Jumpa kali prtama, lelaki tu ada hembus seuatu ke telinga sy. Bila sy tanya dia kata tak ada apa. Sejak dari itu dia mula pegangan tangan sy sehinggalah perbuatan itu dihidu suami.

Nama saya aliya (bukan nama sebenar). Saya menetap di pantai timur semenanjung. Saya telah berkahwin dengan seorang usahawan berjaya dan telah dikurniakan (2) cahaya mata. Lelaki (6) tahun dan perempuan (4) tahun. Saya bekerja ditempat suami saya bekerja erti kata lain suami saya boss. Dan saya sebagai assistance nya.

Pada awal bulan mac 2015. Saya baru saja memuat naik gambar profile fb saya. Tidak lama kemudian ada seorang lelaki dari friends list fb saya telah menghantar msg pd saya dengan memuji kecantikan wajah saya yang baru saya load di fb. Dia katakan pada saya yang dia suka sangat tengok gambar saya itu. Saya sekadar membalas pujian itu dengan ucap terima kaseh pada nya.

Seterusnya lelaki itu bertanyakan saya tentang barangan yang saya jual di fb. Saya tanpa ragu2 telah mambalas masej lelaki itu dengan apa yang di tanyakan pada saya. Sehingga lelaki itu meminta nombor telefon saya dengan tujuan hendak deal tentang barang itu melalui aplikasi wasap kerana katanya lebih mudah untuk berurusan. Tanpa ragu2 saya terus berikan nombor telefon saya pada nya.

Tidak lama kemudian saya terima panggilan telefon dari seorang lelaki dan dia perkenalkan dirinya adalah orang yang menghubungi saya di fb tadi. Saya jawab panggilan nya dengan baik kerana saya hanya menganggap dia sekadar customer biasa yang hendak membeli barang dari saya. Dia bertanya dan terus bertanya pada saya tentang barang jualan saya. Lama kelamaan sedang saya leka berbual dengan nya saya rasakan dia telah melencong ke arah lain. Dia mula menceritakan tentang kisah hidup nya pada saya. Dia mula bertanyakan tentang saya. Dia mula perkenalkan dirinya pada saya.

Sedang asyik leka saya berbual dengan dia melalui telefon secara x sedar saya juga telah menceritakan tentang tekanan kisah hidup bersama suami saya pada dia. Suami saya tidak berikan perhatian pada saya dan anak2. Saya rasa terasing sangat bila suami saya layan saya begitu. Langsung saya tidak dapat rasakan kebahagiaan dari suami saya walaupun anak kami dah (2) orang. Suami saya banyak habis kan masanya dengan bisnes dan kawan2nya. Sampai saya dan anak2 terabai.

Saya sedih sangat kerana suami saya tidak ambil berat pasal keluarga. Semua itu saya luahkan pada lelaki itu. Dia mendengar luahan dan rintihan hati saya dengan tenang dan dia cuba menenangkan saya. Masa saya berbual dengan dia saya dapat rasakan sangat tenang dan bahagia yang x pernah saya rasakan sebelum ini bersama suami saya. Suami saya x pernah layan saya seperti dia layan saya. Saya rasa puas sangat bila dapat layanan dari dia walau hanya sekadar dari telefon. Saya tidak tahu kenapa secara tiba2 saya rasa begitu. Dia pula ceritakan tentang masaalah rumah tangga nya pada saya mungkin sekadar luahan rasa yang terpendam dan mungkin ingin berkongsi dengan saya apa yang dia pendam selama ini.

Dia mempunyai isteri. Dan doktor telah mengesahkan isteri nya x dapat melahirkan zuriat kerana isterinya telah melakukan pembedahan di bahagian rahim. Dia terlalu kesal dengan berita itu. Selepas dia terima berita dari doktor tentang itu isterinya seringkali tidak mahu memenuhi permintaan nya untuk melakukan hubungan keelamin antara dia dan isterinya. Sejak dari itu dia berasa sangat kecewa.

Dan sejak itulah dia mula untuk mecari seorang perempuan lain untuk memenuhi permintaan nya. Dia berniat baik kerana dia ingin berkahwin dengan perempuan yang dapat menerima nya. Kata dia isterinya telah memberi kebenaran pada dia untuk berkahwin dengan seorang perempuan lain. Dan isterinya bersetuju jika dia ingin berkahwin lagi.

Sejak dari itu hampir setiap hari dia call saya x pernah putus bertanyakan khabar saya dan selalu ambil berat tentang saya. Masa itu saya dapat rasakan layanan dia sangat baik dan layanan suami saya pun x setanding layanan dia sedangkan saya bekerja 1 tempat dengan suami saya. Suami saya pun x pernah tanyakan khabar saya hari2 mcm tu.

Dari itu saya mula rasa suka sangat dengan layanan dia dan saya hepi je rasa bila setiap kali saya terima call dari dia. Hampir setiap pagi saya ternanti2 call dari dia. Kerana dia akan call saya di waktu saya bek erja sahaja. Kerana dia tahu kalau dia call saya diluar waktu bekerja bermakna dia menempah maaut sebab suami saya ada bersama2 saya di rumah dan mungkin suami saya akan tahu jika dia call saya.

Sejak dari itu, dia call saya hari2 dan mcm2 lagi dia ceritakan pada saya tentang rumah tangga dia pada saya sehingga saya sendiri pun terlnjur ceritakan hal rumah tangga saya pada dia. Tapi kami x pernah berjumpa walaupun kami hari2 call dan wasap.

Sampai satu masa dia ajak saya untuk berjumpa di satu tempat. Saya telah meminta izin suami untuk keluar rumah dengan alasan untuk bawa anak2 pulang ke kampung. Saya terpaksa tipu suami kerana semata2 untuk berjumpa dengan dia.

Dia rancang untuk berjumpa di genting dan saya setuju untuk berjumpa dengan dia di sana. Saya bawa anak lelaki saya berumur (6)tahun dan anak perempuan berumur (4)tahun itu untuk ikut bersama2 saya dan berjumpa dengan dia di sana. Kerana kalau saya keluar rumah tanpa bawa anak2 suami saya xakn benarkan saya keluar. So saya jadikan anak2 saya sebagai satu lesen untuk saya keluar rumah. Selepas berjaya keluar dari rumah dengan izin suami. Saya terus pergi kesana dan saya park kereta saya di tol seterusnya saya dan anak2 naik dengan dia ke genting.

Bila saya sampai di genting saya lepak bersama dia di sana sambil duduk dan berbual2 dengan dia sambil anak2 saya bermain2 di kawasan yang x jauh dari saya dan dia. Sedang leka berbual di sebelah dia. Saya tersedar yang dia ada menghembus telinga saya. Dan saya tanya pada dia kenapa hembus. Dia just jawab xde pape saje je. Saya pun abaikan perbuatan itu kerana saya anggap mmg betul2 x ada apa2. Mybe dia nak gurau dan usik2 manje saya. Kami teruskan berbual di situ.

Tanpa saya sedar dia menyentuh tangan saya dan saya hanya membiarkan dia melakukan perbuatan itu disebalik perbualan kami mungkin kerana saya terlalu leka disetiap kata2 dan layanan dia pada saya.
Lalu dia usap tangan saya sambil memuji tangan saya lembut dan dia suka pegang tangan saya.

Setelah lama kami berbual-bual di kerusi itu kami meneruskan perbualan kami dengan berjalan2 sambil bersiar2 di kawasan situ hingga hari lewat petang kami pulang ke rumah masing2.

Hari demi hari saat demi saat selepas dari pertemuan pertama kami itu tanpa saya sedar fikiran dan jiwa saya hanya memikirkan dia. Saya sendiri tidak tahu kenapa perasaan rindu dan ingin dekat dengan nya seringkali bermain di fikiran saya. Kami x putus2 berhubung melalui call dan wasap.

Pada bulan april 2015 sekali lagi kami merancang untuk berjumpa di bandar kuala lumpur kerana dia tinggal di kuala lumpur saya tinggal di pantai timur semenanjung. Kami tetapkan tarikh dan tempat untuk kami berjumpa di kuala lumpur. Sekali lagi saya minta izin dari suami saya untuk bawa anak2 pulang ke kampung tapi kali ini saya cakap nak balik selama dua hari kerana nak rehat di kampung bersama anak2. Dan suami mengizinkan saya. Saya terus keluar dari rumah bersama anak2 dan menuju ke bandar kuala lumpur untuk berjumpa dengan dia.

Akhirnya saya sampai di kl dan disambut oleh dia dengan penuh senyuman. Mungkin dia hepi sangat sebab saya sanggup turun kl untuk berjumpa dia. Kami pun jalan2 di bandar kl dan dia belikan banyak permainan untuk anak2 saya. Mybe nak ambil hati anak2 saya untuk mengaburkan pandangan anak2 saya dari mengetahui hubungan dia dan saya.

Setelah puas kami bersiar2 di bandar kl dia ada memberitahu saya yang dia dah booking hotel untuk saya dan anak2 (1) bilik, dan dia (1) bilik. Dia cakap duduk asing2 bilik. Saya terima kata2nya. Dan saya ikut dia pergi ke hotel itu untuk check-in. Setibanya kami di hotel itu saya terkejut kerana dia juga masuk ke bilik saya dan anak2. Saya tanya dia kenapa masuk bilik saya. Kan awak booking (2) bilik. Awak pergi la masuk bilik awak. Dia jawab saya booking (1) bilik sahaja. Jadi saya terpaksa tumpang bilik awak. Tanpa rasa was2 saya pun benarkan dia masuk dan bermalam bersama saya dan anak2 di bilik saya.

Semasa dia berda dalam bilik bersama saya. Saya jaga aurat saya. Sehinggakan saya nak salin baju pun saya masuk toilet. Dan saya x tunjuk rambut saya pada dia. Saya still x tanggalkan tudung saya didepan dia.

Saya tengok dia ni seorang lelaki yang baik kerana bila tibanya waktu solat dia terus solat di dalam bilik. Selepas dia selesai solat kami sambung perbualan kami di dalam bilik sambil berkongsi masaalah rumah tangga masing2. Hampir malam menjelang tiba saya berasa mengantuk dan rasa nak tidur. Saya cakap pada dia. Awak tidur la di katil sebelah dan saya tidur di katil sebelah bersama anak2. Dia menghormati permintaan saya. Dan kami tidur dengan lena di katil masing2.

Sedang saya nyenyak tidur bersama anak2 tiba2 saya rasa seperti ada seseorang disamping saya. Bila saya buka mata saya tengok dia ada di sebelah saya di atas katil saya. Saya agak terkejut pada mulanya. Tetapi dia cuba menenangkan saya. Saya cuma ikut apa dia cakap masa tu. Dia ajak saya berbual. Saya hanya menuruti permintaan dia untuk berbual dengan dia sambil berbaring dan saya di dalam pelukan dia di atas katil.

Saya tidak tahu apa yang saya lakukan saya seolah2 terkelu dengan apa yang berlaku. Saya tidak menghalang langsung apa saja tindakan dari dia waktu itu.

Kami hampir2 terlnjur berziina pada malam itu. Dia cuba minta pada saya untuk melakukan hubungan s*ks. Tetapi saya tidak benarkan. Saya nampak dia seakan2 marah pada saya dengan keputusan saya tetapi dia control. Dia cakap kenapa saya x boleh sedangkan pada suami awak, awak berikan. Dia cakap kalau saya berikan pada suami maka dia juga nak seperti apa yang suami saya dapat dari saya. Kami terus menghentikan perbuatan terkutuk itu dan saya terus tidur dia juga balik ke katilnya.

Perhubungan kami tidak sekadar berhenti disitu. Menjelang pagi saya pulang ke rumah bersama anak2. Tetapi kami still call dan msg. Hubungan kami tidak terhenti disitu sahaja. Kerana saya masih rasa sygkan dia. Saya tahu yang dia juga sayangkan saya. Selepas itu kami still berhubung melalui call dan wasap.

Pada akhir bulan ogos 2015 kami sekali lagi merancang untuk berjumpa dan saya minta dia datang pada saya di tempat saya iaitu di pantai timur semenanjung. Dan dia setuju untuk datang pada saya.

Setibanya dia sampai di tempat saya. Dia check-in hotel. Kami x banyak keluar masa dia datang ke tempat saya kerana bimbang ternampak suami saya. Kami cuma banyak habiskan masa di dalam hotel bersama. Kali ini saya tidak bawa anak2 saya bersama. Semasa di dalam hotel kami just berbual dan melakukan hubungan biasa2 sahaja bak kata orang muda buat yang ringan2 je. Hari menjelang malam. Saya perlu pulang ke rumah kerana bimbang suami cari saya jika saya tidak pulang. Saya pun pulang ke rumah untuk bersama suami dan anak2 saya.

Pada malam hari saya bersama suami saya di bilik tidur kami. Suami saya minta untuk melakukan hubungan keelamin bersama saya. Tp saya tidak izinkan. Kerana saya mahu jaga hati dan permintaan lelaki itu jika saya x berikan pada lelaki itu maka pada suami saya pun lelaki itu x benarkan saya berikan. Dari itu suami saya berasa lain dengan saya dan mula menjejaki apa motif saya yang sebenarnya. Suami saya buka baju saya dan dengan tiba2 suami saya terkejut melihat terlalu banyak lovebite di badan saya. Suami saya mula mengamuk dan bertanya pada saya siapa yang lakukan. Saya diamkan diri tanpa jawab sebarang pertanyaan suami saya.

Saya bErgaaduh besar dengan suami malam itu. Suami ambil telefon saya dan cuba cari bukti. Ternyata jawapan nya ada didalam telefon saya. Saya terlupa padam segalanya yang ada di dalam telefon saya. Suami saya ambil keputusan untuk hubungi lelaki itu namun gagal kerana lelaki itu sudah tahu yang saya telah kantoi dengan suami saya. Leki itu blok saya di fb dan wasap mungkin kerana takut suami saya dapat kesan dia.

Tanpa berlengah lagi suami saya bawa saya berjumpa seorang ustaz untuk bertanyakan pada ustaz itu sama ada saya diguna2kan atau tidak. Ternyata jawapan dari ustaz itu pada suami saya. #saya

saya telah disihir kan oleh lelaki itu dengan cara lelaki itu gunakan gambar saya di fb untuk buatkan dna saya suka dan rasa sayang padanya. Alhamdulillah dengan berkat allah dari pertolongan ustaz itu saya berjaya diubati dari perbuatan sihir lelaki itu. Tapi sehingga kini saya x dapat kesan di mana lagi lelaki itu tinggal dan berada.

Sehingga sekarang saya masih trauma bila saya lihat dan ingat semula tempat2 yang saya pernah pergi bersama2 lelaki itu. Saya jadi marah dan fikiran x tenang bila saya fikirkan dia. Mungkin sekarang perbuatan sihir lelaki itu telah terputus dari saya. Bila saya fikir2 kan semula kenapa lah saya boleh tersangkut dengan laki tu. Padahal dia bukan hensem pun. Suami saya lebih hensem dari dia. Itulah mungkin sebab perbuatan sihir yang saya terima dari dia. Sekarang saya rasa sangat2 menyesal dengan perbuatan saya yang lalu.

Disini saya ingin menasihati pada semua wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin tolong lah jaga adab dan tolonglah jangan terlalu over pamerkan gambar2 sendiri di mediia s0sial terutamanya fcebook sehinggakan gambar kita itu akan membuatkan lelaki yang tengok tu berasa beraahi dan ingin merasa keenakan tubuh kita. Percayalah bahawa mata dan hati lelaki di luar sana x sama seperti mata dan hati wanita. .

Sekian dari saya aliya ( bkn nama sbnr )

Sumber dipetik dari kisah benar seorang isteri orang yang dihembus kan ke telinganya dengan ayat2 sihir oleh seorang lelaki supaya mencintai nya secara paksa dan melakukan dengan pelbagai cara dari lelaki itu yang berpunca dari sekeping gambar yang dimasukkan di laman sosial fcebook perempuan itu yang telah menarik perhatian seorang lelaki untuk memikatnya dengan cara yang salah. Sekadar perkongsian bersama