Sebelum berbuka puasa. Suami hanya bagi RM50 untuk shoping di kedai RM2, Sungguh aku menyesal sangat dgn kelakuan suami.

Aku kat sini nak share dan mintak pendapat korang semua. Aku tak ada masalah rumah tangga sangat cuma masalah kewangan je banyak, haha. Rasanya semua orang pon ada kan so, itu bukan point yang aku nak cerita harini. Suami aku ni seorang yang baik sangat. Rajin masak, rajin kemas rumah, rajin jaga anak.

Memang bab tanggung jawab tu boleh puji. Tapi ada satu sejenis perangai dia yang selalu buat aku geeram dan boleh buat gaduh tau. Dia seorang yang pendiam, jenis suka buat relaks selamba rock badak. Aku pon tak tahu nak explain macam mana. Tapi kalau korang kat tempat aku mesti korang pon streess. Ada satu kejadian yang membuatkan aku geram sangat sangat sampai buatkan aku keluarkan kata kata yang mengguris hati dia. Cuba korang nilai aku ke dia yang salah dalam hal ni.

Sebelum berbuka puasa aku ajak suami pergi kedai RM 2. Dia bagi aku RM 50. Aku pergi beli sorang, dia jaga anak dalam kereta. Pastu tengah pilih pilih barang, tengok tengok dia masuk jugak dalam kedai. Dia pon amek jugak la 2 3 barang. Aku bagitahu dia, abang, rasa macam tak cukup ni 50 ringgit. Abang jangan pergi jauh jauh, nanti nak bayar senang mintak duit kalau tak cukup. Tapi dia dengan muka yang aku tak tahu dia paham ke tak apa aku cakap dia pergi kejar anak aku yang tengah lincah berlari.

Aku pon beratur la. Panjang gila kena beratur, korang paham paham la kedai rm2 ni macam mana. Masa tengah beratur aku bagi isyarat mintak duit. Masa tu dia tengah layan anak main mainan yang masuk syiling tu tapi buat tak tahu je kat aku jadi aku ingat nanti bila dah sampai turn aku, dia datang la. Okay dah sampai turn aku, dia pon datang dengan muka relaks selamba. Cashier tu kira tengok tengok tak cukup lagi 5 ringgit sebab aku ada 50 je. Aku mintak la nak lagi 5 rgt.

Korang tahu dia cakap apa? Dia kata beg dia ada dalam kereta. Ya Allah aku geram gila, geram sangat sangat. Dah la ramai orang tengah tunggu nak bayar, dia bole buat relaks buat selamba je macam tak ade pape. Aku dah banyak kali cakap tak cukup 50 ringgit ni. Ingatkan dia ada duit dengan dia sebab tu dia buat relaks je. Dia pon jalan la dengan selamba rock badak pergi ambil duit dalam kereta. Muka dia tu macam takde perasaan bersalah langsung. Orang tengah tunggu ramai ni, dia boleh buat slow motion je.

Korang rasa kalau kat tempat aku korang geram tak? Lepastu sampai dalam kereta pon dia senyap je macam tak ade pape yang berlaku. Aku tanya dia kenapa dia buat tak tahu je bila aku cakap ngn dia tadi. Dia diam je buat tak tahu. Lagi la aku tambah geram, aku pon pokpek pokpek berleter dalam kereta sampai la aku cakap yang aku hidup susah ni sebab kahwin dengan dia la. Nampak muka dia terkejut dan sedih tapi dia still senyap.

Aku sebenarnya tak ade niat pon nak cakap macam itu, aku tak kisah pon hidup susah dengan dia, tapi sebab geram je dan dia tak mintak maaf, lagi la mulut aku ni menjadi jadi. Biasa la perempuan kan. Lastly, aku cakap kat dia aku taknak cakap dengan dia dah, aku pon nak diam jugak biar dia rasa macam mana cakap dengan tunggul kayu. Dia pergi kerja tadi pon aku tak salam.

Dia tanya jugak ibu tak nak salam ayah ke? Aku buat tak tahu je. Persoalannya dekat sini, salah ke apa yang aku buat ni? Aku kena mintak maaf dulu ke tunggu dia mintak maaf dulu. Aku geram tapi aku tak boleh kalau tak cakap lama lama. Tapi kalau aku mintak maaf dulu, nanti dia tak sedar salah dia dan dia buat lagi dan lagi. Stress. Tolong bagi pendapat dan nasihat sikit kat aku ni macam mana nak handle orang pendiam gini.

Antara Komen komen Netizen

Saggachi Mun
Minta maaf je lah tak salah pun. Allah lebih suka kita minta maaf dulu since awak tu isteri. Dia suami apa pun kita takle lah derhaka ckp sembarangan. Kalo besok lusa dia meningggal menyesal tak sudah. Perkara kecik minta maaf je tak maati pun!

Syima Esmail
Rm5 pun jd isu ke. dh tau duit cukup2 50. kalau aku kt tmpt kau aku tolak je brg bagi ngam 50. hbs citer. xpyh nak pnjang2 hal. kau cuba bc citer yang laki bagi bini dia blnja 50 belanja untuk sebulan ok. bersyukur la sis oiiiii

Shazein Samad
Mak aku kalo masuk kedai rm2 nie . muka dye happy macam masuk kedai emas Poh Kong lah . kalo dye masuk memang lama . tp nak wat camne . kalo dye minat nak masuk kedai rm2 dari dye masuk pasar membawang je dgr hal org2 kiri kanan . baik dye masuk kedai rm2 . kadang2 dye beli brg memang rasa mcm merugikan tp bila blk umah mak . mesti ckp camni ” isk lawa lah mak . mak beli kat mana ” . mesti dye jwb ” kedai rm2 ary tue lah ” . hahaha . bole je korg nak masuk tp bugget lah rm50 dpt bape brg . so amik je bape brg . nak kaut semua memang bod0h lah . mcm esk kedai tue tutup plak hahahaha

Nurain Syahira
Isteri yang baik kedekut dengan harta suami. Bukan sakan perhabih harta suami. Bersyukur la suami bagi duit. Setakat rm5 isu. Hang yang tak bijak berbelanja

Alyn Ismail
Dh tw awak pn xbwak duit sndr bajet2 la blnja rm50 tu. ngam2 kan. suami dh tlg jaga anak yang tkejar sne sni mnela nak dgar ap awak ckp tu. xde bnde nak dibebelkn kot. sndr slah. bkn suami xbg duit. lain kli bawak duit pgang2 sndr kot2 xckup ke ap bole pkai. heee