Lepas je exam SPM aku kawin, suamiku driver teksi. Aku pula Karina penyambut tetamu hotel mewah.

Hari ini aku mendapat kekuatan bila satu – satunya yg aku hajati ditunaikan Dia. Doa yg bertahun – tahun ku pohon minta diangkat akhirnya dimakburkan olehNya. Hampir 15 tahun aku menangis, merintih dan akhirnya aku pasrah dan bila aku yakin akhirnya aku redha.

Aku menikahi dia, yakni suami ku setelah aku tamat tingkatan 5. Mungkin kalian merasakan aku terlalu muda untuk menempuhi gerbang perkahwinan pada usia bergitu. Waktu itu mungkin kalian sedang bergembira melalui saat – saat remaja yg bebas beterbang umpama burung.

Aku bahagia bersuamikan seorang pemandu teksi. Suamiku baik dan bertanggung jawab. Suamiku menyayangiku sepenuh hatinya. Mencintai aku pada setiap kelebihan dan kekurangan aku.

Suamiku rajin dan gigih bekerja untuk memenuhi kehendak aku dan aku bersyukur kerana aku tidak di kurniakan nafsu berkehendakkan yang melampaui batas. Cukup la sekadar apa yang mampu. Biasa lah dalam rumah tangga, langit tidak selalunya cerah. Rumah tangga kami diuji.

Suami tersayang jatuh sakit dan aku terpaksa membantu dia dlm mencari rezki sendirian bagi menampung perbelanjaan keluarga walaupun pada waktu itu hanya ada aku dan dia. Maklumlah kos hidup di bandaraya tidak sperti hidup dikampung.

Walaupun aku hanya bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel mewah dibandaraya tp aku bangga kerana aku mampu menghulurkan sedikit daripada gajiku kepada orang tua dikampung. Sebulan lebih suamiku sakit, tidak mampu membawa teksi akhirnya suamiku diminta supaya berhenti kerja.

“Takpalah, mungkin bukan rezeki kita.” Suamiku bersuara memujuk hati. Setelah sembuh, suamiku cuba untk bekerja semula, malangnya teksinya dahulu telah diambil oleh pekerja lain. Suamiku mula keluar mencari pekerjaan lain. Namun sia – sia.

Hanya bebekalkan sijil PMR mana mungkin ada syarikat atau majikan yg ingin menawarkan pekerjaan padanya. Tiap kali dia pulang dalam keadaan yg hampa, aku akn cuba untuk senyum walaupun pahit.

” tak apa… cuba lagi..”

Setahun tanpa pekerjaan, kereta kami ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. Saluran ku kepada orang tua dikampung juga kadangkala terputus. Tapi ayah dan ibu tak pernah merungut. Mereka faham dengan situasi kami. Hanya mertua sahaja yg bising.

Mereka menuduh aku cuba untuk control poket anaknya. Mungkin silap aku juga kerana tidak pernah menceritakan kepada mereka keadaan sebenar kluarga kami. Aku tidak suka mnjatuhkan air muka suami dengan mengatakan yang dia telah menganggur hampir setahun lebih.

Aku juga malu jika mak dan ayah dikampung tahu yang aku menanggung kluargaku selama ini. Biarlah dia sendiri yg membuka cerita, apa yg patut aku simpan biarlah terpendam disudut hati yg paling dalam. Pahit jerih kehidupan rumah tangga tidak elok dijaja.

Tiba tiba… aku hamil, aku tidak pasti samada itu adalah satu berita gembira atau duka dalam hidupku dikala ini. Air muka suami berubah bila aku menunjukkan UPT kepadanya. Ada senyum hambar dilirik mukanya. Aku tahu dia kecewa kerana zuriatnya tumbuh ketika kami susah. Dia usap perutku dan mencium dahiku.

“Maafkan abang Karina”

Hanya sepotong ayat yang keluar daripada bibirnya. Aku meneruskan juga langkahku demi sesuap nasi. Dlm keadaan mabuk – mabuk kerana alahan yang teruk aku tetap bekerja. Turun naik teksi dan kadangkala terpaksa menapak jika tiada duit yang mngcukupi untuk membayar tambang teksi.

Dalam keadaan bergini aku kadang kala terpaksa mengikat perut dengan memakan sepotong roti dan sebotol mineral water. Aku tidak pernah mengeluh atau merungut kerana aku tahu dia tidak pernah berhenti berusaha, kerana kadangkala ada juga dia menghulurkan note seratus dua untuk mengisi tong beras dan lauk didapur.

“Ada rezeki sikit.. tolong kawan cuci kereta”

Dia mencelah sebelum sempat aku bertanya. “Abang… Apakata kalau abg sambung belajar. Abang bukan tak pandai. Cuma desakkan keluarga abg tak dapat sambung belajar. Usia abg pun baru 25 tahun. Muda lagi…” Terkebil – kebil dia memandangku.

Aku ihklas… Sampai bila nak hidup macam ni. Akhirnya dia setuju setelah hampir 6 bulan aku memujuknya. Dia mengikuti kelas malam dan waktu siang pula dia membantu kawannya mencuci kereta. Hampir 2 tahun kami tidak pulang kekampung selain pada Hari Raya Puasa.

“susah nk cuti mak ”

Alasan yg mampu ku beri. Alhamdulillah mak dan ayah faham. Mertua seperti biasa menuduh kami lupa diri. Nasib tidak menyebelahi kami. Zuriat yg baru tumbuh akhirnya gugur jua sewaktu usia kandungan mencecah 5 bulan. Aku x pasti apa sebabnya… Mungkin Dia tahu bahawa kami suami istri masih tidak mampu.

Orang tua ku dan mertua datang menziarahi kami. Aku tahu ayah sedih melihat kekurangan kami suami isteri. Ibu tak henti – henti menangis sayu… Berbeza dengan mertuaku. Tidak sudah – sudah menyalahkan aku. Mereka kata aku sengaja tidak menjaga kandungan kerana irihati suami sambung belajar…

Ya Tuhan…untuk apa aku irihati sedangkan aku yang menyuruh dia sambung belajar. Mertua kata aku cemburu dengan pelajar – pelajar perempuan yang sebaya dengan aku… kerana itu aku sengaja gugurkan kandungan supaya suami sentiasa menempel dengan aku… Sedihnya aku… Aku sabar demi suami…

Mereka juga kata aku jenis yg pentingkan diri sendiri kerana aku tidak bagitahu pada mereka anak mereka menderita sakit.. Untuk apa aku bagitahu sedangkan mereka juga susah. Mereka datang menziarahi aku pun dengan menaiki bas.

Mereka org susah. Mereka kata aku sengaja tidak bagitahu kpd mereka yang anak mereka telah sambung belajar kerana aku nak hidup senang sendirian.. Mereka menuduh aku sengaja ingin pisahkan aku dengan ank mereka..

“ haaa…kau rasa la balasan tuhan..Tuhan ambil ank kau..” Suami hanya membisu sahaja bila ibu dan bapanya menghambur pelbagai fitnah kepadaku.. “Takpa…mungkin dia tak nak jadi anak derhaka..” Bisik hati ku memujuk diri.. Kerana suami ku sendiri banyak mengajar supaya aku tidak lupa jasa ibu dan bapa. “Jika ada gaji lebih tak salah salurkan kpd org tua…”

Aku pegang kata – katanya… Seminggu berpantang aku kmbali bekerja. Aku bimbang jika cuti lama – lama akn dibuang kerja. Siapa nak menampung berbelanjaan kluarga dan suami yg masih belajar. Aku serik bila melihat suamiku hilang pekerjaan gara – gara cuti sakit yg agak lama.

Kawan – kawan ditempat kerja simpati melihat keadaan aku maka disuruhnya aku berehat dan jangan banyak bergerak. Suami aku juga melarang aku kembali bertugas sehingga aku tamat tmpoh berpantang. Aku berkeras, jika aku tidak bekerja mana datangnya sumber wang untuk menampung belanja dapur, bil – bil dan sewa rumah.

Suami terpaksa akur kerana selama dia belajar aku yg menanggung semua perbelanjaan. Bukan aku mengungkit tetapi sekadar ingin dia tahu yang apa aku korbankan demi dia dan keluarga.

Nur Ain… Ya nama ankku yang pertama. Walaupun arwah hanya sekujur tubuh kecil, namun tetap ku namakan jua sebagai tanda dia pernah wujud dalam hidup kami. Terasa amat berdosa kerana tidak mampu menjaganya sehingga dia terkulai dibilik air… Sayang… Maafkan umi nak..

In sha Allah kita akn bertemu disana nanti.. Setahun berlalu…. Akhirnya suamiku tamat belajar. Sijil SPM berjaya diperolehi dengan cemerlang dan bercadang melanjutkan pelajaran ke IPT… Memandangkan gaji dan pangkatku telah naik, aku telah membeli sebuah kereta kancil secara tunai untuk kemudahan suami berulang alik ke univesiti. Suami mengambil jurusan perniagaan memandangkan dia minat berniaga.

Aku gembira dan bersyukur kerana kluarga aku mula berubah daripada duduk rumah setinggan, kami berpindah ke rumah teres yg lengkap walaupun tidak mewah. Namun rezki utk memperolehi cahaya mata masih lagi hambar. Mungkin disebabkan dahulu aku tidak berpantang dengan betul. Sekali lagi aku dihambur dengan fitnah oleh mertuaku.

Katanya aku nak jaga badan sebab dah naik pangkat. Mereka juga salahkan aku kerana tidak berpantang. Terlalu kejarkan duit sampai tak jaga diri waktu berpantang. Ya Allah aku tidak tahu bagaimana harus aku terangkan andainya aku manja kan diri ketika berpantang apa kah anaknya kini berjaya menggenggam segulung ijazah..??

Ya 5 tahun berlalu.. Tanpa aku sedar… Suami juga berjaya mendapat kerja disebuah syarikat perumahan sebagai pengurus jualan. Gajinya melebihi gaji ku. Aku bersyukur kepadaMu tuhan… Hidup kami kembali seperti mula – mula kawin dahulu. Bahagia dan tenang walaupun rindu ku pada Nur Ain semakin kuat. Aku berusaha untuk mendapatkan pengganti Nur Ain. Namun gagal.

Memandangkan suamiku anak tunggal lelaki, mertua semakin mendesak supaya kami memperolehi cahaya mata secepat mungkin. Namun hampa. Segala kisah lama sering diungkit sekiranya kami pulang ke kampung.. semua kesalahan diletak kebahu aku walaupun suami cuba pertahankan aku.

“haaa…cepat2 la kau suruh Zulaikha beranak seorang lagi kalau bini kau taknak beranak” Zulaikha..? Siapa Zulaikha..? Aku lihat wajah mertua berubah seperti rasa bersalah kerana terlepas cakap. Aku merenung suamiku yg turut terdiam kaku. Aku capai kunci kereta dengan perlahan aku melangkah.

Suamiku cuba memperlahankan langkahku yg memang sudah lemah. Dia mencapai kunci kereta ditangan ku dan mengajak ku untuk berbincang. Aku akur, aku memang teringin sangat untuk tahu dan mendengar cerita yg hampir 15 tahun dirahsiakan. Bagai batu besar terhempas di kepalaku bila suamiku mengaku yang dia telahpun menikahi seorang gadis ditempat kerjanya hampir 4 tahun yg lalu.

Suamiku mengatakan dia kesian dan simpati kepada aku kerana didesak oleh org tuanya untuk memperolehi zuriat sedangkan dia tahu aku telah berusaha namun rezki tidak menyebelahi aku.

Dia penat melihat aku yang kehulu kehilir pantang dengar dimana tempat untuk berurut atau berubat asalkan dapat mengandung. Dia lelah melihat aku muntah – muntah jika tidak mampu menelan segala ubat yg diberikan oleh pakar berubatan atau bidan kampung.

“abang sygkan Karina. Kerana itu abang mengikut kehendak org tua abg untuk menikah seorang lagi asalkan mereka tidak menyebut tentang zuriat di hadapan Karina. Cukuplah 15 thn ini Karina tersiksa…Abg nak Karina tenang sayang..” Dia mengucup dahiku dan memeluk aku seerat -eratnya dapat aku rasakan ada air jernih membasahi bahuku.

“Percaya la Karina cinta kasih abang kepada Zulaikha tidak sehebat cinta dan kasih abang kepada Karina..” Sambungnya lagi sambil tersedu sedan. Buat kali kedua aku melihat air matanya mengalir semenjak dia meninggalkan aku selama dua hari kerana ada urusan diluar ****** 3 thn yg lepas. Baru lah kini aku mengerti kenapa dia menangis waktu itu.

Aku sedar selama 3 tahun dia beristeri dua dia tidak pernah meninggalkan aku dikala aku suka dan berduka. Tiap – tiap malam dia sentiasa ada disisi wlaupun kadangkala dia lewat pulang bekerja. Hari – har sejarah dalam hidupku tidak pernah dia lupa.

Nafkah zahir dan batinku tidak pernah terabai kadangkala melebihi. Syukur padamu Tuhan. Pelukannya tidak pernah dingin terhadapku malah semakin hari semakin erat tidak kira dia penat atau lelah setelah berperang di pejabat dengan pelbagai kerenah pelanggan dan kertas kerja.

Masalah di pejabat tidak pernah dibawa pulang kerumah dan hari – hari yg kami lalui ibarat pengantin baru. Tidak pernah dia mengasari aku apalagi untuk menyakiti aku.

Walaupun hidup kami berubah daripada rumah sewa kini mampu membeli sebuah banglo kecil, daripada kancil kini telah bertambah dengan sebuah lagi jenama Honda namun aku hairan kenapa hati kecil ini masih terlalu ingin bertemu dengan Zulaikha. Aku sampaikan niat hati pada suami. Dengan berat dia mengizinkan.

Jam 2 petang, dari jauh aku lihat Zulaikha turun daripada teksi dengan memimpin ank kecil berusia dalam linkungan 2 tahun. Comel dan manja. Anak itu berlari memeluk suamiku sambil menjerit. “abah…” Erat sekali ank kecil itu memeluk dan mencium pipi suamiku bertubi – tubi. “Ya Allah…apa yang dah aku lakukan.. gayanya seperti rindu benar ank itu kpd ayahnya yakni suamiku ini..”

Bisik hatiku. Zulaikha menyalami aku. Dia tidak cantik. Kalaulah nak dibandingkan dengan aku jauh bezanya berkulit gelap dan dipipi kanannya ada sedikit kesan parut seperti terbakar. Mahasuci Allah betapa mulianya suamiku menikahi bukan kerana paras rupa, bukan kerana nafsu dan bukan kerana harta.

“ Zu ank yatim piatu kak..tinggal dengan nenek yg dh uzur ” Aku terdiam bila Zulaikha menjawab soalanku dengan tenang. Dia hanya menyewa di apartment kecil di pinggir kotaraya. Suami ku hanya akan pulang kerumahnya bila habis waktu pejabat dan akan segera pulang kerumahku bila tibanya waktu maghrib.

Bergitulah rutin harian rumahtangga suamiku bersama Zulaikha selama 3 tahun ini. Aku terdiam. Perlukan aku merasa cemburu kepada wanita ini. Haruskan aku menghambur kata – kata kesat kepadanya sedangkan hidupku terlalu sempurna berbanding dia.

Betul kata orang sifat ingin tahu wanita melebihi segalanya. Aku mengikutnya pulang kerumah dengan alasan aku ingin melawat neneknya. Setiba dipintu rumahnya air mataku menitis. Rumah yang hanya dua bilik itu kelihatan kemas walaupun agak sempit. Teringat aku pada mula – mula aku bernikah dgn suamiku. Jauh disatu sudut terbaring nenek tua yg agak uzur.

“Zu selalu minta cuti sebab nenek selalu sakit kak. Zu tak mampu nak upah orang jaga nenek. Mula – mula abang bising sebab Zu selalu minta cuti. Bila Zu bawa abang datanb jenguk sendiri nenek Zu. Hatinya menjadi simpati pada Zu kak. Kata abang, cukuplah dia tengok istri dia berkorban demi menjaga periuk nasi sampai abaikan kesihatan dan kehilangan anak dlm kandungan.

Abg tak mahu Zu korbankan nenek semata – mata kerana kerjaya kak. Lalu dilamarnya Zu jd istri kedua asalkan Zu tidak meminta hak akak iaitu tidak melahirkan lebih daripada seorang zuriat sehingga anak keduanya lahir daripada rahim akak….”

Hak aku..? Bukankah kau telah merampas hak aku.. Suami aku… Satu – satunya suami yg aku ada, yg aku kasihi…. Astagfirullahalazim.. apa ni… kata – kata syaitan mana yg mula menghasut… Aku layu terkulai di riba suamiku.. Dunia berpusing laju.. Semuanya gelap…

“ Sayang…Maafkan abg Karina….” Aku sedar daripada pengsan. Kini terbaring di katil hospital.. “Puan.. Jangan buat kerja berat2 yer…tahniah puan hamil dalam 9 minggu… jaga mkn dan minum, jaga kesihatan..” Ada riak kegembiraan diwajah suamiku dan Zulaikha… “ Nur Ain.. mari sini dekat ummi sayang.. tak lama lg Ain nk dpt adik baru…” Zulaikha memimpin anknya menghampiri ku… “ Ain…??”

Indah sungguh perancanganmu Ya Allah…dalam diam Kau makbulkan doaku untuk pengganti Nur Ain… Aku mula menerima Zulaikha dengan hati terbuka..Redha dan tenang… (Cerita ini telah diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat yang mahu identitinya di rahsiakan untuk dijadikan sebuah cerita dan dikongsi bersama…)

– Cik Puan Ammy via iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *