“Abg hari ni nak makan sardin tak?” “Boleh juga” balas suami. Jawapan ringkas suami itu telah memakan diri.

Pagi tadi isteri keluar pertanyaan macam ni,

“Abg hari ni nak makan sardin tak?”, isteri

“Boleh juga”, saya

“Jom pergi kedai nak beli sardin”, isteri

“…”, saya

Lidah terkelu, rasa macam dapat arahan. Terus capai kunci kereta dan bawa isteri ke kedai runcit berdekatan.

Pandai isteri umpan saya untuk keluar teman dia beli barang dapur..

Sampai di kedai runcit satu persatu di isi dalam troli. Saya diam je melihat tapi isteri pula keluar kata-kata macam ni.

“Dah alang-alang kat kedai ni kita beli sekali barang dapur yang lain ye bang”, isteri

“Boleh syg, belilah 😁”, saya

Masa ni dalam hati dah rasa macam kena games. Pandai dia umpan saya untuk keluar teman dia beli barang dapur..

1. Dia umpan saya untuk keluar dengan umpan perut saya dulu. “Abg nak makan sardin tak?”, Lelaki bab makan memang cepat buat keputusan tak sampai 10 saat dah cakap ya.

2. Dia tak cakap nak beli beras, sardin, teh, kentang dan barang dapur lain tapi dia cakap nak beli sardin je sebab dia tahu saya ( lelaki ) tak boleh nak proses kalau banyak input sekali. Jadi dia sebut sardin sahaja. Ringkas dan terus menangkap kat kepala.

3. Dia bagi alasan yang bernas dan tak boleh di tolak. “Alang-alang dah kat kedai”, kalau tak beli sekarang bermakna saya akan kena pergi kedai lagi lepas ni.

4. Yang terakhir dia guna perkataan tolong,
“Abg tolong angkat”, “abg tolong bayarkan”

Tak apalah. Yang penting semua gembira. Suami perut kenyang, isteri gembira dapur dah penuh.

Lagipun apa sahaja yang pasangan suami isteri buat mudah mudah je boleh dapat pahala. Termasuklah teman isteri beli barang dapur.
.
Kredit : Mohd Fhais
Mudahnya nak buat pahala

p/s : Nak cuba cara ni kat suami korang? Boleh cuba tapi tiada jaminan ia berkesan kat semua orang sebab lain orang lain ragamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *