Akhirnya Allah beri petunjuk sape diri dia yg sebenarnya dekat aku melalui cara yang paling menyakitkan.

Assalamualaikum dan terima kasih admin sekiranya luahan aku ni di publish. Aku ra. Seorang wanita yang baru masuk 30 series dan ya aku masih bujang setakat ni. Fizikal aku? Boleh dikategorikan sebagai seorang wanita yang gemuk. Bayangkan tinggi aku 160cm tetapi berat badan aku melebihi angka 90kg. Disebabkan fizikal aku inilah, aku sering diperlekeh dan dipermainkan. Harini aku nak kongsi pengalaman aku sepanjang memiliki tubuh gemuk ni. Aku sejak sekolah menengah lagi badan aku jenis sihat. So dekat sekolah dulu kawan kawan menggelarkan aku dengan gondeh (bermaksud gemuk huduh dalam slang pantai timur rasanya).

Setiap kali nampak aku depan mata diorang, perkataan inilah yang selalu meniti dibibir mereka. Aku juga sering dibuuli. Tudung aku la selalu jadik mangsa kawan kawan aku. Mereka suka tarik tudung aku sampai dalam sebulan tu entah berapa kali aku kena mintak pin tudung baru dekat mama. Aku bukanlah seorang gadis yang digilai jauh sekali dipuja. Mungkin sebab fizikal dan juga kulit aku yang agak gelap. Oh ya, aku sangat sangat aktif didalam koko unit beruniform. Setiap tahun tak pernah missed pertandingan kawad kaki antara daerah sampai muka aku nampak macam taik cicak. Berbelang teruk. Waktu tu aku memang tak ada perasaan langsung nak jaga penampilan. Biasa la, gadis remaja. Apa lah yang aku tahu tentang kecantikan. Setakat guna pencuci muka sehari sekali sudah cukup bagi aku. Tapi apa yang aku tahu, setiap remaja mesti ada pengalaman cinta monyet.

Dalam situasi aku ni bukan kategori cinta kot sebab cinta aku tak berbalas. Haha. Aku waktu tu mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki sekelas dengan aku. Nama dia Mie. Mie adalah seorang lelaki yang sangat tampan. Kulit dia sawa matang, tinggi, rambut dia kemas ditambah dengan sikat kebelakang (noted zaman ni memang famous dengan stail belah tengah atau sikat kebelakang bagi lelaki). Aku memang crush sangat sangat dengan dia sampai setiap malam aku akan tulis tentang dia dalam diari aku (masa ni takde socmed ya. Haha). So, long story short, satu hari tu kawan sekelas aku buat dajal dekat aku. Dalam senyap senyap dia curi diari aku (aku selalu bawak kemana saja diari aku) yang aku simpan dalam bag sekolah dan dengan rasa tak bersalahnya dia start membaca segala isi didalamnya.

Segala luahan hati aku terhadap Mie, segala ketidak puasan hati aku terhadap sesetengah orang yang membuuli aku. Melalui itulah mie akhirnya tahu bahawa aku mempunyai perasaan terhadap dia. Dari seorang lelaki yang agak gentlemen dan sopan bagi aku, dia terus menjadi seorang lelaki yang sangat sangat terok. Dia mula menyebarkan cerita buruk buruk terhadap aku. Dia pernah confronted aku dengan bawak 2 3 kawan kawan dia dan dengan selamber badak dia cakap aku tak layak langsung sukakan dia sebab aku tak lawa, aku gemuk, aku hitam.

Memangberkaca jugak lah mata aku. Pernah aku ngelat kat parents aku cakap aku sakit perut tak nak sekolah semata mata terlampau malu dengan kejadian tu tapi rotan yang aku dapat. Hari berganti hari. Lepas tamat spm aku da tak dengar cerita pasal geng geng sekolah. Aku buat hal sendiri dan mereka dengan hal sendiri. Pada usia aku menjangkau 25 tahun, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui socmed. Aku namakan dia Falah. Aku pun tak tahu macamana dia ada dalam friendlist aku. Aku tahu kewujudan dia pun lepas dia pm aku “HI”. Aku balas macam biasa. Dia cakap dia da lama perhatikan aku tapi segan nak tegur dalam facebook.

Katanya aku macam have have dan nampak macam ramai peminat (sebab aku setiap kali post status adalah certain lelaki yang like dan komen). Dia cakap nak kenal dengan lebih rapat lagi. Katanya dia suka macam cinta pandang pertama dekat aku. Aku layankan saja pada mulanya. Taknak letak kepercayaan terlampau dekat dia.

So bermula la episod hubungan kami. Dia tak pernah missed text dan call aku setiap hari. Kadang kadang sampai kami berdua tertido la time on call. Lepas 4 bulan macamtu, dia nyatakan hasrat dia nak jumpa aku. Kebetulan dia ada kursus selama 2 minggu dekat negeri aku duduk ni. Dia punya nak jumpa tu aku tak tahu nak gambarkan macamana. Untuk pengetahuan korang, selama aku berkawan dengan dia ni, aku awal awal da pesan yang aku ni gemuk, tak lawa dan so on. Aku siap bagi gambar full body lagi dekat dia semata mata nak dia tahu betapa gemuknya aku. Dia beria cakap tak pandang semua tu. Dia ikhlas sayangkan aku dan nak aku jadi isteri dia (kunun). Lama kelamaan bila da dirayu macamtu, aku pun ikutkan saja. Mungkin dia betul betul ikhlas dan jujur.

So tibalah hari yang ditunggu tunggu. Dia datang ambik aku dekat rumah sebab aku nak dia mintak izin bawak aku keluar dekat parents aku. Memang pertama kali aku tengok dia, Ya Allah dia memang segak. Penampilan dia nampak kemas walaupun pakai tshirt fit dengan seluar jeans. Aku pulak yang rasa macam pikachu. Da la pakai baju kuning. Serious rasa berpeluh ketiak bila bertentang mata dengan dia. Tapi semuanya berubah bila masuk dalam kereta dia. Dari rumah aku sampailah ke tempat yang dituju, Falah ni diam je. Tak cakap apa pun. Sepatah aku tanya, setengah patah pun susah nak jawab. Time makan pun sama. Dia just tengok handphone dia ja. Lepas habis makan, cepat cepat dia ajak balik. Katanya besok nak kena bangun awal sebab ada kursus.

Padahal baru jam 830 malam wei. Dan aku tahu falah ni bukan jenis tidur awal. So aku pun iyakan aja. Bila da sampai depan rumah aku, aku wish thanks, and so on, dia boleh buat muka tak syok dekat aku. Then lepas aku keluar dari kereta dia, laju je dia drive pergi tanpa hiraukan aku. Sebelum tidur aku teruskan rutin harian aku dengan text goodnight aku. And for the 1st time dia just seen tanpa membalas balik. Aku pun curious apa masalah mamat ni. So aku assumed maybe dia penat. Aku just lupakan peristiwa tu dan tidur. Dalam jam 4 pagi lebih kurang macamtu, aku terjaga sebab bunyi msg masuk bertalu talu. Aku yang rasa sedikit terganggu meraba raba katil aku mencari talifon aku.

So bila da jumpa, aku bukak dan nampak nama si falah ni naik. Dekat 16 unread text wei. Aku da rasa tak sedap hati. Aku bukak text dia dan nah, panjang berjela jela luahan hati dia. Dia tuduh aku penipu, tak jujur, tuduh aku bomohkan dia dan macam macam lagi. Katanya dia tak sangka aku segemuk tu sebab dalam gambar memang x nampak yang aku ni gemuk terlampau.

Katanya lagi aku langsung tak lawa. Dia malu gila keluar dengan aku sampai rasa macam nak balik tinggalkan aku terus tadi. Aku da start menangis time ni sebab tak sangka lelaki yang aku da mula sayang sanggup cakap aku macam macam. And akhir text dia, dia suruh aku lupakan dia, pergi kuruskan badan dan sental muka aku dengan berus dawai. Nampak tak betapa hinanya aku dimata dia? Disebabkan dia, level confidence aku jadi low sangat sangat. Aku jadi takut nak kenal dengan mana mana lelaki.

Sekarang umur aku da masuk 30 tahun. 5 tahun da perkara tu berlalu tapi impak dia still terasa sampai sekarang. Pertengahan bulan 5 tahun ni, aku ada daftar diri aku dalam satu laman web cari jodoh. Disebabkan desakan family dan kawan rapat aku yang nak sangat tengok aku menikah. So aku ketepikan trauma aku dan aku move foward. Dekat situ, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang sekarang ni da selamat jadi tunang aku (Alhamdulillah). Tunang aku ni sangat baik. Diawal perkenalan lagi aku da warning siap siap yang aku ni gemuk, tinggi dan berat sekian sekian. Padahal dia kecik je

Dan as usuall dia bagi jawapan tak kisah, tak penting semua tu. So sebelum aku ambek keputusan drastik, aku cadangkan supaya kami bertentang 4 mata sebelum buat keputusan. Memang sepanjang perjalanan nak pergi jumpa dia, macam macam yang kepala otak aku fikir.

Macamana kalau sejarah dulu berulang? Macamana kalau kalini pun kena reject? Boleh ke hati aku survive this strike? Aku 100% tawakal. Sampailah kami berjumpa. Dia nampak happy, bercakap dengan aku macam biasa. Tak ada riak bosan atau meluat dekat aku. Dan lepas aku hantar dia dekat port dan on the way nak balik aku dapat text dari dia. Aku memang dah berdebar sakan. Takut dapat text kena maki hamun macam dulu. Tapi apa yang aku dapat text dia yang mengatakan dia ikhlas menerima aku seadanya. Dia mintak aku tunggu sampai dia balik untuk urusan family dia datang meminang aku. Serious waktu tu aku rasa macam nak berhentikan kereta dan keluar sujud syukur dekat situ jugak. Dua bulan lepas tu kami bertunang dan bakal akhiri zaman bujang masing masing akhir bulan nov ni (Inn shaa Allah).

Sekarang aku cuba belajar untuk sayang diri aku. Aku da bosan dihina. Orang gemuk pun layak disayangi, dihormati. Orang gemuk pun ada hati dan perasaan. So shout out to those yang senasib dengan aku, just ingat yang Allah ni baik. Mungkin apa yang terjadi tu sakit bagi kita tapi ada hikmah disebaliknya. Contohnya macam kes Falah tadi. Kalau dia tak tunjukkan perangai sebenar dia, maybe sampai bila bila aku takkan tahu yang mulut dia lagi teruk dari geng makcik bawang.

At least Allah tunjukkan siapa dia yang sebenarnya dekat aku melalui cara yang paling menyakitkan. So girls/guys, be strong and love your self.

Miss RaRa kredit iium disunting semula oleh ekisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *