Nampak dia buka pintu surau. Tp muka dia mcm trkejut bila nampak aku dalam surau. akhirnya dia mengaku juga status dia skarang, syukur

Assamualaikum dan selamat berbuka semua.korang buka makan apa hari ni?aku hari ni buka dengan BFF aku dan motif utama aku dalam luahan ni pasal BFF aku.Nama aku Sara dan dan bekerja dalam akauntan di syarikat terkemuka di tanah air kita ni.Semlm hujan lebat kan best oo tido.Nasib tak terlepas sahur pagi tadi.

Macam ni, aku ada sorang kawan Chinese. Boleh dianggap macam BFF la, tapi di junior aku.Perwatakan dia ayu dan cantik penuh kesopanan.Dalam hati aku kalau dia lah islam,sejuk mata memandang.Serius perwatakan dia tak nampak macam chinese,bangun pagi mandi,jaga kebersihan dan tepati janji kalau dia berjanji dengan aku.

Dan yang buat aku semakin pelik nak sifat teringin nak tahu bila setiap kali masuk waktu solat,dia akan lesap.Bila aku tanya dia cakap ada hal.Yela mana tak peliknya,bila azan berkemundang setiap kali tu lah dia akan lesap di pandangan aku.

Bila aku siasat rupa rupanya dia dah 4 tahun dia mualaf, dia Chinese. Anak tunggal dalam family. Dia tinggal dengan mak je berdua. Ayah dia dah meningal. Dia mula masuk islam masa time asasi dulu.Tapi tak siapa pun tahu da lama dia memeluk agama islam.Kejap sebelum terlupa nama chinese dia Ai Yin,nama islam dia Siti Aminah.

Dia cukup berahsia tentang agama baru dia ni sebab nak jaga hati mak dia. Masa mula2 aku kenal dia pun tak nampak dia ni islam. Sama je macam Chinese yang lain. Cuma aku perasan yang dia ni selalu pakai cap.rambut dia akan digulung macam korang nak makan maggi pakai garpu tu..ha mcam tu la dia sorokkan rambut dia dalam full cap.

Memang nampak sangat macam nak tutup rambut dia.Padahal rambut dia sikit punya cantik,straight je. Baju pulak selalu lengan panjang,seluar pun straight cut je.Biasa tengok budak hiphop zaman dulu dress up?ha sebiji macam bdk hip hop dia dress up,mula aku ingat dia ni memang kaki layan lagu hip hop,hihi. Selalu jugak terdetik dalam hati. Sopan betul dia ni.

Dekat kolej kediaman aku tinggal ni, ada surau dekat setiap blok. Jadi aku dengan blok dia dihubungkan dengan satu surau. Aku memang selalu solat subuh berjemaah dekat surau,orang pun tak ramai. Cuma aku perasan bila aku sampai tu,mesti dah ada orang yang sampai.

Tapi orang tu solat dalam gelap. Dan cepat2 akan pergi bila nampak kelibat aku. Masa tu aku tak perasan pun dia. Cuma satu hari tu aku tergerak hati,nak pergi awal ke surau. Dan aku sorokkan selipar aku.

Bila dia bukak pintu tu memang terkejut muka dia nampak aku.Muka dia nampak mcm hantu bila tengok aku,memang cuak habis la dia ni.Tetiba dia menangis pluk erat badan aku time tu.Dia pluk tanda kesyukuran aku dah tahu siapa dia.

Aku pun apa lagi,terus pluk dia. Terkedu aku,rupanya junior aku ni mualaf. Pagi tu,kami solat subuh berjemaah,dan memang ad kami berdua je. Banyak benda yang dikongsikan bersama. Dia banyak menangis time cerita hidayah yang diterima time 1st time dia memeluk agama islam,Allahu…indah sungguh hidayah mu ya Allah

Pada mulanya hati dia seperti kosong dalam kehidupan ini even dia berasal dari family agak berada.1 malam dia pergi ke clubbing dengan rakan2 sekolah lama dia.Dan time tu dia overdose minum minuman beralkohol dan keadaan diri separuh sedar dan hampir koma.Menurutnya alkohol yang dia minum beri tindak balas “panas” terhadap suhu badan dia menyebabkan hampir k0ma malam tu.

Time dalam keadaan separuh sedar tu lah dia seakan bermimpi seperti dibakar dan terima azab api neraka.Panas sangat.Bila kulit dia bercantum semula,dia akan akan dibakar sehingga lunyai badan,bila kulit bercantum balik,dia akan dibakar semula hinggalah proses itu berulang dan ulang.Perit sangat time tu.

Lebih kurang separuh hari dia tersedar dari jagaan itu,dia macam seperti insaf dan bermulalah dari situ dia mula google untuk berjumpa ustazah.Dari saat itu lah dia memeluk agama islam dan berasa tenang setenang nya selepas melafazkan kalimah 2 shahadah..Allahu..SubahanAllah..

Habis bercerita di surau ,dia pun ajak aku ke bilik dia. Mashaallah,penuh tentang buku tauhid, perbezaan agama, dan macam2 lagi. Aku kagum sangat sampaikan aku tak sedar dah tengahari masa tu,aku ralit tengok buku2 dia.Nampak sgt dia bersungguh sungguh mencari hidayah Allah.

Dekat universiti mula2 tahun 1, adalah ramadan kedua dia. Walaupun begitu, dia seolah-olah islam lebih lama dari aku. Dia kejutkan aku sahur, buatkan makanan sahur *buat sandwich,bancuhkan aku vico, dan paling aku ingat dia sejukkan aku air panas sebab masa tu air masak habis. Lagi 5 mnt nak habis wktu sahur. Dia sangat perihatin pasal diri aku.

Kadang2, aku malu dengan sikap dia. Dia banyak belajar tentang agama, banyak jugak soalan tentang agama ditanyakan pada aku, dan banyak jugak aku tak mampu jawab. Sejak aku kenal dia,dia selalu bawak aku ke majlis ilmu. Sepatutnya aku yang bawak dia. Allah!

Dan satu lagi aku kagum dengan dia,setiap hari minggu dari pkul 8 malam hingga 10 malam,dia akan menghadiri kelas agama khas untuk semua muallaf macam dia.Banyak dia belajar dari kelas tu,kadang2 ada bahagian yang aku pon kurang arif.

Masuk tahun kedua belajar, satu bulan tu aku kena denggi . Aku belajar jauh dari family. Saudara mara aku pun jauh. Jadi dialah yang jaga aku. Bayangkan macam mana dia jaga aku masa tu,dengan esoknya nak kena masuk hospital*dia belajar pharmacy,ada clinical.

Malam tu jaga aku pulak. Habis kelas petang,datang hospital jaga aku. Bab duit pun dia tak berkira sangat maklum lah dari keluarga berada, kalau aku kesempitan wang dialah orang first sekali akan bantu aku.Cop,jangan fikir aku nak ambil kesempatan ye..hihi

Masa aku nak balik kampung bila akhir sem pun, dia yang tolong temankan aku sampai ke bus station. Angkut semua beg2 aku. Sebab dia tahu aku tak boleh angkat berat. Hari ke hari,hubungan kami makin rapat.

Kalau orang jumpa dia mesti ada aku. Kalau jumpa aku mesti ada dia. Sampaikan orang2 lain ingatkan kami ni roomate. Macam tu sekali erat hubungan seorang muslim dan “non-muslim” bak kata kawan2 aku.

Susah sebenarnya aku nak sembunyikan bahawa dia ni adalah mualaf. Pernah sekali aku bawak dia ke program agama diluar universiti, tak sangka junior yang lain pun ada. Masa tu dia bertudung,apa lagi semua orang terkejut. Terpaksa aku jelaskan satu persatu pada mereka dan harap mereka jaga rahsia ni sampai tiba masa yang sesuai.

Setiap kali aku rindu dia aku mesti akan ingat ayat ni “akak,Allah marah tak saya tak bertudung lengkap?. Tapi saya cuba jaga aurat,dan pakai cap ni selalu. “- dah berapa kali dia tanyakan soalan yang sama. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana.

Sekarang aku dah habis belajar, dan dia di tahun akhir pengajian. Namun,ramadan kali ni aku tak dapat berpuasa dengan dia macam sebelum2 ni. Hanya bertanya khabar,makan apa,sahur apa. Tapi dia tetap jalankan rutin dia call aku bangun sahur. Sebenarnya aku dah set kan alarm. Tapi bila bff kejutkan lagi semangat aku nak sahur.

Dia pun pernah cerita dekat aku,kalau boleh dia nak sangat ABC time puasa ni waktu dia dekat rumah. Sebabnya, bila dah dekat rumah mak dia akan masak macam2 nak tak nak dia kena makan dan tak berpuasa. Tapi sebelum2 ni, dia memang qada balik semua puasa tu. Nak solat dekat rumah pun, curi-curi.Takut kantoi dengan mak dia dan dibuang keluarga.

Berbalik pada ayat aku atas sekali tu, korang rasa ok tak kalau tahun ni aku ajak dia beraya dengan family aku dekat kampung? Selama empat tahun dia jadi muslim dia tak pernah beraya macam kita semua. Maksud aku, pagi2 pergi masjid sembahyang raya,ziarah kbur,mintak maaf dengan sanak saudara.

Jadi untuk tahun ni aku teringin sgt nak bagi dia rasa suasana raya. Masalah sekarang, rumah nenek aku kecik je. Kalau balik semua sepupu sepapa aku memang tidur sampai ke luar la. Dan lagi satu aku family ada 6 orang. Dan kita orang cuma ada satu kereta je. Yang muat pun cukup2 je. Jadi kalau nak pergi beraya tu,bff aku ni nak naik apa? Umm…

Walau aku bukan orang pertama yang bawak dia kenal islam, tapi aku bersyukur aku ada bersamanya walau hanya seketika. Banyak yang aku belajar.Aku bersyukur sgt pada mu ya Allah diberikan kesempatan dpat BFF mcam ni.