“Ternyata Abg Tak Mampu Utk Beristeri 2 Atau Berscandal Dgn Baki Gaji Abg Banyak Ni.” Kalau Nk Juga Pergi Lah. Semoga Allah Sempitkan Rezeki Abg Sebagai Balasan.

Waktu aku tulis luahan ini jam menunjukkan 3.42 pagi. Kepala aku ligat berpusing lagi memikirkan macam macam. Nak buat luahan hati pasal suami, orang cakap buka aib. Tapi kalau cerita dekat member, memang betul betul buka aib dah tu. Tujuan aku murni sahaja, dengan harapan perempuan luar sana dapat cari kekuatan jika ada masalah rumah tangga.

Tapi aku cuba pendekkan cerita ni semudah yang mungkin untuk sampaikan mesej aku. Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah berkahwin lebih kurang 2 tahun lebih. Tak ade anak. Dua dua bekerja bidang professional. Pendapatan isi rumah dalam lingkungan RM6000 lebih dan kami tinggal dibandar.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami berasal dari kampung, aku memang budak bandar sejati. Aku memang dibesarkan dalam keadaan selesa. Tak terlalu kaya, tapi bukan orang susah. Berbeza dengan suami yang memang bukan orang senang.

Nak dipendekkan cerita, kami ni memang berbeza serba serbi, bagaikan bumi dengan pluto. Aku terima untuk kahwin dengan dia atas sebab yang terlalu panjang untuk aku explain dedekat sini. Mungkin juga allah dah tuliskan ini lah jodoh aku.

Sepanjang perkahwinan yang singkat ini, aku banyak berk0rban duit aku untuk bermacam macam event. Contohnya waktu masuk rumah, waktu suami nak belikan hadiah pada mak mentua aku, waktu nak travel ke luar negara.

Sampaikan duit yang sepatutnya jadi duit hantaran aku, aku halalkan untuk suami aku ambil dan bayar untuk kenduri sebelah suami. Sebab kami mula bekerja lepas ijazah dan ada masa dalam masa setahun sahaja sebelum majlis kahwin.

Suami pulak memang start savings daripada zero, jadi aku tak mengharap pada duit hantaran tu. Kemungkinan disebabkan hal ini, Allah murahkan rezeki aku bab bab duit ini. Memang betul hati aku lapang bab bab duit dengan suami ni. Sampaikan satu masa, gaji aku tambah gaji dia pastu pecahkan dua dalam segala komitmen kami. Betul betul memahami habis dah lah aku ni.

Tapi terjadinya satu perkara yang memberi kesan cukup mendalam pada diri aku mungkin untuk mengajar aku erti kehidupan. Sewaktu aku sibuk bekerja outstation, aku tangkap suami aku bermesej dengan bekas kekasih dia zaman sekolah. Memang aku mengamuk bagaikan nak runtuh rumah walaupun dia cuma bermesej sahaj.

Aku nak cerai, itu sahaja dalam fikiran aku. Tapi suami minta maaf dan minta peluang kedua. Selepas berfikir panjang dan solat, aku beri peluang kedua tapi bersyarat. Aku tak nak tanggung dia dah, tanggungjawab dia yang bab rumah dan makan minum tu dia tanggung. Lepas buat mcm tu, memang gaji dia tinggal sikit je untuk simpan sikit dan belanja.

Baru dia mengerti kemampuan dia tanpa aku support dia. Aku pun cakap camni, “clearly abang memang tak mampu untuk beristeri dua mahupun berscandal dengan balance gaji banyak ni. Kalau nak jugak buat hal, pegi la. Semoga Allah sempitkan rezeki abang sebagai balasan.”

Suami tersenyum je, aku rasa dia teringat masa aku terbalikkan rumah macam puting beliung semasa dia ditangkap curang tu. Mungkin dia tengah menyesal. Kahkahkah padan muka.

Setelah kejadian tu, aku positif je la walaupun ada masa hati bagai dicarik2. Hati suami aku, allah pegang. Aku usaha la macam mana pun, tapi kalau aku tak jaga hubungan aku dengan allah, habis lah semua nya.

Aku reflect balik mana2 kekurangan dalam ibadah aku disamping bersikap jaga jaga. Itu je effort aku untuk jaga hati suami agar sentiasa tetap dengan aku. Ye lah, apa lah sangat aku boleh buat. Zaman yang serba mudah ni, memang mudah sangat2 nak curang.

Kau main wechat yang bodo bodo tu pun boleh curang. Nak dekata aku ni tak layan laki, rasa mcm dah terlebih layan. Dalam masa terdedekat ni kami nak pi honeymoon dekat luar negara, aku dahulu kan duit aku untuk segalanya. Tp bulan2 lepas ni aku claim balik la hak aku secara ansuran.

Apa kau igt sesenang je aku nak belanja dia? Ish kalau nak cerita bab duit ni, memang boleh buat cerita baru. Aku bukan kedekut dan berkira, tapi bila kau bermurah hati, lepas tu suami buat hal…memang kau akan ungkit semuanya weh. Tiba tiba jadi flashback dalam otak ni.

Apa yang aku belajar sepanjang dua tahun perkahwinan ini disamping menjaga ibadah adalah :

1. Sayang lah diri kau dulu sebelum sayang orang lain. Sebab kalau incase suami kau jadi mcm ude, takde la kau sebagai intan ni nak frust sangat. Ingat, tuhan tu sentiasa sayang kau lebih dari apa adanya dalam dunia ni. Lebih daripada parents kau sendiri.

2. Perempuan kena ada duit sendiri dan savings sendiri, untuk backup masa kecemasan. Sangat2 penting!

3. Percaya kepada suami memang perlu ada, tapi dalam keadaan berjaga jaga. Kalau dia buat lg kali kedua, angdekat lah kaki anda. Apa guna menderita sendiri sedangkan banyak lagi lelaki bujang yang baik dekat luar sana.

4. Kau bagi je suami kau jalankan tanggungjawab dia. Jangan nak memandai2 tanggung suami atas sebab sayang, sayang kau membinasa kan dia. Kau pun tak redho sebenarnya dalam hati, nanti rs sempit je rezeki.

5. Bersyukur dengan apa ketentuan tuhan. Aku memang redha habis (+syukur) especially takde anak ni sebab aku tau allah lebih tau apa yang terbaik untuk kami. Imagine ada anak pastu dapat tau suami curang, silap2 dengan anak aku abaikan. Nauzubillahminzalik.

6. Berlapang dada, be positif dan bersedia untuk memaafkan serta meminta maaf setelah suami kau buat silap. Bukan sebab dia suami kau, tapi sebab diri kau sendiri perlukan ketenangan tu.

Thank you kpd readers yang sudi baca. Mohon comment yang murni2, sebagai support kepada wanita2 luar sana yang tgh melalui kesusahan dalam perkahwinan.