DATUK K KONGSI NAMA SEMENTARA ANAK.

DATUK K KONGSI NAMA SEMENTARA ANAK.

DATUK K KONGSI NAMA SEMENTARA ANAK.

KUALA LUMPUR: Fatimah Az-Zahra dipilih sebagai panggilan sementara untuk bayi perempuan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di sini, pagi tadi.

Suami penyanyi itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu memberitahu, nama itu diambil sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

“Untuk tempoh seminggu ini, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi yang baru lahir ini.

‘Pilihan nama sudah ada… Kami akan umumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian,” kata Khalid kepada BH Online.

Tokoh korporat itu tampak teruja dan bersyukur ketika ditemui, sebentar tadi.

Ketika ditanya perasaannya ketika melihat zuriatnya itu di hadapan mata, Khalid mengaku sebak.

“Sudah lama saya menantikan kehadiran anak perempuan. Saat saya melafazkan ikamat di telinganya, ketika itulah perasaan sebak timbul.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-jemu mendoakan kesejahteraan Siti,” katanya.

Siti selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada jam 8.17 pagi tadi.

DATUK K KONGSI NAMA SEMENTARA ANAK.

Tanggal 1 Rejab, Penyanyi Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Anak Perempuan

DATUK K KONGSI NAMA SEMENTARA ANAK.

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 8.17 pagi tadi.

Siti melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

Melalui kenyataan yang dibuat pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti, 39, dan bayi berada dalam keadaan baik. Ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.

Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.

“Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi,” katanya yang turut menemani isteri kesayangannya itu di pusat perubatan berkenaan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat sementara waktu, Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu dan akan memgumumkan mengenai nama dan wajah anak mereka kelak.

Sumber- ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *