Akhirnya kami selongkar loker Maria dan terjumpa gamba dia dgn Argus tgh buat sesuatu. Confirm nape dia tak nak lepaskan Argus

Hai Saya Maria, disini saya nak bagitahu yang saya dah ikat Rambutan jual kat pasar dua seringgit.Cuba bergurau pulak Butan ni huhu. Bagi yang terlepas episod sebelum ni 1 dan 2 boleh tengok dekat ruang komen ye.

Maria ada kat katil tu ha.. Dia tanya Butan buat ape. Butan jawab tengah exercise jari, Butan buat muka garang supaya dia tak tanya lebih-lebih.

Kenapa Maria nak pinjam phone Butan?Sebab dia nak pinjam instagram aku. Sebab aku hot dekat instagram (sambil angkat kening) okay tipu je. Sebenarnya aku ada instagram yang aku guna hanya untuk beli barang online. Dp pon pakai gambar siput je. Siput khinzir pulak tu huhu.

Dari semestar 2 lagi Maria dah guna account Instagram aku untuk follow dan stalk Argus dan kekasih Argus. Sebelum aku tukar password, dia tak pinjam phone aku sebab aku rasa dia bukak sendiri dekat phone dia.

Siapa Argus? Mari kita flashback…..Semester 2..

Okay aku nak ingatkan balik, semester 1 dan 2 ialah semester dimana Maria ibarat buk peri (pari-pari) dalam cerita dongeng yang selalu ada apabila kau dalam kesusahan.

Argus (bukan nama sebenar), ialah bekas kekasih Maria. Mereka disahkan putus cinta di semester 2. Pada waktu ini Maria meroyan teruk menangis-nangis mengadu dekat satu kelas. Maria memang dah burukkan Argus ni kaw kaw dekat kitorang. Satu kelas start benci Argus kecuali Lisa, dia cakap Argus kacak. Tapi betul, Argus kacak oo yeah.

Budak kelas aku pulak ada dua tiga ketul bawang. Bawang-bawang ni pergi cyber buuli Argus dengan kekasih Argus. Aku sebagai kawan baik Maria tak kacau Argus pon sebab Butan dah cakap kan Butan tak reti gaduh.

Tapi Maria minta tolong. Iaitu dia nak gunakan acc Instagram aku untuk stalk Argus dan kekasih Argus. Masa tu aku tak kisah pon nak tolong, kawan baik kan.

Sekarang ni aku kesian dekat Argus sebenarnya, sebab sampai sekarang Maria tak ‘lepaskan’ Argus. Dia hantui hidup Argus. Argus kalau Argus terbaca luahan ni, Butan nak mintak Argus supaya hati-hati dengan Maria. Dia tengah rancang sesuatu (muzik seram).

Alang-alang dah flashback Semester 2, kita teruskan flashback Semester 3-4 ye…Semester 3.

Macam yang pernah aku cerita sebelum ni, semester 3 inilah aku dah tak pandang dia macam pari-pari, aku pandang macam ikan pari, berbisa. Aku buat asam pedas taw laa.

Kenapa sampai sekarang aku berlakon aku tak tahu kejahatan Maria? Sebab aku taknak end up macam Argus. Sebab Maria akan play victim sampai ke sudah. Jadi aku play safe je. Lisa dengan Ana pulak duk playground je.

Semester 3-4

Semester seram. Kenapa seram? Pertama yela sebab aku dah tahu perangai tersembunyi Maria. Tapi apa yang aku cerita dekat RDS pertama itu hanyalah perangai Maria yang aku discover secara tak sengaja.

Aku siasat Maria. Tolong jangan bayang cerita CSI ke Gerak Khas ke. Aku detektif takde bajet. Berbekalkan muka seposen, pau kari ayam, sel-sel otak yang makin berhubung dan doa .

Cakap pasal doa, ye aku mmg akan selitkan Maria dalam doa aku, doa Maria berubah supaya boleh kawan macam dulu-dulu tanpa aku rasa takut,Tapi apa yang jadi ialah, aku makin discover beberapa lagi perangai Maria.Apa lagi aku discover?

Selamat Bercurious.

Yang ni memang seram, dia punya seram suppp naik ke atas. Aku kena menghadap Maria almost 24/7. Aku dengan Maria jarang balik kampung atas faktor jauh. Tapi Lisa dengan Ana, asal petang Jumaat je lesap.

Lagi satu, Ana dengan Lisa ada repeat class. So, ada class yang kitorang tak sama-sama. Inilah faktor kenapa Ana dengan Lisa tak perasan sisi gelap Maria.

Kenapa aku kata seram berdua dengan Maria?..Ibarat kau dah tahu kawan kau tu hantu, tapi kau terpaksa berpura-pura tak tahu.Lagipon aku suka berimaginasi. Antara imaginasi aku..

Tatkala malam menjelma, waktu berdua je dengan Maria, lampu dah tutup nak tido..Tiba-tiba Maria datang dekat katil aku, dia bisik “Maria dah baca semua luahan Butan. Hihihi…”

Over ke imaginasi aku? Lagi satu..-Bilik air kosong, aku sorang je tengah mandi, lepastu tiba-tiba dengar suara Maria panggil “Buuuutaaaaan ooh Buuuutaaann.”..Dan secara jujur, harini Maria makin seram sejak dia tahu Argus…..

Ok sebenarnya point dekat situ ialah Argus. Butan nak kenalkan Argus dekat readers..Penting ke Argus ni?Sebenarnya Argus la penyebab Butan tulis luahan ini. Macam aku cerita sebelum ni. Argus ialah bekas kekasih Maria.

Pertama kali lagi aku tulis luahan ini, aku memang yakin Maria tak baca. Sebab apa? Sebab Maria sangat busy dengan hal Argus. Maria macam cacing kepanasan masa dapat tahu Argus dah bertunang 3 minggu lalu.

Sebab tu Butan ada masa lebih nak buat luahan, sebab Maria macam dah tak hiraukan orang lain sangat selain Argus, padahal sebelum ni ada je kat tepi kain Butan.

Maria sangat busy hal Argus, ye Maria tak endahkan hal lain-lain. Maria jugak dah 2 minggu deactivated semua account media sosial dia. Sebab aku stalker berjaya dia sebelum ni jadi aku tahu.

Pada mulanya, Argus tu cuma distraction je. Yela cerita aku ni cerita live, sebarang plot twist semua, aku sendiri pon tak jangka.Apa lagi aku discover pasal Maria?

Aku dari semester 3 lagi dah siasat Maria, tapi aku buat secara slow supaya Maria tak perasan. Tapi ada seorang manusia ni, aku betul-betul geram ni bah. Seorang manusia bernama Lisa, ye Lisa yang dikasihi, gelojoh nak mampus, sampaikan Ana yang tak tahu apa-apa pon dia libatkan.

Maria dah deactivated semua account media ssial dia. Tapi kitorang selalu nampak dia main phone. Takkan dia main Mobile Legends.

Lisa intai-intai, dia cakap nampak macam dia bukak Instagram, then lagi sekali aku intai phone Maria, nampak macam dia bukak wechat. Dia manade wechat.Jadi pada hari Isnin. Pagi-pagi buta Maria tengah mandi, kitorang rancang bukak phone Maria. Ni semua idea Lisa. Aku scary dengan cara dia ni.Ini dia rancangan Lisa.

Lisa: Masa Maria dekat bilik air, Ana kau jaga pintu, kalau nampak Maria nak balik bilik, kau nyanyi lagu Putus Terpaksa sebagai isyarat.

Ana: Baik boss

Aku: Apa kau buat ni Lisa, ini semua tak elok ni. Kalau Maria tahu macam mana ? Ha?

Lisa: Kau diam Butan, nanti aku belanja kau air gedegang.

Aku: Apa kau nak rasuah aku pulak ni, dengan air gedegang pulak tu. Aku nak 2 tin tw.

Kitorang pon bukak phone Maria.Maria tak lock phone? Bukan tak lock, tapi kitorang tahu lock pattern dia. Dah tu 6 mata dalam satu bilik. (Mintak tolong mata Ana sekali).

Apa yang kitorang nampak….Fake account, fake wechat account atas nama Rafaela (kekasih Argus)(bukan nama sebenar). Gambar Rafaela. Dan chat dengan lelaki yang ramai. Dan dia punya post dekat moment wechat tu, dia letak gambar Rafaela dengan caption yang memang tak senonoh.

Dan teka Instagram siapa yang dia bukak dekat phone dia? Aku punya wehh, aku tak tahu laa mana dia korek password baru aku.Tak sempat pon lagu Putus Terpaksa tu berkumandang, kitorang bertiga duduk. Masing-masing pandang satu sama lain. Speechless.

Untuk pengetahuan, Maria, Argus dan Rafaela ialah kawan sekolah. Kawan sekampung, dah sah-sah Maria kenal Rafaela.

Selasa..Lisa rancang nak selongkar locker Maria. Aku taknak buat tapi Lisa paksa. Dia curious sangat sebab sejak kebelakangan ni Maria kunci locker dia 24 jam.

Kami pon lakukan seperti apa dirancang.Waktu dekat bilik, lepas je Maria bukak kunci locker dia, aku cepat-cepat ajak Maria keluar kononnya urgent. Ye Maria tak sempat kunci locker dia. Lepas aku berjaya bawak Maria, Lisa lakukan tugas dekat bilik.

Apa urgent yang aku tipu Maria?..Aku tipu dia yang Ana jatuh terkejelepok dekat tangga. Ana pon baring la dekat tangga hayati watak.

Ana: Skit weh.

Maria: Macam mana boleh jatuh?

Ana: Butan tolak.

Ana oh Ana, jangan sampai aku tolak kau betul-betul kat koridor tu.

Maria: Asal kau tolak Ana?!

Aku: Tak tadi belakang Ana ada nyamuk, aku pkul laa. Tak sangka pulak Ana boleh terbang, Ana kurus sangat kot hihihihi hihi hi.

Dalam perjalanan balik bilik, aku dengan Maria papah la Ana, sambil papah tu aku dok cubit-cubit si Ana tu, dalam banyak-banyak alasan untuk jatuh, boleh pulak kau cakap aku tolak.

Tengah-tengah jalan kitorang bertiga terdengar macam ada raksaksa terbang belakang kitorang. Toleh belakang, yes betul LIPAS TERBANG!! Aku dengan Maria nak grab Ana nak lari cepat tapi Ana dah takda.! Toleh depan aku nampak Ana lari macam dah kena rasuk dengan Usain Bolt. Tanpa berlengah aku dengan Maria pon ikut lari.

Aku dengan Maria sampai je bilik, Ana dah dalam selimut atas katil dia, dah la katil atas. Aku nak mrah pon tak sampai hati. Nasib Maria tak banyak tanya. Alhamdulillah, Lisa tengah baring tanda selesai la kerja beliau. Tapi muka dia macam muram je.

Apa dalam locker?Berdasarkan penerangan Lisa, hmm..gambar xxx Argus, gambar Argus dengan Maria. Printed . Dekat kertas A4. Anda rasa?

Aku tak reka benda ni. Aku pon susah percaya, tapi takkan Lisa tipu. Takda sebab Lisa nak tipu. Aku taknak cerita lebih-lebih dan taknak bayangkan pon.

Jumaat 3:00 pm,….Ana dengan Lisa keluar nak beli barang. Tengahari aku sempat lagi makan dengan Ana dan Lisa. Maria mana? Maria tak ikut, dia cakap ada hal. Dalam pkul 3 petang, aku tidur dalam bilik. Maria masuk bilik buat aku terjaga, tapi aku tak bangun, aku pura-pura tidur.

“Kau tak kenal aku siapa, kau tunggu, kau tunggu. Aku takkan senang-senang biarkan kau bahagia. Kau tunggu aku datang. Aku datang ni, aku datang.”

Mulut Maria terkumat-kamit sambil kemas beg dengan ganas. Dia balik kampung.Aku rasa macam nak terkencing dekat situ, seram sejuk aku rasa. Jujur ni pertama kali aku tengok dia macam tu.

Sebenarnya masa Maria nak pinjam phone Butan tu, yang dekat laundry tu. Maria nak dapatkan kepastian, kepastian yang Argus nak kawin dah dalam masa terdekat. Dan memang Argus nak kawin.

5 minit lepas Maria keluar bilik. Aku Wasap Ana dan Lisa, mengadu..Lisa reply “Sem depan nak tukar roommate tak?”

Kalau ada yang cakap cerita ini rekaan, merepek, bosan, batak likers. Terpulang, Butan cuma berkongsi kisah hidup. Tak ada keuntungan pon untuk Butan menipu.

Apa Maria buat kat kampung, kami pon tak tahu. Butan nak tamatkan sebab dah nak semester break dan macam dh tak berani hahaa. Memang cerita ni dah lari tajuk lari topik. Butan mintak maaf, Butan tak expect jadi macam ni.

Lepas ni taknak dah tulis pasal Maria. Demam-deman ni ha tulis rds final ni. Semoga Maria tak baca la ye huhu.Ok japgi kita sambung balik…byeee..