Masa akak ipar sakit tenat. Aku terdengar dia cakap pada abang aku. “kalau awak nak cari anak angkat, cari lah. Sebab ira tak mampu nak bagi anak”

Hai, aku Yin. Aku nak cerita sikitlah pasal kisah abang yang paling rapat dengan aku ni. Sedikit pengenalan. Abang aku ni sangatlah peramah, perahsia. And dia mempunyai rupa paras yang elok.

Umur 28 dan bekerja di Hospital. Aku tak pernah tengok dia bercinta, sebab dia ni lambat dan tak reti nak mulakan hubungan. Haa senang cerita, sampaikan, aku ingat angah ni g@y, hehe. Mana tak nya, bila cerita pasal kawin. Dia cakap dia tak minat nak kawin.

Tapi ada laa 1 haritu, angah kenalkan dekat family sorang perempuan. Sebaya, anak yatim piatu. Dia anak sulung dari 2 beradik. Hitam manis, cantik. Lembut, sesuai dengan angah. Long story short, 6 bulan perkenalan, terus ajak kahwin. Bekerja sebagai chef. Oh ya, nama dia Ira.

Perkahwinan yang aku nantikan, happy sangat tengok angah kawin. A to Z, angah plan semua. Surprise, and angah nyanyikan lagu untuk k.ira. Okey baru aku tau, angah seorang yang romantik. Lepas kahwin, angah tinggal dekat rumah dia.

Bulan ketiga perkahwinan, alhamdulillah kak ira disahkan mengandung. Angah happy sangat-sangat, angah tanya pendapat aku, macam mana nak surprisekan kak ira. Sebagai tanda penghargaan. Ya, angah banyak buat surprise untuk kak ira.

Bukan hanya bila anniversary, birthday je. Tapi boleh dikatakan angah kerap bagi hadiah. Mungkin sebab tu lah angah dimurahkan rezeki. Semua yang dirancang tak semuanya di izinkan, diusia 6 bulan kandungan, kak ira keguguran. Sebab terjatuh dalam toilet. Angah dengan tenang, dia cakap takpe. Bukan kuasa kita. Masa tempoh berpantang, angah ambil cuti.

Tapi tak lama laa seminggu je, semua angah yang buatkan. Ibu hanya guide sahaja. Lepas dari keguguran tu, kejadian sama berulang. 3 kali kak ira keguguran, doktor cakap rahim tak kuat. Kesian aku tengok kak ira, masa aku sembang dengan dia, dia cakap “Akak tak fikir diri akak, akak fikir angah je dik” aku cakap, angah tak kisah pun kak.

Akak jangan fikir macam tu. Tahun ketiga perkahwinan. Angah masih belum ada rezeki zuriat. Tapi angah tak pernah mendesak, dan tak curang. Aku kagum tengok dua orang ni, sebab sentiasa positif dan saling support. Ada 1 hari tu, Masa kak ira balik dari kerja, kak ira accident, teruk jugak. Doktor cakap, ada serpihan tertusuk dekat perut. So kena operate. Dan alhamdulillah, operation berjaya.

Esoknya, kak ira dah sedar. kak ira pegang tangan angah, kak ira cakap “kalau awak nak cari anak angkat, cari lah. Sebab ira tak mampu nak bagi anak”. Demmm, masa ni aku nangis teresak-esak. Dalam keadaan lemah, baru lepas sedar. Masih lemah lagi, kak ira masih fikir pasal anak.

Aku nampak angah kesat air mata dia. Tak mampu nak kuar kata-kata. Masuk hari keempat kak ira dalam tu, tetiba kak ira lemah. Semua drop. Doktor intubate. Doktor buat scan, doktor cakap ada jangkitan kuman. Dan nak operate kali kedua untuk buang nanah. Tapi 50-50. Masa ni aku tengok Angah dah tak terurus, makan entah kemana, baju pun tak terurus, sebab tak balik rumah.

Masa ni, ayah aku dah pesan. Redha kan semua nya, bersedia dengan apa saja kemungkinan. Doktor cakap, boleh balik dulu sementara doktor buat consent letter. So, angah suruh aku and parents balik. Aku pun balik lah. Sepanjang perjalanan aku tak henti baca yasin. Belum sampai separuh perjalanan. Angah call aku. “Adik kat mana ?” “Kat Avon HQ” “Patah balik sekarang, kak ira.

Kak ira dah lemah sangat, doktor suruh berkumpul.” Sampai dekat hospital, angah cakap doktor dah cabut semua bantuan. Sebab kalau teruskan pasang, ianya hanya menambah seksa kak ira. Dan kami hanya mampu menangis, sambil membacakan yassin, membisikkan kalimah syahadah. 20. 17. 12. 9. 5.

Angah peluk ayah, tak mampu nak ungkap apa-apa. Hanya tangisan yang bergema. Angah uruskan semua nya, sayangnya dia pada kak ira. Walau pelbagai dugaan yang dia lalui, tapi tak pernah tinggalkan kak ira. Setahun sudah berlalu, cinta suci angah yang buat aku kagum. Tak sangka Angah yang aku kenal, begitu tabah orangnya.

Pernah aku tanya, angah tak ada niat nak kawin lain ke? Dan angah cakap “Belum boleh lupakan kak ira dik, angah takut angah tak jumpa perempuan sebaik kak ira.” Ya jujur, memang antara ramai kakak ipar, kak ira adalah yang paling baik. Bukan aku nak bandingkan, aku okey je dengan semua kakak ipar. Tapi kak ira seorang yang sangat positif, tak pernah cerita keburukan angah aku.

Dan kak ira juga sangat prihatin dengan ibu ayah aku, mungkin sebab dia anak yatim piatu. Kepada lelaki, kalau belum mempunyai zuriat. Jangan lah kita tinggalkan isteri, jangan semudah itu kau gunakan sebagai alasan untuk kau cari perempuan lain. Semua perkahwinan akan ada badai, tapi kita sama-sama laa lalui dengan pasangan. Itulah kisah Cinta Maati Angah, first love.

Ketika ini, dia masih belum terbuka untuk menerima mana-mana perempuan sekarang. Setiap minggu angah akan pergi ke kuubur kak ira. Semoga angah kekal kuat, dan dan dilembutkan hatinya. Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan angah saya terus kuat menjalani kehidupannya.

Apa pendapat korang dengan cerita ini. Apa yang dapat disimpulkan. Jagalah isteri iaitu amanah yang telah Allah berikan. Sila kongsikan jika bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *