Aku da hamilkan zuriat dia. Ingat dia duda je rupanya suami orang. Berdosa aku dgn isterinya.

Suami orang aku sangka duda. 3 bulan kami menjalinkan hubungan. Tanpa ada sedikit pun syak wasangka atau rasa ragu2. Diawal perkenalan kami, saya akui bahawa saya seorang janda beranak dua. Teman lelaki saya juga akui bahawa dia duda beranak dua seperti saya.

Waktu itu saya menyimpan harapan yang sangat tinggi pada dia kerana sebelum ini ramai yang cuba mendekati saya semuanya dari kalangan suami orang. Saya bersyukur kerana saya dipertemukan dengan seorang duda. Saya sendiri telah berusaha sehabis baik untuk cuba elak dari terjerat cinta suami orang. Saya betul2 sukakan dia. Dia bukan lah seorang lelaki2 yang kaya dan berharta.

Hanya dengan motor buruknya, saya tetap sukakan dia. Saya nampak kesungguhan dia dan saya dapat rasa kasih sayang dari dia. Soal duit atau harta ataupun kesenangan itu bukan lah satu isu yang besar bagi saya.

Kerana bagi saya, rezeki itu dari Allah. Jika kita berusaha, Allah pasti bantu. Sehinggalah pada satu hari pergerakan dan tingkah lakunya tidak lagi seperti selalu. Saya berdoa, saya buat solat hajat dan istiqarah mohon petunjuk dari Allah untuk tunjukkan kebenaran pada saya sehinggalah pada suatu hari, isterinya mesej saya di facebook.

Pada waktu itu saya masih lagi ragu2 bahawa mereka masih lagi suami isteri sebab saya tanyakan pada bf saya itu pasal isterinya, tetapi dia cuma minta agar saya jangan layan kan mesej isterinya itu. Siap dia suruh saya block fb isterinya itu dan saya pun langsung tidak ada terfikir untuk bertanyakan tentang hal mereka sebab saya memang tidak suka hendak masuk campur. Hubungan diteruskan macam biasa. 6 bulan berlalu, kami terlaanjur dan rahsia tentang rumah tangga mereka pula terbongkar dan saya pula hamil. Teman lelaki saya pula sakit, tidak berkerja

Bertimpa timpa ujian Allah beri pada saya. Dalam keadaan hamil saya terpaksa berhadapan pula dengan isterinya. Kami bertemu 4 mata. Tetapi saya rahsiakan dari isterinya mengenai keadaan saya yang telah hamilkan anak suaminya kerana saya tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh. Wallahi. Saya tidak berniat langsung untuk melihat kehancuran rumah tangga mereka.

Jika boleh perbetulkan semula keadaan, saya tidak ingin pun untuk terus kan hubungan dengan suaminya. Tetapi dengan keadaan saya yang seperti ini, saya tidak tahu hendak buat apa. Saya hanya mampu menangis dan meminta maaf dari isterinya dan berjanji untuk tidak menggangu lagi suaminya. Tetapi sebaliknya selepas dari kejadian itu, kami tetap terus kan hubungan kami seperti biasa. Allahuakhbar.

Bukan hubungan seperti ini yang saya mahukan tetapi saya terperangkap dengan keadaan diri saya sendiri. Dan teman lelaki saya pula tidak pula dia mengabaikan saya. Satu kesilapan dalam perhubungan kami ini ialah kerana dia tidak mampu. Dan satu kesalahan dia ialah dia suami orang. Kami terfikir untuk kahwin senyap2, tetapi dengan keadaan bf saya yang sekarang.Saya tahu dia tidak mampu untuk teruskan niatnya itu.

Saya pun tidak mahu lihat dia kehilangan anak2 dan isterinya. Saya bukan lah wanita yang kejam kerana saya juga pernah menjadi seorang isteri malahan saya juga seorang ibu. Saya hanya mampu berdoa semoga Allah berikan jalan yang terbaik buat kami dalam menyelesaikan segala masalah kami dan semoga Allah lembutkan hati isteri nya agar dapat memaafkn suaminya. Kini saya bertaubat diatas segala dosa2 saya dan saya hanya berserah kepada Allah apa yang akan jadi selepas ini.

Saya tahu bukan satu perkara yang mudah untuk meminta dari seorang isteri untuk saya nikahi suaminya dan bukan juga satu hal yang mudah bagi seorang isteri untuk berkongsi suaminya dengan wanita lain. Melainkan dia sendiri korbaankan perkahwinannya demi kebahagiaan suaminya. Perkara yang terakhir sekali itu lah yang paling saya takutkan kerana saya yakin kifarah Allah itu ada. Allahu.

Semoga Allah ampunkan segala dosa2 saya dan teman lelaki saya. Dan semoga Allah berikan petunjuk dan hidayahnya buat kami. Kini teman lelaki saya tidak dapat bekerja kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkn. Isterinya seorang wanita berkerjaya dan saya juga seorang wanita yang berkerjaya. Sungguhpun keadaan teman lelaki saya seperti itu.

Tidak pernah ada niat dihati saya untuk meniinggalkan nya. Saya bersedia terima dia dalam apa keadaan sekalipun. Bagi saya, setiap apa yang terjadi pada dirinya kemungkinan besar adalah kifarah di Allah diatas segala perbuatannya terhadap isterinya. Dia juga tersepit dengan permasaalahan ini dengan tekanan dari kami dua belah pihak iaitu isterinya dan juga saya sendiri.

Sungguh doa isteri yang teraniaya adalah makbul tetapi bagaimana pula dengan saya iaitu orang yang teraniaya. Hanya kerana satu kesilapan saya dan diatas keb0dohan saya. Saya dan suami dilabel sebagai perosak rumah tangga orang tetapi bagaimana pula dengan suaminya ? Bukan untuk mencari salah sesiapa, bukan masa untuk pertikai kan itu dan ini, cuma saya rasa buntu dengan keadaan saya sekarang. Apa Pendapat Anda? Silakan Share dan Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *