“Ya Allah, bagi nenek mampus sekrang” Tiap pkul 3am, aku akan nmpak pempuan tua tu isap kaki nenek.

Aku nak kongsi dgn semua pembaca tentang satu cerita seram yg aku lalui ketika aku dibangku sekolah. Sekarang aku merupakan pelajar Tesl di uia.

Ceritanya bermula bila aku sekeluarga berpindah ke kampung selepas ayah pencen dari kerajaan. Masa tu aku form 4. Jenuh jugak nak urus pertukaran sekolah semua sb tahun lepas tu aku dah kene hadap SPM. Tp alhamdulillah, urusan pertukaran sekolah dipernudahkan dan aku sambung sekolah di kampung. Dan dari situ, mulalah cerita2 seram dlm hidup aku.

Di kampung, aku ada nenek yg masa tu sakit teruk tanpa dapat diketahui sakitnya oleh doktor. Ibu aku pula seorang tukang jahit maka selepas berpindah, semua kelengkapan menjahit terpaksa diangkut pulang ke kampung.

Sementara menunggu kedai yg murah utk disewa, ssmua barang2 ibu ada di rumah nenek. Aku tak bpe suke duduk umah nenek sb umah nenek rasa seram lain macm. Aku pun tak tahu nak describe macam mane.

Sepanjang nenek sakit, ibu tak menjahit. Ibu jaga nenek sampailah satu hari, aku bangun dari tidur, saya terperanjat tgok nenek duduk di bangku dan menjahit! Padahal semalamnya saya tgok nenek terlantar sakit di katil.

Melihat perkara pelik itu, saya segera bertanyakan kepada ibu. Ibu cakap, nenek sakit sb rindu nak menjahit mcm zaman muda2.. Aku diamkan aje..

Hari berikutnya, aku tgh study dlm bilik bawah (rumah nenek aku rumah kayu 2 tingkat.. ) , aku mula dgr org sayup2 panggil nama ibu. Aku tgok jam, pukul 11 malam. Takdelah takut sgt sb baru pkol 11 kan.. So aku pun keluar dari bilik, aku intai tepi tingkap. Manalah tahu kot2 ada org kt luar. Tapi hampa.. Xde sape pun kat luar tu. Elok aku nak masuk balik ke bilik, aku dgr bunyi mesin jahit kat bilik atas loteng. Aku mula pelik dah, sb loteng tu lama dah xde sape naik lps atok aku menngggal. Jadi sape je nak naik atas tu nak menjahit.

Disebabkan aku ni jiwa remaja heboh nak amek tahu, aku naik tingkat atas utk masuk ke dalam stor.. Dari stor tu akan ada tangga utk naik ke loteng. Elok aku nak masuk bilik stor tu, nenek aku panggil. Suara dia bapakkkkk seram!! Sebab suara dia memang garau pastu campur plak lagi suara tua dia, memang meremang bulu roma aku.

Aku tak jadi masuk stor, aku turun bawah semula. Bilik nenek sebelah bilik aku. Rumah nenek besar. Nenek cakap ni rumah moyang aku dulu. Rumah ni ada 8 bilik.. Kau pilih je nak tdo bilik mane.. Tapi kau faham2 laa.. Bile umah kampung, lagi besar rumah tu, lagi seram tau tak.. Nak nak pulak rumah nenek aku belakangnye memang hutan!

Aku masuk bilik nenek, aku tgok nenek terlantar sakit. Makan pun ibu aku yg suap. Aku jadi tambah pelik. Bile malam, nenek sakit tp bile siang, nenek elok menjahit.

Esoknya tu, aku bgon tidur aku tgok dlm bilik aku ada mesin jahit lama kepala hitam. Ukiran dekat mesin ni kau takyah cakap.. Perghh die punyee lawaaaa..

Tp aku pelik ni mesin sape.. Sb ibu aku pakai mesin letrik. Mane dtg mesin goyang pakai kaki ni. Elok aku nak dekat dgn mesin tu, nenek aku ada kat sebelah. Perghhhhh!!!! Sumpah weyhhhh aku rasa nak maati time tu sb terkejut!

Aku tanya nenek, bile nenek sampai. Dia diam je. Die just hulur aku kain putih, die cakap tolong jahitkan tepi..

Aku dgn muka tak basuh pun duduk kat bangku mesin tu. Kau tahu ape jadi lepas aku duduk? Aku rasa mata aku gelap! Gelap weyh! X nampak pape.. Terus aku bangun.. Aku mengucap byk2, istigfar byk2.. Aku terus keluar dari bilik tu.

Aku ckp dgn ibu apa yg terjadi kt aku. Tapi ibu cakap jgn layan perasaan. Masalahnya tu bukan perasaan! Tu kenyataan! Aku bengang bile ibu tak percaya cakap aku. Aku tekad, aku nak ibu rasa apa yg aku rasa. Aku ajak ibu tdo dgn aku kat bilik bawah. Disebabkan aku ni anak perempuan tunggal, ibu aku layankan.

Malam tu aku tdo dgn ibu. Disebabkan aku agak penat, aku terlelap awal.. Dan tak semena, aku terjaga pd tgh malam.. Aku terjaga pun sebab dgr bunyi mesin jahit kaki yg agak bingit disebabkan karat.

Aku buka mata, terperanjat berukk aku bile tgok di mesin jahit ada sorg perempuan tua berambut panjang duduk di bangku mesin membelakangkan aku sedang asyik menjahit. Aku ingatkan ibu!!

Aku nak menjerit tp suara aku takde! Xde weyh!! Aku tak tahu mana hilang suara aku.

Aku diamkan je.. Aku pejamkan mata, dlm hati aku baca ayat Qursi sebanyak mampu..

Tgn aku cuba kejutkan ibu di sebelah tp hampa.. Ibu kaku tidur tak sedar apa. Masa tu, Allah je tahu apa aku rasa. Aku tak sabar nak tunggu siang sb aku nak kepastian dari nenek. Sejak kami berpindah ke kampung, byk bende yg aneh berlaku. Kdg tu aku nampak kelibat atok. Rumah ni pula rumah kayu jadi kalau berjalan memang akan dgr bunyi2 kayu rumah ni.. So kdg2 bile malam aku mesti dgr org berjalan. Dan itu buat aku seram dan stress!!!

Esoknya aku cerita kat ibu pasal org tua yg aku nampak tu. Ibu diam. Muka ibu pucat. Aku dpt rasa ibu simpan rahsia. Aku paksa ibu cakap tp masa tu la tiba2 nenek datang kata lapar n die nak makan. Nenek pandang aku, tp tak pandang mata aku. Die lebih banyak mengelak.

Nak dijadikan cerita, aku baca ayat Qursi depan nenek. Terus nasi dlm pinggan die campakkan ke lantai. Kau dapat rasa apa aku rasa?

Lepas nenek aku campak pinggan ke lantai tu, aku memang bentak habis. Aku jerit kat nenek sekuat hati sebab aku nampak benda tu belakang dia. Aku tahu bukan nenek yg marah tp benda tu. Sorg perempuan tua rambut panjang giler belakang nenek aku! Muka dia bengis. Bengis sampai aku tak tahu nak huraikan mcm mne. Walaupun masa tu tengahari. Benda tu wujud sebab aku baca ayat Qursi. Ibu pun nampak tapi ibu senyap, ibu just menangis.

Korang ada yg tanya pasal abah aku kan? Abah aku lepas anta kitaorg balek kampung, abah ikut kwn die kontraktor outstation. Sebab abah memang tak biasa duduk rumah. Mesti nak keje. Jd lps die hantar kiteorg, die just tidur umah nenek 2 hari dan terus berangkat dgn kawan dia. Aku ada cerita dekat abah tp abah kata,

“Jgn sampai adik ikut die!” ..

Masa die cakap ni aku tak paham. Aku igt abah cakap mcm ibu. Jangan layan perasaan. Rupanya abah tahu sebab tu abah tak nak lama kat kampung. Lagipun ni nenek belah ibu aku. Jadi kau paham2 laa.. Mane ada menantu lelaki suka duk umah mentua lama2.

Lepas je aku nampak bende tu, aku lari masuk bilik. Aku tenung mesin jahit tu, aku nampak jarum kat mesin tu jarum emas! Aku belum penah nampak jarum mesin wane emas. Aku capai tudung, aku terus keluar dari rumah nenek. Aku tak berapa tahu sebenarnya kampung ni tapi aku bawak je basikal pergi rumah kawan sekelas aku utk bawak aku pergi rumah ustaz yg ajar aku subjek agama kt sekolah.

Sampai rumah ustaz tu, ustaz pelik tengok aku. Kawan aku pun cakap dekat ustaz apa yg aku alami di rumah nenek. Ustaz mula berubah muka. Aku tahu die seram. Aku tahu die sendiri terkejut. Tapi aku tak kira! Aku nak benda tu keluar dari rumah!!

Ustaz bawa aku dgn kawan aku naik kereta die pergi rumah seorang imam. Ustaz aku yg cakap pakcik tu imam. Aku tak kenal sape kat kampung ni. Pakcik tu mula tanya aku macam2 soalan dan aku pun jwb.Last pakcik tu kata saka tu nak beralih tempat dan nenek aku dah tak larat nak jaga benda tu. Tapi aku cakap dekat pakcik tu, kenapa benda tu ada lebih agresif pada waktu malam di mesin jahit?

Pakcik tu mintak aku balek dlu, bawa sekali air yg die da bacakan surah ruqyah. Aku pun ada hafal sikit surah2 ruqyah ni sb di sekolah lama dlu, memang ustaz ustazah beriya suruh hafal. Sampai je rumah, nenek terlantar sakit. Air yg pakcik tu kasi, aku tuang dlm cawan dan aku suruh ibu suap nenek.

Tahu apa yg terjadi?

Nenek muntah jarum!!!! Kalau org santau biasa keluar segala paku segala kaca, tapi nenek aku keluar jarum!! Jarum jahit yg besar2 tu, jarum mesin yg wane emas tu pun ada. Banyakkkk!!! Allah… Aku ngeeri tgok nenek mcm tu. Sumpah weyh!! Nenek aku umur 89 tahun, kudrat die utk muntah buatkan aku menangis. Ibu pun nangis sama tgok mak dia macam tu.

Benda sama berlaku utk beberapa malam. Aku tak boleh nak tidur sb katil aku mcm berat sebelah. Aku rasa mcm org ada sebelah aku. Aku tidur dgn ibu kt bilik nenek sb ibu nak jaga nenek. Jadi aku ikutkan. Lain pula ceritanya bile tdo bilik nenek. Setiap pkul 3 pagi, aku akan nampak pempuan tua tu hisap kaki nenek. Aku baca ayat Qursi dlm hati, cuba utk tak buka mata luas2. Lepas tu aku nampak arwah atok jalan2 dlm bilik nenek ni. Allah.. Aku mcm nak jatih jantung tp aku bertahan. Aku genggam baju ibu sb nak tahankan takut. Tiap kali benda tu hisap kaki nenek, nenek menjerit meracau. Aku jadi stress yg teramat.

Kalau korg kata, baca albaqarah di kepala nenek. Ya, aku buat bnda sama. Dan ibu menyebabkan nenek bertambah tenat. Malam 3 hari selepas kejadian, aku dgn ibu baca yasin dekat katil nenek. Sebab malam je mula nenek sakit teruk. Dari awal kami dtg, die tak bagi kiteorg baca yasin kt die sb dia kata bising dia nak tido. Tp kali ni aku berkeras cakap kt ibu, nak baca yasin kt katil nenek. Sangkaan aku, nenek terlantar, die takleh buat apa2 kat aku dan ibu yg tgh bce yasin. Tp malangnya, sangkaan aku salah. Mesin jahit kt bilik tidur aku kat sebelah kuat giler bunyi.

Macam org menjahit ganas tu! Ibu dah mula nangis dan berhenti baca, aku tahu ibu takut sebenarnya. aku cuba kuatkan semangat, aku baca sekuat hati. Nenek dah menggelupur kata dia sakit. Aku peduli apa! Aku taknak benda ni beralih kat ibu aku. Aku pun taknak!! Nenek takde anak lain dah selain ibu lepas semua anak2 lain tak hiraukan dia. Awalnya aku marah dgn pakcik makcik aku sb taknak jaga nenek padahal diorg duduk dekat je dgn rumah nenek. Aku dan ibu yg duduk berkilo2 meter yg diminta balik ke kampung. Tp lpas apa yg brrlaku, aku tahu, diorg sebenarnya taknak benda ni beralih tuan! Diorg taknak syaitan yg nenek bela ni!!

Ibu capai telefon kt tepi katil, ibu telefon ustaz kat kampung ni sb ibu tgok nenek dah macam nazak sgt. Aku gagahkan juga baca yasin smpai habis. Nenek dah berdarrah2 mulut, keluar lagi jarum2 banyak giler. Aku tgok kaki nenek mengelupas teruk. Pecah2 dan mula berdarrah. Aku mula menangis. Menangis sebab aku kesian kat nenek. Dia tua kot! Kenapa hantu ni jahat sangat!!!! Aku habis baca yasin, aku lap muka nenek sambil selawat.

Kau nak tau muka nenek aku macam mana masa tu? Mcm mayat yg dah bertahun maati!! Muka nenek teruk!!! Teruk seteruknya!!

Jiran aku yg dgr bunyi riuh rendah kat umah aku, mula datang. Makcik2 yg dtg ni mcm berbisik2.. Diorg bukan baca yasin pun! Mengumpat je lebih! Ada yg aku dgr, diorg tanya satu sama lain, “pergi beralih kat sapa?” masa ni aku memang geram. Geram terlampau. Boleh dikatakan sejak aku duduk kampung, aku jd seorg pemarah. Pantang silap, aku pnye melenting…..

Aku tanya makcik sorg tu. Die duduk btol2 dekat dgn pintu bilik nenek. Die tak bagi org lain masuk sb die kata, aib nenek aku dlm keadaan begitu. Nti kene umpat keji org kmpg. Aku tnya dia, die tahu ke nenek aku ada saka. Dan dia kata dia tahu. Dia tahu nenek ada saka dan nenek bela hantu raya! Allah.. Berderai jantung aku. Masa ni aku memang marah dgn nenek sampaikan aku cakap dlm hati, “Ya Allah.. Maatikanlah nenek aku sekarang!!” sb aku dpt rasakan lagi lama nenek hidup, kami yg lebih menderita.

Ustaz yg ibu tepon sampai, bersekali dgn imam kampung. Diorg semua tahu nenek ada saka. Tgok pada keadaan nenek, imam suruh buka semua pintu dan tingkap.. Kau bayangkan malam2 buta segala pintu tingkap semua kene bukak! Dah la sejuk! Angin pulak malam tu tgh kuat! Aku jd tension! Aku nak semua ni berakhir segera.

Pak imam azankan bilik nenek, aku yg kat luar mula bingit dgn bunyi mesin jahit kt bilik aku tu. Kuatnya nauzubillah. Ditambah dgn bau busuk yg teramat. Imam azankan setiap penjuru rumah. Makin imam kuat laungkan azan, makin kuat aku dgr bunyi mesin tu. Kaki nenek habis pecah2 sb jarum semua keluar dari kaki die, muntah takyah cakap laa.. Aku rasa beratus batang jarum dlm baldi tu die muntahkan.

Aku hanya mampu nangis. Ibu pun sama. Nenek pegang tangan ibu, nenek mintak ibu terima. Tapi aku tegas cakap kat ibu utk jangan terima!!! Sekali kalau terima, inilah akibatnya nanti!

Ibu antara dua. Nak terima atau tak. Sb aku tahu ibu kesian tgok nenek. Ustaz kata jangan terima. Nti akhirnya begini.

Disebabkan ibu tak nak terima, nenek nazak begitu smpailah utk beberapa hari. Sepanjang hari2 itulah, mesin dlm bilik tidur aku tu bising mcm org tgh menjahit. Aku tanya ibu, sapa yg bawak mesin tu turun. Ibu cakap nenek yg bawa turun dari loteng.

Maknanya apa? Maknanya betul laa kan mesin ni yg aku dgr di loteng tu!!!

Aku minta ibu cakap jujur. Cerita dekat aku. Dan ibu pun cerita. Ibu cerita aku ni anak ke empat sebenarnya. 3 lagi abg kakak atas aku dah maati masa dlm janin sb jadi makanan hantu raya nenek aku. Aku menahan geram…. Allah je yg tahu.

Ibu cakap dlu nenek org susah, amik upah menjahit je utk sara ibu n adik beradik die. Jadi nenek bela saka, amek susuk dan bela hantu raya supaya customers sntiasa ada. Atok meningggal lepas berjaya buang satu daripada susuk yg nenek pakai. Aku tiba2 jd benci kt nenek masa tu. Benci teramat!! Aku memang mintak dia mampus cepat sb die menyusahkan aku dan ibu.!

Ibu cakap lagi, mesin jahit tu nenek dah puja supaya tak berat utk die menjahit. Ibu rahsiakan bnda ni dari aku sejak aku kecik! Aku geram giler dgn ibu masa tu. Tp aku pikir, ibu tak salah. Yg salah mak die!

Dipendekkan cerita, aku telefon ustaz aku di sekolah lama. Dia antara pengamal perubatan islan di Darul Syifa’. Aku kasi alamat rumah kampung, aku minta dia dtg dgn jemaah2 yg lain.

Esoknya petang nak dekat senja baru ustaz tu smpai dgn beberapa org yg lain. Mereka kata, patut mereka sampai tghari tp mereka seperti di “sorok” dan hanya berpusing2 di kawasan sama hinggalah ke waktu senja. Aku yg menyaksikan akibat belaan ni, aku jd insaf! Aku jd takut! Bukan takut kat setan2 ni semua tp takut, azab Allah kelak sebab menduakan Dia! Skrg ni pun bagi aku dah kira azab Allah ke atas dosa nenek aku.

Ustaz minta izin masuk ke bilik nenek.

Ustaz buka semua pintu tingkap pintu bilik pun semua habis dibuka. Dan ustaz mula azan.. Ustaz azan je, aku mula melilau mata pandang kiri pandang kanan. Sebab ustaz ckp, die nak cuba buang saka tu dari nenek. Aku risau jugak kalau2 saka tu pergi kt aku!

Ustaz minta aku dan ibu keluar dari bilik nenek. Ustaz azan dan aku dgr beberapa ayat Quran yg ustaz baca kuat. Pada masa sama, aku dgr nenek muntah dan lantai bilik terderai bunyi jarum. Aku tahu, mesti die muntah jarum lagi..

Sorg pembantu ustaz keluar dari bilik tu dan tanya aku dan ibu, “Mana nenek simpan jarum emas?”

Aku tak tunggu lama dah! Ibu termangu2 tak tahu kat mana nenek simpan,tp aku tahu. Jarum emas tu ada kt mesin jahit di bilik aku. Pembantu ustaz tu baca ayat di jarum tu sebelum cabut dari mesin sb mula tu aku tgok die macam payah nak cabutkan jarum tu. Lepas je die cabut, aku dgr nenek jerit kuat.. Seram gilerr aku dgr suara nenek meraung!!

Pembantu ustaz tu bungkus jarum emas tu dlm kain putih, diikat sekali dgn duri landak. Aku tak tahu knpe mesti guna duri landak.

Ustaz pggil ibu masuk, minta ibu ajarkan syahadah kat telinga nenek. Masa tu mata nenek dah tersembul mcm nk terkeluar. Ke atas mata dia. Tgn kaki semua kejang . Aku hanya mampu istigfar tgok keadaan sakarat nenek. Pembantu ustaz tu letak jarum yg die ikat tu dlm bekas botol kaca dan di tutup kuat.

Lama keadaan nenek mcm tu, hinggalah subuh esoknya, nenek akhirnya menghembuskan nafas terakhir dlm keadaan yg bagi aku cukup nggeri. Muka nenek lebam2 mcm kene pkol teruk! Bdn nenek pecah2 bernanah.

Masa mandi jenazah tu, aku, ibu, mak2 sedara dan seorg makcik yg tunjuk ajar cara mandi jenazah yg ada di kawasan tmpt mandi tersebut. Kami mandikan jenazah dlm keadaan senyap sepi. Aku nampak ibu sedih teramat. Lebih daripada mak2 sedara aku yg lain.

Lepas dah selesai ursan nenek, tahlil semua, ustaz cakap benda tu die kene buang kat sungai.

Tapi dia ada pesan kat aku, benda ni tak bermakna hilang gitu je. Ustaz kata benda tu akan cuba utk masuk kalau aku leka. Sebab tu smpai lah sekarang ni, kalau aku buat sesuatu, aku rasa ada benda yg memerhati.

So inilah dia kisah yg aku sedaya upaya pendekkan utk korg.. Aku mohon, jangan laa amek benda2 mcm ni dlm kehidupan korg. Teruk weyh.. Teruk die tu bukan setakat kene demam denggi, tp tahap demam zika yg boleh kecutkan otak dan tumbesaran korg.

Pada kawan2 aku yg tahu cerita ni, jgn la tag2 aku kt komen.. Aku just cerita utk pengajaran bukan utk aibkan nenek aku. Nenek aku dah meningggal da lebih 3 tahun. Sekian dlu dari aku yg masih dlm trauma dan ketakutan..

– Aku Ketakutan via kisah rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *