Isteri melampau, marah, maki suami tak cukup duit walau setiap bulan suami bagi 2K, lepas tu bagi lagi RM100 setiap hari utk makan.

Aku buat luahan ni sebab aku nak bgtau semua bahawa watak antagonis dalam drama tu sebenarnya wujud. Malah lebih jahat dari tu. Kalau drama Indonesia tu beratus episod, aku tak taw la apa yang jadi kat family aku ni berapa ratus episod dah. Dan yang paling sedihnya, sampai dah meraagut nyaawa.

Aku ada seorang bapa saudara yang kami gelarnya Pak Tam . Pak Tam ada seorang isteri bernama Aza. kami panggil Mak Tam. Pak Tam aku ada bisnes. Yang agak maju la jugak. Bulan-bulan boleh cecah RM20K macam tu pendapatan dia.

Mak Tam ni jual tudung. Macam2 jenis tudung la dia jual. Dia ni jenis yang high taste sikit la. Harga beg, kasut semua ribu-ribu. Tak kesah la semua tu asalkan hang hormat laki hang sudah (Ha, kantoi kami oqang utaqaa. Depa ada 3 orang anak. Yang sulung umur 14 tahun, yang kedua 9 tahun dan yang bongsu umur 2 tahun.

NOVEMBER 2015

Cerita bermula apabila Mak Tam ni melampau-lampau pulak perangainya. Berniaga pun Pak Tam aku bagi modal, tapi untung tak dapat tengok pun. Yang kami geram sangat tu sebab selalu bergaduh. Sampai nak berbunuh-buunuh. Sampai jiran semua keluar tengok.

Semenjak dua menjak ni makin kerap. Makan pakai suami semua dah tak terjaga. Yang makin melampau bila sampai tak balik rumah. Alasan berniaga. Pak Tam aku la yang cerita semua ni kat tok aku. So, secara tak langsung kami semua taw. Yang Pak Tam pun berlembut sangat dengan isteri.

Ikut semua cakap isteri. Pak Tam cakap, Pak Tam tak nak gaduh. yela, malu dengan jiran-jiran. Kadang bila tak tahan sangat tu la sampai bergaduh teruk. Sebab Mak Tam ni jenis melawan. Jadinya, nak selamatkan keadan, Pak Tam aku selalu beralah.

Bab duit, memang laju. Pak Tam bagi kt Mak Tam nie duit belanja setiap bulan RM2000 bersih. hutang semua Pak Tam bayar. Susu, pampers anak, makanan semua Pak Tam sediakan. Setiap hari bagi RM50 untuk lunch, RM50 untuk dinner. Yela. Nak masak kat suami, sebulan sekali pun payah. Hari-hari shopping. X cukup duit, terus kol Pak Tam mintak duit sekarang jugak. Bank in kan sebab nak bayar duit tak ckup.

Kalau tak bagi, marah-marah kat suami. Sampaikan Pak Tam aku pernah cakap, “Mak Tam ni sampai hujung nyaawa Pak Tam pun still nak minta duit. ” Satu hari, Mak Tam nie call Pak Tam suruh pergi bank . Pak Tam pun pergi ja lah , tengok-tengok Mak Tam suruh sign loan beli kereta , kalau korang nak tau Pak Tam aku dah ada 3 biji kereta , 2 biji van dan 2 biji motosikal. Pak Tam baru saja beli van (hiace) untuk mak tam aku berniaga yang harga 90K++ . Bayangkan, hutang saja sebulan duk ada nak dekat 15K.

Berniaga bulan2 mesti kadang-kadang untung tak banyak. Ni nak tambah lagi beban. Mak Tam aku nak beli jugak kereta Swift tu. Last sekali, Pak Tam aku belikan jugak. Sebabnya tak nak bergaduh. Duit yang dia simpan nak masuk rumah baru tu dia bagi isteri dia buat bayar duit muka kereta.

Jadinya, bertambah la lagi bebanan hutang Pak Tam. Semenjak ada kereta baru ni, dia makin kerap tak balik. Tok aku nasihatkan Pak Tam suruh kawal sikit isteri tu. Tak boleh isteri kerja sampai tak balik rumah. Ada anak nak kena jaga. Rumah sampai tak terurus. Kitaorang pergi rumah tengok bersepah yang amat. Baju tak berlipat. Duit pulak makin kerap mintak kat Pak Tam.

Bayangkanlah dalam seminggu dia boleh habiskan 10K lepas jual barang kemas dia. Sebab tu la Pak Tam sampai streess. Bila tegur, melawan dan end up bergaduh. Sampai polis pun pernah datang la rumah diorang. Dengan perangai dia lagi yang tak balik rumah, tak nak layan kehendak suami, tak jaga makan minum pakai suami, tak jaga anak-anak.

Pagi-pagi, Pak Tam la bangun awal, sediakan sarapan kat anak-anak, hantar anak pegi sekolah. Dah tengah hari, ambil anak-anak sekolah. tengah hari sikit baru la pegi rumah tok uruskan bisnes dia.

DISEMBER 2015

Satu hari, Pak Su cakap ‘Ntah2 ada lelaki lain la kot dah duit selalu habis dan tak balik apa semua. ’ Pak Su cakap depan kami satu family semua la. Nak dijadikan cerita, one of mak sedara ni (Mak Chaq) menyampai ke Mak Tam.

Mak sedara ni pun satu hal jugak. Kita cuma syak je. Tapi dia g bawak mulut cakap kitaorang kata Mak Tam curang dengan Pak Tam. Ada lelaki lain kat luar. Duk kangkng kat laki lain la apa la. Sampai macam tu sekali tokok tambah ceritanya. padahal kita syak je. Dah bergaduh plak Mak Tam n Pak Su. Siap serang gi rumah lagi.

Malam tu jugak, kami berkumpul adik beradik betulkan apa yang Pak Su cakap. Kitaorang sebagai saksi. Dan kami semua minta Pak Tam dan Mak Tam selesaikan masalah rumah tangga diorang. Pak Tam aku pun cakap la apa yang dia tak puas hati dengan isteri dia. Yang Mak Tam aku ni boleh duk gelak-gelak. Mak Tam bgtaw pergi berniaga je, tu yang sampai tak balik tu. Pas tu, Tok n Pak Sedara yang sulung ape semua nasihatkan Pak Tam dan Mak Tam suruh duk elok2 semua. Jangan gaduh2.

Mak Tam pun jangan la tak balik apa semua. Pi niaga dekat2 sudah. Padahal suami mampu sediakan semuanya kalau tak berniaga pun. Tapi perangai macam hantu. Depan kami semua, Pak Tam cakap “Aza, abang minta maaf kalau abang ada buat silap dengan aza.” Mak Tam ni senyum-senyum ja. Satu patah kata maaf pun tak da untuk Pak Tam.

Pak Tam cerita masalah dia kat family, tapi bila balik rumah duk dengar jugak cakap isteri. Isteri kata A, A la. sampai Pak Tam tak boleh bersuara langsung. Kami nasihatkan kalau rasa dah tak tahan, pergi pejabat agama minta kaunseling

JANUARI 2016

Satu hari Pak Tam pergi rumah tok cakap pening kepala. Pegang badan Pak Tam panas sikit. So, suruh Pak Tam tidur dulu. Perasan yang Pak Tam punya kepala nampak senget. Nampak macam urat kat leher tu tegang sebelah. Pak Tam pun dah kurang cakap. Kalau cakap pun macam tak dengar jelas sangat. waktu tu aku ada kat rumah tok. Cakap kat Pak Tam suruh pegi klinik cek. Yela, mana tahu high blood pressure ke apa ke.

Risau la jadi strok ke apa kan. Pak Tam cakap tak nak. dia ok je. Balik rumah, bgtaw mama minta mama pujuk Pak Tam bawa gi cek klinik. Takut nanti jadi apa2 susah. Nak dekat seminggu dah urat leher jadi tegang tu. Mama pun pujuk Pak Tam pergi check up. Doktor check cakap tak da apa2. blood pressure and darrah semua menunjukkan bacaan normal.

Doktor cakap “ Saya tengok awak ni, saya taw awak streess sebenarnya. Awak ada masalah apa2 ke. ” Pak Tam geleng. Doktor tanya lagi. “Awak kerja apa?” Pak Tam bgtaw la buat bisnes apa semua. Doktor pun tanya la ada masalah dengan business ke. Pak Tam jawab tak da masalah. Last sekali doctor tanya “Awak ada masalah keluarga ke?” Pak Tam mengiyakan.

Pak Tam bgtaw doctor yang isteri dia boros apa semua. dapat sebulan 20K, 20K dia nak habiskan. Sampai stress duk fikir mana nak cari duit. Pak Tam bgtaw doctor yang dia dah lama tak boleh tidur malam. Korang boleh bayangkan tak??? sebulan kot dah tak boleh tidur langsung. kesian Pak Tam. Jiwa dan batin dia terseksa sangat.

Bila cek doctor tak da apa, kami decide bawa Pak Tam ke Darulsyifa’. Ustaz cakap tak da apa2 jugak. Yang ustaz pesan, semua masalah dari Allah. Balik rumah, buat solat taubat, solat jangan tinggal, minta allah permudahkan semuanya. segala masalah atau beban tu ujian Allah. Hanya Allah je boleh tolong kita. tu je ustaz tu pesan.

FEBRUARI 2015

Satu petang tu, kami sekeluarga pegi rumah tok. Macam biasa la hari minggu kalau mama tak kerja kami semua pergi rumah tok. Pak Tam ada duk uruskan bisnes dia. Kesian tengok Pak Tam duk jalan senget kepala. Ajak pegi specialist tak nak. Padahal ada medical cards apa semua.

Tengah sembang2 tu, Pak Tam tiba2 menerpa kat kitaorang dan jatuh atas riba tok. Pak Tam kena seizure. Kalau Bahasa kampong ni kami panggil tarik. Kami semua panik. Mulut berbuih-buih apa semua. Tok dengan mama duk ajaq mengucap apa semua. Aku terus kol ambulance.

Sambil tu mama urut2 tangan dan badan Pak Tam. Takut sangat rasa waktu tu. Bila ambulance sampai, diorang cek tekanan darrah tinggi. terus bawa pergi hospital. Kami follow belakang. Doktor suruh admit ward sebab nak pantau. Kami kol mak Tam berpuluh kali tak jawab.

Dalam sejam macam tu baru dia kol balik. kitaorang bagitaw la Pak Tam kena admit ward. Dia bgtaw dia busy hari tu. So, bila dah habis waktu melawat, kami pun solat ape semua dulu. tengah turun tangga nak balik, Mak Tam baru sampai. Dah malam kot baru sampai. Apa la yang penting sangat dari suami tu.

Keesokannya, aku tengah sedap tidur, tetiba Pak Tam kol. Pak Tam bgtaw dah boleh keluar ward. Pak Tam minta aku tlg jemput dia. Pak Tam bgtaw yang dia ada kol mak Tam tapi tak berjawab . Aku pun bergegas la ajak mama pi hospital ambil Pak Tam. mama tengah masak kat Pak Tam waktu tu. Ingat tengah hari sikit la baru nak pergi kat Pak Tam bawa makanan sekali.

Sampai hospital, kesian tengok Pak Tam. Pakai balik baju semalam. Berus gigi, towel semua tak ada. Pak Tam cakap dah pesan kat Mak Tam tolong bawakan tuala dan berus gigi pagi tu. Tapi mak Tam tak datang. Kol tapi tak jawab. mama terus kol Mak Tam. lama jugak, baru jawab. Mak Tam cakap pergi aerobik.

Ya Allah. Geramnyaaa rasa. Aerobik lagi penting dari suami. Mak Tam cakap dah bayar, tu kena pi jugak walau macam mana pun. Kami beristighfar dalam hati je. geram sangat3. Kami tanya Mak Cik. Mak Cik dulu pernah join jugak kelas aerobic tu. Mak Cik bagitau kelas tu RM5 je. Nampak sangat dia memang tak sayang suami dia dah.

kesian sangat kat Pak Tam. Hidup dia diuji macam ni. Sebelum discharge tanya doctor apa penyakit Pak Tam. Doktor cakap tak da sakit apa. Result darrah semua elok. Blood pressure pun dah normal. semalam tu je tinggi sikit. Lepas tu doctor bagi tarikh temujanji. 16 MAC 2016. Aku masih ingat lagi tarikh ni. Doktor nak buat CT scan.

MAC 2016

1 MAC 2016. Lebih kurang 4 minggu selepas kejadian Pak Tam jatuh dan tarik kat rumah tok, dalam pkul 10 pagi, kami dapat berita Pak Tam pergi bertemu ILAHI. Jantung berhenti berdegup masa tu. Pak Tam baru umur 39 Tahun. Nampak sihat dah walaupun kadang-kadang nampak leher tu senget2 lagi. Bercakap pun dah ok. Cuma kadang-kadang jadi pelupa.

kami semua tinggal dalam satu kawasan yang sama. Cuma taman lain-lain je. Dekat je kalau nak pergi rumah Pak Tam. Hari tu, adik-beradik yang lain semua kerja termasuk mama. Pak Cik dan mak Cik je tak kerja. jadi, Mak Tam kol Pak Cik cakap Pak Tam dah tak da. Pak Cik dan Mak Cik terus pegi rumah Mak Tam. Panggil 2,3 orang jiran datang tengok. Semua cek, memang nadi dah tak ada.

Pak Tam meningggal atas sofa rumah dia. Kami waktu tu dah sampai rumah Pak Tam. Ambulance semua dah kol. diorang datang pun cakap memang dah tak da. Skang ni, semua tak tahu macam mana nak ambil tok dan cara nak sampaikan dekat tok yang Pak Tam dah tak da. Akhir sekali, Pak Chaq la yang pi bgtaw tok. Sedih sangat waktu ni.

Yela, anak yang kita sayang akhirnya dah tak ada. Anak yang setiap hari ada kat rumah tok dah pergi menghadap ILAHI. diuji dengan isteri yang gila duit. Allahuakbar. semoga banyak ganjaran untuk Pak Tam. Sabar sangat dengan perangai isteri dia. Tok sampai ja rumah pak tam, Tok terus kata “ Puas hati ampa?? Anak aku dah maati. ” Mama terus sabarkan tok. yela. jiran-jiran semua ada. kalau ikut geram ni, dah makan penampar dah Mak Tam tu.

Dalam pkul 11 mcm tu polis sampai. Bawa jnazah gi hospital. Waktu tutup kain kafan yang terakhir tu, tok dan adik beradik PakTam semua ciium kecuali isteri dia dan Pak Cik aku sebab Pak Cik sangat sedih. tak boleh tahan. terus balik rumah dia dan menagis dalam bilik sorang2 (anak dia cerita. dia bagi alasan sakit perut.)

Yang Mak Tam aku plak menangis je kerja dia. Kami ingatkan dah insaf. Tapi rupanya tak. Sekarang ni tengah berebut duit pengingggalan Pak Tam aku. dengan duit bahagian anak dia pun dia nak ambik. Dengan anak2 terbiar.

Tenanglah Pak Tam di sana andai hidup di dunia Pak Tam terseksa. Tu je ayat yang selalu aku pujuk mama dan tok. Tok pulak, dari tak da tekanan darrah tinggi, terus ada tekanan darrah tinggi lepas kematian Pak Tam. Sekarang on medication. kesian tok. Kesian Pak Tam. tolong doakan mak Tam berubah jugak. Kesian anak-anak dia. terima kasih semua. – Anak Sedara Pak Tam via iiumc