Dah la bulu roma naik sebelum ni. Kali ni Maria akan puji kami smpai kembang tapi aku tak faham nape dia gamak buat kami mcm ni

Hai semua dan terima kasih .Untuk sesiapa yang tak ikuti episod pertama luahan aku,korang boleh tengok dekat ruang komen aku ada tulis part 1.Bagi korang paham situasi aku sekarang dengan roomate ni.

Cerita tadi memang ni tergantung. Ye memang takda ending lagi sebab aku tengah melalui lagi ‘cerita’ ni. Maria ada kat bilik tu..ada nak kirim salam ? Hehee

Sekarang kami di sem 4. Dan masih lagi buat-buat tak tahu bahawa kami sebenarnya sudah tahu tembelang beliau. Ada yang suruh aku berdepan je dengan Maria. Tak senang.

Kenapa tak senang? Aku dah bayangkan apa akan jadi kalau aku dengan Maria bergduh. Kalau aku pindah bilik pon, aku still kena menghadap dia kat kelas. Dia boleh gunakan mulut manis dia kat orang lain untuk tunjukkan bahawa aku yang salah, dia yang betul. Dia ada ramai kawan, dia bijak, peramah, mulut manis memang dia dah buat banyak kawan dekat sini.

Aku tak kenal Maria sepenuhnya, aku taktaw apa mampu buat, masa aku ‘kawan baik’ dia ni pon dia sabotaj macam-macam, cuba kalau aku jadi musuh dia. Risau weh risau. Itu kalau dia guna cara kasar, kalau dia guna cara halus? Habislah Rambutan tak berambut lagi.

Maria ni kalau kau lepak dengan dia, kau boleh kembang dan rasa di awangan sebab dia akan puji kau sentiasa. Dia akan puji kau cantik, baik dia suka cara kau bla bla blaa.. Aku antara orang yang selalu sgt terkembang bila kena puji dengan dia ni sebab bab kena puji ni jarang sangat berlaku dalam hidup aku sobsob.

Aku pon fikir, macammana aku nak berdepan dengan dia, aku ni jenis manusia yang tak boleh berdebat, sebab bila bergaduh aku selalu kalah sebab aku selalu lupa point-point untuk aku attck orang. Kadang bila orang attck aku dengan soalan aku boleh duk nganga fikir nak jawab apa. Pastu dah kalah malu nangis pluk bantal, sejam kemudian baru dapat jawapan, masa tu dah terlambat dah, nasik dah basi.

Okay kalau aku bawak backup yakni roommate aku Ana dan Lisa. Sekali Maria bawak backup satu kelas, aku bertiga, dia bertiga puluh. Dibuatnya tengah perang mulut tetiba Ana ngan Lisa AFK, Ana krik krik Lisa pulak pegi layan live Sajat, kan naya DEFEAT terus. Lepastu nak pegi kelas kena pakai plastik kat kepala sebab malu sangat.

Okay lupakan pasal tu sekejap, aku nak cerita pasal dress rm200 tu. Hmm.. Dress tu hmm.. Kau orang tahu tak kain Lycra yang selalu orang buat telekung warna warni tu (betulkan kalau rambutan salah). Kain yang kalau kau pakai, segala liku kau semua nampak.

Kalau telekung ye besar labuh, tapi dress yang fit tu, kalau kau ada jerawat belakang badan pon boleh nampak timbul. Aku ni dahla berlemak manis kena pulak pakai baju berlapis-lapis . Selalunya aku nampak macam potato tapi malam tu nampak mcm mash potato dah.

And guess what, baju Maria nice sangat dan dia siap make up dengan freelance MUA dekat sini. Dia tak ajak kitorang pon. Dia cakap dia nak jumpa kawan, balik bilik muka dia nice je make up. Aku Ana Lisa dah berapi dah stress dengan dress. Aku tanya mana dapat baju then dia jawab “baju kakak aku ni”. Bagi yang dah baca luahan Rambutan sebelum ni je akan faham sobsob.

Baju tu pon, aku rasa membazir sangat sebab kau takkan nak pakai pegi kenduri kawin atau mana-mana event lagi lepasni. Dahla dress aku kaler Sand, kaler nude gitu, tudung pulak hijau pekat atas saranan Maria (bongokkan aku dengar cakap dia, dia ckp aku nampak nice) padahal aku rasa aku dah macam pokok bengkak berjalan.

Sekarang aku rasa macam nak ikut nasihat dari comment sebelum ni, aku tak payah berdepan dengan Maria, tak payah reveal Maria, just jaga diri aku sendiri dan privasi kan everything dari Maria.

Maria, aku nampak apa yang kau buat kat aku, Ana, Lisa, aku just nak tanya, banyak lagi ke yang kami still tak nampak? Atau, ramai lagi ke mngsa kau selain kami?Tak dapat nak sambung panjang-panjang, Maria panggil pulak huhuuhuu.

Okay,sambung… mula-mula aku nak cerita apa yang jadi pada pagi Sabtu yang indah yakni sehari sebelum luahan kedua ini ditaip. Pada Sabtu pagi itu, burung pon berkicauan, hari cuti semua ada dalam bilik. Maria tidur lagi.

Aku nampak baju berlonggok dalam bakul tak basuh lagi, aku bawak laa baju tu ke mesin basuh yang kena bayar rm3 tu. Aku bawak phone sekali sebab nak bertapa dekat situ nak tulis luahan ke dua ni.

Masa sampai dekat bilik mesin basuh tu. Kedua-dua mesin penuh baju. Satu mesin tu tinggal 10 minit, takpa boleh tunggu. Aku pon menaip la luahan kawan aku maria yang kedua ni. Banyak jugak bah sudah aku taip.

Mesin berbunyi tanda dah siap, aku keluarkan baju siapa tah tu aku letak dalam bakul tepi tu. Tengah aku masukkan baju aku, Maria tepuk aku dari belakang. Memang TERKEJUT sangat.!! Terkejut yang luar biasa ni huhuu.. Kering darrah aku, aku rasa jantung aku dah gugur ke usus ni.

“Pinjam phone kau jap Butan”. Aku dah cuak, dahla aku tengah berkarya tentang hikayat hidup kau dalam phone tu, meningggal aku kalau kantoi ni. Aku pon buat-buat tanya dia sambil tangan aku memainkan peranan. “Alaa phone aku dekat bilik laa”, padahal dah selamat dalam mesin basuh.

Dia cakap okay jap lagi baru dia nak pinjam. Kedengaran macam dah selamat kan. Tapi belum lagi.. Dia boleh pulak ajak aku sembang-sembang dekat situ. “Asal kau tak start mesin lagi, duit dah letak belum?” . Aku rasa macam nak menangis. Aku pon sumbat duit sedikit demi sedikit, perlahan-lahan. Menangis hati ini, ku juga bersimpati…

“Maria ke tu? Weh Maria aku nak tanya ni blaa blaa blaa…”. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, jiran aku muncul, waktu Maria leka layan jiran, aku cepat-cepat carik phone aku, aku sangkut dekat seluar aku bla tinggalkan Maria dengan jiran.

Masuk bilik terus guling-guling atas katil sambil ciium-ciium phone aku. Terima kasih ya Allah ..huhuu. Aku delete balik luahan yang aku dh type separuh. Aku teruskan hidup macam biasa. Pagi ni sementara tunggu dewan makan bukak, aku taip luahan RDS III ini.

Okay luahan kali ketiga ni takda apa-apa sangat pon. Tapi siapa yang tak baca part 1 mungkin akan tak faham apa aku cuba sampaikan.Kat sini aku cuma nak jawab persoalan yang bermain di minda pembaca. Soalan yang ditanya mesti berawangan di minda korang kan..

Tak rasa aibkan Maria ke?..Aku cerita dekat sini, takda siapa pon pergi serang Maria tu, takda siapa pon baling pasu ke baling chipsmore kat Maria tu. Nama Maria pon bukannya Maria.

Nama aku pon bukannya Nur Rambutan. Takda siapa pon tahu Maria yang sebenar tu siapa. Dan tak terjejas pon reputasi Maria. Aku tulis kat sini, aku nak pandangan netizen dan mungkin boleh dijadikan pengajaran.

Maria tak baca ke?..Aku tak tulis secara membuta tuli. Aku dah betul-betul yakin bahawa memang Maria tak baca . Aku sekarang dah acah-acah Detective Conan. Aku siasat dulu, kalau rasa selamat aku teruskan. Sebelum aku decide nak tulis luahan dekat sini. Aku dah fikir masak-masak.

Kalau lah Maria terbaca jugak. Biarlah. Aku tunggu jelaa apa akan jadi lepastu aku datang balik luahan kat ini. Kalau aku tak datang balik luahan dekat sini… Tolong balas dendam kat Maria untuk aku..kk gurau jee huhuu

Tapi Lisa baca..Hari Jumaat, masa dalam kelas, Madam pon tak masuk lagi, Lisa ajak aku pergi toilet. Sewaktu nak ke toilet, perbualan ini pon terjadi.

Lisa: Butan, kau ada apa-apa nak bagitahu aku ke?

Aku: Ha ada, aku pinjam gunting kau semalam. Aku dah letak balik dah.

Lisa: Bukan tu..something lain, sesuatu yang merunsingkan kau ke..kau boleh jujur je kat aku.

Aku: Hmm..aku dah lama nak cakap dengan kau. Kalau kau nak kentut lagi lepas ni, jgn dekat bilik, pergi keluar, kepam kau tahu.

Lisa: Huhhh..okay senang citer camni. Aku ada baca luahan dekat fb. Bila aku baca tang dress tu, aku terus teringat kita. Kita ke tu?

*Lisa dengan Ana hanya tahu pasal Maria mengumpat kitorang, putar belit cerita. Pasal sabotaj assignment, nota fake semua tu dorang tak tahu. Jadi Lisa macam tengah terkebil-kebil lagi nak hadam semua tu.

Maria ada boyfriend?–Maria takda boyfriend. Tapi Maria ada ramai kawan lelaki. By the way, Rambutan pon single jugak (sambil angkat kening)..

Kenapa Aku ni dengar je cakap Maria?–Okay aku nak explain yang ni tapi aku risau korang tak faham. Okay macam ni, antara Leader dengan Follower, aku more kepada Follower, aku jenis ikut je cakap orang. Aku dari kecik memang macamtu tapi takda la sampai penculik ajak naik van aku ikut.

Aku tak reti sangat gaduh. Aku iye kan je semua. Lepastu kalau ada benda aku terpaksa sangat reject, aku akan explain panjang-panjang, minta maaf banyak kali supaya orang tak kecik hati.

Maria lebih dominant. Tapi secara lembut, secara sweet. Okay contoh pasal nak beli dress pokok tu. Bukan aku sorang tw, Lisa ngn Ana pon ada. Dia boleh yakin kan kitorang bertiga beli dress tu. Nak cakap aku lemah, Lisa dengan Ana tu? Lemah jugak kot ..berhuhuhu lah kita..

Dress tu?–Dah selamat disedekahkan pada insan yang lebih kurus. (Anak buah darjah 4). Aku kecewa bila teringat dress ni. Sebab masa tu aku kena pakai korset sebab kalau aku tak pakai, aku nampak macam ibu mengandung. Faham tak kalau dh pakai korset tu apa maksud diaa..hmm..tabah Ram tabah..

Maksudnya tak boleh makan banyak…masa aku bayar duit untuk dinner tu (eh aku tak sebut event tu dinner ye sebelum ni?).. Dahlaa bayar duit dinner, duit dress, dapat makan dua tiga suap lepastu aku nampak buruk pulak tu..aku tak boleh move on lagi ni.

Ok cau dulu..Nanti aku sambung cerita ni apa yang terjadi lagi..bye..