Kesal Bila Tahu Ayah Kandung Bakal Tunang Angah Adalah Per0gol Dan Pembu.nuh Ibu Aku.

Selalunya bila mana aku tengok drama di tv. Aku sangkakan itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun telah pergi selamanya. Dan sekarang yes aku rasa cerita ataupun pengalaman yang kami lalui sekeluarga dah macam drama ataupun novel. Macam ni ceritanya adik aku akan bertunang dengan seorang jejaka yang aku namakan dia Fazli. Fazli ni bukan nama sebenar sebab aku risau identiti kami sekeluarga akan tersebar di laman media.

Ya la sekarang ni kan mudah tular cerita sebegini hanya di hujung jari. Banyak-banyak perkara yang melibatkan fazli ni kami amat tertarik dengan kelakuan yang arrwah ayah fazli sebelum dia meniinggal duniia kerana ayah dia jadi arrwah ada kena mengena dengan kematiian arrwah ibu aku. Ya memang ada kena mengena antara mereka. Nak tahu lebih lanjut kena baca sampai habis.

Sebelum itu aku nak ucap terima kasih kalau cerita aku ni di terima dan di baca oleh semua. Perkara ini hanya baru beberapa bulan terjadi. Macam ini aku ada 3 orang adik beradik. kakak aku ada 2 orang dan aku seorang lelaki. Yang membesarkan kami ini adalah ayah kami. Ibu aku dah meniinggal waktu aku umur 6 tahun lagi. Ayah kami tak kawin lain mungkin sebab dia masih teringgat akan ibu aku. Respect ayah sebab dapat besarkan kami adik beradik sampai sekarang.

Awal tahun hari itu, Angah (kakak aku) aku ini ada beri tahu kami sekeluarga yang dia dengan pakwe dia (kekasih hati la konon-kononnya) rancang ingin menghalalkan hubungan untuk bernikah tapi ingin bertunang dahulu. Sepatutnya majlis tunang itu akan berlangsung pada bulan syawal yang lepas. Tetapi tak kesampaian sebab ada perkara yang menghantui keluarga kami. Cerita dia macam ni, kami ni memang dah kenal dengan pakwe Angah. Dah lama la juga dalam 3 tahun diorang kenal rasanya. Aku pun ada kenal dengan adik perempuan dia pakwe angah aku ni sebab kami belajar dekat institut pengajian awam yang sama. Kecik sahaja dunia ini rupanya. Pergi mana-mana ada sahaja jumpa orang yang kenal.

Keluarga pakwe angah ini pula, ada 4 orang adik beradik. Ceritanya Ayah kandung dia ini dah meniinggal dunia lama dah dan adik beradik pakwe angah membesar dengan ayah tiri mereka. Akak (angah) aku pernah beri tahu, yang pakwe dia ni cakap bahawa ayah kandung dia meniinggal sebab sakit. Jadi kami sekeluarga pun okay je. Lagi satu Sebab dah pernah jumpa banyak kali juga, waktu raya lah waktu majlis lain. Keluarga kami dan keluarga dia juga kerap kali berjumpa juga.

Sampai satu hari satu perkara telah terbongkar. adik perempuan pakwe angah aku ni. Aku bagi nama sarah (bukan nama sebenar) ni pernah satu sekolah dengan housemate aku. Housemate satu universiti. Jadi bila tengah borak- borak ni, Biasalg madang tergosip. cerita sana sini. Tiba-tiba kawan aku ni dia buka satu kisah. Katanya rumors entah betul ke tidak. Dia cakap waktu sekolah dulu ada budak taman dia cakap yang sarah (adik pakwe angah) ni anak Banduan.

Maksudnya, Ayah kandung dia pernah masuk penjara. Aku terkejut juga dan terus tanya kawan aku mana kau tahu. Dia pun terus buka lah cerita zaman dia sekolah dulu. Sarah pernah kena ejek anak banduan. Bab ejek mengejek tu semua biasa lah zaman kecik-kecik sekolah dulu. Aku pun setakat dengar je. percayanya tidak. Sebab benda pun belum tahu kebenaranya.

Aku tak ada lah pula soal siasat tanya Angah pasal cerita ayah pakwe dia Banduan tu. Tapi aku tak sengaja terborak dan cerita hal tu dengan Along aku. Along aku cuma cakap , ” ish tak elok mengata orang yang dah meninggal. ” Aku pun minta maaf iyalah salah aku. Betul la kan orang dah meninggal buat apa kita cari salah dia. Dalam diam rupanya Along aku ni dia curious dan rasa sangsi dengan cerita aku ni. Apa yang jadi Along aku ni pergi cari dan kumpul maklumat dan kaji latar belakang pakwe angah. Memang dia cari sampai dapat. Mungkin along beria-ria cari maklumat disebabkan circle kerja along aku yang agak “mystery” jadi dia dapat maklumat tu sekejap je. Tak payahlah bagi tahu along kerja apa. Nanti korang tahu pula tentang keluarga aku inim

Aku sebenarnya tak tahu yang Along aku siasat latar belakang pakwe angah dan keluarganya itu. Sampai lah satu hari, masa itu kami sekeluarga ada dekat kampung. Along aku cakap dia ada hal mustahak nak cakap dengan kami semua. Ayah kami pun ada dekat situ. Along aku ni jarang serius tapi kalau dia buat muka dengan nada serius tu maknanya dia memang ada hal yang betul betul serius. Jadi along tunjuk satu gambar pada kami semua. Kami pun pelik gambar sapa ini tapi bila ayah tengok lain pula reaksi muka ayah.

Gambar lelaki, waktu ayah aku tengok je gambar lelaki tu mengigil lutut sampai dia terduduk. Aku tak dapat explain muka ayah macam mana. Kami semua ni terkejut bila Ayah kami sampai menjerit-jerit. kami semuanjadi pelik. Ayah terus tanya “Mana dapat gambar ni!” Banyak kali dia ulang tanya Along. Along tak jawab tapi Along pun bagi satu fail ni. Sebelum nak buka ni, along kasi tahu. “Yang itu gambar dan fail ayah kandung fazli (pakwe angah) (bukan nama sebenar)” ayah kita orang ni dah speechless dia terduduk dekat lantai. Angah pun bila baca fail tu dia mengigil tangan menangis. Aku pun bila dah dapat tahu terus terdiam tak tahu nak cakap apa.

Rupanya Ayah kandung Fazli ni bukan meniinggal sebab sakit. Tapi dia meniinggal sebab hukuuman gaantung sampai maati. Kenapa hukuuman sampai maati. Rupanya jenaayah yang ayah pakwe angah lakukan adalh mer0gol dan membhunuh. Kalau setakat perkara itu je kami tak ada masalah. Tapi bila baca maklumay dalam fail yang along tunjuk itu tertera nama arrwah ibu kami juga. Tu sebab ayah sampai terduduk mengigil. Rupa- rupanya mangsa yang ayah fazli ni r0gol dan bunuh ialah nama Ibu kami. Ya mangsa itu adalah ibu kandung kami dan Isteri ayah aku. Ya Allah kecilnya dunia ini.

Cerita dia macam ini. Awal tahun 2000, arrwah ibu aku yang waktu itu balik kerja waktu petang. Kena r0g0l dan bunuuh dekat satu rumah kosong. Bila disiasat seminggu lepastu jumpa saspek utama dan undang-undang jatuhkan pesalah tu hukuman gantung sampai ma ti. per0gol itu adalah arrwah bapa fazli pakwe kepada angah. Lepas dapat tahu tu, semua tak tahu nak cakap apa. Aku tergamam. Angah aku lagilah menangis menjerit-jerit panggil nama ibu.

Kalau ikutkan yang sebenarnya fazli memang tak bersalah, Dia pun mungkin malu nk berterus terang bahawa bapa kandungnya adalah banduan dan yang bersalah tu ayah kandung dia bukan fazli. Tapi kebenaran dan kebetulan ni memang pahit sangat untuk di terima. Nak telan pun tak mampu. Angah aku explain dekat fazli hal ni. Dia pun speechless. Keluarga dia mak dia semua speechless. Terus tak tahu nak kata apa-apa.

Bila Aku pun terserempak dengan adik pakwe angag Sarah. aku pun tak tahu nak cakap apa. Biasa kalau jumpa ada lah juga borak. Tapi sekarang dah tak tahu nak sembang apa. Ada macam satu dinding yang block kami Ada sekali borak, itupun sarah cakap “sorry” aku pun tak ada lah nak salahkan sarah ke abang dia atau keluarga dia. Tapi bila dapat tahu benda macam ni kau nak pilih side mana pun pening. Angah aku tu lagi lah, jarang dah contact dengan Fazli.

Sekarang keluarga aku dengan keluarga diorang ni dah macam ada satu dinding besar yang block kami dan yang masing-masing tak tahu macam mana nak runtuhkan. Sarah pun bila nampak aku dia mengelak, dia pernah cakap yang dia dengan keluarga dia rasa bersalah dan tak tahu nak buat apa sama dengan aku kami sekeluarga. Jadi benda ni dah berlarutan sampai sekarang. Angah aku dia cakap dah jarang langsung contact dengan si Fazli sebab relationship diorang jadi awkward.

Awalnya cerita ini memang agak panjang. Tapi di sebabkan ada beberapa details yang aku rasa aib keluarga aku. Jadi aku padam. Aku sekeluarga sekarang keliru. Ayah aku pernah kasitahu Angah, dia tak ada masalah kalau angah nak teruskan hubungan dia. Yang salah ayah dia bukan anak dia. Tapi itulah Angah sendiri pun kasitahu dia confuse. – Ikram

Kredit : Iium dan disunting semula oleh ekisah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *