Sbb Nak Tekencing. Saya Tanya Tandas kat Mana? Tapi Muka dia kelat. Sy buka pintu, nampak pempuan berkmban dgn tuala atas katil dia.

Saya pernah berkongsi cerita ini pada page lain sebelum ini, cuma hendak memperpanjangkan fakta bahawa sesungguhnya, jangan disalahkan takdir sekiranya jodoh kita tidak seperti yang kita harapkan.

Seringkali saya baca kisah dalam mana-mana tulisan mengatakan bahawa sudah ketentuan Allah kita berkahwin dengan si polan dalam banyak kes samada kes berkenan dengan suami orang atau kes menerima calon suami walaupun dah tau perangai buruk calon suami sebelum berkahwin.

Allah berpesan pada kita, “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya”.. kita buat² tak faham.. Allah bagi panduan kalau nak pilih pasangan kena yang begini.. dan kena yang begitu..

Utamakan 4 kreteria yada yada!.. Kalau dah semua itu ketentuanNya, tak payah lah panduan sebegitu ditulis dalam Kitab.. Saya percaya, pasangan kita, ijab dan qabul kita, semua dengan KEHENDAK kita.. namun tetap dengan KEIZINAN dari NYA!

Saya kongsi dengan pembaca bagaimana saya menolak dan menerima lelaki² yang pernah hadir dalam hidup saya. Intro ringkas tentang saya, saya seorang gadis yang aktif, minat bersukan, agak menarik (orang kata saya macam model, tinggi, kurus dan agak menarik dari segi rupa) Saya berkawan dengan A ketika berumur 17 tahun. Setahun kemudian kami mula bercinta selepas nampak usaha yang tinggi dari A untuk serius dengan saya.

A berumur 27 tahun masa tu. memandangkan A sudah agak berumur, dia nak kami berkhawin dengan segera, tapi saya cakap saya nak belajar dulu. saya nak kerja dulu. saya nak balas jasa mak dulu. ayah saya sudah meningggal duniia. saya cakap kat A, kalau nak tunggu, tunggu lah. kalau tak, boleh cari perempuan lain.

Pendek cerita, A sanggup tunggu saya. Saya belajar di IPTA. banyak juga dia support perbelanjaan saya. A sangat baik. tidak pernah tinggi suara tidak pernah marah². kalau saya merajuk, cepat dan bersungguh memujuk. saya pula jenis panas baran. suka marah² dia. dulu² belum ada handphone.

kalau dia lambat ambil saya bila ada janji untuk berjumpa, memang dia akan saya marah semarahnya. tapi, sayang saya pada A memang tak bertepi. namun, sy xkolot dalam soal menjaga maruuah diri. kami masih mampu menjaga diri dari terlaanjur.

Final year di U, kami bertunang. sebelum grad, saya praktikal di sebuah negeri yang agak jauh dari A. hanya telefon penghubung kami. satu hari tu, entah kenapa selepas berbual ditelefon, saya rasa rindu dekat A sangat². tiba² aje saya rasa nak jumpa dia. saya bergegas ke airport yg kebetulan dekat. beli tiket ke sana.(nasib baik ada flight lagi).

sampai sana, saya tak bagi tahu dia pun sy nak buat kejutan.bsaya direct ke rumah sewa dia dengan teksi. sampai rumah dia, saya nampak kereta dia, lega saya sebab dia ada. saya tekan bell, dia keluar dengan hanya memakai shortnya. nampak dia senyum. terkejut tapi dengan muka agak ketat.

itu pertama kali saya nampak muka ketat dia. time tu saya rasa nak terkencing dari dalam teksi saya tahan. saya tanya mana tandas?. lama dia macam berfikir. tetiba saya tertinggi suara tanya tandas mana? dia tunjuk pintu bilik dia yang saya tahu itu bilik dia tapi tak pernah masuk (selalu lepak sekejap kat ruang tamu kalau tunggu dia).

saya buka pintu, nampak perempuan berkemban dengan tuala atas katil dia! Perempuan tu saya kenal, kawan saya juga. dia terkejut tengok saya, saya pun terkejut tengok dia. bila sy pandang A, saya nampak love bite kat dada A. nyaris saya xterkencing kat situ juga..

Saya tak tanya apa dah saya tarik tuala kawan saya tu terlucut dan berb0gel depan saya. time dia kalut nak tarik towel tu, time tu lah sempat saya hayun penaampar kat muka dia. A tarik saya, saya taampar A sekali. kali kedua hayun penampar, A sempat elak.

saya tak dengar apa² dah perkataan yg keluar dari mulut mereka. saya lari keluar. time saya nak pakai kasut, time tu A tarik bahu saya, sempat lah terbang kasut dan singgah kat muka A. Allah je tahu perasaan saya masa tu. sedih ada, puas hati ada! Tapi hati saya remuk seremuknya.

Lama saya menyepi diri dari A lepas tu. hati saya hancur Allah je tahu. menangis, benci, rindu, semua bercampur. saya tau A cari saya merata. A cari saya sampai rumah praktikal, tapi saya tak nak jumpa, saya pesan ngan kawan, cakap saya dah pindah. lepas 2 bulan, saya ada kekuatan bercakap dengan A melalui telefon. A kata dia buat sebab kawan dia cabar.

saya tambah benci sebab tak sangka dia seb0doh tu. sebulan lepas tuh, saya minta mak putuskan pertunangan. dalam kotak cincin (kotak je.. isi tak ada). saya tulis nota “cincin saya buang dalam jamban”.

Hampir setahun berlalu saya dapat kerja tetap di negeri praktikal. satu malam, balik dari main badminton, saya dan 2 orang kawan perempuan lain singgah makan di medan selera. datang 3 org lelaki yang salah sorangnya kawan kepada kawan saya tu. mereka duduk semeja degan kami. di situ saya kenal B. kami sebaya, bertukar nombor telefon. 2 bulan B cuba ajak saya keluar, tapi saya tidak pernah nak.

satu hari yang sangat bosan bila house mate semua keluar dating. tiba² B call ajak keluar dan saya setuju. lepas dari tu, kami kerap keluar makan bersama. beberapa minggu lepas tu B kata nak serius. saya kata saya tak nak bercinta lama². kalau betul serius, kita nikah. saya tak nak bertunang bagai dan dia setuju. saya hanya bagi 2 syarat.

Pertama, B tak boleh halang saya terus berbakti kepada keluarga saya dan kedua saya tak nak B naik tangan pada saya. B Tanya kalau ternaik tangan tanpa sengaja?.. saya kata, ok.. tapi jangan marah kalau saya ternaik kaki pula..

B gelak dan B kata kalau nak nikah saje dan dalam masa terdekat, kena nikah dan kenduri saja lah. sebab dia belum cukup duit untuk majlis besar-besar sanding bagai sebab dia pun baru bekerja 7 bulan (masa tu belum ada kemudahan pinjaman peribadi bagai). saya kata ok. saya pujuk mak. mak kata terserah pada sy. (mak takut saya takut nak khawin..

sebelum ni ada beberapa orang yang datang meminang tapi saya tak nak dan tolak secara baik). Maka berkahwinlah kami. serius malam sebelum nikah, saya masih bersimpang rasa antara nak dan tak nak. tertanya-tanya betulkah keputusan ini?. apakah mengahwini B tidak kerana sakit hati terhadap A? rasa nak lari. confront dengan mak, mak pujuk dan tegaskan jangan malukan dia.btidur dengan linangan ari mata juga.

linangan air mata seorang yang keliru. MIL (mother in law – mak mertua) memang tak sukakan saya sebab MIL dah ada calon sendiri untuk anak sulung dia tuh. walaupun dia belum pernah jumpa saya, saya dapat merasakan marahnya MIL pada saya. MIL tak datang pun masa kami nikah.

FIL boleh kira agak terbuka. beberapa hari lepas nikah balik rumah mertua, MIL langsung tak nak pandang muka saya. apalagi nak salam, terkebil² saya masa tu. Pendek cerita, lepas khawin, saya layan B gitu² je.nsusah payah saya nak terbitkan rasa cinta pada B.nwalaupun B itu dah jadi suami saya namun begitu, saya bunting pelamin.

11bulan nikah, saya melahirkan anak pertama perempuan yang comel tapi tidak cukup bulan. di sini saya nampak kasih sayang B pada anaknya. dia seorang ayah yang baik. seiring dengan waktu, 2 tahun kemudian, sy masih struggle untuk menyintai B selayaknya seorang isteri kepada suaminya.

bmasa ni saya mengandung anak ke-dua. B tetap layan saya sebaiknya. jangankan nak naik tangan, tinggi suara pun seingat saya tidak pernah saya mula menyemai cinta terhadap B hingga pada suatu hari..

Kami berbincang mengenai SMS sesat untuk mengorat (masa tuh sms baru mula hangat). tiba² B mengaku ada sorang perempuan pernah hantar sms sesat sebulan lalu dan mereka berhubungan hingga hari ini. B kata hanya sebagai kawan biasa. saya tersentap. cemburu? Agaknya! Baru rasa takut kehilangan.

saya cakap ngan B, putuskan segera atau saya angkat kaki! B kata, dia hanya kawan luah perasaan, dan kalau saya tak suka, tak menjadi hal untuk dia back off dengan perempuan tu sebab tak ada yang serius dengan perempuan tu. saya nak bukti, masa tu juga B call perempuan tu dan bagi tahu saya dapat hidu hal itu dan B tak nak mereka ada apa- apa hubungan lagi. saya dengar perempuan tuh nangis² sebab B loud speaker. saya puas hati walau agak ragu².

banyak kami bersoal jawab malam tu. saya katakan tak kan sampai menangis kalau tak seserius mana? B tetap yakinkan saya yang dia sendiri tak rasa lebih dari seorang kawan cuma apa yang prempuan tuh rasa, dia tak dapat halang dan memang perempuan itu nak lebih dari seorang kawan cuma B kata, dia masih belum bersedia untuk ‘mendua’ kan saya.

2 hari selepas tuh perempuan tuh sms saya, minta maaf bagai dan saya maafkan. saya tak nak ada apa² urusan lagi dengan dia. seminggu lepas tu, saya jumpa lagi sms dia pada B merayu². B layan juga sms tu mengatakan bahawa B serba salah. B kata, dia tetap suka dan rindu sms perempuan tu.

saya mengamuk pada B. B diam aje masa tu. bila tiba B bersuara, dia kata dia sunyi sebab saya layan dia endah tak endah. saya tambah naik angin. saya keluar rumah bawa anak balik kampung dengan perut agak boyot. Esok hari B datang pujuk saya. menangis² minta saya balik namun hati saya dah tawar kembali. saya suruh B balik, tapi B tak nak balik kalau saya tak ikut.

B minta maaf dengan mak, berjanji tak akan buat lagi. Mak suruh saya balik ikut suami esok harinya. sebab saya tak nak mak risau, saya ikut balik, tapi saya balik kaku tak ada perasaan. kalau tak ingat anak, memang saya tak nak ikut balik. saya benci pada B. Perempuan tuh tak putus asa, dia tak dapat call saya dan B, dia email saya cerita itu ini. saya tanya adakah mereka pernah terlaanjur? (saya ada tanya B dan B kata belum sejauh itu).

perempuan itu kata dia masih ada maruuah dan perempuan baik². dia hanya nak berkongsi kasih (bersedia jadi ke-2) tapi katanya, B kata itu mustahil melainkan saya izinkan. so kiranya minta izin lah tu. saya kata tidak sekali²! dan saya kata pada perempuan itu, kalau dia terus ganggu kami, saya akan laporkan pada family dia (family dia kira orang berpengaruh di kawasan itu) pendek cerita perempuan tuh takut dan berjanji tidak akan ganggu kami lagi.

Setahun berlalu, B memang tak berhubung lagi dengan perempuan tu tapi tu la hati saya kembali keras. saya kaku kembali namun B tetap usaha melayan saya dengan baik. apalagi dengan kehadiran anak lelaki kami. saya tak perlu minta B apa² cukup saya tercakap ‘ehh cantiknya benda tu’ saya perlu tunggu sekejap dan benda tu akan ada untuk saya.

sementara itu, MIL memang masih tak suka dengan saya. saya malas nak layan perangai MIL, kalau balik sana, dia nak marah, dia nak bebel, saya biarkan aje. sehingga satu hari, FIL meningggal. Masa ni B menangis atas riba saya. time ni timbul kesian yang mendalam pada B. saya mula menganyam cinta terhadap B. MIL mula berbaik dengan kami, sementara B anak sulung, banyak kami curahkan untuk keluarga MIL dan adik² ipar saya.

pun begitu, kami hidup bahagia untuk 3 tahun selepas itu bila rezeki datang mencurah, kami hidup agak rileks, cinta dan sayang saya terhadap B makin menebal setelah mak saya pula pergi dijemput ilahi secara mengejut. saya yang rasa sedih dan kehilangan dipujuk oleh B dengan penuh kasih sayang. Saya rasa cinta dan sayang saya pada B, sudah ditahap maksima, indahnya hidup masa tuh sukar digambarkan.

Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya ada hujan lebat menyelit di tengah hari. pada tahun ke 10 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian maha dahsyat. saya kehilangan B untuk selamanya bila B terlibat dengan kemalanggan maaut. saya betul² patah semangat masa tu. kehilangan yang sukar saya nak hadapi. berbulan saya ambil cuti tanpa gaji.

begitu juga dgn MIL dan keluarga B yang rasa terhambat dengan kehilangan B. bila saya agak pulih, saya berazam untuk ambil alih tugas² B menyara keluarganya. menyara MIL saya. Dua tahun selepas tu, A muncul kembali. bila dapat perkhabaran dari adik beradik saya yang saya kembali solo, dia datang mencuba nasib. A sudah berkahwin ada anak 3 orang.

A kata nak ambil saya menjadi isteri ke-2 dan sanggup berpisah dengan isteri sekarang kalau saya tak mahu bermadu. saya kata ok tapi saya nak minta izin dengan isteri A dahulu. saya hubungi isteri A pada masa lain. saya tanya perihal keluarga mereka.l, isteri A kata, A baik orangnya, bertanggungjawab, tak pernah naik tangan atau marah²..

dia izinkan saya menjadi isteri ke-2 sebab dia tahu A tak pernah lupakan saya. pendek cerita, saya tetapkan tarikh untuk kami membeli cincin pernikahan. bila sampai masa dijanjikan, A asyik call saya sebab saya tak muncul.. saya tak nak angkat call dia. saya tidur di rumah. last sekali saya sms A yang saya tidak pernah inginkan dia jadi suami saya, even nak jadi kawan saya sekalipun saya tak sudi! saya suruh A jaga isteri dia elok² sementara masih ada.

saya nak tolak dia semasa lamaran saya, tapi saya tak sampai hati memalukan dan melibatkan orang tua dia yang saya kenal. A tanya kenapa saya buat gitu, saya hanya cakap, ada kawan yang cabar saya malukan dia!. padahal tak ada pun hanya ingin dia rasa apa rasanya berbuat bod0h dengan alasan ‘kawan cabar’ dan saya tetap tak ingin walau memandang muka dia lagi! 2 tahun berlalu, A tak pernah putus asa.

saya tetap dengan pendirian saya. sampai satu hari, saya berkenalan pula dengan C. C seorang duda tidak ada anak , muda 2 tahun dari saya. saya mula menjalinkan hubungan kawan dengan C. tidak ada kata² cinta dari saya untuk C. hanya dia yang begitu. B kekal dihati saya tapi saya akui, saya sunyi.

saya mula membuka hati untuk C. kami semakin rapat dan dia berhajat untuk kami berkahwin.l. saya tidak bagi kata putus,saya takut tidak dapat menerima C sepenuh hati. hubungan saya dengan MIL semakin baik.

Dulu suami pernah hendak renovate rumah MIL di kampung tapi MIL tak nak sebab ada kenangan FIL dalam tu. tapi baru² tu saya cuba lagi pujuk MIL untuk bena rumah baru. atas duit saya 100% dan MIL setuju sebab rumah tuh mmg semakin uzur.l. ipar² dan biras² setuju aje. so saya bena banglow comel yang B pernah mention pada saya satu masa dulu.

Sejak pembinaan rumah, saya kerap balik, dan C kurang senang dengan keadaan itu. sampai satu masa, C kata nak ajak saya berjumpa dengan family dia, dan saya kata masa tuh tak boleh sebab saya kena balik kampung MIL. terlucut kata dari mulut C, ‘alaa.. bekas mertua je pun’.. pang!! Sakit hati saya tiba² tak terkata.

entah kenapa saya terasa sangat dengan perkataan itu.. time tuh juga gaduh bukan main.. dan saya putuskan hubungan kami dan saya tak nak lagi jumpa dia.. kalau boleh forever!!

adegan pujuk memujuk berlalu berbulan juga. . saya tetap dengan pendirian saya.l bila memandang muka MIL, saya ternampak iras B dalam wajah itu. saya ambil tekad, saya akan menjaga MIL hingga akhir hayat saya atau akhir hayat MIL dan saya bertekad tidak akan membuka lagi ruang² hati untuk sesiapa pun selagi saya mampu..l rezeki semakin memihak pada saya..

satu rasa syahdu yang sukar saya nak gambarkan apabila MIL memeluk saya dengan air mata ketika saya menghantarnya untuk mengerjakan haji dengan duit titik peluh saya.. saya merasakan kasih sayang B menyerap dalam diri saya. Kini.. saya tetap bahagia walau tanpa suami. Saya yakin sayalah yang bertanggungjawab untuk memilih dengan siapa saya hendak bersama namun tetap juga atas izinNya.

kedua permata hati saya dan permata hati B yang dua orang itu, akan saya didik sebaiknya. Mereka adalah harta dari B yang tidak ternilai harganya. kenangan bersama B merupakan semangat yang menguatkan diri saya. saya tetap merayakan hari ulang tahun pernikahan saya dengan B walau tanpa B.. walau hanya dengan anak² atau dengan keluarga mertua sahaja..

Terima kasih MIL sebab menumpangkan kasih sayang B pada saya. Terima kasih adik beradik saya atas support yang tak putus². terima kasih kepada ipar² dan biras² kedua belah pihak kerana menyayangi saya dan menerima saya apa adanya.

Terima kasih kerana meminjamkan anak² kalian ketika saya rindu bermain dengan baby. Terima kasih Allah atas segala kasih sayang dan rahmat Mu yang tak pernah putus. Terima kasih B atas segala kasih sayang mu selama hayatmu.. dan tunggu kedatangan saya di alam sana..

I Miss You!.. Puan B Forever

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *