Hembusan Nafas Akhir Ketika Azan Zuhur Berkumandang, Suami Tiada Saat Isteri Sarat Mengandung 7 Bulan Anak Sulong.

Ketentuan ajal, maaut, jodoh dan pertemuan semuanya ditangan tuhan. Bagaimana dan bila waktunya sememangnya tak dapat diduga.Apa yang penting berterusan melakukan amal ibadat semoga ada amalan kita yang di terimaNya.

Sayu mengenangkan keadaan wanita yang kematian suami secara tiba-tiba. Apatah lagi dengan keadaan diri yang sarat mengandung menantikan cahaya mata sekian lama.

“Setiap hari arrwah berpesan kepada saya supaya banyak melakukan amal ibadat dan kebaikan kerana kita tidak pasti bila akan dijemput Ilahi.

“Kita tidak tahu amalan mana yang Allah SWT terima di sana nanti,” kata Nurul Izzati Nazirmuddin, 32, isteri kepada Muhammad Faisal Yaakub, 32, guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Alam Impian, Klang yang mennggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, dia sempat menghubungi arrwah suaminya kira-kira jam 1 tengah hari dan arrwah memberitahu dia menghadiri program dan mesyuarat di MITS.

“Sepanjang perkahwinan, arrwah seorang yang ceria dan terlalu baik. Dia tidak pernah menolak kalau sesiapa yang meminta pertolongan malah dia akan melakukan dengan sebaik mungkin.

“Allah SWT sudah tetapkan ajal arrwah suami saya malah arrwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan ceria seperti biasa.

“Arrwah tidak mengalami sebarang tanda penyakit termasuk serangan jantung atau tekanan darrah.

“Kehilangannya dirasai semua kenalan kerana arrwah sangat disenangi semua orang. Ramai kenalan yang datang ziarah arrwah sama ada di hospital atau di rumah,” katanya ketika dihubungi di Kampung Ketoyong, Tanjung Malim, Perak, semalam.

Nurul Izzati yang bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor mendirikan rumah tangga dengan arrwah pada 2012 dan mengandung tujuh bulan anak pertama mereka.

Menurutnya, dia sedih kerana bayi yang bakal dilahirkan tidak dapat bertemu bapanya.

“Setiap kali pulang ke kampungnya di Rantau Panjang, Kelantan, arrwah akan menziarahi kbur bapanya. Pada 21 Disember lalu, arrwah memuat naik gambar menziarahi kbur dalam Fcebooknya yang menulis status ‘Setiap permulaan pasti ada pengakhiran… tiada penangguhan, hanyalah perlu persediaan’.

“Status ini menunjukkan arrwah meminta kepada sesiapa membuat persiapan sebelum kematian datang menjemput,” katanya.

Arrwah dikbumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Ketoyong, malam kelmarin.

Pengetua MITS Abdul Halim Saljadi berkata, arrwah sempat berbalas WhatsApp dengan rakan guru yang lain memaklumkan datang lambat ke mesyuarat.

“Tidak lama kemudian arrwah datang dan tiba-tiba dia rebah di hadapan pintu bilik mesyuarat ketika azan Zuhur berkumandang. Staf yang berada di luar menjerit meminta pertolongan dan kami mendapati muka arrwah kemerahan-merahan dan kejang kemungkinan sedang nazak,” katanya.

Sumber: Hmetro, Faisal Yaakub via mingguan wanita