Masa ayah tengok gambar lelaki tu mengigil lutut sampai terduduk. Kami semua pelik. Ayah sampai menjerit..

Assalamualaikum semua. Terima kasih kalau cerita aku ni di terima. Ceruta aku ni agak serupa drama. Tapi baru beberapa bulan terjadi. Aku ada 3 adik beradik akak aku 2 orang dan aku sorang lelaki. Yang besarkan kami ni ayah. Ibu aku dah mennggal waktu aku umur 6 tahun.

Awal tahun haritu, Angah aku ni dah kasi tahu kami sekeluarga yang di dengan kekasih dia rancang nak bertunang. Sepatutnya bulan syawal haritu. Tapi tak kesampaian. Cerita dia macam ni, kami ni memang dah kenal dengan boyfriend Angah. Dah 3 tahun diorang kenal. Aku pun kenal dengan adik perempuan dia, sebab kami belajar dekat U yang sama.

Keluarga lelaki ni, ada 4 adik beradik. Ayah kandung dia dah meninggal dan membesar dengan ayah tiri. Akak aku pernah kasi tahu, yang lelaki ni cakap ayah kandung dia meninggal sebab sakit. Jadi kami sekeluarga pun okay. Sebab dah jumpa banyak kali juga, waktu raya lah waktu majlis lain.

Sampai satu hari, adik perempuan dia ni Sarah (bukan nama sebenar) ni satu sekolah dengan housemate aku. Jadi bila tengah borak ni, kawan aku ni dia buka satu kisah. Katanya rumors entah betul ke tidak. Dia cakap waktu sekolah dulu ada budak taman dia cakap yang sarah ni anak Banduan. Kiranya, Ayah dia masuk penjara. Jadi aku tanya kawan aku mana kau tahu. Dia pun buka lah cerita zaman dia sekolah dulu. Bab ejek mengejek tu semua. Aku pun setakat dengar je. percayanya tidak.

Aku tak ada pula tanya Angah pasal cerita Banduan tu. Tapi aku tak sengaja terborak hal tu dengan Along aku. Along aku cuma cakap , ” ish tak elok mengata orang yang dah meninggal. ” Aku pun minta maaf iyalah salah aku. Tapi rupanya Along aku ni dia curious, jadi Along pun kumpul maklumat dan kaji latar belakang bf angah. Di sebabkan circle kerja akak aku yang agak “mystery” jadi dia dapat maklumat tu sekejap je.

Aku sebenarnya tak tahu yang Along aku siasat latar belakang lelaki tu. Sampai lah satu hari, waktu ni dekat kampung. Along aku cakap dia ada hal mustahak nak cakap. Ayah kami pun ada dekat situ. Along aku ni jarang serius tapi kalau dia buat muka dengan nada serius tu makna dia memang hal betul betul serius. Jadi along tunjuk satu gambar.

Gambar lelaki, waktu ayah aku tengok je gambar lelaki tu mengigil lutut sampai terduduk. Kami semua ni terkejut. Ayah sampai menjerit-jerit. “Mana dapat gambar ni!” Banyak kali dia ulang tanya Along. Along pun bagi satu fail ni. Sebelum nak buka ni, along kasi tahu. “Yang itu gambar dan fail ayah kandung fazli (bukan nama sebenar)” ayah kita orang ni dah speechless dia terduduk dekat lantai.

Angah pun bila baca fail tu dia mengigil tangan menangis. Aku pun bila dah dapat tahu terus terdiam tak tahu nak cakap apa.Ayah kandung Fazli ni bukan mennggal sebab sakit. Tapi dia meninggal sebab hukuman gntung sampai mti jnayah dia sebab mergol dan membnuh. Kalau setakat itu je kami tak ada masalah. Tapi bila baca details tu, rupanya mangsa yang ayah fazli ni rgol dan bnuh ialah nama Ibu kami. Isteri ayah aku.

Awal tahun 2000, ibu aku yang balik kerja waktu petang. Kena rgol dan bnuh dekat rumah kosong. Bila siasat seminggu lepastu jumpa saspek utama dan undang-undang jatuhkan pesalah tu hukuman gntung sampai mti. Lepas dapat tahu tu, semua tak tahu nak cakap apa. Aku tergamam. Angah aku lagilah menangis menjerit-jerit panggil nama ibu.

Kalau ikutkan fazli memang tak bersalah, yang bersalah tu ayah kandung dia. Tapi kebenaran dan kebetulan ni memang pahit sangat. Nak telan pun tak mampu. Angah aku explain dekat fazli hal ni. Dia pun speechless. Keluarga dia mak dia semua speechless.

Aku pun terserempak dengan Sarah tak tahu nak cakap apa. Biasa kalau jumpa ada lah juga borak. Tapi sekarang dah tak dapat. Ada macam satu dinding yang block. Ada sekali borak, itupun sarah cakap “sorry” aku pun tak ada lah nak salahkan sarah ke abang dia atau keluarga dia. Tapi bila dapat tahu benda macam ni kau nak pilih side mana pun pening. Angah aku tu lagi lah, jarang dah contact dengan Fazli.

Sekarang keluarga aku dengan keluarga diorang ni dah ada satu dinding besar yang masing-masing tak tahu macam mana nak runtuhkan. Sarah pun bila nampak aku dia mengelak, dia pernah cakap yang dia dengan keluarga dia rasa bersalah dan tak tahu nak buat apa sama dengan aku sekeluarga. Jadi benda ni dah berlarutan sampai sekarang. Angah aku dia cakap dah jarang langsung contact dengan si Fazli sebab relationship diorang jadi awkward.

Awalnya cerita ini memang agak panjang. Tapi di sebabkan ada beberapa details yang aku rasa aib keluarga aku. Jadi aku padam. Aku sekeluarga sekarang keliru. Ayah aku pernah kasitahu Angah, dia tak ada masalah kalau angah nak teruskan hubungan dia. Yang salah ayah dia bukan anak dia. Tapi itulah Angah sendiri pun kasitahu dia confuse.

– Ikram kredit iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *