Tgh malam polis datang serbu rumah mertua, terus tangkap 12 org masa kami tidor. Sekarang kehidupan kami suami isteri berubah slps keluar dari rumah tu.

Nama aku na, aku bekerja, isteri dan juga ibu kepada 3 orang anak anak comel. Umur aku dah berada lewat 20an. Aku nak bercerita berkenaan 1 artikle yang kerap sangat lalu lalang dekat wall fb aku. Artikle berkenaan “biar banyak rumah, jangan banyak dalam 1 rumah.” pernah dengar atau bacakan? Haa. Ni yang nak aku kongsi dengan pembaca semua.

Awal perkahwinan aku dan suami, kami duduk menumpang almost 2y++ dekat rumah mertua. Sampai la dah ada anak sorang. Masa tu memang mengais betul sampaikan hujung bulan suami terpaksa meminjam dengan mak ayah dia sebab duit poket kami selalu kering.

Memang tak dak simpanan, tak sempat menyimpan langsung lah masa tu. Duit selalu tak cukup, tak tau lah kemana la duit2 tu mengalir. Masa tu belanja barang dapur kering memang kami suami isteri yang keluarkan, tapi lain lain seperti bil, duit rumah, barang basah memang kami tak mampu bagi. Memang sedih.

Selepas 2tahun lebih tu, kami dapat rumah sewa yang brdekatan dengan rumah mertua. Masa nak pindah tu mertua ada jugak la tanya kenapa nak pindah rumah lain, payah nak main dengan cucu la, rumah ada bilik kosong la, itu ini dan macam macam la ayat supaya kami tak jadi pindah. Tapi aku pujuk suami yang kami kena belajar hidup sendiri atas usaha sendiri. Dan suami setuju, alhamdulillah.

Kami pindah kosong, apa pon tak da. Bantal tilam pon tak ada. Masuk rumah melangkah bawak kain baju saja sebab kami memang tak ada barang sendiri. Tilam bantal sebelum ni semua mertua punya. Jadinya awal awal kami pindah tu kami tidur dekat ruang tamu sebab kat situ je ada kipas. Anak tidur atas tilam baby, kami suami isteri tidur lapik selimut berbantalkan kain pelikat buat bantal.

Kami memang tak ada duit nak beli barang barang apa pon sebab duit gaji bulan tu dah guna untuk deposit rumah. Lega betul deposit boleh bayar separuh separuh (tak kenal tuan rumah tapi jiran yang rekomen kami pada tuan rumah tu tolong pujuk tuan rumah. Untung time petang petang aku rajin tegur sapa beramah mesra dengan jiran jiran)

Seminggu pertama pindah, mertua bagi beberapa kelengkapan asas dapur. Mak aku pon bagi pinggan mangkuk dia dekat aku. Mertua bagi toto sehelai dan 3 biji bantal buat lapik tidur. Suami pinjam rm200 dekat kawan dia untuk beli dapur, tong gas, kuali. Masa tu atas tangan ada rm150. Berbekalkan duit tu kami mampu survive makan minum dan duit minyak kereta motor sampai hujung bulan.

Tak sangka betul. Memang cukup. Ingat lagi hari gaji aku still ada rm11. 45 atas tangan. Happy sangat tak terkata. Kami tak makan mewah, no ayam ayam or ikan mahal mahal. Makan saja apa yang ada asalkan makan. Cukup untuk masak sarapan, bekal tengahari dan makan malam.

Time gaji aku dan suami bayar semua hutang hutang apa yang patut dulu, kawan yang pinjamkan rm200 dekat suami bagi suami bayar 2 kali or 3 kali dia tak kisah katanya asalkan bayar. Lepas settle semua kami pergi topup barang dapur kering, disebabkan tak ada peti sejuk kami stock up telur 2papan. Sardine tin dan kentang banyak banyak. Megi kosong, bihun pon kami stock up lebih.

Duit yang lebih tu habuan nak beli ikan or ayam dan sayur bila perlu. Ada lebih lagi kami topup beli cerek untuk masak air, sebelum tu kami masak air dalam periuk je. Kami beli tudung lauk dan beberapa kelengkapan masak yang lain. Masa tu memang tak nak beli rice cooker sebab rasa mahal, aku masak nasik atas dapur gas.

Punya la nak berjimat aku tak pernah hangitkan nasi. Masak elok je. Kalau hangit rugi beras oii. Suami pon terkejut aku boleh masak nasi pakai dapur gas ( untung aku asal keluarga susah yang mak jenis masak nasi pakai dapur gas).

Bulan seterusnya suami dapat bonus, semua duit bonus dia bagi dekat aku. Dia kata guna la untuk beli apa pon untuk diri sendiri, dia kata dia kerja untuk anak bini. Time tu tak dak bayangan baju or kasut dalam kepala aku. Yang aku nampak nak beli blender, kipas, rak pinggan, tikar getah. Nampak tak?? 3 bulan duduk rumah tak dak tikar getah. Hahahahaha.

Memang dalam tempoh tu aku tak pernah bagi sapa sapa datang rumah sebab malu. Lunch time dekat tempat kerja aku, aku lari pergi beli kipas meja, kipas dinding dengan blender. Petang tu balik kerja ajak suami pergi beli tikar getah.

Balik rumah sesi pasang tikar getah. Ingat sangat moment tu, kami 3 beranak pasang tikar getah sambil gelak gelak. Anak aku paling seronok sebab lantai dah cantik, siang pasang tu dia berguling guling 1 rumah sebab teruja sangat.

Bulan ke bulan kami start stock up barang rumah, beli barang elektrik dan dan anak pon dah jadi dua orang. Sepanjang tempoh tu memang rasa bahagia sangat sangat, tapi 2tahun selepas tu bapak mertua aku sakit mengejut dan dijemput kembali ke rahmatullah.

Tinggal mak mertua dan adik ipar terkapai kapai nak meneruskan hidup. Atas dasar tanggungjawab sebagai anak dan menantu sulung, kami pindah balik ke rumah mertua, kami duduk disana bantu uruskan rumah, segala perbelanjaan kami uruskan dan bayarkan.

Kenapa tak duduk asing macam sebelum ni dan tolong bayarkan segala komitmen dan perbelanjaan mertua?? Suami aku technician, aku pulak kerani. Dua orang anak di pengasuh. Kami tak mampu bayar banyak komitmen guna gaji kami berdua.

Jadi solution nya, pindah duduk dengan mertua dan bayar apa yang ada saja. Disebabkan komitmen terlalu banyak, mak mertua aku sanggup mintak kerja sebagai cleaner untuk topup mana yang kami tiris. Awal awal pindah semuanya indah dan berjalan lancar, sampai lah 1 masa dimana ipar ipar yang bujang yang sebelum ini menyewa diluar pindah duduk sekali di dalam rumah.

Penghuni semakin ramai tapi ramai yang liat nak menghulur perbelanjaan rumah. Bil air dari belas belas ringgit dah melonjak hampir ke rm100 lebih, bil elektri sebulan melambung sampai ke ratusan ringgit. Kami dah tak mampu lagi nak membayar, 2 kali rumah dipotong bekalan elektrik sebab tunggakkan terlalu tinggi.

Banyak kali aku dan suami bergaduh kerana masalah duit, aku kerap meminjam ke sana sini, sampaikan 1 tahap, kami tak mampu renew roadtax kereta dan motor. Setahun lebih kami guna kenderaan yang tiada roadtax insuran. Dan alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan dijauhkan dari kecelkaan dan malapetaka diatas jalan raya.

Ipar aku semuanya lelaki, dan mereka dengan rok0k tidak pernah berpisah. Ditambah pulak dengan ketagiihan ket0m yang semakin teruk. Aku pernah nampak ipar aku bungkus air ket0m di dapur depan anak aku yang sulung.

Dan aku perang besar lagi dengan suami disebabkan kes itu, suami dah berkali menegur sampai hampir hampir mereka bertumbuk didepan anak kami. Ya allah, masa tu tuhan saja yang tau ap yang aku rasa dalam hati. Perasaan bercampur baur. Mak mertua aku dah purus asa nak menegur ipar ipar aku sebab semuanya “sejenis”.

Sampai 1 tahap, anak aku sakit teruk. Ohh. Waktu tu aku dah bersalin anak ke 3. Anak yang ketiga ini lah yang kerap berulang alik check in di ward hospital. Asal sakit sikit, dia akan melarat ke hospital. Tak boleh batuk dan demam sikit, end up dia terbaring di katil hospital. Tak sampai umur setahun dah 5kali di ward. Apa punca penyakit anak aku?

Terdeedah dengan asap rok0k, bulu kucing, dan orang dewasa yang kerap batuk dan tak sihat. Aku bagi petunjuk sikit, penagih air ket0m (air ket0m yang dicampur bahan terlarang), kalau dia tak dapat air tu. Dia akan kerap batuk, sakit badan macam demam dan akan baring tersadai sebab tak larat sangat sangat.

Disebabkan keadaan rumah yang huru hara tu, aku nekad cari rumah sewa lain yang jauh dari rumah mertua. Aku tak nak besarkan anak anak aku dalam keadaan mcam tu. Budak budak mudah terpengaruh, aku paksa suami cari rumah sewa.

