Mak Tingglkan Rumah Bila Bertekak Dgn Ayah. Ayah Lagi Suka Dan Bawa Betina Lain Balik Rumah. Aku Perhatikan Je.

Assalam semua pembaca disini Hide profile ehh. Mybe cerita aku ini panjang sikit kot. Hihihi.. maaf kalau ada tersalah type atau ejaan salah ataupun ada jalan cerita yang berbelit2. Ni bukan kisah aku. Tapi kisah rumahtangga mak ayah aku. Ayah aku maadukan mak aku seramai 3 orang. Sebelum mak aku, dah ada sorang bini tapi diceraikan beberapa tahun slepas tu. Mak aku bukan perampas, tapi mak aku ditipu. Masa tengah mengadap tok kadi baru tahu ayah laki orang.

Masa tu sebab taknak malu, mak teruskan jugak. Alhamdulillah, anak tiri mak baik dengan mak sebab mak jaga dari kecik selepas ayah dengan mak mereka cerai. Sekarang yang kekal 3orang bini ayah. Alhamdulillah kami adik bradik baik dengan adik adik lain dan mak mak lain. Ayah sorang yang baran. Maki hamun pukuul berdarrah dah jadi makanan bini2 dia. Nafkah tak pernah cukup. Malah dia cakap anak bini menyusahkan dia. Bayangkan hancur luluh hati aku dengar perkataan tu.

Kalau nafkah tak cukup, dari segi agama pun mestilah tak jugak kan? Tak tahu lah aku, seingat aku, ayah tak pernah ajar aku solat. Aku hanya merangkak sendiri belajar solat. Belajar melalui internet, belajar melalui buku. Betulkan bacaan. Mak? Mak sibuk cari duit nak besarkan anak2. Ayah? Kalau diminta ade laa rm50 dibaginya. Lepas sbulan mintak pulak, tu pun dimaki.

Bila mak gaduh dengan ayah, mak akan lari balik kampung sebab taktahan kena pukuul sampai berdarrah. Selalunya mak akan bawak balik adik bgsu dengan dia ke kampung. Jadi kami yang tinggal ni berdikarilah hidup sendiri dengan seorang ayah yang banyak cawangan yang perlu digilir. Benda ni bukan terjadi masa aku dah besar tau. Seawal umur 8 tahun aku berdikari hidup dengan kakak bila mak balik kampung sebab taktahan dengan ayah. Ni bukan sekali, tapi berkali2.

Paling lama mak tinggalkan kami masa aku darjah 5. 2 bulan aku hidup tanpa mak. Kau tahu ayah aku bt ape? Ayah aku bawak balik betina lain kat rumah aku… mak tahu, tapi sampai sekarang dia dah tak kisah dah ape ayah bt belakang dia. Sebab hati mak dah betul2 lali. Tapi mak cakap dia tenang macam tu sebab hati dia takde dendam pun kat ayah. Dia cakap takde guna dia simpan dendam, nanti tambah serabut.

Umur aku sekarang dah cecah 20an, bayangkan berapa banyak memori hitam aku masa kecil? Orang lain memori masa kecil semua indah, tapi aku? Masa kecil jalan kaki balik sekolah, bila tengok ayah mak orang lain datang ambik anak mereka, aku hanya mampu tengok.

Masa kecik kalau nak mainan aku hanya mintak sekali je, kalau mak cakap takboleh, aku akan senyap. Sebab aku tahu kalau beli mainan tuu makanan lain dah tak boleh beli. Berbanding dengan budak lain, selagi takboleh selagi tu berguling2…Disebabkan memori yang aku alami, aku cepat matang. Dari kecil aku tolong mak aku meniaga untuk sara keluarga.

Sekarang ayah mak masing2 dah tua. Kisah aku takseindah drama. Ayah berubah, kami pun hidup bahagia. Tak, kisah aku bukan centu. Cuma sekarang ayah dah tak pukuul mak sebab ayah sakit sekarang. Tapi baran dia masihh ada. Last dia pukuul mak 4tahun lepas. Masa tu dia buat sampai mak aku takboleh bangun. Aku yang bawa mak aku kehospital. Aku memang takrapat dengan ayah.

Aku paling takboleh ngam dengan ayah. Memang aku benci, tapi benci seorang anak, macam mana sangat kan. Aku kadang2 terfikir, tenang ke hidup dia kalau umur macam tuu sepatutnya pergi masjid buat amal tapi dia sekarang masih bt giliran ulang alik rumah bini dia. Ayah bini ramai, anak perempuan ramai, larat ke dia nak tanggung semua tu? Bukan nak tanggung bagi makan, tapi maksud aku tanggung DOSA. Larat ke dia?

Aku nak mintak sangat, ayah yang ada niat nk beristeri ramai, tolong fikir dulu larat ke? Laarat ke nak berlaku adil? Larat ke nak tanggung bagi makan? Yang penting larat ke nak tanggung DOSA? Bagi yang mampu dan berjaya melaksanakan alhamdulillah. Tapi bagi yang tak mampu? Tolong tatap mata muka anak2, nak ke kita jadi pemusnah memori indah anak2? Masa muda semuanya seronok. Tapi ingat, anak3 bukan selamanya kecil. Mereka akan membesar dan ingat ape kita bt.

Bagi anak2 yang senasib dengan aku, insyaallah ada sinar baru dalam hidup kita nanti. Tapi dengan syarat hanya kita yang mampu ubah. Bagi isteri yang senasib macam mak aku, aku hanya mampu cakap aku kagum dengan mereka. Kerana anak mereka bertahan. Terima kasih mak…

Terima kasih kisah ni disiarkan. Apa Pendapat Anda Silakan SHARE Dan Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *