Ibu Linda Rafar dijemput Ilahi

“Al-Fatihah. Linda sayang mak,” kata penyanyi Linda Rafar sekali gus mengesahkan ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73 meningggal dunia di sebuah pusat perubatan, malam ini.

Berita pemergian itu turut dikongsi adiknya, Diana Rafar yang memaklumkan ibunya sudah dijemput Ilahi. “Assalamualaikum, baru sekejap tadi mak Diana sudah meningggal dunia.

“Tolong doakan mak Rasimah Abd Rahman,” katanya di Instagram Story sekitar jam 9.44 malam tadi. Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Linda dan Diana tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan mesej.

Terdahulu Harian Metro melaporkan tangan kiri ibu Diana dan Linda terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember di Hospital Shah Alam. Sumber hmetro

Latarbelakang Linda Rafar

Azlinda binti Rafar (juga dikenali sebagai Linda Rafar), merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Linda pernah berlakon dalam filem Litar Kasih pada tahun 1996 dan dalam filem Awas pada tahun 1995.

Linda Rafar bukan satu nama yang asing lagi dalam dunia seni di Malaysia. Nama beliau sinonim dengan kumpulan Elite yang popular sekitar tahun 90-an. Beliau juga turut aktif dalam bidang lakonan tidak lama dulu.

Walaupun bergelar selebriti, tanggungjawab beliau sebagai ibu digalas sebaiknya. Buku Menunggumu Di Pintu Syurga ini adalah buku pertama beliau bersama PTS. Linda Rafar kini menceburi bidang bisnes, dengan produk kecantikan beliau, LR Flawless Skincare.

‘Beri saya ruang, saya perlu bernafas dan berfikir’ – Linda Rafar

PENYANYI kumpulan Elite, Linda Rafar memberitahu usah bimbang dengan dirinya kerana dia kini berada dalam keadaan yang baik. Linda meminta supaya memberinya ruang untuk berfikir kerana buat masa ini dia buat keputusan untuk mendiamkan diri.

“To all my followers.. don’t worry to much I’m ok… Its okay to keep silent than being bold. For bold could be injurious and silent could be gold.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa, concern dan highest understanding to give me the space i need to breathe and think. Will keep u guys posted on my progress,” tulisnya.