Disebabkan dah ada ramai dalam rumah tu. Mintak yang mana ada tu, tolong mak mertua aku settlekan bab rumah. Dalam 2minggu mencari, yess. Kami dapat rumah agak jauh sikit dari rumah mertua. Mak mertua terpaksa rela dengan keputusan kami sebab kami berterus terang yang kami tak selesa nak besarkan anak anak dalam keadaan rumah begitu. Mak mertua paham dan dia izinkan.

Belum sempat kami pindah, rumah mak mertua kena ambush dengan polis. Ada orang yang lapor, masa tu kami anak beranak tengah tidur. Mak mertua pon dah tidur tapi polis tu suruh panggil tuan rumah.

Kami anak beranak pulak memang tidur kerap dlam bilik tak sedar langsung kejadian tu. Pkul 1 pagi. Dalam 12 orang ++ kena tangkap (tengah layan air ket0m ramai ramai, port baik sangat dekat rumah mak mertua), aku tau sebab 3 hari selepas kena ambush tu ada sorang polis perempuan datang rumah nak ambik keterangan mak mertua sebagai waris. Suami aku?? Dia tak masuk campur, dia siap cakap biar mereput dekat dalam sana.

Pasal yang kami nak pindah tu memang kami tak tarik balik, kami pindah jugak sebab nak bagi anak anak aku membesar dalam environment baru. Jauh dari benda atau kejadian yang anak anak aku pernah alami dan nampak. Biar 1 hari nanti moment moment pergaduhan, bungkus ket0m semua tu hilang dari ingatan anak aku.

Berterus terang, sepanjang aku di rumah mak mertua aku selalu merungut pasal berkenaan ipar dan mak mertua dalam hati. Aku kerap tak bercakap dengan mak mertua sebab ada beberapa hal yang tak kena di mata masing masing. Bab duit ringgit memang sempit, aku kerap slaahkan suai hal berkaitan duit ringgit dan aku salahkan ipar ipar aku. Ishh. Macam macamlah yang aku rungutkan.

Bergaduh pasal duit yang tak pernah pernah cukup tu memang tak lari dari 2, 3 hari sekali. Sikit sikit gaduh sampai anak anak pernah duduk di penjuru bilik tengok aku dan suami bergaduh. Ada masa anak sulung aku yang baru umur 5tahun tinggikan suara pada ayahnya sebab dia tak suak tengok kami suami isteri bertengkar. Betapa teruknya memori anak anak aku di rumah mak mertua.

Tapi tu semua dulu, masa kami masih lagi disana. Sekarang kami dirumah sewa yang kami duduk beberapa bulan lepas. Hubungan aku dan mak mertua makin baik. Anak anak happy, suami dan aku dah tak pernah bergaduh melainkan bebel bebel sikit.

Anak bongsu aku dah sihat, tapi still ambil pam budesonide setiap hari. Anak anak dah tak tanya di mana pakcik pakcik mereka. Anak dah tak tanya kenapa polis datang rumah nenek bila terserempak polis di jalan raya. Anak anak dah tak tanya kenapa pak cik dia degil dan suka melawan bila nampak scene pergaduhan di dalam drama tv.

Anak anak semacam dah lupa apa yang mereka pernah nampak dan dengar di rumah sana dulu. Selepas berpindah aku belum pernah sekali pon bawa anak anak ke rumah mak mertua. Kalau nak jumpa mak mertua aku hanya jemput mak mertua didepan rumah untuk bawa dia keluar atau bawa mak mertua ke rumah kami. Bagilah masa untuk anak anak aku lupa kenangan yang tak sepatutnya mereka nampak di usia mereka.

Jadi apa yang terjadi dalam kehidupan kami anak beranak memang boleh relate dengan “biar banyak rumah, jangan banyak dalam 1 rumah. ” tiap kali nampak ayat ini. Aku amat amat terkesan. Doakan anak aku cepat sihat tanpa berantung pada pam, doakan anak aku lupa kenangan buruk di sana, doakan hubungan kami suami isteri bahagia sampai syurga, doakan hubungan aku dan mak mertua akan berterusan baik sampai hujung nyawa.

Buat ipar ipar aku di penjara pokok sena, aku tak redha apa yang kalian lakukan sampai memberi kesan pada anak anak aku. Aku tak redha melihat mak mertua aku berendam air mata menahan malu pada jiran jiran dan menahan perasaan di maki hamun anak anak sendiri. Moga kalian semua keluar nanti, kalian akan berubah. Aku tak mampu maafkan kalian sekarang. Mungkin 1 hari nanti hati ini akan memaafkan tapi entah bila, aku pon tak tahu. Ibu Na via iiumc