Poligami Je Mesti Org Cakap Suami Aku Jahat Or Madu Aku Suundal Menyondol Rumah Tangga Orang. Tp Sebenarnya Tidak.

Poligami itu tak salah, dan suami bukan hak milik kita yang mutlak.. Assalamualaikum admin Saya harap sangat penulisan saya pasal kisah hidup saya ni boleh disiarkan untuk kita sama sama muhasabah diri di bulan Mulia ni. Harap boleh sama sama ambik iktibar. Aku harap kisah aku boleh beri perspektif yang lain pada orang yang rasa selama ni poligami tu satu penganiayaan pada wanita. Tak, hukum Allah tu tak pernah salah, Cuma kita yang salah gunakan ia.

Aku adalah seorang isteri yang mana suami aku akhirnya jatuh cinta pada perempuan lain, dan akhirnya walaupun terluka aku relakan. Mesti orang akan cakap suami aku jahat , dan madu aku tu sndal sebab menyondol rumah tangga orang. Tapi di sini lah aku harap kisah aku boleh menyedarkan kita semua. Akan sebuah takdir. Akan hakikat, suami kita bukan hak milik kita yang mutlak, even anak anak, kawan, keluarga, mak ayah kita sekalipun. Kisah aku untuk aku jadikan pengajaran untuk kita semua,

kadang kadang apa yang berlaku itu sememangnya ketentuannya. Dan mungkin juga apa yang berlaku dalam kehidupan manusia berpoligami, sebenarnya bukan salah si madu atau si suami semata mata yang miang dan sndal. kita sebenarnya yang salah. Dan apabila hati suami berubah 50% kepada kita, 50% lagi kepada seorang lagi, mungkin itu kifarah kita sebab kita tak menjalankan tugas dan amanah kita dengan baik.Tapi ye lah, sebab kita susah nak terima tu salah kita, kita nak nampak tu salah suami kita, salah perempuan tu kononnya dah datang sebagai orang ketiga. Bagi aku, masing masing ketiga tiga manusia ni adalah silap nya dalam kisah aku. Tarik nafas. Semoga kisah saya ni boleh buat para pembaca berfikir….

Aku Fina. We have been married for 5 years waktu tu. Dah ada dua orang anak, waktu tu umur empat dan dua tahun. Waktu tu, kehidupan kami tak senang macam sekarang. Susah. Walaupun both of us bekerja, tapi still aku rasa hidup kami susah. Aku hanya ada kancil buruk, dan suami aku hanya ada kereta satria second hand. Dia kerja gomen, aku pun kerja gomen. Kalau ikut, tak patut ada masalah pun dari segi kewangan. Tapi aku tak sabar. Aku tak boleh sabar untuk ada rumah sendiri tak nak menyewa, aku tak boleh sabar bila suami aku hanya bagi nafkah yang sedikit waktu tu, aku yang buta dalam menilai sebenarnya. Dalam hati aku duk cakap, suami aku ni tak guna.

Aku tak nak menilai sekecil kecil pengorbanan suami aku untuk kami sekeluarga. Yang aku Nampak, Cuma pengorbanan aku. Sebab, nafkah untuk aku sikit, aku selalu persoalkan mana pergi duit dia. Waktu tu gaji dah 3 ribu mana pergi duit.. Nak beli tudung pun pakai duit aku sendiri. Nak beli handbeg pun duit aku sendiri. Nak harap dia belikan waktu birthday, memang mmpus sampai bila aku tak dapat. Gelang emas apatah lagi. Tapi, itulah suami aku yang aku kenal sejak di zaman university.

Zaman bercinta pun, dia ingat birthday aku, tapi untuk dia bagi hadiah tu memang bukan dia. Dia tunjuk dengan cara belanja makan. Dia tunjuk sayang dia dengan jaga kita, pastikan barang keperluan kita cukup, rumah selesa. Tapi yang aku Nampak, aku nak hadiah dari dia. Walaupun tak mahal. Ye lah, isteri. Memang nak merasa semua tu macam orang lain dapat hadiah macam macam waktu birthday. Aku tak. So waktu ni, aku mula memberontak. Aku silap dalam melihat sekecil kecil pengorbanan dia. Aku pentingkan diri sendiri.

