Tak sedar penonton sedang mentertawakan diri sendiri. Ini sindiran pedas P.Ramlee dalam Filem 3 Abdul

Masih Tidak Dapat BR1M? Pemohonan Ditolak? Update Terkini!! Ini Peluang Kedua Anda.. Ini Apa Perlu Anda Buat

Masih Tidak Dapat BR1M? Pemohonan Ditolak? Update Terkini!! Ini Peluang Kedua Anda.. Ini Apa Perlu Anda Buat

Rata rata rakyat sudah pun menerima BR1M tetapi ada juga yang masih belum menerima walaupun dalam status BR1M adalah ditulis ‘Dalam Proses’. Fasa pertama sudah berakhir dan Fasa Kedua dan Ketiga akan dijalankan tahun ini juga dalam bulan Jun dan Ogos.
BR1M Tidak Diterima

CYBERJAYA: Orang ramai yang ditolak permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh mengemukakan rayuan bermula bulan depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tindakan seterusnya.

cara rayuan berada di artikel bawah

“Pemohon yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan mulai April ini.

“Ia bagi membolehkan LHDN melakukan proses terhadap rayuan dikemukakan pemohon,” katanya kepada media sempena Hari Hasil 2018 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah.

Tahun ini, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM6.3 bilion bagi pengagihan kepada kira-kira tujuh juta penerima BR1M di seluruh negara.

Fasa pertama pengagihan bulan ini bermula Isnin lalu iaitu secara berperingkat untuk tempoh seminggu manakala fasa seterusnya pada Jun serta Ogos.

Penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerima RM1,200, penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM900) manakala penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah (RM450).

Dalam perkembangan lain, Johari berkata, Malaysia masih menunggu pengenalan sistem cukai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) untuk industri baharu yang akan digunakan di negara ini.

Katanya, Malaysia menunggu untuk mempelajari mekanisme cukai dikendalikan negara membangun bagi industri baharu seperti syarikat penyedia platform dalam talian dari luar negara merangkumi Uber, Airbnb, Grab, Amazon dan Google.

“Ketika ini, negara OECD dan negara membangun belum menemui penyelesaian terbaik bagaimana untuk mengenakan cukai kepada industri baharu kerana ia adalah isu yang sangat rumit.

“Kita sedang belajar daripada mereka dan menunggu mekanisme yang akan mereka ada, kemudian kita bandingkan,” katanya.

Cukai ke atas syarikat berkenaan, katanya, turut berkait dengan undang-undang antarabangsa.

Justeru, Johari berkata, mekanisme digunakan mesti betul kerana ia adalah isu yang rumit.

“Ia bukan hanya kaedah mengenakan cukai kepada mereka tetapi juga berkait dengan undang-undang antarabangsa,” katanya.

SUMBER : BHARIAN ONLINE
CARA MEMBUAT RAYUAN BR1M
Masih Tidak Dapat BR1M? Pemohonan Ditolak? Update Terkini!! Ini Peluang Kedua Anda.. Ini Apa Perlu Anda Buat

Kerajaan telah membuka permohonan rayuan BR1M 2018 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kepada pemohon yang gagal dalam mendapat bantuan berkenaan.
TIDAK BOLEH ONLINE

Bagaimanapun, permohonan rayuan itu tidak boleh dikemukakan secara atas talian (online) dan ia perlu dibuat secara manual iaitu dengan menggunakan serta melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang rayuan

BORANG PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Permohonan Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia tidak boleh dibuat secara online kerana pemohon perlu sertakan beberapa salinan dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan / tanggungan terkini bagi menyokong permohonan rayuan mereka.

Tarikh Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2018 DibukaPermohonan Rayuan boleh dikemukakan oleh pemohon melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat bermula pada tarikh 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018

Sila Klik LinkJadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1MBagi pemohon yang mahu memuat turun (download) Borang Rayuan BR1M 2017 di internet,

Sila Klik LinkBorang Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018

Borang rayuan BR1M 2018 yang telah dilengkapkan dengan sempurna disertakan bersama salinan dokumen diperlukan hendaklah dihantar ke mana-mana saluran yang dinyatakan seperti diatasDengan menggunakan borang yang sama juga, penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat seperti nombor akaun, maklumat waris dan surat menyurat boleh berbuat demikian sepanjang tempoh rayuan dibuka.SUMBER : MySumber

Sebagai peringatan, jangan lupa sertakan pembuktian salinan dokumen diperlukan mengikut kod alasan tidak lulus sepertimana yang diberitahu dalam bahagian lampiran borang rayuan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *