Dah cerai, Ros jadi gila talak. Boleh dia tangalkan baju unttk goda A tp xdilayan. Utk blas dendam, brmacam tuntutan diminta

Assalamualaikum.. Mohon admin dapat siarkan kisah saya sebagai mak tiri (tapi bukan isteri kedua/seterusnya). Saya seorang ibu tunggal berkahwin dengan duda anak 3.

Sebelum berkahwin dengan suami, saya telah mengenali suami kerana 1 tempat kerja namun kami tidak pernah rapat. Satu hari, saya mendapat berita yang suami (saya namakan A) telah bercerai dengan bekas isterinya(ros bukan nama sebenar).

Sejak dari itu, saya lihat A hidup seperti dalam keadaan tertekan dan saya mengambil keputusan membantu A dengan kewangan. Baju sekolah, baju raya anak-anak A saya belikan. Yuran taska dll pun saya bayarkan atas belas ihsan pada masa itu kerana saya sangat faham situasi apabila melalui penceraian yang memeritkan.

A dengan Ros bercerai atas dasar tiada persefahaman namun hakikatnya Ros telah berkali-kali cvrang pada A sehingga akhirnya kantoi keluar dengan lelaki lain disaksikan sendiri oleh anak-anak mereka. Keadaan memeritkan buat A apabila Ros mula tidak puas hati dengan A kerana A telah mula jatuh hati pada saya.

Ros seperti gila talak dan macam-macam cara dilakukan untuk mengg0da A seperti menanggalkan baju di depan A (Ros menelefon A mengatakan a/c dirumah rosak & anak-anak ada di rumah), bersembang lvcah dengan A, namun A merasa jijik dengan perbuatan yang pernah dilakukan oleh Ros.

Untuk membalas dendam, Ros telah menuntut bermacam-macam tuntutan di mahkamah sehingga memaksa A mengambil peguam supaya A rasa tertekan. Dengan keadaan yang tidak stabil dari segi emosi dan kewangan, saya lah yang banyak membantu A.

Kami berkahwin selepas setahun A bercerai. Sepanjang perkahwinan dengan A, sikitpun saya tidak pernah berkira soal kewangan, malah saya lah yang berulang alik naik sejauh 120km perjalanan pergi balik ke tempat kerja disebabkan saya tidak mahu anak-anak A jauh dari bapanya.

Walhal anak-anak saya terpaksa saya letak di bawah jagaan bekas suami (hanya hujung minggu sahaja saya jaga) padahal saya bekerja di negeri yang sama dengan anak-anak saya duduk.

Dengan anak-anak A saya tidak pernah berkira. Namun sejak akhir-akhir ini, anak-anak A banyak berubah. Mereka mula membenci saya. Walaupun A tegas mengatakan tidak namun saya boleh baca gerak geri mereka.

Mereka kerap mengganggu kami sewaktu kami berehat di bilik berdua, saja melakukan pergaduhan dengan tujuan untuk buat saya marah, mereka tidak pernah bersalam dengan saya seperti mana mereka melakukan pada ibu dan ayah mereka, mereka akan mengadu pada ayah mereka yang saya kerap memarahi mereka walhal saya hanya suruh mereka mandi, buat kerja rumah atau mengemas balik bilik tidur.

A semestinya akan berpihak pada anak-anak nya. Untuk pengetahuan, saya sering bawa mereka berjalan-jalan hujung minggu dan semestinya kos dikeluarkan oleh saya. Saya tidak pernah menerima nafkaf dari A sebab saya tahu kewangan nya.

A tidak akan pernah mengabaikan anak-anaknya dan tip top dari segala keperluan mereka. Saya tak minta banyak, cukuplah memberi sekadar A tahu kewujudan saya sebagai seorang isteri.

Untuk ros, u patut bersyukur ada saya menjaga keperluan nak-anak u dan ambil berat pasal anak-anak u. Tapi u burukkan saya pada anak-anak u (mereka sendiri cerita Ros memaki-maki saya) Anak-anak A dijaga ikut giliran.

Setiap kali mereka dijaga Ros, mereka akan berubah seperti memberontak. Teruk ke saya sebagai mak tiri pada pandangan mata diorang. Walhal, setiap kali Ros menjaga mereka, Ros akan diberi elaun anak. Saya?? Nafkah pon tidak pernah ada dan saya rasa tidak diterima di rumah tu.

A, memang sangat baik pada saya. Cuma A akan kalah pada anak-anaknya. Apabila saya meminta A untuk berpindah(A boleh memohon peetukaran suka sama suka) sama dengan negeri saya bekerja, A mesti memberikan alasan tentang persekolahan anak-anaknya.

Saya betul-betul rasa penat berulang alik naik motor dengan keadaan cuaca yang memakan masa hampir sejam perjalanan. Bila saya cuba meluahkan perasaan saya, pasti akan berakhir dengan pergaduhan dan saya lah orang yang akan meminta maaf dahulu kerana saya memang tidak suka dengan pergaduhan.

Saya buntu. Saya telah beli rumah yang akan siap pada tahun depan, pinjaman atas saya seorang, untuk beri keselesaan pada anak-anak saya dan A. Dan saya membeli rumah itu di temoat A bekerja. Di sebabkan itu juga lah A tidak mahu berpindah.

Saya pernah merasa tertekan sehingga saya menghiris tangan saya seperti daging namun pada masa itu saya sangat merasa puas. Saya risau saya akan mengalami masalah mental.

A tidak cuba memahami saya dan hanya mementingkan anak-anaknya. Walhal saya telahpun menyuruh A menuntuk hak jagaan penuh anak-anak A memandangkan Ros pernah membawa anak-anaknya tidur hotel sekali dengan seorang lelaki. Anak A yang perempuan juga turut mengadu pernah di cbul oleh abang ipar Ros. Saya betul-betul marah namun A masih boleh bersabar.

Kadang-kadang saya melihat A terlalu takut dengan keluarga Ros (sejarah mereka berkahwin disebabkan A ‘terkena’ ilmu hitam). Saya banyak memendam rasa sehingga saya mahu give up dengan perkahwinan ini tapi saya tahu A akan merana dan saya juga tak sanggup menambah lagi penderitaan A. Kadang-kadang saya selalu berharap agar Ros ‘lenyap’ dan kami akan bersatu seperti keluarga sebenar.

Doa kan saya kuat dan tidak mengalami depression.

– Anonymous (Bukan nama sebenar) via iiumc by tribune malaya