Terdetik Nak Call Mak. Bila Cakap Dengan Mak Tiba-Tiba Mak Nangis Bagi Tahu Ayah Nk Kawin Dgn G.R.0.

Mak menangis dalam telefon cakap ayah saya bawak balik GR0 dan nak kahwin dengannya. Ayah mengaku sudah terlaanjur dengan perempuan itu. Mereka bergaduh besar malam itu. TAK SANGKA ayah sanggup buat macam tu. Cerita mcm ni.

Assalamualaikum semua pembaca. Maaf jika ada tersalah kata. Yang baik diambil sebagai pengajaran. Saya selalu baca kisah kisah rumah tangga hancur disebabkan orang ketiga. Saya nak berkongsi cerita dari kaca mata dan pandangan dari seorang anak. Saya dah berumur 20+ tahun. Saya anak sulung dari 4 beradik. Ayah dan ibu saya ada masalah sejak saya berumur 19 tahun. Ayah bawak balik perempuan tu ke rumah sebab nak kenal kan dengan ibu. Masa tu saya ada di uni. Masih belajar. Saya dapat call dari mak saya menangis cakap ayah saya bawak balik perempuan dan nak kahwin dengan nya.

Utk pengetahuan semua. Perempuan tu++++ dan seorang GR0. Buat pertama kali dalam hidup saya, saya tengking ayah saya dalam phone cakap ayah tak guna kenapa buat perangai. Mereka bergaduh besar malam itu. Ayah hampir nak ceraikan mak. Tapi tak jadi. Ibu suruh ayah hantar balik perempuan tu sebab perempuan tu datang rumah bawak beg. Nak tidur disitu. Kasihan adik2 saya di rumah masa tu. Ibu saya masih teringat apa terjadi sampai sekarang. Dan ayah saya juga ada terlaanjur dengan perempuan itu. Macam2 dah ibu usahakan. Katanya dibuat orang. So ibu saya maafkan ayah saya dengan alasan di buat orang. Selama 2 tahun ibu tak percaya apa yang ayah buat di luar. Kami adik beradik tak happy dah macam dulu. Adik ketiga dan keempat masih dalam trauma dengan apa yang jadi malam tu.

Lepas tu byk la sesi lari dari rumah. Ayah pernah cakap, kalau orang lain ni. Dah lama ayah tinggalkan. Smpai satu tahap saya sangat benci ayah saya. Saya benci sebb dia tipu. Dia tipu kami semua. Saya kadang2 dalam hati selalu minta ayah saya jatuh. Biar dia ingat balik. Saya selalu ckp dgn mak. Kalau mak nk cerai cerai je. Saya boleh jaga ibu. Tapi ibu syg sgt kat abah. Ibu sampai sakit sebb stress fikir.

Saya ingat kan ayah dah bertaubat tak buat lagi. Adik keempat call saya cakap ayah saya macam buat hal lagi. Phone ayah tak pernah renggang. Outstation lama2. Tinggalkan ibu sorang2 di rumah. Bila di ajak keluar, kami adik beradik dimarah nya. Rupanya ayah buat hal dengan bini orang. Ibu saya paling sedih dengan cerita ni. Sampai satu malam tu, adik saya call cakap ambil dia dari rumah. Dia nak lari rumah malam tu dengan ibu saya. Ayah dah melampau sangat. Ibu baru nak percaya. Dia buat hal lagi.

Sampai sekarang ibu tak tahu apa yang ayah mesej dengan betina berlaki tu. Hanya saya dan adik keempat je tahu. Kesian adik2 saya. Bila time exam je ayah buat hal. Time SPM buat hal. Time PMR buat hal. Final exam di uni pun buat hal. Selalu adik kedua dan ketiga kena tempias sebab mereka sedang SPM. Tp saya kuat kan semangat nak jaga adik2 dan ibu kalau apa2 jd satu hari nanti.

Ayah saya lupa diri lepas dah kaya. Masa susah tak nak ingat. Semua orang yg kenal rapat cakap macam tu dengan saya. Saya bukan nak cakap apa. Mental saya masih tak kuat. Saya masih belajar. Tapi saya dah kena pikul beban keluarga. Saya tak tenang fikirkan hal keluarga. Saya alami kemurungan di uni. Tapi tak de siapa yang tahu sbb saya perlu kuat di luar. Saya sayang keluarga saya. Tapi kaca yang pecah kalau cantum masih nampak rekah nya.

Kalau nak ikut kan banyak lagi yang saya belum ceritakan. Cuma satu pinta saya kepada perempuan yang tak tahu malu dan adab untuk hidup di muka bumi ni. Jangan kacau rumah tangga orang. Saya sebagai anak sedih lihat keluarga sendiri porak peranda sebab seorang perempuan yang entah dari mana asal usul dia yang tiba2 nak menagih kasih sayang dari ayah saya. Jangan rosakkan keluarga orang lain. Banyak lagi lelaki diluar sana. Yang masih bujang.

Buat isteri, jaga keluarga sendiri. Jangan nak gatal2 dengan suami orang. Hukum hakam dah jelas perkara itu berdosa. Kenapa nak senang2 surrender diri masuk neraka. Allahu. Untung saya sbb saya dah besar masa semua ni jadi. Saya dah boleh fikir apa baik apa buruk. Saya dah boleh jaga ibu saya. Adik2 saya. Macam mana untuk anak2 yg masih kecil. Tak kasihan ke? Tak kasihan ke kami yang berhak hidup gembira. Sebab perempuan2 tak tahu malu ni la dunia ni tak akan aman.

Saya tahu nanti akan ada yang cakap. Entah2 ayah kau yg start dulu. Entah2 ayah kau yang cari pasal. So kepada para suami, satu jela nak pesan. Apa2 pun betolkan niat. Kalau nk kerja. Niat aku nk kerja cari rezeki halal utk keluarga aku. Jangan melencong. Tetapkan batasan pergaulan. Jangan senang2 biarkan diri itu di’abang’kan.

Ingat isteri yang susah senang bersama.
Ibu saya seorang yang pemaaf. Smpai sekarang ibu saya masih sayangkan ayah saya. Saya cakap jujur. Sejujurnya saya trauma nak kahwin lepas tgk dan alami semua ni. Saya paling takut kalau saya dah kahwin ada anak. Semua ni jadi. No. I will stop this whatever it takes. Alhamdulillah sekarang semua dah pulih. Ayah dah janji tak nak buat lg. Saya harap perkara yang sama juga. Saya dah kerja pun. InshaAllah dalam keadaan perit susah macam tu saya bakal jadi peguam bertauliah nanti.

And now I’m back with new mission. This is for whoever that trying to flirt or even have the intention to be with my father in anyway that you might think you will be succeed with. Forget it bit**. I will find you and I will make you regret. I will use law for this matter and even if law does not reach my expectation, you’ll still get your punishment from me. So do not disturb my family. Because you’ll regret it. And i mean it.

Dan untuk para isteri yang teraniaya. Boleh la ke pejabat kaunselling atau pejabat agama utk kaunselling. Kalau rasa tak tahan sgt. Boleh saman pihak ketiga yang cuba menganggu suami anda di court. Simpan evidence semua. Okay. Thanks semua. Apa pendapat anda ? Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *