Wanita jatuh cinta dengan lelaki gelandangan kerana sbb ini je. kini mereka sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak kembar.

Vic Kocula merupakan seorang gelandangan ketika pertama kali bertentang mata dengan kekasih hatinya, Emmy Abrahamson yang merupakan seorang pelakon Sweden pada ketika itu.

Kredit: Chris Mcandrew

Vic, 36, dibesarkan di Toronto, Kanada, oleh bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan dan ibunya yang berkerja sebagai tukang cuci. Vic menjadi gelandangan apabila dia mengembara ke Eropah dan menyedari bahawa dia tidak lagi mempunyai wang dan memutuskan untuk tinggal di jalanan dan melakukan kerja-kerja umum dengan bayaran tunai.

Akhirnya, Vic tenggelam dalam dunia dadah dan minuman keras, mengusung beg tidur dan tin-tin air bir dalam beg.

Vic, berkata: “Secara perlahan-lahan, tiba-tiba suatu hari saya menyedari, ‘Oh tuhanku, saya seorang gelandangan yang kaki botol.”

Kredit: Alamy

Berbeza pula halnya dengan Emmy. Emmy, 41, berasal dari Sweden dan sering kali mengembara kerana tugas bapanya sebagai wartawan urusan luar negeri.

Emmy berpelajaran tinggi dan mampu bertutur lima bahasa dan merupakan lepasan dari sekolah lakonan di London, sebelum menemui Vic Kocula yang kaki botol.

Kredit: The Sun

Kisah cinta mereka mendapat perhatian apabila Emmy berkata: “Saya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tinggal di belukar. Seorang lelaki yang tidak mempunyai pendapatan, atau prospek kerjaya – atau kasut.”

Emmy memutuskan untuk berhenti dari bidang lakonan dan kini merupakan seorang pengarang buku kanak-kanak.

Kisah cinta pasangan yang luar biasa ini bermula pada 12 tahun yang lalu apabila pasangan ini ditakdirkan bertemu di sebuah taman di Amsterdam, ketika Emmy sedang menunggu seorang pengarah filem.

Kredit: ITV

Vic berkata: “Seorang wanita cantik duduk di sana sendirian dan dia kelihatan sangat bersemangat, dengan senyuman di wajahnya. Saya pergi dan berbual dengannya. “

Vic, yang pada ketika itu berumur 25 tahun, tidak mempunyai penampilan yang begitu menarik.

Dia berkata: “Apabila anda seorang gelandangan, kaki anda menjadi teruk. Anda tidak mencuci stoking dan anda tidur di taman dengan kasut basah sentiasa di kaki anda.”

Kredit: YouTube/ Steve TV Show

Namun, Vic memberanikan diri dan berbual dengan Emmy. Ajaibnya, Vic berjaya memikat Emmy kerana bagi Emmy, Vic mempunyai “mata berwarna coklat yang indah” dan mereka ketawa beberapa kali sepanjang sesi perkenalan yang ringkas itu.

Apabila Vic meminta Emmy bertemu dengannya enam hari kemudian, di kerusi taman yang sama, dia bersetuju.

Emmy, yang pada ketika itu baru sahaja menamatkan hubungan selama empat tahun, berkata: “Di satu pihak, saya telah dilenyapkan oleh penampilannya yang tidak disukai. Tetapi ada sesuatu tentang dia yang sangat menarik yang membuatkan saya mahu berjumpa dengannya lagi. “

Apabila Vic muncul – 20 minit lewat dan menunggang basikal kanak-kanak – Emmy masih terpikat dengannya.

Kredit: The Sun

Emmy, yang telah menulis novel (How To Fall In Love With A Man Who Lives In A Bush) berdasarkan kisah cinta mereka, berkata: “Saya benar-benar cuba untuk melawannya tetapi saya sangat tertarik kepadanya.”

Selama enam jam mereka bertemu di Amsterdam, berkelah dan menikmati pemandangan, Emmy yakin dia sudah jatuh cinta.

Dia berkata: “Sepanjang masa bersama, saya menyedari Vic adalah orang paling lucu, paling gembira dan paling optimis yang pernah saya temui. Dia mempunyai impian untuk kehidupan yang memukau dan hebat. “

Pasangan ini berjumpa sebanyak tiga kali sebelum Emmy pulang ke Vienna, Austria. Perpisahan ini seolah-olah menyebabkan mereka mungkin tidak akan bertemu lagi.

Kredit: YouTube/ Steve TV Show

Emmy ada memberikan Vic nombor telefonnya tetapi kerana Vic tidak mempunyai telefon sendiri, maka Emmy meragui bahawa Vic akan menghubunginya.

Tetapi tiga minggu kemudian – pada hari ulang tahun ke-30 Emmy sementara Vic menghabiskan hujung minggu di penjara kerana mencuri ayam – Vic telah menelefonnya.

Vic telah memperoleh wang yang mencukupi dengan melakukan kerja-kerja umum untuk membeli tiket kereta api ke Austria dan bertemu dengan Emmy. Dua tahun kemudian, mereka telah berkahwin di istana grand Belvedere di Vienna. Kini, pasangan ini adalah ibu bapa kepada kembar berusia enam tahun, Desta dan Til.

Vic berjaya membetulkan dirinya, meningggalkan minuman keras dan kembali belajar di universiti selama lima tahun sementara Emmy menyokongnya. Vic belajar bahasa Sweden dan kini seorang jurutera mekanikal.

Walaupun pasangan ini mempunyai kisah percintaan yang luar biasa, namun tidak semua orang merestuinya. Emmy berkata: “Saya kehilangan dua orang kawan lama saya kerana mereka tidak dapat menerimanya. Hal ini sangat menyakitkan hingga ke hari ini.”

Kredit: The Sun

Buat ibu bapa Emmy pula, mereka tidak tahu bahawa Vic pernah menjadi gelandangan sehinggalah mereka membaca novel karangan Emmy itu.

Selepas bertemu Vic untuk kali pertama, ibu bapa Emmy merestui hubungan mereka.

Vic tahu betapa bertuah dirinya kerana diberi peluang oleh gadis cantik yang ditemuinya itu. Sekiranya mereka tidak bertemu di taman, Vic tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya.

Sumber: The Sun via era baru.