So bila tak tahan kononnya hidup macam ni, padahal kita orang okay je makan pakai cukup, cuma aku yang merasa tak pernah cukup.. aku bagitahu suami aku yang aku nak bisnes online. Melabur sikit, pergi kelas bisnes and mula jual produk. Mulanya dia macam berat sebab dia takut tak laku ke ape, ye lah nak melabur bukan senang nanti nak buat loan nak bayar tu lagi, takut rugi lagi la merana. Tapi aku degil. Nasihat dia buat aku panas. Dia tak faham ke aku nak tolong dia cari duit lebih. Dia tak faham ke aku nak berkorban untuk dia. Aku sepatutnya dia tanggung, tapi tak dapat nafkah cukup pun. So, walaupun berat hati dia benarkan jugak.

Aku apa lagi, dah jumpa kawan bisnes pergi la buat loan gomen memang senang loan and semua prosedur nak start bisnes online kawan aku ni la yang ajak aku buat loan untuk bisnes online ni kat tempat kerja. Tengok dia hidup mewah pakai beg kasut tudung baju semua branded, aku teruja . Semua macam best. Ada jatuh bangun dalam bisnes, but I keep going. Mula Nampak hasil. Mula Nampak untung.

Tapi sebenarnya. Ada sesuatu yang aku hilang. Ada sesuatu yang aku buat silap. Mereka terabai. Suami aku ni suami yang baik sebenarnya. Walaupun dia tak kaya, tapi dia tolong basuh baju, sidai baju, layan anak, dia akan tolong basuh kereta, kemas laman belakang. Okay dah tu kan… Aku just kemas rumah, masak, lipat baju, layan anak sikit sikit. Tapi bila sibuk bisnes online ni aku tak ada masa untuk mereka. Balik kerja petang dah penat, aku akan tidur. Suami la yang layan anak aku sofia dan safiyya waktu tu. bangun pukul 6.30 petang baru nak masak. Lepas masak, aku akan masuk bilik. Mengadap fon. Promote barang, sibuk dengan whatsapp family, layan customer. Anak aku dengan suami aku sampai la anak-anak aku tidur. Baju suami dan baju suami jangan risau, aku hantar dobi untuk iron seminggu terus.

Suami aku sebenarnya dah berapa kali tegur, nak bisnes boleh. Tapi jangan sampai mengabaikan anak. Since anak aku tak menyusu badan, lagi la aku memang serahkan pada dia untuk uruskan anak. Tapi bagi aku, dia tak faham. Suami aku tak faham aku cuba berkorban untuk keluarga. Setiap kali itu la topik kami gaduh, aku tak nak kalah. Last last, dia diamkan aja. Tapi sebenarnya, itu lah yang menyebabkan dia sunyi. Suami aku jenis tak suka marah marah, dia berhati lembut dan penyabar. Tu yang dia diamkan aja dan aku, rasa menang. Lama lama aku jadi malas nak layan dia. Handphone dan bisnes tu la yang bawak aku jauh dari dia, safiyya dan sofia.

Memang best bisnes bila untung. Aku beli tudung ariani, coach, prada, kasut sembonia semua branded la pendek kata. Aku beli barang dapur, perabot rumah. Dalam pandangan aku, suami aku tak boleh harap. Suami useless. Walhal sebenarnya aku yang buta dalam menilai. Suami aku kumpul duit sikit sikit tak nak berhutang banyak sangat. Dia nak buat satu satu sampai la gaji kami stabil.Dia tak nak berhutang dengan buat loan untuk beli perabot rumah. Slow slow, dia dapat beli kereta second hand Persona. Okay la tu dari naik kereta kecik tu. Anak anak dah nak membesar.

Tapi once aku dah mula rasa senang buat loan, aku buat lagi loan. Untuk tolong adik beradik aku pulak. Aku tak fikir pun pasal suami, dan anak-anak. Bagi aku, tu tanggungjawab dia. Suami la fikir macam mana nak cari duit nak renovate rumah. Aku mula buat loan tanpa pengetahuan dia. Sebab bagi aku tak salah. Aku nak tolong family, lagipun tu duit aku. Bisnes pun rancak so aku tak rasa akan sontok duit someday.
Seronok. Seronok bisnes laku. Seronok dapat duit banyak. Aku jadi taksub dengan material.

Dia dah berapa kali nasihat jangan beli beg lagi, jangan beli tudung baju lagi. Tapi aku cakap, tu duit aku. Aku kerja penat untuk dapat semua tu. Why not aku reward diri. Sebenarnya, untung bisnes sampai situ je, selebihnya duit loan aku gunakan untuk aku shopping sana sini, untuk aku beli mana patut. Tapi aku beli perabot pun share share duit dengan dia. Just, dalam hati aku rasa aku yang tanggung keluarga ni sekarang. Aku dah tak nampak semua pengorbanan dia yang lain. Aku lupa satu hal, kewangan dia. Aku langsung tak pernah tanya dia ada duit ke tak.

Aku buat loan lagi untuk pelaburan emas. Adik aku yang ajak, bila aku bagitahu suami dia tak setuju. Memang tak setuju sebab dia takut tu MLM. Tapi entah kenapa aku degil waktu tu, maybe aku rasa dia ni hanya mengongkong aku, tak pernah nak sokong apa aku buat, so aku buat senyap senyap loan untuk melabur emas kat bank. Aku dah nusyuz sebenarnya sebab telah membelakangkan dia. Balasan aku dapat, bisnes aku lingkup. Aku terpaksa buat loan demi loan untuk keluarkan emas tu. Mungkin jugak aku taksub nak buat pelaburan tu, sebab tengok kawan kawan dapat gelang dari suami masing masing.

Aku sepanjang kahwin tu je la gelang kaki dan cincin. Aku kecewa. Sangat kecewa. Tu yang aku rasa tak salah aku buat loan. Aku buat loan lagi, duit saving loan asb pun lesap entah kemana. Aku tolong adik adik aku tanpa pengetahuan dia, aku buat itu ini tanpa pengetahuan dia. Sampai la aku sendiri yang sesak. Bisnes dah tak berapa nak jalan. Mungkin itu balasan Tuhan. Berkat aku sebagai isteri hilang. Sempit duit. Sebab aku tipu suami.Nikmat aku sebagai isteri hilang. Aku hilang ketenangan. Tapi aku tak rasa bersalah sangat waktu tu. Aku fikir, aku buat demi keluarga. Dia yang tak bagi nafkah pada aku.

Bila jadi macam ni aku lagi la salahkan suami tak bagi nafkah. Tapi aku lupa, dia pun ada hutang ptptn dia nak bayar, masih ada mak ayah jauh di sabah nak kena kirim duit, masih nak belajar saving duit untuk stabilkan hidup kami. Dia yang bayar semua bil astro streamyx elektrik air dan insuran anak. Dia beli barang basah kat pasar setiap minggu, dia beli keperluan rumah, apa yang rosak dia akan beli and baiki. Kenapa lah aku cukup buta nak nampak semua tu.
Yang aku tahu, marah. Duit cash nafkah tak bagi kat aku.

Aku tak nampak nafkah tu dah diberi sebenarnya. Ubat bila aku sakit, dia belikan, baju anak dia belikan, baju raya aku dan anak dia belika setiap tahun, makanan petang dia belikan sebab aku dah jadi jarang masak kat umah bila penat. Aku jadi dingin dengan dia. Aku rasa dia tak faham aku. Aku penat urus keluarga. Tapi sebenarnya aku penat dengan hutang loan, dengan kesempitan duit, dengan masalah aku sendiri. Tapi aku yang tak dengar nasihat, still aku hanya nampak salah dia. Nafkah batin dia aku abaikan dengan alasan penat. Tangan dia pun aku dah tak pegang lagi dengan alasan tangan dia kasar, sakit bila dia pegang. Kami jadi dingin.

