Kepada Suami Yang Suka Sangat Bergurau Nak Poligami Tu, Baca Dan Hadam. Hargai Isteri Anda.

Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru-baru ni beliau baru je dapat cahaya mata..

Comel anak dia..

Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..

Dia kata “lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi..

Allahu..

Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar..

Isteri aku kata..

“Abang apa-apa berlaku kejap lagi.. Biar anak selamat.. Apa-apa berlaku pada saya takpe..” Aku menangis lil.. Aku tengok dari mula sampai akhir bini aku bersalin.. Aku rasa ya Allah payah nya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu beso 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu…” Huhuk..

Lepas Isteri Bersalin Tak Sebut Dah

“Masa kami berdua je.. Aku selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan… Masa tu orang rumah aku marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas aku tengok dia bersalin aku dah tak nak sebut benda-benda kawin dua ni lil.. Kesian kat bini aku…”

Punca Isteri Hilang ‘Respect’ Pada Suami

Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami-suami hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam takde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk..

Tapi dia akan ingat sampai bila-bila gurauan kita tu… Kadang-kadang benda-benda gurau-gurau benda-benda macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda-benda macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..

Saya Takda Masa Nak Fikir Pasal Ini.. ‘Jawab Isteri”.

Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata “saya takde masa nak fikir pasal ni… Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya..”

Jangan Jadi kan ‘Poligami’ Bahan Gurauan

Saya nak ajak suami-suami, kawan-kawan saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara’ tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main Angkat-angkat dia ke.. Main larilari ke.. Main nyorok-nyorok ke..

Yang buat dia boleh happy dengan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak-anak kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita..

Ya Allah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semua.. Kami tak perasan perkara=perkara kecil ni…

Bila Isteri Bersalin.. Kena Banyak Puji Isteri

Saya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita..

Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong saya.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yang awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan cereer saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,.

Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sangat.. Berat sangat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit smeua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..

Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak

Share di wall anda agar suami, menantu, dan tunang kita dapat baca.

Sollu a’laa Sayyidina Muhammad

Sumber : Pakar Diari Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *