“Doa dan sumbangan untuk Mokla ” Suami korbankan kerja , isteri koma lepas lahirkan anak

Kota Bharu: “Abang akan terus berada di sini sehingga sayang sedar,” demikian janji Mohd Saiful Sudin, 29, kepada isterinya, Norfadilla Che Par, 28, yang koma selepas melahirkan anak sulung mereka November lalu.

Norfadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla dalam kalangan ahli keluarganya terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Sejak dua bulan lalu, Mohd Saiful mengorbankan kerjanya sebagai buruh, sekali gus hilang punca pendapatan demi menunggu isterinya pulih biar berapa tahun sekali pun.

Dalam tempoh itu, anaknya Muhamad Syahmi yang kini berusia dua bulan berada di bawah jagaan kakak iparnya, Norhasirah, 29, yang tinggal di Kampung Kok Lintang, Bachok.

Mohd Saiful berkata, dia akan terus menunggu isterinya di hospital kerana mahu menjadi orang pertama yang melihat isterinya sedar daripada koma.

Katanya, dia dan isteri baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 22 Oktober lalu.

“Saya akan terus berada di sini sehingga isteri sedar dan sihat. Kalau boleh saya nak ganti tempatnya, biar saya yang rasa sakit itu.

“Sehingga kini saya masih ingat yang isteri bersungguh-sungguh mahu menyusukan sendiri anak yang dilahirkan, namun hasratnya tidak kesampaian.

“Insya-Allah saya positif dan yakin dengan kuasa Allah, isteri akan pulih dan sedar seperti sedia-kala,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, semuanya bermula apabila isterinya berdepan masalah tiada tanda untuk melahirkan anak yang sepatutnya dijadual pada 8 November lalu.

“Selepas seminggu dia masih tidak berasa sakit sebelum dibawa ke hospital. Di hospital, isteri saya melalui tiga proses gesaan bersalin (induce) selama tiga hari berturut-turut namun bukaan tetap dua sentimeter (cm) sehingga menyukarkannya bersalin secara normal.

“Selepas berbincang, isteri bersetuju menjalani pembdahan dan ketika proses itu berjalan saya dimaklumkan isteri mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya berhenti selama 10 minit dan oksigen tidak sampai ke otak.

“Biarpun anak selamat, isteri saya koma dan bergantung dengan mesin bantuan pernafasan sehingga kini,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah menyalahkan pihak hospital kerana mereka melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan isteri dan anak.

“Kini keadaan isteri tidak banyak berubah dan bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.

“Pada minggu lalu, isteri ada membuka mata, namun dia tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0300941000166384 atas nama Mohd Saiful Sudin.

Antara komen netizen :

Bonda Maya –Bertuah isterinya.. walau mcm mana pon bang.. kerja lah.. si kecil tu perlu diberi jagaan dan perhatian dari ayahnya juga. X salah tunggu isteri, tapi masa sama, jihad juga dlm mencari rezeki, besarkan anak tu.. maaf kalau saya silap, sebab saya baca dia hilang punca pendapatan sbb menunggu isteri di hospital..

Liyana Faizul –Bila saya lihat suaminya,nmpk iklhlas seluruh jiwa dan raga.Penghargaan yg trbaik utk isteri adlh susah senang sanggup brsama isteri.Jagalah dia,selagi hayatnya msh ada.

Ismi Maza Aziemah –Ya Allah…kau sembuhkanlah Mokla…bagilah peluang utk Mokla dakap sicomel tu… Si comel tu dahagakan pelukan hangat ibu dia.

Memey Cazlyne –Aku pnh lalui saat2 mcm ni 11thn dl ms bsalinkn ank sulung..koma slps bsalin tp xlama 3hari je.lps sihat suami citer mcm2 yg dia buat utk aku sedar semula.yg ptg doa&smbhyg xputus2.dia kata mcm xcukup lg dia buat semua tu utk pastikn aku spt sediakl. Amin..alhamdulillah..itu semua ujian dr Allah s.w.t

Ibnu Ibrahim Ats-tsalist –Semoga Allah berikan kesembuhan dan kembalikan sinarkan kpd mereka sekeluarga..Ya Allah kami memohon pdadaMU moga Engkau permudahkan urusan mereka..hanya kepadaMU jua kami berserah Ya Robb…amin allahumma amin…

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *