Saya Masih Suci Walau Sudah 8 Bulan Berkahwin Dengan Lelaki pilihan Family. Curi-curi Buka HP Suami Ternyata Ada Aktiviti Dia Lain Diluar.

Saya telah berkahwin dengan suami selama 4 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan. Kami berkahwin atas pilihan keluarga. Saya langsung tak kenal suami, tempoh perkenalan hanyalah sebulan dan kami terus di ijabkabul.

Orang kata, kalau mak ayah yang pilih InsyaAllah memang yang terbaik. Selepas berkahwin kehidupan sungguh manis dan bersemut pada awalnya. Kami hanya senyum dan pandang2 sahaja sehingga usia perkahwinan 8 bulan, saya masih lagi anak darra.

Pelik kan? Saya teruskan kehidupan macam biasa, hari2 pelbagai teknik saya guna nak pancing dia sebab masa tu saya ingat dia tak sudi pada saya, maybe dipaksa kawin atau ada pilihan lain tetapi keluarga tak setuju. Rupanya tidak…..

Selepas tu saya terpikir untuk check activity suami dalam hp, dari si tulah saya tahu yang suami seorang gaay. MasyaAllah. Kenapa aku Ya Allah??? Kenapa aku yang kena lalui semua ini. Tulah ayat pertama yang terdetik di hati saya.

Macam2 yang saya jumpa dalam hp dia. Tak perlulah saya cerita di sini. Saya sendiri pernah chat dengan suami berlakon sebagai ‘geng mereka’. Allah saja yang tahu berapa banyak air mata ni tumpah untuk saya rawat luka sendiri.

Waktu mula2 saya tahu, saya pergi ke pejabat agama jumpa kaunselor sebagai tempat untuk saya mengadu, menangis sebab saya tak dapat nak cerita keaiban ni pada orang yang kenal saya, dh tentu dorg kenal suami saya. Kaunselor ada bagi cadangan apa perlu saya buat. Tapi hal ni jadi susah bila suami tak nak bagi kerjasama.

Bila dah banyak kali mak dia asyik tanya kenapa saya tak mengandung lagi. Saya jawab Allah belum bagi lagi, tapi saya menangis jugak lah dalam bilik. Sedih kan. Bila saya mengadu pada dia, biasalah orang laki akan jawab “awak diam sudah la nanti”.

Saya pernah mintak ceerai sebelum ada anak. Of course dia tak lepaskan sebab saya pilihan mak dia, dia tak kan sesekali susahkan hati mak dia. Dia memang seorang anak yang taat sangat. Lepas pada kejadian saya mintk ceerai, barulah saya di sentuh.

Tapi, korg boleh tahu kan orang tu suka kita atau tak melalui sentuhan tu. Sedih sungguh. Akhirnya saya mengandung. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga dengan kebahagiaan. Anak ni lah yang kuatkan semangat saya, anak ni lah tempat saya berkongsi kasih sayang, suka duka, tanggungjawab, rasa bersyukur, hubungan dengan Allah… tak dapat nak gambarkan perasaan saya ni.

Suami saya pulak seorang yang sgt pendiam, less confident, pemalu, tak sensitif, tak suka di sentuh jadi susah pada saya untuk bantu dia. Dia tak suka saya bangkitkan isu ini bila saya ajak berbincang. Dia tak pernah mengaku dia seorang gaay walaupun semua bukti dah ada. Dia hanya akan berdiam diri sampai habis kata2 terakhir saya. Pendek kata, saya tak dapat nak buat apa2. Saya buntu.

Tekanan? Kadang2 saya tertekan juga bila saya tiada tempat nak bersembang, mengadu, bermanja, meluahkan perasaan kerana hubungan kami seperti housemate. HOUSEMATE. Tiada sentuhan, tiada eye contact, tiada sesi perbincangan, tiada pergaaduhan dan tiada sesi pujuk memujuk.

Saya hanya pujuk diri saya “tak pe, Allah ada” bersama air mata.Mujur saya seorang yang bekerja, ada jugak orang yang menghiburkan hati di tempat kerja, kawan2 yang suka menyakat, suka bergurau dan saya mmg seorang yang banyak bercakap dan periang. Tapi bila balik rumah saya pendiam. Tak de tempat nak bersembang, hanya bersembang bahasa ayam itik dengan anak kecil saya.

Sifat suami yang saya kagum, dia sangat prihatin dengan anak. Macam mana korg tengok sheikh Muzaffar (angkasawan negara) melayan anak2 dia, thats how my husband treat his daughter. Mungkin perkara ini yang buat saya terpikir byk kali untuk tidak berceerai walaupun hakikatnya saya tak bahagia, tapi anak saya bahagia.

Kerana apa yang saya perhatikan, penceeraian ibu bapa memberi kesan lebih buruk kepada anak2. Jadi saya korbankan kebahagian dunia saya ini pada anak.

Kami solat berjemaah, baca yassin sama2, balik kg pun kerap. Latar belakang suami yang tak de orang akan ragui perangai dia. Bijak pandai. PHD in Engineering. Pemalu. Bak kata mak saya, orang macam dia mesti tak pandai bercerita hal orang lain kan. Saya senyum saja.

Keluarga saya pun tak tahu apa yang saya lalui. Yang tahu hanya korg yang baca luahan ini sebab nilah pertama kali saya menulis hal ini.

Kadang2 terpikir sampai bila semua ini. Kadang rasa berat sangat tak tertanggung saya menangis jugak masa nak tido, masa mandi, masa drive, masa sunyi. Lepas dh puas nangis, saya ulang balik ayat yang sama “tak pe, Allah ada”. Saya bawa diri jalan2, pergi shopping, pg library, tgk wayang, makan cake sorg2 di hari jadi sendiri.

Pendek kata, saya menguruskan emosi sendiri bila tertekan dan sedih. Yelah, nak harap siapa lg. Saya dah tak mengharapkan apa2 dari suami cukup dengan kehadiran dia untuk anak kami. Hati saya pun dah tak de rasa lagi pada dia.

Inilah kami pertama saya luah mengenai hal ini, saya harap ada yang sudi berkongsi pandangan, pendapat apa yang perlu saya buat. Saya nak pesan pada gaay, jangan lah kawin hanya nak tutup perangai sebenar. Nampak simple je kan kalau kawin mesti orang tak syak apa2. Walhal banyak sangat hati2 yang terluka nanti, macam mana dengan masa depan keluarga? Masa depan anak2?.

Maaf andai penulisan saya tak teratur sebab saya bukan lah seorang penulis, saya menulis hanya untuk meluahkan rasa N mintak pendapat.Terima kasih. via kisahjalanan