Tiba2 bulu roma tegak bila tengok kertas lipat2 dlm bag dia ada tulis nama penuh kami, no ic, no pin card bank. Aduh

Hai semua. Aku perempuan dan nama aku Butan (bukan nama sebenar). Aku nak bercerita tentang roommate merangkap classmate aku..aku belajar di sebuah ipta . first day daftar je terus dapat bilik..bilik berempat dan ketiga tiga roomate aku adalah dari course yang sama.. Roomate pertama ialah Maria (bukan nama sebenar) Ana (bukan nama sebenar) dan Lisa (bukan nama sebenar).

First week kenal, Maria seorang yang sweet, peramah, baik dan sentiasa senyum buat kan aku rasa selesa berkawan dengan diaa.. Ana pulak seorang yang tak banyak cakap, pendiam tapi dia ikut je aktiviti aku, Maria dan Lisa. Lisa pulak more kepada socmed hadap phone 24 jam tapi dia selalu dengan kami wlaupon phone dia tetap tak lepas.

Kami berempat pon daftar kelas yang sama. Ana dengan aku tak serapat aku dengan Maria. Maria sangat baik smpai aku tak kisah takda kawan lain. Ye aku takda kawan rapat selain Maria di ipta ni. Aku baik dengan Ana tapi tidak seakrab dengan Maria dan aku tengok Ana dan Lisa lebih selesa dengan Maria.

Classmate kami yang lain sangat selesa dengan maria tapi mereka macam tak berapa berkenan dengan aku, Ana dan Lisa. Jiran bilik kami pon lebih selesa bergaul dengan Maria daripada aku Ana dan Lisa. Semester satu pun habis dengan jayanyaa..Masuk semester kedua dengan roomate yang sama, classmate yang sama..semua berjalan mcm first semester.

Masuk semester ketiga masih jugak roommate yang sama. Tapi pada semester inilah aku sedar ada something wrong pada Maria. Aku start perhatikan kelakuan ‘pelik’ dia sejak ‘penemuan’ aku pada hari Sabtu dan sejak hari Sabtu itulah aku tak pandang Maria sebagai seorang yang sweet dan baik lagi dah..

Pada pagi sabtu yang indah itu, kami berempat bercadang nak keluar shopping dan tengok wayang tapi malang nya aku dengan bangang nya pada malam sebelum nak keluar tu, aku pergi minum teh detox. mmg cirit birit laa cerita dia sampai terpaksa tinggal kt bilik sorang-sorang. Mula-mula dorang pon taknak pergi (sweet kan) tapi aku suruh jugak dorg pergi sebab aku nak pesan stok meggi. Hahaa.Tinggal sorang dalam bilik, aku pon menjadi jahat sekejap hahaha, aku stalk locker lisa, cantik baju-baju diaa nanti nak pinjam, stalk locker Ana, penuh makanan wau sedapnya, nak stalk locker Maria tapi kunci plak.

Tiba-tiba mata aku terpandang beg baru Maria, memang aku berkenan beg tu, baru seminggu Maria pakai bawak ke kelas. Aku pon belek-belek beg tu..cantik. Lepastu aku selongkar beg dia, ye aku tahu aku salah sebab selongkar privasi orang tapi nfsu aku membuak-buak masa tu. Sebab aku dah terbiase selongkar beg kakak aku nak tengok dia ada beli lipstick baru ke tak.

Then aku nampak zip pocket dalam beg tu..aku bukak, ada envelope kecik dalam tu, mcm envelope yang kau dpt kalau kau tgkap gambar passport tu. Aku expect dalam tu ade gambar dia, aku pon bukak tapi bukan gambar dalam tu. Dalam tu mengandungi kertas kertas A4 yang dah dibelah dua yang dilipat-lipat , bila aku bukak meremang bulu roma aku .

Dalam kertas tu mengandungi detail aku dan roommate aku. No.ic, no.id pelajar, email, password fb, password student portal, password phone, no.pin kad bank dan segala password aku diaa ada laa senang cite. Bukan aku sorang je, details roommates aku pon dia ada.

Aku cuba bersangka baik..tapi aku still rasa curious. Waktu dalam toilet sedang berjuang, aku try imbau balik, mmg kalau kami study ke ape ke, aku type password depan-depan dia dan kadang-kadang aku sendiri bagitaw dia password aku. Tapi tak sangka pulak dia catit sume tu.

Dan pasal no.pin kad atm tu, baru aku teringat, setiap kali kitorg nak keluarkan duit, dia takkan duduk tunggu aku kt belakang, dia akan ada je kat sebelah aku tengok ape yang aku tekan-tekan, baki aku semua dia tahu. Masa tu aku fikir benda tu benda biase, kawan baik kan. Duit pon takde hilang pon.

Balik je dorg bertiga, aku tengok berbungkus-bungkus Maria belikan meggi untuk aku, nak taknak aku bayar jelaa sebab dia mmg slalu mcmtu kalau aku pesan apa2. Dia akan beli melebih-lebih. Dalam hati aku, takpe laa its okay.

Lupa pulak nak bagitaw..antara kami berempat, Maria lah yang paling bijak student dekan. Aku ni setakat hampir-hampir dekan jee.. Ana dan Lisa, dorang agak kelaut sikit. Ada subjek yang dorang repeat.

Hampir 2 minggu kemudian, semua berjalan lancar, aku pon hampir lupa apa yang aku jumpa haritu dan teruskan hidup mcm biasa. Petang Jumaat tu Madam Laili cakap akan ada quiz next week. Malam Sabtu tu, kami pon study dalam bilik berempat. Then Maria pon bagi notes dia kat kami, dia ckp “ini info dari kelas sebelah, tapi korang jangan bagitaw siapa2 ..ni kita-kita je”.

Lisa dan Ana laju je grab notes tu dan start study. Sejam dua study, Maria dan Lisa volunteer nak belikan air dan makanan kat bawah. Aku dengan laju nya pegi ambik buku Maria dan carik notes yang dia study dan ternyata notes tu berbeza dari yang dia bagi kami. Ana pandang aku, aku terus suruh dia study je semua chapter jgn ikut sangat soalan bocor orang bagi.

Pagi tu lepas je dapat paper, Maria buat muka terkejut sebab soalan lain dari notes yang dia bagi. Muka Lisa dah frust semacam. Bende ni dah berlaku jugak masa semester dua cuma masa tu aku percaya yang dia innocent.

Besok nya madam pulang balik paper yang dah di mark, aku sengaja sorok kertas aku pastu buat muka frust padahal takde la teruk sgt 84%. Ana dpt 58% dan Lisa 48%. Maria minta maaf sebab taktaw notes tu fake. Dan dia ckp markah dia pon rendah tapi dia tak tunjuk pon. Selalu dah dia ckp macam tu..tetibe je dekan.

Satu hari masa aku dengan Maria berdua je dalam bilik. Ana dan Lisa balik kampung masa tu. Aku tidur..tgh malam tu aku terjaga tapi aku tak bangun terus sebab aku perasan Maria ada dekat meja aku. Aku tahu dia tengah bukak laptop aku sebab bilik gelap..cahaya laptop tu mmg menyinar.

Pagi tu aku check laptop. Folder assignment aku hilang, aku rasa mmg Maria punca nya ..Maria tanya aku kenapa kusut..aku bagitaw folder hilang. Dia ajak aku pegi kedai pc. Tauke tu pulak duk sibuk kencing aku macam-macam pasal virus makan folder aku walhal aku tahu siapa virus sebenar.

Tauke tu suruh aku beli antivirus rm100++ ..Maria pon yakinkan aku suruh beli ..tapi aku bgi alasan takda duit.. Spontan je Maria ckp “kat bank kau kan ada lagi rm****.” Bila aku tanye mcm mana tahu, dia cakap aku ada bagitaw dia. Okay takpe malas nak panjang cerita.

Setiap kali aku berdua dengan Maria, kami mesti akan mengumpat pasal Ana dan Lisa.. Maria selalu mulakan tapi aku join je.. Maria lebih rapat dengan Ana dan Lisa so dia lebih tahu sisi hodoh mereka. Dia jugak ade bgtw aku yang Ana ckp aku ni “banyak mulut” and Lisa cakap aku “bajet cantik”.

A month later, fakulti kitorang dah letak poster untuk event apa tah masa tu, semua duk cari dress. Aku dah ada dress aku pinjam dari akak aku. Tapi Maria ckp dress tu tak sesuai untuk majlis tu. Dia suruh kami berempat beli dress online yang harga rm200..

Rm200 tu untuk student yang mcm aku..besar beb rm200 tu. Dia cakap bukan selalu nak baju cantik-cantij. Setelah yakinkan kami yang hati lembut dan bangang ni. Kami pon beli termakan pujuk rayu diaa. 4 dress tu design berbeza sebab takkan nak boria pulak kan pakai sama semua. Maria tolong kumpul duit dan order.

Tak sampai seminggu parcel pon sampai.. Yang pelik nyaa dress tu ada 3 jee. Sekali Maria pon cakap “dress aku takde sebab design yang aku nak dah habis”. Dia minta maaf dan gunakan sweettalk dia untuk yakin kan kitorang.

Akhirnya sel sel otak aku berhubung, aku baru sedar Maria mcm nak lingkupkan aku, Ana dan Lisa. Aku ajak Lisa pegi beli makanan, Ana dan Maria just pesan jee. Sambil jalan aku tanya Lisa “kenapa kau cakap aku bajet cantik ha?”. Dia pon balas “habis kau ckp aku katak bawah tempurung apehal?”.

Terus aku ngn Lisa berterus terang cerita hal sebenar dan ternyata Maria sebenarnye reka cerita supaya aku benci Lisa dan Lisa benci aku. Lisa pon ckp yang setiap kali Maria cerita pasal aku, ayat last dia ialah “jgn bagitahu rambutan aku bagitahu kau ni tw”.

Aku syak dia buat bende yang sama dekat classmate aku yang lain dan jiran-jiran kami sebab dorg lebih suka dengan Maria..lepas Ana tahu perkara ni..kami bertiga pon siasat dan ternyata mmg Maria ada burukkan kami dengan classmate dan jiran smpai dorg taknak rapat dengan kami.Aku lupa nak bagitahu..lepas kejadian assignment hilang kt laptop tu..aku terus tukar password segala password yang Maria tahu.

Aku teringat semester lepas Maria volunteer nak print kan assigment aku betul-betul sebelum kelas, dia suruh aku masuk kelas cepat untuk cop kan tempat duduk. Elok je nak submit assigment aku perasan ada page hilang..masa tu aku fikir aku yang lalai kot sebab takkan laa Maria saja-saja nak delete certain page. Tapi skrg aku rasa mcm yakin, Maria yang buat semua tu.

Banyak lagi perangai pelik maria ni. Tapi kalau aku cerita semua, tak jadi luahan dan, jadi novel.Buat yang tak faham cerita aku ni..maaflah aku buat pencerita yang bagus. Kesimpulan dia ialah Maria selalu nak aku keluarkan duit, bukan aku je, Ana dan Lisa jugak, Maria selalu yakinkan kami untuk habiskan duit sedangkan dia sendiri tak keluarkan duit dia sesen pon.

Kedua, Maria berpewatakan manis tapi dalam diam selalu cuba sabotaj kami punya study. Selalu cuba nak fail kan kami.Ketiga, Maria selalu reka cerita atau sebarkan aib orang pada orang lain secara senyap-senyap smpaikan orang lain pulaukan seseorang itu.Ok kejap lagi kita sambung lagi rahsia Maria..Bye..