Ya aku mula tanam nenas dibelakang rumah selepas mama lari ikut lelaki lain

Kehidupan rumah tangga bukanlah muda. Pasti ada masa-masa yang kita perlu menghadapi cabaran dan dugaan. Oleh itu,seorang suami atau isteri perlulah bersabar untuk menharungi kehidupan bersama. Ketika inilah kesetiaan pasangan teruji.Berikut adalah kisah sebuah keluarga yang miskin yang menyentuh hati. Semoga kisah ini memberi pengajaran buat kita.

10 tahun yg lalu. Bapa saya bekerja sebagai pemandu peribadi seorg ahli perniagaan… Mama saya pula suri rumah.. masa itu gaji bapa saya cuma rm500…. memang x cukup.. mama saya selalu marah2… adik saya masa itu baru 1 bulan…

Mama selalu maraah… gaaduuh dengan bapa… bapa diam.. kadang balik kerja kena bebel… makan kena ungkit… saya masa itu berumur 17 tahun.. Kadang saya menaangis sebab kasihan tengok bapa… mama saya maraah2 tak mahu jaga adik saya yang kecil…. bapa penat tapi tengah malam tetap bgun buat susu dan buai adk.. tersenguk2 kepalanya… mama dekat bilik tidur bapa dekat ruang tamu…

1 hari….bapa dan majikannya kemalangan.. Bapa cedera ringan tapi majikannya meninggal dunia.. si isteri majikan bertindak saman bapa.. dan mahu bapa di penjaara atas tuduhan kecuaian mnyebabkan kemaatian suaminya… Kami tidak berduit.. x mampu membela diri.. duit lebih berkuasa….

Dalam masa yg sama mama lari rumah.. dengar dari makcik2 mama lari dengan cina tauke kedai. tidak hairan la mama memang cantik.. Bapa dipenjaara selama 3 tahun… Saya yg baru lepas spm terkontang kanting…. menaangis tidak berdaya saya memeluk papa smbil mndukung adik yg baru berusia 2 bulan masa itu..

Saya x pernah lupa tangisaan bapa… x pernah lupa renungan sayuunya ketika itu.. x terluah apa2 dari bibirnya.. Saya???? dimana tujuan saya? Ada org yg berniat mgmbil adk saya.. tapi biarlah.. saya x mahu… saya sayang adik.. Akhirnya makck dpan rumah suruh jaga anak dia dgan gaji rm280 sebulan.. Dengan duit itulah saya beli susu dan makanan kami…sayalah kakak sayalah mama dan bapa kpda adik saya…

Saya smpan duit utk tambang lawat bapa di penjaara..stiapa kali itu jugalah saya menangis tidak bersuara mngengam tangan bapa yg kurus…. 1 tahun berlalu.. makcik x mengupah saya lagi kerana dia sudah pindah ke bandar… saya hilang mata pencarian…

Apa saya buat… saya bersihkan tanah belakang rumah dan tanam lada padi dan lada putih… Kmudian jual di kedai kg itu… Mulanya memg sush tapi lama kelamaan saya semakn semangat bercuck tanam… saya beli benih macam2 sayur… Terung, labu,petola dan macam2 lagi..

Saya juga tanam nenas dan pisang..lama kelamaan ada org borong.. Pendapatn sebulan boleh cecah rm800 masa itu cukup besar bagi saya… Walupun saya perempuan tapi keperluan mlintasi keupayaan.. Adik saya yg masih kcil lah pnguat semangat saya… jangan kata saya x pernah mnangis.. tidak mudah semuanya sperti mnaip cerita ini.

3 tahun kmudian… Bapa dbebaskan… saya masih ingat reaksi bapa.. dia mnangis d depan pintu.. Adanya bapa kebun sayur dan kebun pisang nenas saya semakin besar… Bapa bekerja sungguh2..kehidupan kami beransur baik…. Tidak apalah tanpa mama saya tetap boleh mnjaga kluarga saya..

Kini saya seorang usahawan berjaya… Terima kasih Tuhan…kepada mama.. terima kasih sebab menjadikan saya insan yg tabah dan cekal..buat bapa….. saya sayang bapa dan terima kasih ats sgalnya…adikku.. smoga kau mnjdi insan berjaya dan cekal seprti bapa..buat semua Tabahlah dan jangan mengalah walau apa pun rintangan..

Sumber: Viral Media Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *