Bomba ptus tangan. “Saya minta maaf abah kirim salam dengan mak”. “Saya sempat mengajarnya mengucap sebelum dia pergi.

“Dia bawa hati saya bersamanya,” kata Md Yunos Mad, 57, bapa kepada pegawai bomba bantuan yang maaut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemaalangan di Jalan Bandar Penawar-Pungai, di sini, malam semalam.

Md Yunos, berkata anaknya, Mohd Syafiq, 23, berkhidmat selama empat tahun sebagai pegawai bomba bantuan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya bertemu ilahi, kami tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana perasaan marah tetap tidak akan membawa Allahyarham kembali kepada keluarga.

“Saya sebenarnya tidak tahu dia memohon untuk masuk bomba… selepas dipanggil dan lulus, baru saya tahu dan saya terus bertanya.. kau (Allahyarham) masuk bomba ini kau tahu atau tidak risikonya.. bukan setakat memadam api tetapi menyeluruh. Boleh hadap ke?

“Dia menjawab ‘ya’ dengan yakin dan walaupun saya mengizinkan… namun naluri sebagai bapa kuat merasakan akan kehilangan seorang daripada anak saya… ia berkata-kata saya akan menghadapi saat ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Punggai, di sini, hari ini.

Menurutnya, selama ini dia cuba menolak perasaan itu dan hanya berserah kepada Allah.

“Hari ini baru terjadi. Saya tidak menyesal dia kerja dalam bidang itu… itu memang kehendaknya dan dia ditakdirkan pergi sebelum saya,” katanya.

Md Yunos yang juga seorang nelayan berkata, Allahyarham yang juga anak kedua dari empat beradik disifatkan sebagai seorang pemalu, mendengar kata dan taat dengan ibu bapa, namun peramah dan suka bergurau dengan ibunya, Hatipah Bulat, 51.

Menurutnya, ketika kejadian Allah bagaikan memberi peluang kepada mereka bertemu buat kali terakhir apabila sempat berbual dengan Arwaah.

“Pada mulanya ada orang cakap dia dah tak ada sebab yang jumpa hanya tangannya dahulu… tangannya putus. Ketika itu dengan lemahnya saya hanya terduduk di dalam kereta tidak sanggup tengok.

“Bukan tidak mahu, tetapi tidak sanggup. Tetapi apabila kawan-kawan saya panggil Pak Long (nama panggilan) dan berkata Syafiq panggil abah dia… dia sebut nama saya, saya terus berlari ke arah van dan melihatnya.

“Dia buka mata dan cakap, abah, saya minta maaf abah kirim salam dengan mak. Saya hanya mampu cium dahi dia dan cakap dia tidak ada salah dengan dan akan mendoakan dia sembuh,” katanya.

Menurutnya, arrwah bertarung nyaawa selama dua jam di wad kecemasan sebelum doktor memaklumkan Syafiq dalam keadaan kritikal berikutan pendarahan teruk yang dialaminya dan mungkin tidak dapat diselamatkan.

“Saya sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meningggal dan syukurlah, isteri boleh menerima berita itu walaupun dalam keadaan lemah,” katanya.

Jenaazah dikebuumikan di Tanah Perkuuburan Islam Kampung Punggai, dekat sini, selepas Zohor, dihadiri keluarga, rakan dan jiran.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis menziarah rumah keluarga arrwah.

Seorang pegawai bomba bantuan maaut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Bandar Penawar-Pungai, Kota Tinggi. – Ihsan Bomba Johor

Kenderaan yang terbabit dalam kemaalangan maut di Jalan Bandar Penawar-Pungai, Kota Tinggi. – Ihsan Bomba Johor
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, arrwah Mohd Syafiq yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas sebelum motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meningggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *