisyah dimasukkan ke dalam liang lahad. Airmataku sudah keluar tidak terhitung banyaknya. Aku melihat ummi dan abah Aisyah tersenyum saat anaknya dimasukkan ke dalam liang lahad. Mereka seolah-olah sangat rela dengan pemergian Aisyah.

Burung-burung di atas awan sedang berkicauan. Burung itu! Ye! Burung itu yang memberitahuku bahawa Aisyah sudah tiada. Insan yang selama ini berdakwah secara sentap. Ayat-ayat yang keluar dari mulut Aiysah menerjah ketelingaku. “Kau ni Aisyah. Suka sangat bagi orang sentap.

Diorang tu bukannya tak tahu bab-bab agama ni. Diorang yang tak nak ikut” Marahku. Aisyah tersenyum lagi. “Kalau memang dia tak tahu pasal bab agama tu? Kau rela di soal dengan malaikat? Kenapa kita yang tahu bab agama tak membantu yang benar – benar jahil?”

Aisyah memulangkan soalan pedas. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Aisyah. “Tapi sya, bahaya tau kau buat macam ni.” Aku berhujah lagi. Aisyah masih lagi dengan senyumannya. “Tapi apa? Sentap tu akan hilang?

Kalau dia sentap tu bermaksud masih ada iman di hatinya untuk dia berubah. Aku memang berharap yang mereka akan sentap. Sebab aku yakin. Di padang mahsyar nanti, mereka akan ucap terima kasih pada aku. sebab nasihat sentap aku menyedarkan diorang masa diorang tengah jahil”

Aku tersedar dari lamunan. Ye Aisyah! Betul apa yang kau cakap. Tidak perlu tunggu di padang mahsyar. Semua yang menangisi pemergian kau dah pun bagi ucapan terima kasih. Termasuk aku. Tertutup sudah jenaazah Aisyah dengan tanah. Semua yang pernah mendengar tarbiah Aisyah pasti akan insaf. Maati itu pasti.

Dan Aisyah telah membuktikan kata- katanya. Allah telah memilih Aisyah untuk membuktikan kebenaran kata-kata Aisyah. Airmataku mengalir lagi.

Masih terletak cantik semua buku-buku Aisyah di atas meja. Aku mendapat permintaan dari ummi dan abahnya supaya mengemaskan barang Aisyah.

Masih lagi ku ingat wajah ibu bapa Aisyah yang tersenyum memandangku. Aku memberanikan diri membuka diari Aisyah. Allah! Aku menjerit kecil. Diari yang selama ini dikatakan oleh Aisyah adalah tafsir Al-Quran. Sungguh merendah diri. Aku bangga dapat kawan macam Aisyah. Aku menyelak tafsir Al-Quran itu satu persatu. Kut-kut ada terselit nota.

Ye! Memang ada. Ada nota kecil terselit di dalamnya. ‘Kalau kamu mencintai kehidupan di dunia, maka hanya dunia yang kamu dapat. Tapi? Sekiranya kamu mencintai kehidupan akhirat semasa di dunia, maka akan berbahagialah kamu di akhirat. Sesungguhnya akhirat itu adalah yang sebenar-benar kehidupan.

Ya Allah, aku rindukan syurgamu. Layakkah aku untuk masuk ke dalam syurgamu ini sedangkan masih ada ramai sahabat-sahabatku yang masih jahil? Berikan aku kekuatan untuk melawan kejahilan di muka bumi ini Ya Allah.

Berikanlah saudara seislamku juga merasa nikmat mengejar syurgaMu. Aku cintakan Mu Ya Allah. Aku sayangkan sahabatku. Andai aku insan terpilih untuk masuk ke syurgaMu, izinkan aku menarik semua tangan sahabat-sahabatku untuk bersama denganku’

Airmataku jatuh. Lagi sekali aku menangis tersedu sedan. Aisyah…Aisyah… Nama insan itu aku panggil. Namun hanya senyumannya yang terbayang dimindaku. Sempat aku berfikir sejenak.

Mungkin ada hikmahnya aku sebilik dengan Aisyah. Mungkin Allah meminta aku untuk menyambung tarbiah sentap Aisyah. Tapi mampukah aku? Aku hanya manusia biasa. Aku menangis lagi.

Mataku terpejam. Entah kemana lenaku pergi. Tiba-tiba Aisyah muncul di hadapanku. Gadis itu tersenyum padaku. “Aku juga manusia biasa. Sama seperti kau. Aku juga lahir di dunia. Sama seperti kau. Aku juga hanya mempunyai Allah. Sama seperti kau. Kalau kau maati esok. Jangan lupa ingatkan sahabat kita yang masih jahil di luar sana.

InsyaAllah ramai kawan –kawan kita di syurga. Kekuatan apa lagi yang kau perlukan? Sesungguhnya Allah bersama dengan kita”. Aku menjerit memanggil Aisyah. Namun sahabatku mula menjauh dan menjauh. Aku tersedar dari mimpi. Ye! Mimpi. Aku bangun dan terus mengambil wudhuk. Solat tahajjud aku lakukan penuh syahdu.

Rupanya Aisyah ingin mengejutkan ku tahajjud. Dua tahun sudah pemergian Aisyah. Kini aku yang menyambung tugasnya. Cuma masih belum kuat seperti Aisyah. Aku tersenyum lagi membaca nota terakhirnya. ‘Aisyah… kalau aku maati esok.. kau tariklah tangan aku sekali supaya kita dapat bersahabat di akhirat juga.’ Doaku di dalam hati.

Senyuman yang mengalirkan airmata. Bersyukur kerana aku sempat berkenalan dengan Aisyah. Dalam hati ini ada sedikit ruang yang sunggu sunyi. Aku letakkan nama Aisyah di situ supaya hatiku ini dapat bersinar kembali atas landasan iman dan taqwa pemberian Ilahi.

Aisyah…aku rindukan kau…

TAMAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *