Isteri aku dipaksa pergi kursus oleh company. Dekat rumah, ini pula yang berlaku di antara aku dgn anak.

Isnin minggu lepas bini aku kena pegi kursus, kursus pertama dia lepas dpt kerja bulan 1 aritu. Anak anak tak dapat hantar pengasuh, pengasuh kena sakit mata satu keluarga. peh, time ni la nak sakit. aku cuak dah sebab takut tak terhandle jaga dua orang hero tu. anak ktorg boboiboy kuasa dua. Dua dua tengah melasak.

” abang boleh jaga tak ni? Betul boleh ni?” Soalan ni dekat 44 kali dia soal aku sblm tido. Aku nak jaga air muka, aku jawab ” boleh yang. Awak gi sekejap je kan. jgn risau lah”

Keesokan harinya, bermula la penderitaan aku, haha. bini aku keluar rumah seawal pkul 7 lebih. Time tu jugaklah anak aku 8bulan tu bangun. dia ni manja dengan mama nya, aku sampai tak tahu nak pujuk camna dah dia tanak susu botol min, aku takde susu original tu. Nasib baik dia nak minum pakai cawan. Baru nak rest, anak sulong bangun lagi haru. Habis sepah ruang tamu. lagi aku tegur lagi dia buat, bila dia tumpahkan bedak besepai depan tv min, aku give up. rasa nak call bini time tu min, aku perlukan ” sayap kanan ” ku. tengok jam baru pkul 10 pagi! Jatuhla air muka aku baru pkul 10 pagi dah call. tidak!

Aku tak pasti la budak budak ni saja nak uji papa ke, protes mama tak bawak sekali ke. Adoi, garu kepala aku min, camnelah bini aku hadap mende ni setiap pagi, setiap hari.

Paling sadis aku tak sempat pun nak breakfeast, terkejar kejar settle dua boboiboy tu. pkul 2 petang min, baru aku dapat mandi lepas anak tido. Tu pun mandi kerbau jek. takde mood aku nak mandi haha. Dahla kebulur tak makan ape pon lagi, nasib baiklah bini aku dah masakkan. Tinggal nak panas lauk je. siap masak nasik, aku cekik macam seminggu tak makan, nasik seperiuk tu aku habiskan. Tengok fon, bini Wasap .

” abang, kawan ni ajak teman jalan mall kejap, boleh tak. asar nanti saya balik ”

Apa?! Asar. ?!! 2 3 jam lagi tu…

” takpe yang, pergi lah. Abang izinkan ” ego sorang suami, padahal dah patah sebelah sayap ni.

Tiba tiba perut aku memulas pulak. ni mesti kes makan lambat, angin masuk. Aku baru nak memerut. dua2 tu bangun dah, adoi. ketuk ketuk pintu toilet, yang kecik meraung mcm nak gegar rumah. takleh jadi ni, aku tahan min, masukkan balik, jap lagi aku lepaskan semula.

Tengah pujuk anak, teringat baju dalam mesin tak jemur lagi! Pkul 4 dah masa tu, aku gi jemur sambil dukung yang kecik. abangnya paut betis aku min, mintak biskut. kenapa bang kau mintak biskut time ni. Aku tak habis habis tengok jam min, bila nak asar ni. bini aku pon takde call, taknak balik lagi ke? Aku dah separuh nyawa ni.

Anak aku yang kecik tu dduk dalam walker depan pintu. Agaknya tunggu mama dia, sedih pulak aku tengok.

Bila bini aku muncul depan pintu min, anak2 berlari pluk dia. masa tu aku rasa nak ikut join lari pluk mama. Dan sorak. ” yeyyy mama dah balikkkk ”

Hilang penat aku tengok bini balik min, lega. bolehla aku rest kejap. tapi tak sempat rest bini dah soal mcam2.

Kenapa rumah sepah ( padahal 10kali dah aku kemaskan mainan budak ni )

Kenapa baju anak kotor ( baju baru tukar la mama )

Kenapa adik nangis ( dah dia nak susu mama! )

Kenapa kenapa. adoi, aku malas nak jawab, penat dah. mood pn takdek nak layan. Malam tu anak anak dah tido, bini aku picitkan bahu. Aku tak suruh pon min, tapi bukan picit free. sekali dengan ceramah free aku dapat.

” penat kan bang, uruskan rumah dan anak anak? Walaupun abang tak cakap, saya blh nmpk abang penat. Apepon, terima kasih bang untuk semuanya yang abang buat harini”

Simple, tapi menusukkkkk menikam kalbu!

Selama 4tahun kawen ni, aku selalu lupa nak berterima kasih dengan bini.

Aku ingat dia dduk rumah semuanya okey.

Jaga anak sendiri. ok

Mengemas, memasak. ok

Memang dia rajin mengadu penat, stress, tak cukup rehat.

Tapi aku buat biasa je min, sebab orang lain pn surirumah jugak, lagi ramai anak. takde yang maati pon.

Rupanya aku silap, silap besar min!

Surirumah la kerja paling teruk aku pernah buat, penat dia double. kalau gi kerja penat jugak, hadap muka ketat bos, kerja bertimbun, balik jem. Sekurang kurangnya aku boleh makan dengan tenang.

memerut pn tenang takde orang nak ketuk ketuk pintu, masa solat takdek yang panjat belakang. Satu hari je min, Allah tegur aku. rupanya selama ni aku berlaku zaalim dengan isteri.

Aku bukan jenis makan luar min, aku tak pernah curang dari awal brcinta lg, bini aku tu satu satunya perempuan aku kenal n cinta. Aku tak pernah tengking, pkul dia min, sayang nak maati.

Tanggungjawab zahir batin aku bagi cukup.

Cuma aku kurang melayan dia punya luahan, aduan tiap hari, membebel benda yang sama tiap hari. aku buat buat dengar je la.

Korang yang bernama laki suami, ko jangan ingat ko la paling penat. tu kat rumah tu double penat wey, kalau bini ko keje, lagi zalimlah ko dari firaun kalau kau tak reti tolong bini kat rumah. Firaun bagi istana untuk bini tinggal, ko bagi rumah nak roboh pn malas tolong bini. Aku nak taubat dah ni. haha

Jom sayang bini masing masing, sayang bini orang tu neraka kirim salam!