Aku dunia aku, buat tugas isteri mana yang patut, pukul 9 malam dah tidur anak dan suami pandai pandai la survive sendiri. Yang jauh dari mereka itu aku. Leka dengan dunia aku. Dunia shopping, dunia kemewahan. Loan sana loan sini sampai rosak payslip aku. Waktu ni kami baru dapat beli rumah sendiri. Joint loan dengan suami. Mungkin aku juga hilang berkat sebagai isteri bermula di sini. Dia sunyi. Sofia Safiyya sunyi tanpa perhatian ibu dia. Aku jadi sangat dingin. Kemuncak dia, aku dah tak layan lagi suami aku. Nafkah batin memang tak de langsung sampai dia yang terhegeh hegeh minta, kemesraan tu dah tiada. Dia dah biasa hidup sendiri dengan anak- anak.

Dah biasa hidup tanpa perhatian dari aku. Tapi aku cakap, dia yang tak beri perhatian yang cukup untuk aku. Suami tak guna. Tapi aku tak fikir , kenapa jadi macam tu? Ya, sebab aku tak mesra dengan suami. Sebab yang halal untuk hubungan suami isteri dia tak dapat, dia jadi dingin. Betapa selama mana dia kecik hati dengan aku sebab tolak permintaan dia tanpa alasan kukuh kecuali penat, selama tu sebenarnya aku nusyuz pada suami sendiri. Still, aku Nampak dia yang salah sebab dingin.

Suami aku tetap tenang. Rupanya tenang dia, adalah tenang kesunyian. Dua tahun camtu memang jarang aku bagi suami aku sentuh aku entah kenapa aku jadi sampai macam tu sekali. Aku sayang, tapi entah. Kecewa mungkin dengan sikap dia sebab aku yang tak pandai menilai pengorbanan dia. Bila dia cakap dia tak ada duit, aku marah. Aku tak pernah duduk dengan dia bajet financial dia dan aku.Aku tak pernah cuba untuk faham dia, dia faham aku. Then, go on hidup kami macam ni.. Sampai la suatu hari, kantoi message seorang perempuan. Terdetik nak bukak message dia..

Punya la aku tak hirau suami, sampai aku tak check pun fon suami aku. Aku yang buka ruang untuk dia mula sayang orang lain Bila aku baca message tu aku kecewa So bila dia mengaku aku mengamuk macam singa afrika. Jantan tak guna. Suami ajak bincang bila aku dah reda kemarahan aku. Dia cerita satu persatu macam mana dan kenapa semua tu berlaku. Dia nak kahwin dengan perempuan tu, dan nak bagitahu aku, mereka dah plan nak jumpa aku bagitahu akan hubungan mereka… Tapi dah kantoi awal. Mungkin juga ini aturan Allah untuk gerakkan hati aku baca message tu.

Tamparan hebat untuk aku. Cukup hebat. Waktu ni aku cuma nampak salah dia Dia salah Aku ungkit semuanya Aku suruh dia pilih, antara aku ke perempuan tu. Kalau tak dia akan hilang anak sofia dan safiyya. Dia mintak kami masing masing muhasabah diri. Aku dan dia ambik ruang bertenang.

Aku bagitahu kawan baik dan adik yang aku rapat pasal ni. Mak ayah aku pun aku bagitahu. Dia tenang macam biasa. Semua suruh aku ugut suami aku macam tu. Pilih, aku ke perempuan tu.

Sampai la suatu hari kawan rapat aku tu datang jumpa aku. Kami berbincang pasal ni sebab aku dah tak boleh fikir. Ayat pertama kawan aku, istikarah. Jangan biarkan nafsu, amarah, dan orang lain pengaruhi semuanya. Masing masing silap di sini termasuk aku katanya. Kenapa punca semua ni berlaku. Sebab dia ke, sebab aku. Tergamam jugak la, masa tu nak marah kawan baik sendiri tak faham aku. Wait. Aku dengar jugak penjelasan dia.Aisya tanya aku,

“ what if since the beginning it is your fault. Kau sibuk dengan dunia kau. Kau buat loan tak bagitahu suami, kau nusyuz. Apa perasaan kau kalau kau di tempat suami kau? Kau beli itu ini walaupun dia dah berapa kali nasihat. Walaupun dia dah berapa kali mintak kau jangan terlalu hadap fon tu, jangan terlalu kejar bisnes or emas semua tu. Kau salah kan dia. Tapi pernah ke nafkah wajib kau dia tak tunaikan? Makanan pakai rumah semua ada. Mungkin kau rasa semua tu tak salah, tapi dalam Islam tu salah. Membelakangkan suami walaupun kau nak beri duit pada mak ayah kau tu pun salah walaupun itu duit kau. Pergi belajar balik hukum agama.

Dia silap sebab curang. What about silap kau? Aku kenal suami kau aku kenal kau sejak university lagi. Aku tahu dia setia, dia suami dan ayah yang baik. Aku kenal korang sama sama kat university. Dia bukan kaki perempuan. Dia sabar selama ni dengan perangai kau. Tapi sabar manusia tu pun ada limit. Kalau tak dihargai macam tu, mana tak buat perangai. Kau fikir kau sorang je perlu perhatian, nak kena faham kau.. what about him? Pernah tanya masalah dia? Pernah ajak dia balik sabah jenguk mak ayah? Sedangkan dia sepatutnya di sana sebagai anak lelaki di sana tempat dia.

Tapi dia pindah dari penang ke KL hanya untuk kau dekat dengan keluarga kau. Pernah kau hargai pengorbanan dia? Mungkin bukan kemewahan yang dia mampu berikan tapi dia dah tolong kau buat kerja rumah, tolong jaga anak, jaga kau dengan baik. Apa lagi yang kurang Fina? Kau yang tak pandai menilai. Kau sibuk salahkan dia. Kalau dia tak hiraukan kau, what about you?? Ada kau hirau dia? I have seen you changed my friend. You only gone too far from their life, but from me too“

Waktu ni baru aku flashback balik semua silap aku. Ye, mostly silap aku. Punca dia aku. Suami aku tu aku kenal macam mana. Bukan kaki perempuan. Bukan pemalas. Rajin. Terdiam aku depan Aisya. Malu pun ada.
Aisya tambah lagi , yang ni aku paling tergamam. “ buat la istikarah. Minta la petunjuk. Fix your mistake. Mungkin yang berlaku ni adalah kifarah dosa dosa lalu kau abaikan suami kau. Kau mungkin boleh ugut suami kau untuk kembali pada kau, tinggalkan perempuan tu.. gunakan anak kau untuk dapatkan kembali suami kau.

But will it be the same? Kau hanya hidup dalam pura pura. Kau mungkin dapat suami kau balik, tapi sebenarnya sayang dan cinta suami kau dah terbahagi dua. 50 untuk kau, 50 untuk perempuan tu. Perempuan tu dah isi kekosongan hati dia sewaktu kau tiada. When you gone with your own world. Adil ke untuk perempuan tu move on sendiri. Sakit. Sama sakit seperti kau rasa sekarang. Kau boleh cakap dia silap sebab melayan suami kau yang sunyi, but what if, dia melayan tu jugak adalah gerak hati dari Tuhan untuk takdirkan begini. Untuk dia balas message suami kau waktu dulu.

Untuk jentik hati kau untuk berubah. Masing masing silap di sini. Why not fix the mistake. Biarlah suami kau bertanggungjawab , dia dah heret dia ke hulu ke hilir dating, jangan sebab kau pentingkan diri, tak nak terima silap kau. Kau ugut dia macam ni. Mana tahu, perempuan tu hanya mangsa keadaan masalah kalian. Nak ke kalau dia doa , suatu masa anak kau pulak rasa apa kau rasa. Kau ingat semua perempuan ni nak ke sayang suami orang. But why it happened, sometimes salah pihak ketiga yang buka ruang”

“Maafkan lah suami kau. He is a good husband. Unless memang suami kau tak guna, kaki betina. Nafkah langsung tak bagi. Berfoya foya. Tapi ni tak. Dia ada keluar rumah ke waktu weekend? Tak. Kau yang selalu pergi sana sini aku tengok. Sibuk bisnes kononnya. Mohon petunjuk Allah. Andai lebih berat untuk bermadu, terimala. Anggap ni harga kau perlu bayar untuk silap lalu kau. I think he can be a good husband walaupun berpoligami. Kau ugut macam ni pun kau tipu diri je Fina. Hati dia memang ada perempuan tu sampai la dia tua. Memori dia dan perempuan tu ada sampai la bila bila. Lagi kau ugut macam ni, kau ego sebenarnya.

Kau pentingkan diri. Kalau adik perempuan kau adalah perempuan tu. Apa kau rasa? Marah. Kecewa? Lagi kau ugut, kau memang akan menang sebab dia akan pilih kau demi anak – anak, but you will never win his heart anymore. The broken glass is not easy to fix, walaupun kau boleh berubah 360 darjah jadi isteri yang baik, but it wont be the same. Perempuan tu ada di hati dia sampai bila bila. Seronok hidup macam tu? Dia hidup dengan kau sampai tu, tapi dalam hati dia tetap ada tempat istimewa untuk perempuan tu. Sebab perempuan tu la yang ada waktu dia sunyi.. “

So aku mohon petunjuk. Memang lebih berat kepada aku harus benarkan suami aku kahwin dengan dia. Susah aku terima, tapi lama lama aku nampak hikmah Dia. Betullah, tunding jari kat diri sendiri sebelum tunding jari kat orang lain. Aku bersyukur dengan nasihat Aisya. Kalau ikut nafsu dan ikut perasaan pentingkan diri, aku mungkin hidup dengan penipuan. Suami aku milik aku, tapi bukan sepenuhnya hati dia aku miliki.

Betapa aku pentingkan diri sendiri. Sanggup ambik risiko nak pisahkan Sofia dengan ayah. Sanggup nak tengok sofia membesar tanpa ayah. Kalau suatu hari Sofia tanya kenapa mama daddy berpisah, aku cakap sebab daddy ada perempuan lain, Sofia mungkin membesar dengan perasaan benci pada ayah dia. Berapa banyak kes anak hasil penceraian yang anak mereka rosak. I dont want that to happen to Sofia and Safiyya. Cari daddy baru untuk sofia dan sadiyya? Kasih sayang ayah kandung tak sama macam ayah tiri. Kita semua silap.
Kita dah dewasa. Perlu kah aku korbankan jiwa kecil itu hanya kerana pentingkan perasaan sendiri? Sedangkan masing masing punya silap, and aku yang punca sebenarnya sekalipun aku boleh menidakkan kebenaran tu, yang aku sebenarnya yang nusyuz. Kalau aku tak ikut nasihat aisya untuk redha, untuk istikarah, mesti aku dah end up sama ada bercerai or aku still dapat suami aku, but Aku hidup dengan menipu diri sendiri. Suami aku bukan sepenuhnya lagi milik aku akan hatinya.

Aku boleh je block nombor perempuan tu, halang mereka dari berjumpa, delete gambar and message mereka, buat apa saja untuk buang perempuan tu dari hidup suami, tapi adil untuk suami dan perempuan tu? Silap aku , tapi mereka yang tanggung. Kalau cakap tu salah mereka, aku pun salah. Aku lagi salah. Pertemuan ni bila dua jiwa itu kosong dan ketandusan perhatian. At least, aku tahu suami dan perempuan tu memang tak de niat lain melainkan berkongsi kasih. Kalau perempuan tu jahat, dah lama dia cari suami perempuan lain sebab aku tahu suami aku tak mampu dari segi kewangan. Tapi lepas aku gagahkan diri jugak jumpa perempuan tu, duduk berbincang,

( lepas aku dah tenang, lepas aku dah istikarah.. walaupun perit tapi hati aku lebih berat untuk merelakan suami aku kahwin dengan dia ), baru aku tahu yang dia tahu suami aku tak mampu. Tapi dia rela terima, yang penting suami aku boleh jaga dia dan bimbing dia. Dia ikhlas susah senang dengan suami aku. Aku baru tahu juga perempuan ni yang tolong bukakkan akaun tabung haji dan asb untuk sofia and safiyya.

See, kalau dia jahat dan suami aku pun jahat, buat apa dia sayang anak-anak aku, dah lama mereka berdua kahwin senyap senyap kat Thailand. Mungkin dengan kantoi message tu sebenarnya gerak geri Allah untuk permudahkan urusan mereka. Sampai bila nak biar suami aku dalam maksiat berhubungan dengan perempuan tu.
Nasib baik waktu aku tak bagi nafkah batin tu dalam tempoh dua tiga tahun tu suami aku masih sabar dan tak buat silap layan pelacur ke. KL ni nak layan pelacur senang je. Tapi tak, silap dia cari perempuan lain yang ada untuk dengar kesunyiaan dia dan terjatuh sayang pada dia. Aku pun turut berdosa sebab buat suami aku berdosa.

Suami aku curang, mana tahu pernah ringan ringan ke dengan perempuan tu sebab tak dapat layanan dari aku, mana tahu sebab aku mereka dah pernah berzina ke.. So, secara tak langsung aku turut berdosa sebab aku, suami aku buat dosa zina. Sebab lelaki satu nafsu je, yang halal depan mata tak dapat,, memang susah nak avoid. Suami aku bukan kaki perempuan, tapi dia juga manusia biasa yang ada nafsu. So lepas bincang, berat hati, tapi aku relakan. Sebab aku sendiri pun tak nak tipu diri aku, aku berubah macam mana sekalipun, still hati suami aku ada ruang khas untuk perempuan tu. Aku boleh kongkong suami, tapi aku tak boleh buang sayang dan memori dia dengan perempuan tu. Sebab perempuan baik. Aku boleh Nampak kebaikan dia untuk anak-anak aku.

Perempuan jahat dah fikir nak jauhkan aku dari keluarga, tapi dia beri kasih sayang yang aku tak beri sebagai ibu. Adil ke untuk dia? Aku rasa aku dah beri yang terbaik untuk family aku, dah masak dah kemas rumah dah itu ini dah sabar dengan suami aku, but is it enough? Waktu aku sibuk dengan family aku, aku abaikan anak anak dan suami. Aku sibuk hadap fon, ada ke aku makan sama sama dengan family,, ada tapi jarang..

Family aku , kawan kawan tentang keputusan aku except Aisya. Ni la kawan yang berfikiran waras aku kira.
Alhamdulillah. Aku terima madu aku. Aku perbaiki diri. Dalami ilmu agama. Layan suami aku elok elok My children have two moms. Bila buntu istikarah lah. Jangan ikut sangat nasihat orang. Serahkan lah pada Allah sekalipun jawapan istikarah kau bukan berpihak pada kau. Letak sepenuhnya kepercayaan pada Dia.

Minta yang baik baik. My husband still a good husband to me and to her. Poligami tu tak salah jangan menidakkan yang hukum, dan aku masih diberi peluang untuk perbaiki silap aku, silap suami dan nasib perempuan tu terbela. Maybe ada yang tak setuju. Well , it is up to you. Kita jangan pentingkan diri. Itu sahaja kuncinya. Muhasabah diri sentiasa. Kadang kadang punca tu dari kita. Thank you. Again, istikarahlah bila buntu.. sekalipun perit, tapi letakkan lah sepenuh harapan tu pada Dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *