Keliru dengan apa yg reezwan mahukan pada aku. Akhirnya aku beranikan diri tanya soalan tapi aku kesal dgn jawapannya.

Reezwan. Seorang lelaki kacak yang muncul dalam hidupku 7 tahun lepas (2012). Tinggi lampai dan tegap bergaya, melayakkan dia menjadi Pramugara untuk penerbangan international di salah satu syarikat penerbangan Malaysia. Ketika itu usianya 28 tahun dan aku 24 tahun. Kami berkenalan melalui Fcebook, Reezwan yang add aku. Selepas aku approved request dia, aku menerima message di Messengr fb ku. Dari Reezwan.

R: Salam… Aku biarkan tidak berjawab. 2-3 jam kemudian, aku terima lagi message dari dia.

R: Salam u..kenapa baru sekarang approve i? Aku pelik. Jadi aku balas message dia.

Aku: Sejak bila u add i?

R: I rasa awal tahun 2011. U belum bertudung lagi masa tu. Aku mula bertudung pada awal tahun 2012.

Aku: Oh. I tak perasan kot

R: Ni mcm mana boleh tiba-tiba perasan lak?

Aku: Sebab tadi bosan bosan saja tengok semua benda kat FB

R: Ooooo

Sebenarnya, aku approve dia sebab masa tu aku baru nak mula online business. Bukan dia sahaja, semua yang add aku masa tu aku approve, kenal atau tidak. Perbualan terhenti di ‘oooo’. Aku tidak lagi membalas. Sehingga lah tiba masa bangun untuk solat Subuh. Aku periksa handphone ku. Ada message dari Reezwan lagi.

R: Hi u..bgn solat Subuh tak tu? Masa tu, aku rasa menyampah pula dengan dia. Hati berkata, konon alim lah tu. Aku biarkan message nya tidak berbalas. Pagi itu, jam 8.46 am, aku terima lagi message dari dia.

R: U.. i cuma nak kenal ngan u. Will u try? Apahal lah mamat ni. Aku balas….saja buat buat kerek..

Aku: Will u try apa pulak u ni? Meh sini i nak cakap. U add i masa i belum bertudung. Sekarang i dah bertudung, tak menarik macam yang u tengok dulu ya. Kalau setakat nak berkawan, boleh. Tapi jangan lah asyik message macam ni k? Rimas lah

R: Hmm. Baguslah bertudung, lagi cantik. Hmm ok lah. Sorry asyik message u.. Terhenti disitu sahaja. Beberapa minggu kemudian. di Messenger FB ku..

R: Salam u..nak tanya ni, Azila tu kawan u ke? Aku terus balas sebab Azila tu kawan baik gila aku.

Aku: Best friend i tu. Kenapa?

R: Laaa yeke. What a small world.. kalau lah dari dulu lagi i tahu kan best..

Aku: Best sebab?

Reezwan: Best la. Kalau dari dulu kenal maybe sekarang dah kawen 😉

Aku: Eeeeee. Macam mana u kenal dia?

Reezwan: Dia pernah couple ngan kawan i dulu.. si Fiq****..mesti u kenal punya. Tak patut tak kenal bf best friend sendiri.

Aku: Aah kenal..mana si Fiq tu sekarang?

Dan sejak itulah kami mula berbual panjang. Malah bertukar nombor telefon dan sambung message melalui Wasap. Satu hari, Reezwan ajak berjumpa. Aku setuju, tapi dengan syarat dia setuju aku bawa Azila, dan dia setuju.

Kami berjumpa di Starbucks Sunway Pyramid. Kali pertama aku tengok dia terus jantung macam nak gugur. Handsome nyaaa dia ! Dalam hati aku. Aku sangat gementar tapi aku bernasib baik sebab aku jenis yang agak peramah, jadi aku boleh kawal perasaan gementar itu.

Perjumpaan pertama berjalan lancar. Dia seorang yang soft spoken, kelakar, dan agak banyak cakap. Sejak itu kami semakin rapat, tapi kami jarang berjumpa. Sebab masa tu dia baru mula bekerja sebagai Pramugara, baru lepas tamat training. Kami hanya berhubung melalui Wasap. Reezwan selalu ke luar negara. Dan bila dia pulang, ada saja hadiah yang dibawanya untukku. Kami terus begitu sehingga 6 bulan.

Aku sudah jatuh sayang pada Reezwan. Tapi dia tidak pernah meluahkan perasaan dia pada aku. Aku selalu keliru, dengan Reezwan dan dengan diri aku sendiri. Keliru dengan apa yang Reezwan mahu dari aku, kenapa dia tidak meluahkan apa-apa sedangkan pada mulanya dia yang bersungguh? Tapi walaupun begitu, Reezwan tetap melayan aku dengan teramat istimewa.

Satu hari, aku memberanikan diri bertanya kepada Reezwan, siapa aku kepada dia? Dan dia hanya menjawab, seorang yang istimewa dan disayangi. Aku yang semakin keliru lantas bertanya, apa hubungan kita sebenarnya? Dia jawab, hanya kawan sehingga Dia tentukan kelak.

Entah kenapa aku sangat kecewa masa itu. Aku tidak membalas message nya lagi. Aku pergi jumpa Azila dan menangis. Hatiku bagai dicucuk dengan pisau. Aku sendiri tidak pastu kenapa aku begitu kecewa ketika itu.

Sejak itu juga Reezwan semakin jarang menghubungi aku dan semakin jarang berjumpa. Tapi dia selalu like dan komen apa-apa yang aku post dekat FB. Dia pun selalu update FB dia. Macam biasa, sibuk bekerja sambil bercuti.

Aku mula bertanya tentang kisah silam Reezwan kepada Azila. Reezwan pernah ada girlfriend tak? Reezwan playboy ke? Dan Azila jawab, tak. Reezwan sangat lah baik dan setia. Masa Azila dengan Fiq, Reezwan bercinta dengan seorang perempuan, Tya.

Tapi Tya bukanlah perempuan yang baik. Selalu buat hal. Tapi Reezwan tetap setia. Namun akhirnya hubungan mereka berakhir bila Reezwan menyerah kalah, walaupun masih sayangkan Tya. Selepas Tya, Reezwan tidak pernah dengan mana-mana perempuan, sehinggalah aku.

Selepas mendengar cerita Azila, perasaan sayangku pada Reezwan semakin menebal. Aku mula rindu dia. Tapi aku ego. Aku tak message dia sebab dia tak message aku. Aku menahan diri dari menghubungi dia biarpun aku tidak pernah melupakan dia walau sesaat. Aku buat seperti tiada apa berlaku.

Satu hari setelah sekian lama, tiba-tiba aku menerima Wasap dari Reezwan. Dia bertanya khabar. Berbunga hati aku. Tapi aku tetap ego. Aku hanya membalas message nya 2-3 jam kemudian, itupun hanya ‘khabar baik. Harap u baik-baik saja’. Dia hanya membalas, ‘i pun okay. I just nak cakap, jangan terlampau berharap kat i. I tak berani janjikan apa-apa pada u.

I taknak u kecewa’. Terhenti disitu. Tapi, sejak hari itu, disetiap sujudku pada Allah maha Esa, aku berdoa supaya dijodohkan dengan Reezwan. Aku sebut nama penuhnya, aku berdoa bersungguh-sungguh. Zikir Ya-Wahhab sentiasa dimulutku.

Tidak cukup dengan itu, aku bacakan doa Nabi Yusuf dan menyebut namanya. Sungguh aku sayang dia, dan hanya Allah yang berkuasa menjodohkan dia dengan ku. Aku tetap berdoa berbulan lamanya, walaupun hanya boleh dikira dengan jari berapa kali kami berhubung.

Bulan berganti tahun, doaku tidak/belum dimakbulkan Allah. Aku pun tidak lagi berdoa supaya dijodohkan dengan Reezwan. Aku hanya fokus dengan kerja dan perniagaan ku. Azila pun tidak lagi menyebut nama Reezwan dihadapan aku. Aku hanya mengikuti perkembangan Reezwan di FB dan Instagram. Masih lagi single nampaknya.

Rupanya aku silap. Reezwan sedang bercinta dengan seorang pramugari. Itu pun Azila yang cerita. Aku tak pernah tahu sebab Reezwan tak pernah update atau upload gambar dengan girlfriend dekat FB atau Instagram. Rupa-rupanya Azila pun tahu selepas disumpah seranah girlfriend Reezwan masa Azila komen status FB Reezwan.

Aku agak kecewa tapi aku menerima hakikat itu. Tidak lagi menangis. Namun, tidak lama selepas itu Azila bagitahu aku yang Reezwan dengan girlfriend dia dah putus. Azila cakap hubungan mereka hanya bertahan beberapa bulan. Aku buat tak tahu saja.

Beberapa bulan selepas itu, Reezwan mula menghubungi ku semula. Kali ini aku tidak berapa layan bukan kerana egoku lagi, tapi aku memang malas nak melayan kerana hanya merasakan diri aku tempat Reezwan melepaskan kebosanan. Aku benci sebab dia pernah ada girlfriend selepas kecewakan aku. Aku simpan perasaan sayangku ketat-ketat. Aku jenis yang susah nak sayang orang. Bila aku sayang, aku sayang betul-betul. Sejak itu kami tidak lagi berhubung.

Setahun selepas itu, aku menerima message dari Reezwan. Aku balas dan kami berborak biasa. Masa tu, dia bagitahu yang dia kena tahan wad sebab sakit perut. Aku tanya, teruk ke sampai kena tahan wad? Reezwan cuma menjawab ‘ala sakit perut biasa gastrik je kot’.

Aku hanya balas ‘ooo, get well soon’ dan dibalas semula dengan ‘tq. U tgh buat apa tu?’ Dan aku hanya biarkan. Tapi sejak hari itu, Reezwan semakin kerap message aku tapi hanya sepatah 2 kata. Aku juga hanya membalas sepatah 2 kata. Dan selepas itu seperti biasa..kami berhenti berhubung.

2015, aku kembali ke kampung halamanku. Jauh dari kawan baikku, dari Reezwan, dari kehidupan yang sibuk. Aku meneruskan hidup seperti biasa. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang lelaki bernama Hafiz, yang juga suamiku sekarang :). Dia banyak merubah hidupku dan aku berjaya melupakan Reezwan 100%.

Satu hari, Reezwan message lagi untuk memberitahu aku yang dia akan bertugas terbang ke kampung halaman ku dan akan bermalam di sini. Aku hanya balas ‘ooo okay baguslah. Safe flight’. Reezwan ajak aku berjumpa, makan malam. Aku hanya berkata ‘insha Allah’. Bila tiba harinya dan Reezwan message aku untuk berjumpa, aku memberi alasan mengatakan aku pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. ‘Ok’, balas Reezwan. Dan sejak itu kami tidak lagi berhubung.

20 November 2015, jam 4.53 pm. Aku terima Wasap message dari Azila.

A: Sab, Reezwan dah meningggal pagi tadi. Sorry lambat inform. Susah sangat untuk aku bagitau kau. Dia meningggal sebab kansser. Pankreas kansser kalau aku tak silap dengar lah. Aku terkedu. Handphone terlepas dari tangan. Terkejut. Tiada air mata. Aku kumpul kekuatan untuk bertanya lebih lanjut tentang Reezwan

Aku: Innalillahiwainnailaihirojiun. Dah lama ke dia sakit Zila? Kau pergi lawat tak? Aku nak kirim sedekah kat family dia.

A: Aku pergi rumah dia pagi tadi dengan Fiq. Dia yang bagitau aku Reezwan meningggal. Boleh je nak kirim. Aku termenung seketika…belum sempat membalas message Azila aku terima lagi satu message dari dia..

A: Babe, ada birthday kad untuk kau dari Reezwan. Sedih aku baca babe. Sorry aku baca. Curious giler. Nanti aku post. Birthday aku baru je beberapa hari sebelum Reezwan meningggal.

Aku: Zila ambik gambar kad tu aku tak sabar nak baca. Zila hantar gambar tapi sedikit jauh sebab kad tersebut agak besar, jadi aku tidak dapat membaca sepenuhnya isi kandung kad itu.

4-5 hari kemudian kad itu pun sampai ke rumahku. Aku yang tidak sabar untuk membaca kad itu, terus membuka sampul tanpa sempat masuk ke rumah. Aku duduk di bangku yang ada di taman bunga ibuku.

Assalamualaikum Sabrina,

Happy 27th Birthday. I doakan u dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di redhai Allah. Sab, please forgive me for my wrongdoings. Forgive me for giving you hope and then went away. You were one of the best thing that ever happened to me. And then I fell sick.

I sakit Sab. September 2012, I was diagnosed with stage 1 pancreas canncer. U tau tak, takde siapa tahu kecuali family i. The doctors I have met said there’s still hope that I can fully recover. I start makan ubaat and all, untuk setahun setengah semuanya ok tapi lepas tu canncer start merebak.

Mula-mula i refused to do chemo sab. Sebab i takut of the side effects. I takut jadi kurus, botak. Lama-lama i dah tak boleh kerja bila canncer sangat cepat merebak ke stage 2. Doctor kata i kena buat chemo kalau tak akan merebak ke stage 3 dengan cepat. Tapi u tau i minat sangat kerja i ni kan, jadi i hanya exercise and jaga makan dengan ketat, tapi company dapat tahu. I tak boleh fly, cuma boleh kerja di office.

Bila semua tahu, i dapat simpati dari orang. U fahamkan kenapa i tak bagitahu u? I taknak u simpati kat i and taknak tengok u sedih sedih. Sekarang canncer dah stage 4, dah merebak seluruh badan. Masa i dah tak lama sab. Tolong maafkan i. I takde niat mainkan perasaan u. I sayang u sab. Perasaan kita sama. Tapi i dah tau dari awal yang kita memang takkan menjadi. Kalau menjadi pun, satu hari salah seorang akan terseksa. Doakan i, please. And please know that you are always on my mind. Jaga diri, jaga makan dan jaga kesihatan k. Kalau taknak jadi macam i. Hehehe.. Reezwan

Aku menangis selepas membaca surat itu. Baru aku faham kenapa doaku tidak dimakbulkan. Selepas 3 tahun baru nampak hikmahnya. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Dia mendengar dan mahu memakbulkan permintaan kita, tapi jika tidak dimakbulkan, ketahuilah bahawa itu adalah yang terbaik. Sabarlah untuk hikmahnya dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Buat aruwah Reezwan, tenanglah u disana Wan. Semoga diampunkan semua dosa, dan semoga roh mu dicucuri rahmat. Insha Allah kita jumpa lagi di syurga kelak. – Sabrina