“Hanya tekan button soak, tube” mesin basuh anda boleh jadi sekotor ini jika anda tidak pernah mencucinya atau tahu fungsinya.

“Kenapalah bila basuh baju dah tak wangi macam dulu ya? Tapi baru guna tak sampai 5 tahun, mesti elok lagi. Rasanya nak kena cari cara cuci mesin basuh ni. Habuk-habuk, keladak semua melekat selama ni aku tak pernah ‘check’ pun.”

Mungkin ada diantara kita yang hanya tahu membasuh pakaian tapi tidak pasti bahawa sebenarnya mesin basuh juga perlu dibasuh untuk mengekalkan fungsinya secara optimum.

Tahukah anda, sebenarnya kita kena melakukan ‘maintenance’ atau cuci mesin basuh supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik buat masa yang lebih lama. Bagi pasangan yang ingin mencuci pakaian bayi, tentulah ciri kebersihan ini perlu dititikberatkan.

Tapi bagaimana pula nak basuh mesin basuh?  Nak kena sental bahagian dalam mesin atau sapu habuk dibahagian luar? Itukah yang dimaksudkan dengan mencuci mesin basuh?

Cuba bayangkan selama bertahun-tahun membasuh baju dengan segala jenis kotoran, pasti sudah berkepuk-kepuk keladak daripada kotoran pakaian yang terkumpul didalam mesin tersebut.

Jadi, apa yang harus kita lakukan untuk memastikan keadaan mesin basuh sentiasa dalam keadaan yang baik dan baju betul-betul bersih?

Perkongsian daripada Mommy Daily ini menjawab persoalan dengan langkah yang disertakan sekali sebagai panduan untuk membasuh mesin jenis automatik di rumah anda.  Semoga perkongsian ini berfaedah buat semua!

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON

2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.

3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop.

Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe

Mengikut dari perkongsian puan Julimasanum Ali pula ada cara cuci mesin basuh secara terperinci. Siap ada ‘step-by-step’ bergambar lagi, memang mudah buat rujukan. Mari kita ikuti caranya di bawah ini.

Cara Cuci Mesin Basuh: Langkah Demi Langkah

Menurut Puan Juli, selama ini beliau menggunakan fungsi ‘Tub Hygiene’ saja untuk cuci mesin basuh. Tetapi, ia tidak menunjukkan sebarang kesan yang memberangsangkan. Malah, mesin basuh masih berbau dan kadang-kadang terlekat habuk pada pakaian yang baru dicuci.

Setelah meneliti maklumat daripada internet, beliau pun memulakan misi untuk cuci mesin basuh ini secara ‘besar-besaran’. Hasilnya, memang memeranjatkan!

Berikut adalah cara cuci mesin basuh yang patut anda lakukan, langkah demi langkah:

1. Beli Sabun Pencuci ‘Tub Hygiene’

Mula-mula, kena beli ‘detergent’ utk Tub Hygiene. Puan Juli mendapatkan Wash Drum Cleaner (Power Max) ini di Farmasi Cosway. Harga RM15.90 (non-member). Kalau jenis dan jenama lain mungkin ada juga, bergantunglah pada citarasa anda.

Beginilah rupa Wash Drum Cleaner. 1 kotak ade 2 paket. Maknanya boleh digunakan untuk 2 kali cucian.

2. Baca Arahan Pada Kotak

Penting untuk anda membaca arahan pada kotak sebelum memulakan cuci mesin basuh. Ini kerana, prosesnya memakan masa yang lama. Mungkin ia juga bergantung kepada tahap kekotoran mesin basuh anda. Jadi, anda perlu setkan masa dan rancang sebaiknya supaya proses ini dapat diselesaikan sehabis baik.

Menurut Puan Juli, beliau mengambil masa lebih 24 jam untuk memastikan mesin basuhnya betul-betul bersih.

3. Tuangkan Pencuci

Masukkan 1 paket Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (Mesti guna 1 paket ya, jangan kedekut nak guna setengah paket!).

4. Pilih Menu Cycle – WASH

Seterusnya, pilih menu cycle -WASH sahaja dengan air yang paling maksimum. Biarkan mesin beroperasi dan biarkan ia terendam sekurang-kurangnya 5 jam (mengikut arahan pada kotak).

Tapi, Puan Juli membiarkan selama semalaman. Esok pagi, barulah disambung lagi prosesnya.

5. Keluarkan Kotoran & Buang Airnya (RINSE)

Setelah direndam, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya yang ‘menakutkan’ dan ‘menggelikan’! Segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar.

Jadi, anda bolehlah mengutipnya dan buang sampah sarap yang terapung dan di dasar mesin basuh tersebut selepas proses membuang airnya atau ‘rinse’.

6. Bersihkan Penapis

Jangan lupa, bersihkan juga penapis yang terdapat dalam mesin basuh anda.

Inilah ‘hasil’ di dalam penapis tersebut.

Ini pula hasilnya selepas dah dilap dengan tisu dan dibuang sampah-sampah yang tertinggal sebelum‘next cycle’. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ya.

7. Ulangi Proses

Ulangi proses tadi hinggalah tiada lagi kotoran yang keluar. Kalau nak buat ‘full cycle’ pun boleh (wash, spin, dan rinse). Tapi, Puan Juli hanya mengulang proses wash dan rinse sahaja.

Puan Juli sendiri mengulangnya hingga lebih dari 5 kali. Memang agak lama prosesnya jika ianya tak pernah dicuci sejak bertahun-tahun.

8. Siap

Inilah hasil terakhir. Dah bersih macam ini, baru puas hati walaupun banyak pakai air. Selepas ini tiadalah lagi bau hapak atau ‘kepam’ pada baju yang dibasuh.

Ini pula penapisnya yang dah dicuci. Licin!

Banyak Sampah Rupanya!

Tak sangka pula ada banyak sampah dalam mesin basuh. Ingatkan, bila cuci baju, mesin basuh pun akan sama dicuci sekali.

Bagi yang tak pernah buat, sekarang dah tahu. Jadi, marilah kita sama-sama cuci mesin basuh di rumah. Barulah hasil basuhan pakaian akan menjadi lebih wangi dan segar!

* Perkongsian asal oleh Puan Julimasanum Alimelalui laman Facebooknya ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *